Saturday, July 31, 2010

Nak Kawen Dengan Afghan - Nak Kawen Dengan Afghan ! !

uff tajuk entri cam horny! (abaikan. biasalah emosi ibu ibu time berpantang kan macam tak stabil gitu! huhuhh!) gile ah i mmg dari dulu suka suka suka kat Afghan neh (hakikat muka dia mcm muka scandal i telah berkali-kali diketepikan.pffft!) suka dia suka suara dia yg macam macho macho gitu ah rasa heavenlah! lepas tu muka dia sweet sweet innocent gitu rasa macam nak lempang (tendency nak lempang muka orang hensem sama juga macam kalau tgk benda comel mcm kitten ke hape terus rasa macam nak picit picit.eh) masa dia nyanyi suara dia mcm soothing sangat2 eleh terus jatuh cinta terus rasa nak kawen dengan dia (selamat i tak boleh kawen sampai 4 kalau tak i dah terpaksa duakan husband!)

masa pregnant selalu tengok muka Afghan kot kotlah baby nanti keluar ada iras iras muka Afghan tapi eh takde punnn! Adam keluar keluar je mata dah sepet macam Shin Chan langsunglah terasa hampa sebab takde sikit pun ciri ciri Afghan disitu. tsk. kecewa.

tengok tengok - pegang mic stand pun dah nampak handsome! i rela jadi mic stand tuh tau! auwww!

ni pic fevret i sepanjang zaman - ouhhh innocentnyaaaaaaa! nak tiyum nak tiyummm! (buat perangai whore lagik!)


terus lupa umur dah 27. terus rasa remaja. terus rasa nak jadi warganegara indon. eh tak tak.


sekarang gila dengar lagu PadaMu Ku Bersujud. Serious tiap tiap hari ulang ulang lagu ni sampai lebam. nyanyi nyanyi before tido sambil tepuk tepuk Adam dengan harapan boleh mimpi jumpa Afghan. Dem. tak pernah jadi kenyataan. tsk.


p/s : serious pernah nak letak nama baby instead of Adam Irfan Xaharis jadi Adam Afghan Xaharis. tsk.

Thursday, July 29, 2010

BFF

salam =] heehe. adam tengah tido dengan syoknya - main peluk2 dengan nenek. papa pulak sedap tido dalam bilik (siap pasang aircond lagi heh!) so bolehlah mama ber-blogging dengan ghairahnya. muahaha!

mmg sejak dulu lagi i berazam nak bf kan adam selama yg mungkin. banyak dah baca yg susu ibu ni scientifically proven as the best food in the whole universe. i nak adam jadi bijak mcm sang kancil and dalam masa yg sama hubungan mama and adam dengan i jadi rapat ;)

so - sibuklah surf web sana sini cari breastpump yg elok and convenient since nantikan bila i dah start kerja adam akan sentiasa ada bekalan susu. so taklah adam kebulur nanti bila i pg keje :) heee... so last2nya i dengan husband sepakat membawa berkat nak beli breastpump jenama Medela neh - kami rasa type Harmony neh paling banyak mama2 beli (9 out of 10 mommies) selain harganya yg berpatutan and lebih mesra baby and mummy. ia nya tidak menyakitkan. yehyeh. itu yg paling penting tuh (trauma melecet! wuuuuuuuuuuu!)


Medela Harmony BreatPump

sekarang neh ngah tunggu kedatangan breastpump tersebut. i beli online je kat sini sekali beli dengan container and cooling bag dia. tak sabar rasanya nak main pump pump. eh. huhu. hopefully adalah rezeki adam nanti - and boleh bf adam dengan jayanya. *finger cross*

hopefully nanti anak mama akan lebih bijak - lebih baik - jadi anak yg soleh untuk mama and papa. mama and papa saaaaayang adam sangat. =]

Wednesday, July 28, 2010

Berpantang Maut Sebelum... (eh) - Berpantang Selepas Bersalin

salam ;)

hari ni adalah hari ke 13 berpantang. esok dah masuk 2 minggu dah. wuuuhoOoo! syiOk ah! pejam celik pejam celik (walaupun sejak adam lahir jangkamasa pejam adalah kurang daripada jangkamasa celik) adam dah nak 2 minggu dah :) adam sekarang pOn dah semakin bOlat and mOntel - banyak minum susu mama lah yeee! :)

dalam masa 2 minggu ni jugak alhamdulillah berat badan dah susut berbanding masa pregnant dulu. gila ah dulu mmg macam mama barney kehulu kehilir bawak perut yg besar. huhu. okeh nak cerita sikit pasal confinement set yg i pakai masa bersalin neh. husband yg suggest pakai set ni - and alhamdulillah set ni okeh sangat ;) i dah turun approximately about 14 kilos since my last weighing session. masa before deliver i adalah 80.9kg and sekarang (lepas 2 minggu deliver) berat dah jadi 66 kg sajo! :) weeeeee... ! !

