Friday, December 31, 2010

Mesyuarat Adalah Perkara Yang Paling I Sukaaaaaa Lah Sangat!

Okay semua orang sekarang kena mengaku yang kalau meeting memang bukan perkara yang digemari. Siapa taknak mengaku nanti kena sembelit! Ha mengaku sekarang! Okay fine kalau kita tanya menteri pun pergi meeting bukanlah masuk dalam senarai perkara yang disukai. Meeting bosan. Okay meeting bosan! (Dah tak payah ulang dua kali semata-mata nak emphasize disitu kebosanan bermeeting!)

Pergi meeting guru tingkatan dengan perasaan yang selebet sebab masih tak dapat terima kenyataan yang cuti sekolah dah habis. Meeting pula pukul 12 tengahari oh memang bagus sangat – sangatlah! Bijak betul yang pilih waktu tengahari sedap – sedap tidur ni!

Nampak sangat muka bosan nak tidur.Bukan I tapi tuuu tuuu yang sebelah tu! Haha!
Nasib baik ada rakan sekerja yang sudi menjadi bahan permainan menghiburkan hati rakan – rakan sekerja yang lain! Mari kita main kawen – kawen eh main solek – solek! Yayy! Mangsa of course lah rakan sekerja yang paling lemah dan mudah dibuli!

 Kesian I tengok kakak ni sorok - sorok nak pakai shawl. Mehlah I pakaikan! Kita kena kasihkan warga tua.
 Tadaaaa! Dah lawa! Wiwitttt wiiwwitttt Yunoooo!

Potpetpotpet cikgu kat depan bagi instructions bla bla bla yang kami kat belakang buka beauty parlour! Nak lagi best Kak Sally bawa Coolblog cokolat yang sedap seduniaaaaa! So sambil gosip – gosip teguk coolblog dikala tengahari yang panas dan terik! Ok dah dah jangan nak mengkeji I cikgu yang tak berdedikasilah hapelah, walaupun sakan bergosip kat belakang informasi semua ada simpan dalam otak okay! I kan cikgu berkebolehan, mestilah kena jadi all-rounded and multi-tasker! Haha menyampah je baca.

 Mel muka gembira dapat coolblog!
 Apa peace peace?Nak lempang?
Ouhhh next week dah kena naik sekolah! Syoknya I!Tak sabar sangat – sangat ni! Walaupun kena mengajar noon session Insyaallah itu semua takkan jadi halangan untuk I menjadi yang terbaik. Terbaik dari segi negatif ke positif ke tak tahulah okay! (T__T) Tapi insyaallah, I takkan mengaku kalah. Yeahhhhh! No turning back babe, no turning back! Ok dah jangan emosi!Well, hello 2011! Wish that days ahead are full of glorious and prosperous along my way! Yiehaaaaa!

 Apa?Tak cukup annoying?
 Nah lagi sebiji!

Selamat tahun baru 2011 untuk semua pengunjung setia Geek In The Pink! I heart you guys! (=__=)

Mari Sini Kau 2011 - Ok 2010 Kau Boleh Blah! Heehee!

Macamana I nak sum-up kan 2010 eh? Tahun yang best? (sebab dapat Adam comel) Tahun yang pailang (sebab shits happened recently) Tahun yang emosi? Susah nak mengkategorikan tahun 2010 ni tahun yang macamana. Yeah, orang hebat jangan cepat mengaku kalah! Rasa diri sendiri hebatlah sebab dah berjaya mengharungi tahun 2010 dengan cool kentangnya. 

Tahun 2010 lah I jadi gemuk.
Tahun 2010 lah I jadi mama.
Tahun 2010 lah I kenal siapa kawan sebenar.
Tahun 2010 lah I tahu yang family is precious.

New year resolutions? Gila ah tak fikir lagi pulak azam tahun baru apa??!

