Sunday, May 16, 2010

Teacher Yat...

16 Mei- hari yg dari kecik lagi aku dah berangan nak sambut. dari kecik, ok. tengoklah betapa beriltizamnya aku dari kecik lagi aku dah pasang cita cita nak jadi cikgu (sebab masa tu aku tgk cikgu2 aku boleh rotan marah budak sukasuki hati.jadi aku rasa terangsang nak jadi cikgu.eh) jadi bila masa aku pegi interview dulu, interviewer tanya aku kenapa aku nak jadi cikgu,aku cakap--

"entah. tapi dari kecik lagi mmg nak jadi cikgu!"

masa tu aku rasa jawapan aku paling bijak, tapi lepas je aku keluar dari bilik interview terus rasa eh bodoh kurang bijak nya jawab macam tu! terus aku rasa confident aku kena reject. tapi eh months later aku dapat surat penempatan.mungkin sebab jawapan aku tu ikhlas dari hati (cehh!) maka Allah berikan aku peluang untuk mencapai cita-cita aku.

maka tarikh 1 November 2007-sahlah aku menjadi seorang cikgu.bangga betul pakai nametag kehulu kehilir penuh gaya mutu dan keunggulan. jadi cikgu ni bukan senang. produk kau adalah anak murid. apa yg mereka bakal jadi-adalah apa yg kau corakkan dalam kelas. kadang2 aku give up betul jadi cikgu. budak budak sekarang kurang hajar tak payah cakaplah. kalau tercubit sikit harus aku kena saman dengan mak bapak diorang. aku ajar nahu bahasa inggeris berkali kali satu pun tak lekat dalam otak-tapi kalau bab2 mengembangkan keturunan tak payah ajar pun diorang dah handal. berlaga bahu berselisih tak pandai dah nak beri salam. muka masing masing pailang ketat macam nak kena lempang. biadap-malas belajar. kadang kadang aku rasa macam nak belajar imu hitam pulak-nak je aku santetkan budak budak jahat yg jadi anak murid aku ni.

tapi tulah-kadang kadang kau rasa kau tak penting. kadang kadang kau rasa usaha kau tak dihargai. kadang kadang kau rasa terancam sungguh profession sbg cikgu ni. tapi setiap kali tanggal 16 mei muncul tiap tahun, kau mesti akan rasa bangga dengan diri sendiri.kau mesti kagum dengan keupayaan kau mendidik ratusan anak bangsa. dan kalau ada daripada mereka yg menjadi 'manusia' kaulah org pertama yg merasa bangga.

malam tadi aku terharu dapat msg dari bekas anak murid aku 2 tahun lepas.ayatnya simple tapi penuh makna. dan semangat aku yg nyawa nyawa ikan ni kembali bersemarak untuk terus mendidik anak bangsa. terima kasih aku ucapkan kepada semua cikgu2 aku dari zaman tadika smpilah ke universiti. eh terus rasa sedih pulak.
Justify Full
SELAMAT HARI GURU,CIKGU!

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

4 comments:

ynadona said...

kakak bunga ku syg...selamat hari guru...=)

Cik Puan Bunga said...

thanks babe! ^_^

Asyraf Arif said...

miss ! happy teacher's day !

nak toblerone !!
nak toblerone !!
nak toblerone !!
nak toblerone !!

HAHAHA !!! ♥ ♥ ♥

Cik Puan Bunga said...

thanks babe!!!

toblerone dah masuk dalam perut! kukuikui!~ ;p