Set Bersalin Herbanika NR (Nona Roguy)

Set ni ada 6 barang semuanya and yg paling i suka adalah PhytoNatal Tablet dia - seriously mmg berkesan gilos untuk mengatasi masalah sembelit. biasanya mama2 semua kan macam seram2 ayam nak buang air besar lepas bersalin esp. yg bersalin normal and trauma dengan jahitan perineum takut sakit dsb kan - samalah macam i - siap takut nak pergi buang air besar (pfttt!) tapi alhamdulillah lah i makan tablet ni hari ke tiga lepas deliver and lepas tu mmg takde langsung rasa sakit nak buang air besar atau rasa sembelit ke hape - pembuangan sisa toksik pun berjalan dengan lancar eh. haaa ! ! :)

Krim herbanika dia pun best untuk meng-kempiskan perut2 anda after deliver. seriouslah sgt hodoh ye puan puan perut i selepas deliver. so sapu je krim ni before pakai bengkung and hasilnya sgtlah memberangsangkan. ia turut membuang angin berlebihan dalam perut and menghilangkan stretch marks secara efektif. wOowww!

info lanjut berkenaan produk ini boleh klik kat sini and kat sini :)

alhamdulillah sepanjang pantang takde mslah - masalah yg ada cuma geram dengan perangai husband yg suka minum air twister oren + ais depan mata. eh sakitnya hati aku! nasib baiklah sayang kalau tak nak je bagi tendangan padu gaban sekali. dush! eh . berdosa. huhu.

emaklah yg jaga sepanjang tempoh pantang - ikut amalan2 orang jawa macam berparam , berpilis lepas mandi - berbengkung (macam kuih lepat daaa...) and menu makanan tengahari and malam yg sangat syahdu.. uh ! (makan ayam pun kadang2 je - sepanjang masa pulun sayur sebab nak banyakkan air susu. urghhhh! ikhlas ~ ikhlas) tapi alhamdulillah lah semua ni membantu ke arah proses mengecutkan rahim dengan cepat and cepat kurus! :) cuma kalau boleh jgn minum air banyak sgt - nanti badan kembang, tapi i terpaksa togok air masak banyak sebab batuk dari before deliver sampai sekarang tak elok lagi :(

sekarang ni ngah tunggu emak siapkan lauk untuk makan tengahari. hero tengah tido jadi ada banyak masa untuk bersuka suki-blog hopping - online shopping - fb-ing ! aaahhhhh heavennnnn! :)

dah.tata!

Monday, July 26, 2010

Janji Ni!

emak kata , nak menambat (ceh menambat-dah macam lembu!) hati suami, kita kenalah selalu bagi dia makan air tangan kita. eh janganlah jadi stupid - bukan basuh tangan lepas tu kasi husband minum (bongok) tapi - adalah melalui masakan. faham?

dah 2 tahun kawen - sampai dah 'terkeluar' adam tuh i tak pernah masak untuk husband. beliauuuu saja yg masak untuk i- jadi i berazam, habis saja pantang neh, i akan memasak untuk beliau. betulll! betul sayang, promise neh!!

okeh - kalau tika baca neh beliau akan gelak golek2 lepas tu besok mesti gosip dengan kak sally. blah lah!

Sunday, July 25, 2010

Jika Bukan Kau,Maka Siapa Lagi...?

Adam,
buah hati cinta mama-dengan papa...
bila kamu besar nanti-mama akan ceritakan pada kamu, betapa hebatnya papa kamu,sayang...
mama akan ceritakan pada kamu, kisah cinta kami.

betapa untuk mendapatkan kamu sayang,
mama dan papa terpaksa melalui pelbagai halangan dan dugaan...
papa kamu lelaki yg kuat,sayang...
cinta papa kamu hanya untuk mama...
dan dengan restu Allah-maka kami dapat bersama...