I nak jadi manusia yang lebih baik. Turunkan berat badan yang dah macam badak air ni, memasak untuk suami sepenuh masa (muntah), jaga solat dengan sempurna, bayar puasa yang sebulan tu!(adoiii) and menyimpan untuk masa depan.

Bloggers, kalau ada salah silap harap diampunkan ye! (=__=)" (ceh dah macam hari raya pulak!)

Thursday, December 30, 2010

Nak Kutuk Saya Kutuklah, Tapi Janganlah Suami Saya...

Yeah hadapi kemarahan secara matang dan beriman. Ewahhh. Mentang - mentang pernah pesan kalau nak hantar soalan layang hantar ke Formspring dihantarnya betul - betul soalan layang kat situ. (T__T) Dah lama I tak check Formspring, sekali bila check tadi terus tersentap sekejap selama 15 saat. Manusia ni kalau dah perasan bagus, dia memang lain macam sikit tau. Nak nak lagi kalau jenis - jenis yang berak sepah - sepah tepi jalan ni. Mana nak mengaku kan?

 Jahat budak jahat! *macam Stacy buat - cuma lebih gedik*
I kalau orang nak keji I silakan, nak kutuk caci maki I, silakan. Nak hina I secara berlebihan pun silakan sebab I fahamlah insan penuh keistimewaan macam I ni memang sentiasa mendatangkan kecemburuan melampau terhadap insan lain. Tapi kalau kutuk mak abah I, kakak adik I, ni kutuk suami I pula memang tahap khinzir terbang mulut si puaka ni. Suami I tak pernah kacau kau, kan? Suami I tak pernah kutuk kau,kan?Kenapa cakap suami I macam tu? Tidak lain tidak bukan, kerana dia jeles juga adanya.

Kalau pun I buka aib sendiri, kenapa kau sibuk - sibuk pula? Kau sayang aku eh? Apa benda aib I yang I buka kat blog indah nan permai ni? Emosi betullah. Siap suruh "renung - renungkan dan selamat beramal" kepala kau! Ibarat anjing menyalak bukit. Ceh dah macam Karam Singh Walia pulak!

Haiyoooo, tak tahu eh kalau suami I tak nak maafkan kau! Hayoooo pikul dosa sampai mati besok. Haiyoooooo!

Suami saya tetap yang terbaikkkkkkkkkkkkkk sedunia! (=__=)"

Nightmare nyaaaa Teman Lelaki Shoppinggg!

Sebab ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang super duper hebat! Kalau tak mengenangkan sayang punya pasal memang terbaring golek - golek I kat lantai shopping complex tu. Sangat nightmareeeeeeee! Suami nak beli seluar untuk kerja, semua brand pun dia tengok then jahitan seluar satu - satu dia tengok, zip, poket punya jahitan, length jahitan kelengkang la apa la, I rasa macam nak berpinar mata sebab terlampau bosan nak mati!

Nantikan dia akan try semua size sampai dia rasa betul - betul selesa. Sesi soal jawab dengan shop assistant pun akan bermula. nasib ah kalau SA tu tak tau nak jawab kalau suami I tanya material kain ke, kain ni jenis koyak atau pecah ke, kalau basuh akan bleaching ke hape, annoying sungguh! Menyampah je kalau dia buat perangai macam tu, sampailah kadang - kadang SA tu sampai rolling her/his eyes sebab terlalu annoying ke hape. (T__T)

 Super duper meticulous lah tensen I!

Tapi selalunya barang - barang yang suami beli memang terbaik or tahan lama sebab dia fussy and choosy sangat kan so barang - barang yang dia beli pun memang dari kualiti terbaiklah. Satu skill suami yang I sangat kagum ialah dia pandai pilih barang yang jauh lebih murah tapi dengan kualiti barang yang harganya jauh lebih mahal. Kalau nak harapkan isteri dia ni, asalkan cantik terus sebat saja!

Bosan sangat terus camwhore dalam fitting room!

 Nampak tak perempuan ni ada hati nak try legging. Gemuk tak sadarrr diri berangan nak pakai legging!
 Yayyyyy! Setelah berjam - jam memilih! Berjaya! Sepasang seluar je dekat 2 jam. Kalau shopping baju lah kasutlah??

Takpelah. Kalau dah sayang... (T__T)

Mari Menghias Kamar Tidur Sebagai Tempat Dating Paling Efisyen! Yieha!

Banyak - banyak part dalam rumah, I terpaling suka bilik tidur. Wiwittt wiwiitttt! Heheh. Boleh golek - golek, tonggeng - tonggeng, bermalas - malasan ibarat Garfield kekenyangan. Tsk. Syurga dunialah! Bila mood mengemas datang, maka aura Eric Leong pun merasuk. Tapi duit pula takde nak make over bilik jadi macam hotel lapan ratus bintang. Jadi, apakah penyelesaiannya?Gunakan Harpic! Eh! Siapa nak tengok gambarajah bilik tidur I sebelum di make over sila klik sini.

Kita kena bijak menggunakan otak kanan (otak kreatif) duit tiada, tak bermakna kita tidak boleh meneruskan cita - cita kita, okay. Semua kena buat muka penuh bersemangat sambil genggam tangan kanan. Angguk kan kepala sambil sebut 'emph!' (macam cerita Jepun/Korea) Sempena birthday suami hari ini, I pun macam jadi rajin sikitlah nak make over bilik menjadi lebih ceria dan bergaya. Baiklah, I sertakan kat sini tips untuk mengubah suai bilik tidur menjadi lebih anggun bergaya menggunakan barang - barang termurah dan sedia ada! Yang penting ia cantikkkk sedunia! (=__=)"

Tips #1 Cari barang yang murah tetapi seakan - akan benda yang mahal!

Contohnya background katil I tu. Rasa - rasa you guys berapa harga dia? Kalau beli kat kedai yang high class, mesti lah mahal. Cuba beli kat Carrefour, mestilah ia berharga RM29 sahaja. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia murah. Kelihatan mewah dan memukau! (=__=)" Dah tau takde duit janganlah ngengada nak shopping kat IKEA lah hapelah!

Phewiit! Puas pusing - pusing satu Batu Pahat cari backdrop macam ni. Rupanya kat Carrefour berlambak! (T__T)

Tips #2 Gunakan barang sedia ada untuk menghias bilik anda

Cinonot sebagai contoh terdekat dan kotak diapers anak sedara. Cinonot kelihatan amat kacak sekali dipadankan dengan kotak diapers yang kalau nak diikutkan memang layak duduk kat stor saja. Tetapi berbekalkan kreativiti semulajadi, mereka berdua kelihatan anggun dan serasi bersama duduk dibawah dressing table bilik I. Mereka kelihatan comel, bukan?Syabas diri sendiri!

You guys boleh je letak teddybear yang ada, then improvise sikit - sikit bagi comel. Korangkan kreatif! Yeah!
Strawhat ni biasa - biasa je kan? Macam topi sayur apek pun ada rupa juga. Tapi cuba letakkan strawhat ni ditempat strategik macam kat penyangkut kot ke, kepala katil ke, meja study ke, in my case, I letakkan kat cermin dressing table. Nampak stylo gitu. Wakakaka.


Tips #3 Susun aturkan barang - barang dalam bilik tidur secara selari (kalau bilik tidur kecil)

Sebab, ia akan bagi effect luas kepada bilik you guys. Misi kita nak cut cost kan?Karang I suruh tukar cat karang kena keji pula, so kita susun atur je barang - barang bagi selari dengan kepala katil. Nanti bilik nampak lagi luas walaupun backdrop nampak macam serabut hokehh kan kan?