Adam,
bila mama pandang wajah kamu,
mama seperti memandang satu keajaiban cinta yg mama dan papa wujudkan,
kasih sayang kami bersatu dalam diri kamu,sayang...
cinta kami membuahkan kamu,
saat mama berjuang dengan maut untuk melahirkan kamu, papa ada disamping mama...
tangan sasa papa yg mendakap kamu sayang,
suara lembut papa yg mengalunkan azan ke telinga kamu,
jari jemari papa yg mentahnikkan kamu,sayang...
lelaki hebat itu ada ketika kamu keluar melihat dunia...

Adam,
mama cintakan lelaki itu,
mama cintakan papa kamu...
dan kehadiran kamu menguatkan cinta kami...

Adam,
biar dunia 'mereka' menolak kehadiran kamu...
tapi bagi papa dan mama,
Adam Irfan Xaharis adalah bukti nyata cinta sejati itu wujud dan ada...

sayang,

mama.

Thursday, July 22, 2010

Eh Sweettttt!

(eh kualiti gambar yg sibet bak enfon cap yap ah tong)

sejuppppp mata perut dan usus besar bila tengok pemandangan sebegini di ruang tamu rumah. dua lelaki paling ter-sayang tidur saling berdekatan. (doremon interframe-abaikan) :)

so-masa2 begini digunakan oleh si mama untuk hapdet fb dan blog. sementara si papa menjaga si kecik itu. nasib baik papa kerja malam. disiang hari boleh tengokkkan adam ;)

kesian si papa. masa manjanya bersama si mama sedikit kurang sejak kehadiran baby adam.

dun worry sayang. i love u always. eh.

:)

Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum Adam Irfan Xaharis

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Baru berpeluang untuk update blog dan share pengalaman bersalin for the first time. Here it goes.

14 JULAI 2010

Phewww aku dah overdue 9 hari dari tarikh dijangka bersalin. Badan dah rasa sakit sakit. Nak bawak perut pun dah tak larat dah. My lower part pun rasa dah tak selesa dah. Tidur malam mesti merengek- rengek dekat suami. Merengek sebab bukan aku mengada - ngada (Walaupun aku memang mengada - ngada!) tapi sebab each time aku nak kalihkan badan mesti aku rasa badan berat sangat dan nafas jadi sesak.Perasaan bercampur - baur. Nervous. Takut. Ya Allah. Macam - macam. Tapi most of the time, aku rasa yang paling aku takut sekali adalah takut mati. Yep. What if I can't make it?

So pagi rabu (14/7/2010) tu pun aku terus pergi KK dengan  suami. JM bagi surat admission ke GHBP. Kebarangkalian untuk diinduce adalah besar sebab darling baby taknak keluar lagi. Mungkin beliau terlalu seronok duduk dalam perut dan main - main dengan gembiranya. Okay aku yang super nervous sebab. Sebab.. arghh banyak sangat sebab!

Sebelum pergi hospital, balik rumah kemas baju - baju. Makan makanan yang aku teringin sangat nak makan (KFC Pocketful + Pepsi) sambil berdoa sangat - sangat ia tak akan menjadi makanan aku yang terakhir. Amin! Sedih pulak nak tinggalkan rumah. Lepas salam emak dengan auntie, cium kucing - kucing semua maka aku sudah bersedia untuk menuju medan perjuangan!

2.30 petang 

Sampai ke GHBP and buat check up tengok memang takde opening lagi. Pintu rahim  aku sungguh 'super close' bak kata doktor.

Time itu rasa memang macam dah tak keruanlah. Sepanjang pregnancy aku memang aktif giler. Turun naik kelas and setiap kali balik sekolah mesti pergi jalan - jalan dulu dekat shopping complex untuk exercise lah kononnya. Tapi kenapa masih tak ada sebarang opening? Memang misteri. Tapi mungkin ini rezeki aku kan. Bertabahlah.

Berita baiknya (Baiklah sangat!) doktor kata akan di induce cuma tak tahu bila. Probably bukan hari ni. Maybe esok. So nurse hantar masuk wad dulu sebelum further action being taken.  Suami daftar masuk wad kelas pertama (Thankful!) jadi memang privacylah sikit bila time melawat tu.

Sambil aku tukar baju kepada uniform hospital yang lebih cool,suami angkut barang-barang and kemaskan locker. Uniform hospital memang purposely oversize ke? Sebab semua pun besar - besar. Baju besar, kain besar! Tak sabar nak tunggu lepas bersalin sebab nanti dia tukar uniform kita jadi warna PINK! Awesome kan? Suami belikan makanan and milo untuk pastikan isteri tercinta tidak akan merasa kelaparan sepanjang ditinggalkan. Sedih.