Tengok. Semua I susun selari.
Nampak luas. Sebenarnya bilik ni sekangkang kera je (T__T)
Eh kantoi pula ada weighing scale kat situ. Gemuk manalah yang obses timbang berat selalu nih! Haih!
Karpet sekerat beli kat Mydin RM8.90 sekeping. Nak nampak panjang, beli 2. Kan panjang. Wahaha!
Serabut sikit. Tapi I suka. Tidur malam mimpi mesti indah!

Tadaaaaa! Hasilnya. Alhamdulillah. Suami suka. Bilik tidur penting untuk menjana emosi. Ewahhh. Yang penting jangan sepah - sepahlah. Jangan terabur - teraburkan barang. Jangan kat luar saja dress  - up lawa nak mati tapi bilik tidur macam bilik hantu Kak Limah. No no no! (=__=) Benda kalau kemas, semua pun nampak cantik. Kan kan kan? (ceh budget bilik tidur sendiri macam bagus!) Wahhhh! Terus rasa macam bilik sendiri adalah bilik hotel lima juta bintang! Wuwuwuwuwuw!

Dah. Babai!

Wednesday, December 29, 2010

Saya Boleh Cium Boyfriend Masa Birthday Celebration Dia! Jangan Jeles!! Hohoyyy!

Nak nangis. Tengok suami potong kek nak nangis. Masa abah baca doa selamat nak nangis. Masa makan spaghetti nak nangis. Semua nak nangis. Apasal kau touching sangat ni, Joyah? (T__T)

Pilihan suami. Excited I belikan. Sebab suami jenis tak pandai meminta. Dapat isteri kaki minta - minta.
Sebenarnya message panjang lagi, tapi tak dapat nak tulis semua. Takat "Dear husband" je. Sengal!
Embun masak! Embun masak! Hebat kau masak, Embun!
Sopan je potong kek. Sopannya! Cium baru tahu!
Hadiah dari I untuk suami tahun ini. Manusia dobot yang comellll sedunia!

Dah jangan tanya manusia lain mana. Yang pakai seluar katok la, yang muka macam lempeng penyet la, yang pakai Tshirt koyak la, yang kain pelekat lubang la. Macam tulah family I, kalau kat rumah pakai baju dah macam orang zaman batu!
Happy birthday, suami! Jom cium mulut! Eh! (T__T)

Buat GiveAway Tu Macam Best Je! Hohoyyyy!

Ramaiiiiiiiiiiiiiinya buat GA sekarang ni. Hadiah best - best pula! Ishhhh nak join malu. Nanti kalau tak menang akan kecewa. (T__T) Handbag dengan barang - barang simpanan pun banyak lagi dalam almari tu. Kalau buat GA pun macam best je, kalau menang dapat handbag! Phewwww! Nak tak you guys? Ada tak yang nak join?? Siapa nak join angkat tangan yepp!

Babai!

Saya Rasa Kucing Saya Gila!

Kenapa kucing - kucing I semua perangai pelik - pelik macam tuannya? Terhina betul bela kucing macam ni. Abnormal. Abnormal! Pupin ni kan memang pantang nampak benda - benda macam ni tau, seboleh - bolehnya dia nak squeeze badan dia nak tidur dalam tu. Kau dah kenapa???

Sedap kau tidur ye!
Kalau melawat orang sakit bawa hadiah macam ni confirm terus sembuh!
Krrrr.. Krrrrr... (siap berdengkur okay)
Eh kau buat muka tak bersalah!
Baiklah baiklah. Redha! Kak As redhalah Kak As bakul Kak As bagi dah jadi macam ni! (T__T)

Silalah ambil dia kalau ada sesiapa yang sudi. Dia selalu perasan dia kucing betina lalu mengorat kucing jantan I yang lain. Adoiiihhhh donut betul kucing I yang seekor ni! (T__T) Pupinnnnn kau jantanlaaahhhhhh!

Dah. Babai!

29. Dan Dia Semakin Indah Semakin Indah.

Menyintai tanpa pernah mengharap apa - apa yang lebih hebat dari apa yang diberikan. Itulah suami I. Satu - satunya manusia yang sentiasa jadi pompom I walau betapa sibetnya I di waktu itu. Mungkin satu - satunya manusia yang tetap cakap I baik walaupun I dah melakukan pembunuhan besar - besaran ke hape kan, rompak bank ke, still he will say "Baikkkkk isteri abang..." Betapa hodohnya I tetap akan cakap I cantik. Dialah manusia yang selaluuuuuuu okay, selaluuuuuu cari baiknya orang tu walaupun dah terang - terangan manusia tu jahat nak mati. Dialah suami I.

Nasib baik I mengorat dia awal - awal 11 tahun lepas. Nasib baik okayyy! Nasib baik! Phewww! Kalaulah dibuatnya dia dapat kat orang lain, rugi besar I! Menyesal tak sudah! Syabas diucapkan kepada diri sendiri kerana telah berjaya menekel beliau dengan begitu bergaya sekali. Yayyyy! Sudahlah kacak, pandai masak, penyayang, arghhhh I jatuh cinta setiap hari. Setiap hari!

Suami I anak yang baik. Sumpah anak yang baik.Menantu yang baik, adik ipar yang baik, abang ipar yang baik, Pak Uda yang baik, dia suami yang super duper baik. Ya Allah, hari - hari I doakan syurga untuk dia. Biar dia sedaaapppp je bidadari layan dia. Dia layak. I tahu dia layak. Dia papa yang lembut, penyayang. Adam sangat mengkagumi papanya. Kalau dengan I, Adam akan menunjukkan kenakalan yang maksimum,okay! Tapi kalau dengan suami, Adam jadi pendengar cakap dan anak yang terbaik dari ladang. I cemburu dengan suami di situ.

Satu sifat suami yang paling I respect, suami sangat penyabar. SANGAT.Ya Allah, orang penyabar balasannya syurga.Amin. Suami tak pernah tinggi suara, tak pernah memukul, tak pernah panggil I dengan panggilan tak elok, kalau I buat perangai degil, dia nasihat dengan suara yang paling lembut, kalau I terkurang ajar, suami tegur I dengan cara yang sumpah berhemah sangat - sangat. Dia penyabar. Beza macam langit dan bumi dengan I.

Hari ini, 29 Disember, hari istimewa dia. Alhamdulillah. Allah beri dia peluang untuk bernafas lagi. Untuk menyintai I lagi. Untuk membahagiakan hari - hari I lagi (T__T)

29 Disember 1981.

Selamat hari lahir, Hafizal Elias. I need to say no more.
May Allah bless you.
Hanya kau yang cukup indah.
(=__=)"

You have been a great husband, and a great daddy too.I love you, more than my heart allows. I love you. I love you!


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to you, Hafizal!
Happy birthday to youuuuuuuuu!

Tuesday, December 28, 2010

Kadang - Kadang Kekecewaan Itu Amat Perlu...

Untuk mengingatkan kita bahawa dunia tak selalunya indah.

Tadi ada first meeting di sekolah. Pergi meeting pun tak sepenuh hati. Sebab I tahu I bakal kecewa kalau pergi meeting kali ini.

And true indeed,

I stay in noon session. Tahniah kepada mereka yang bersungguh - sungguh berusaha sehabis tenaga bagi mempastikan I diletakkan seceruk - ceruknya di sesi petang. Sebab anda sudah berjaya.

Hellooooo semuaaaaaaaaaaa! Saya kini di sesi petangggggggg! *bahagia*

Ya Allah, anugerahkan aku kekuatan sehingga mereka cemburu melihat kekuatan ku ya Allah.

Expecto Patronummmmmmmm!

p/s : Tabah Bungaaaaa, tabah!

Monday, December 27, 2010

Kasihan Kulit I! Penuh Dengan Kimia Rupanya!