Masa  suami nak tinggal balik tu memang drama swastalah sekejap. Menangis - nangis aku peluk  suami takut nak ditinggal sorang - sorang. Sepanjang hidup inilah pengalaman pertama duduk bermalam dekat hospital. Bau ubat yang macam - macam dengan suasana yang sunyi memang sedikit spooky.

Suami pujuk - pujuk aku macam budak kecik and janji dia akan datang lagi esok.Rasa macam nak kena tinggal lama. Nangis macam budak kecik. Meleleh - leleh hingus. Sebaknya Tuhan aje yang tahu. Malam pertama dekat hospital aku cuma tidur - tidur ayam. Pertama sebab aku takut tidur sorang - sorang. Kedua sebab aku takut aku berdengkur! KEHKEHKEH!



15 Julai 2010


4.00 pagi 

Nurse datang bilik kejutkan aku yang tengah mamai - mamai and suruh buat CTG untuk check jantung baby.  Bilik CTG tu tak jauh dari bilik aku tapi dia punya sejuk macamlah aku ni dalam freezer. Menggigil - gigil. Auntie nurse tu memang super baik hati. Dia selimutkan aku tebal - tebal and suruh aku tidur sebab CTG tu 30 minit. Touching betul aku rasa. Nasib baik dia tak nyanyikan Twinkle Twinkle untuk aku. HAHA.

Jantung baby normal, air ketuban normal and semua dalam keadaan yang cukup baik untuk baby. Auntie nurse tu kata pukul 5.30 pagi nanti buat sekali lagi CTG.



9.40 pagi 

Doktor sekali lagi buat check untuk tengok samada dah buka jalan atau belum. They call this a VE check. Aku rasa it stands for VAGINA EXAMINATION. Aku rasalah. Tak tahu betul ke tak. HAHA. VE ni doktor secara manual akan periksa bukaan rahim kita menggunakan jari. Sakit atau tidak, itu bergantung kepada doktor yang buat VE engkau. Memang tak dapat nak beri exact opinion on this. Pintu rahim masih tertutup rapat. Tak ada sebarang contraction untuk menolong pembukaan pintu rahim.

Jadinya untuk membantu melembutkan dinding rahim dan membantu membuka pintu rahim, doktor akan masukkan ubat. Inilah proses induce yang diwar - warkan. Dan wahai sekalian manusia, aku bakal menghadapinya. Rasa dia?Sakit gila! Tapi dalam kepala aku cuma fikir nak lahirkan baby dengan selamat. Jadi terpaksalah menipu otak dengan berulang - ulang kali kata "Oh ini tak sakit! Ini tak sakit!"

Doktor suruh aku baring diam - diam dan tak bergerak selama 2 jam. Dalam masa ini, insyaallah aku akan dapat merasa mild contraction kalau ada rezeki. Lain orang lain reaksinya terhadap ubat yang aku dapat tadi.



12.00 tengahari

Buat CTG sekali lagi. Masih takde contraction. Jantung baby okay sangat - sangat dan tak ada sebarang masalah.Aku  masih sehat dan segar. Langsung tak ada rasa sakit - sakit. Masa ini aku dah dipindahkan wad. Taklagi duduk dalam wad pertama, tapi masuk wad kelas kedua yang lebih ramai manusia dan lebih dekat dengan kaunter nurse untuk observation. Tapi layanan dan makanan masih kelas pertama. Hantar lunch dalam tray siap ada bunga. Sweet tak GHBP? HEHE!

Suami datang melawat. Alahai rindunya! Padahal baru sehari tak jumpa! Suami suapkan makan sambil pujuk - pujuk aku, belai - belai(Ooooohhhh!) and bagi kata - kata semangat (Macam aku nak pergi wakil negara on something!) and selalu suruh aku untuk fikir positif. Setiap kali suami datang mesti aku rasa nak menangis sangat - sangat. Perasaan bercampur baur. Teringat dosa - dosa yang aku pernah buat dekat dia. Melawan cakap dia, marah - marah dia, bebelkan dia.  Hmmm. 