Sejak last week kulit muka I terukkkk sangat. Merah - merah. Bintik - bintik. Kalau terserempak I malam - malam mesti semua akan lari sebab ingatkan I adalah hantu Kak Limah yang balik rumah. Makin lama makin menjadi kemerahan kulit muka I. Memanglah I gabra tapi cuba berlagak cool sebab I rasa takde pape kot maybe sebab cuaca ke hape kan. So buat tau tahu saja. Tapi lately makin menjadi - jadi. Dah macam Yoda pula muka I. Euwwwww!~ (T__T) Tapi belum gabra lagi sebab kalau I keluar rumah je I mesti tepek BB cream lantas menjadi jelita semula kulit I yang macam Yoda tadi tu.

Tadi suami ajak I pergi buat skin check up. Dia risau sebab dia kata kulit muka I bertambah tipis, nampak urat - urat.Makin merah pula pipi macam baru lepas kena penampar. Tadi pergi check kulit di Adonis. Malas nak bagitahu, pergi google sendiri Adonis ialah apa.Tsk okaylah okaylah, Adonis tu macam beauty academy, dia ada beauty parlour di BP Mall. Nak tahu? Beauty consultant Adonis beritahu muka I penuhhhhhh dengan chemical substances yang semakin hari menghilangkan keupayaan kulit I untuk renew dengan secara semulajadi, mengakibatkan kulit menjadi super duper sensitif, berjerawat dan penuh dengan sebum. Tambahan pula (ceh ayat macam dalam berita) tindakan I yang suka memakai BB cream (hayoooo siapa suka pakai BB cream sila ambil perhatian) jika tidak dibersihkan secara mendalam (sebab BB cream adalah foundation + concealer) akan menyebabkan pores tersumbat, bengkak, memerah dan pop out as a pimple. Takut tak? I dah takut sambil gigil - gigil tau! Selama ni bergembira pakai produk macam - macam rupa - rupanya kulit muka I ibarat kolam kumbahan bahan kimia. Takutttttttttttt!

Beauty consultant Adonis menasihatkan I menjalani treatment sambil menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi dan beliau mencadangkan Skin Food kepada I. Apa itu Skin Food? Sila google sendiri. I malas nak cari. Wahaha. Kalau nak pakai produk Adonis pun boleh tapi mak datuk bapak jiran kau punya mahal haku mana ada duit dohhhh! Nasib baik BP Mall ada Skin Food, terus heret suami pergi kedai dia. Hampir setengah jam pot pet pot pet dengan beautician di Skin Food maka inilah produk yang sesuai untuk digunakan untuk mereka - mereka yang mempunyai masalah kulit yang nakal taknak jadi flawless asyik nak tumbuh jerawat dan blemishes saja.

Stylo betul paper beg dia.
Toner
Cleanser
Serum bukan seram eh.
Make up remover. Penting untuk pemakai BB. Penting! Sebab ia membersih secara mendalam dan membabi buta.
Mask + Scrub
Almost complete set (for trouble skin)
Percuma diary. Comel je diary.
Skin Food ni produk dia semua dibuat menggunakan sayur - sayuran. Comel je bau - bauan produk dia, bau oren la, limau mandarin la, toner dia bau Parsley. Comel! Terus rasa macam kau lumur sayuran di muka sendiri. Jangan risau, harga berpatutan lepas tu banyak range skin care yang ada, all type of skin. dari normal to dry to very dry to trouble. Dia juga ada make ups and beauty accessories  macam nail polisher lah, nail sticker lah. Macam - macam. Packaging produk - produk dia pula very the earthly. Suka! Ohh ya Skin Food ni produk made in Korea so bolehlah perasan macam kau artis Korea sekejap. (T__T) Jutaan terima kasih kepada suami sebab telah meranapkan wang anda untuk isteri mu di sini. Sayang sampai lebam. Muahhhmuahhhh! I janji tak jahat selama seminggu!

Alang - alang dah belanja, I request satu lagi benda dari dia. Clinique punya moisturizer yang sumpah best macam fairygod mother yang penuh dengan keajaiban. It rejuvenates your skin from inside out lepas tu ia sangatttttt moist tapi tak melekit sebab ia water based. Dulu pakai ni tapi sebab ia mahal maka tak selalu mampu beli. (T__T) Kalau malam sebelum tidur pakai moisturizer ni, bila bangun pagi terasa macam ehhh sucinya mukaku! Sumpah ia sangat best! Yeahhhhh! Dapat satu!
Hai nama saya hebat!
Wuwuuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuw!

sampai je rumah I terus kumpulkan produk - produk I yang I pakai, kumpulkan dalam beg plastik then terus simpan dalam almari. Nak buang sayang, so simpan. Biar I tak nampak. Suami tak habis membebel bla bla bla okaylaaahhhhh I surrender lepas ini takkan sentuh lagi semua bahan yang berkimia. Janji pengakap. Semoga kulit I jadi sihat semula lepas ni. (T___T) Dah serik dah ni. Terima kasih, suami. Perempuan memang macam ni, nak cantik semuaaaaa pun sanggup sampai tak kisah soal bahaya atau tak. Bersyukur sebab cepat tersedar. (T__T)

Dah. Babai!

Tak Cuba Mana Nak Tau - Jom Ber'Hana Tajima' Phewitt!

Okay okay sudahhhh sudahhhh! Melampau keji I ye?Korang ni memang langsung tak boleh tengok manusia perasan artis tau. At least bagilah I 5 saat untuk menikmati fantasi sebagai artis sekejap (T__T) Hidup ni kita kena perasan bagus sekejap. Tapi sekejap jelah, jangan lama - lama nanti orang menyampah. Keji berbakul - bakul. So I perasan bagusnya lebih sikit hari ini tu yang buat benda - benda sibet secara berleluasa.

Ini Hana Tajima. Siapa tak kenal maka boleh mengaku diri sendiri loser kini.
Ini kakak Hana Tajima. Terpisah sejak dari dalam perut emak masing - masing. Siapa tak kenal dia boleh dimaafkan sebab sumpah tak femes manusia ni. (T__T)
 Habis kena keji dengan family sendiri. Diorang kata macam hantu kum - kum la, macam pakai selimut atas kepala la. (T__T) Terguris perasaan tau. Suami sorang je kata cute. Taktaulah terpaksa ke hape.

p/s : Redha jelah.Dahlah nak pergi main tenggiling bawah pokok.

Sunday, December 26, 2010

Sardin Sedap Dimasak Penuh Kasih Sayang (Percayalah)

Tengok! Baru baca tajuk dah mengkeji I. (T__T) Yelah. I tak pandai memasak. I tak reti memasak yang sedap - sedap sedunia. Kakak - kakak dan adik I semua pandai memasak. I sorang je kaki bangku eh tangan bangku. Okay, fine! (main semut bawah pokok)

Okay I dah tak merajuk. (pfttt!)

Tadi I masak untuk suami I! Yupp! Finally! After two whole years! After we've got Adam! After I've got my size doubled! I memasak untuk suami. Terharu tak? (T__T) Menu? Hellooooo takkan ayam masak kicap pulak, kan? Of course la Sardin Kasih Sayang. Nama resipi cool kan? (=__=)" Apa? Resepi? Okay sudah - sudahlah perli I. Resepi masak sardin kau tanya aku?Nah pelempang sebiji.