Masa ni aku mengantuk sangat, letih sebab semalam tak dapat tidur nyenyak. So suami suruh aku tidur sekejap. Masa melawat pun dah habis and dia janji akan datang semula petang nanti dengan emak. Masa ni aku sangat overwhelming dengan emosi sendiri tapi tak mampu nak menangis - nangis sebab terlampau mengantuk. Ngee!


5.00 petang

Suami datang dengan emak. Masa ni dah mula rasa sakit sikit - sikit. Contraction pun dah mula terasa dah.  Contraction tu rasa dia macam ada sesuatu tengah bergelodak dalam perut engkau. Mula - mula rasa dia sangat terkawal. Tapi lama - lama dia jadi macam sangat sangat sangat menyakitkan. Satu badan rasa sakit and literally macam tulang - tulang engkau nak patah.


Suami mandikan aku sebab aku seharian dah tak mandi. Aku terlupa pulak nak mandi. Aiseh! Aku memang dah tak larat nak jalan time ni. Memang tak larat. Rasa macam nak menggelongsor atas lantai.Contraction kerap datang sampai nak jalan pun dah terbongkok-bongkok dah.Time ni darah dah mula keluar sikit - sikit  (Mungkin sebab VE / contraction / Bloody show?) and rasa sakit makin kerap datang. Sangat sakit.


Suami suapkan aku makan petang sambil pujuk - pujuk lagi. Aku pulak asyik menangis je time ni. Rasa hiba gila - gila. Sikit - sikit aku pegang perut yang mengeras. Aku pandang emak, aku tau emak pun sayu.Mata emak merah. Tapi emak diam je. 

Aku tahu aku anak emak yang paling degil and terpaling susah sekali nak di manage. Bila tengok emak macam tu, aku rasa bertambah bersalah sebab sepanjang hidup asyiklah menyusahkan emak. Dan sekarang, aku tahu macamana dan apa yang emak rasa (Maybe worst!) masa emak nak lahirkan aku dulu. Emak pujuk suruh aku banyakkan bersabar. Aku kalau emak yg bersuara memang serta merta air mata mengalir laju.  Hiba sangat rasanya.

Dekat pukul 7 malam suami dengan emak nak balik. Lagi sekali aku menangis gila - gila. Tak lama lepas suami dengan emak beredar tiba - tiba  suami datang balik dengan auntie aku. Bila tengok aku terlantar macam tu, dia pun menangis sekali, aku apa lagi. Makinlah kuat menangis Rasa hiba sebab ada juga yang caring and sayang dekat aku.  Suami cium pipi and dahi aku sebelum balik. Aku mintak ampun dekat suami and makcik aku and aku minta didoakan semuanya berjalan dengan baik. Kalau ini kifarah aku sebab selalu sangat marah - marah suami, maka dengan redha dan rendah hati aku terima. Aku terima semuanya. Alhamdulillah. Sakit contraction lepas tu menjadi lebih terkawal. Tapi masih kecewa sebab next VE belum ada bukaan lagi. Sabar.



16 Julai 2010



1.00 pagi 

Buat CTG lagi sekali. Rasa sakit dah semakin kuat dan semakin kerap. Tapi bila check bukaan pintu rahim baru bukak 1 cm. Rasa give up gila - gila. Aku SMS  suami, emak, adik - beradik and makcik mintak maaf and ampun, mintak dihalalkan makan minum, salah silap. Semualah. Suami tidur dalam kereta dekat parking hospital. Hujan pulak turun lebat. Walaupun aku rasa macam drama swasta tapi aku memang sedih sangat waktu ni. Sorang - sorang tahan sakit, sejuk sebab hujan lebat. Dalam hati rasa rindu sangat nak jumpa baby cepat - cepat. Aku usap - usap perut cakap dekat dia "Be a good boy. Jangan sakitkan mama lama - lama sangat. Mama sayang awak, cepatlah keluar jumpa mama dengan papa." 
Touchinglah!

Bayangkan suami dekat dalam kereta tidur dengan sejuk (Hujan lebat) dengan takde selimut, tak makan, banyak nyamuk. Aku tak dapat bayangkan apa yang suami rasa waktu tu, tapi aku yakin yang dia buat semua tu sebab dia sayangkan aku sangat - sangat. Dia taknak balik sebab dia kata dia nak ada dengan aku waktu aku bersalin nanti.