Gagalnya dalam potong - memotong. Bentuk apa tuuuuuuu???! (patutlah mak mertua I tak mengaku menantu)
Air asam jawa. Barulah tak lupa asal usul oh.
Sardin. Yelah, takkan dah nampak gambar sardin pun nak kata chicken thigh pulak.
Hasilnya. Terliur tak? Ke terasa nak muntah terus? (T__T)
 Gigih okay. Memasak tanpa bantuan suami. Hebat tak? Okaylah, mula - mula memanglah sardin, lepas ni?Haaa... berdoalah. Tercapai juga hasrat nak memasak untuk suami. Kembang kempis lubang hidung tahan bangga bila suami puji "Sedapnyaaa sardin... Lainnya rasa sardin bila Lina masak.." Yeahh Lina. Cool kan nama I kat rumah?Jauh beza dengan nama dalam IC. Lina yauwww. Huuu. Dah jangan tanya macamana nama Lina boleh wujud. Pergi tanya Puan Latifah.Ohh rindunya pada si dobot I Adam. Dia ada dengan emak di Bandar Penawar. Cuti - cuti Malaysia. Rindu diaaaaaa! (T__T)

Ah comel! Nak gigit nak gigit nak gigit!

p/s : Yeayyyy seronoknya nak naik sekolah! *tipu*

Dah.Babai.

Yes! I Looooveeee Pink And I Looovvvvee Animals!

Kecuali cicak dengan katak serta anjing. Off you go! Hey I sayang binatang tahu tak? Especially yang berbulu - bulu olohlooooo comelnyaaaaa! Kucing paling terpaling disayangi. Rumah I ada 4 ekor kucing yang hebat. Tanum, Pupin (nama sebenar Upin Ipin), Al-Bebeng and BlackBlack. Lepas tu ada ayam, ikan puyu, biawak, tenggiling, lotong, monyet, tupai, dan haiwan paling istimewa di rumah I adalah khinzir. Yaa khinzir. Hey jangan double standard kan I sebab sebagai pencinta binatang yang totally unbiased, I kena welcomed semua binatang berkongsi kebahagiaan serta kasih sayang. Ok laaa ok laaaa, dah dah jangan buat spekulasi. Well, dah namanya duduk kat kampung kan, normal la ada babi lari - lari belakang rumah. Rumah I belakang ada belukar. Kan dah sebut babi bukan khinzir lagi. Terus jadi tak sopan. Cool kan rumah I belakang dia ada belukar. I am sooooo Jane! (T__T)

Motif? Statement tuuuuu biar satu dunia tahu betapa cintanya I kepada pink dan haiwan. Yeah!
Lihat! Ada owlie yang comelll sedunia!
Close up sikit. Nak bagi orang rasa menyampah.
 Dengan bangganya I bagitahu I adalah ahli WWF. Eh bukan wrestling yang seksi tu tau, tapi WWF... arghhhh pergi Google laaa. Tiap - tiap bulan dermakan RM38 untuk projek tuntung dan Orang Utan. Penyayang kan? Come on la, support them and be responsible for the animals. Marilah bersifat Ace Ventura sikit.

You guys boleh pergi ke sini dan belajar banyaaaaakkkk perkara yang selama ni kita pandang remeh macam How You Live Your Life, and the most important part is (eh ngengada nak speaking!) How You Can Help. Biasalah benda - benda macam ni tak banyak sambutan sangat dikalangan manusia yang selaluuuu sangat buat durja kat muka bumi ni. Apalah sangat derma sikit supaya generasi akan datang taklah macam "Mama, Adam teringinnnnn sangat nak tengok wajah sebenar Tuntung lah mama. Taknaklah tengok kat TV je." Okay menyayat hati tak? Even sekarang ni pun, siapa yang kenal tuntung dan boleh lukis muka tuntung tanpa perlu merujuk wajah sebenar beliau sila angkat tangan? Berapa banyak kali korang tengok muka tuntung menghiasi kaca TV?Eh kenapa tuntung begitu digembar - gemburkan? Fikir - fikirkan. Dan selamat beramalllllll!

Nah, I bagi muka pencinta haiwan tegar sebiji!(=__=)"
Comel kan? (T__T)


Dah. Babai!