Aku pulak bertarung lawan sakit yang Ya Allah, Tuhan saja yang tahu. Suami SMS kata dia dah ampunkan dosa - dosa aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Suami redha dengan aku. Suami doakan akusetiap waktu. Masa ni aku rasa macam Ya Allahhh Ya Allah barulah aku tahu kenapa Nabi sampai bersabda kalau kita boleh disuruh sembah manusia, dia nak suruh seorang isteri tu sembah suaminya. Terharunya aku rasa. Aku tak pernah rasa begitu dicintai macam apa yang aku rasa sekarang. (Ayat nak drama!)



6.00 pagi 


Time ni rasa sakit sebab contraction memang dah tak boleh nak cakap dah.  Walaupun ia masih ditahap bearable tapi ia memang menuntut seluruh kekuatan dalaman dan laran untuk kekal siuman dan tenang. Puas aku kalihkan badan kanan kiri tetap jugak sakit tu makin kuat. Setiap 2 minit sakit tu datang.  Berpeluh - peluh aku menahan sakit. Bila doktor buat check rupanya pintu rahim aku dah terbuka sebanyak 3cm . Alhamdulillah! Finally! Doktor pesan suruh mandi and siap - siap coz pukul 9 pagi nanti akan ke labor room.

Sambil terbongkok - bongkok aku pergi mandi, darah dah mula keluar.  Gunakan seluruh kekuatan yang ada untuk berjalan. Ini bukan main - main ke atau buat - buat ke atau saja nak exaggerate ke apa, tapi memang aku kerah tenaga manusia yang ada untuk berjalan. Terbongkok - bongkok.Air mata meleleh laju. Ya Allah. Macam nak mati. Betul! Sakit tu aku rasa macam nak mati. Tulang - tulang rasanya dah lari allignment tapi aku tak kisah dah. Aku nak baby aku selamat itu aje.


Nurse pesan suruh breakfast untuk pastikan aku sentiasa bertenaga especially masa nak push baby nanti . Tapi nak buat macamana aku tak lalu nak makan. Cubalah juga sumbat masuk makanan dalam tekak tapi tak selera. Aku cuma makan kurma nabi 2 biji and minum air zamzam. Aku SMS suami suruh dia siap - siap untuk temankan aku dalam labor room nanti. Aku rasa extremely excited walaupun rasa takut tu masih ada!


9.00 pagi

I'm ready! Dah mandi, dah wangi, dah makan, dah minum. Sungguh bersemangat dan bertenaga!

Nurse tolak masuk aku dalam labor room. Suami ikut dari belakang. Tapi suami tak boleh masuk lagi. For the mean time, suami kena tunggu dulu dekat luar bila bukaan rahim dah 5cm baru dia boleh masuk and jadi pompom boy aku. Cheering untuk aku. Sweetlah! 

Sampai je dalam labor room, doktor pecahkan air ketuban. MasyaALLAH sakitnya memang tak tergambar.  Doktor guna a long yellow flexible stick untuk pecahkan air ketuban. Memang rasa sangat - sangat benda tu macam cucuk something.Nasiblah doktor tu semua kacak-kalau tak memang kaki ni dah singgah free - free je dekat muka dia. Yang buat dia semakin kacak, everytime nak buat something mesti baca Bismillah. Alahhhhh jatuh cinta! HAHA!

Contraction dah semakin kerap. Sakitnya Allah saja yg tahu. Dalam kepala aku cuma ada suami dengan emak. Mulut tak henti - henti sebut nama Allah dan baca doa nabi Yunus. Aku memang pasrah kalau aku meninggal memang redha. Aku berdoa semoga kalau aku mati masa bersalin nanti aku tak bertukar jadi kuntilanak ke Nek Nak ke apa. Air mata dah mengalir laju macam hujan.Teringat, Ya Allah ini rupanya apa yang emak rasa masa melahirkan aku.



11.00 pagi

Doktor check baru bukak 4cm tapi sakitnya rasa mcm nak terbersalin time tu jugak. Pukul 12pm dah bukak 5cm. Dalam kelam - kabut menahan sakit tu tiba - tiba aku terdengar satu suara yang aku sungguh yakin sangat kacak orangnya.

"Betul ye Encik nama isteri Encik Norhayati Binti Isnin?"

"Betul!" Kata suami.

Ibarat mendapat kekuatan baru sebaik saja aku tengok muka suami yang sungguh memancar - mancar aura kekacakkannya, aku semakin bersemangat berjuang lawan sakit yang maha hebat.Aku genggam tangan dia kuat - kuat. Suami cium dahi dan baca ayat ayat al-quran. Sakitnya Allah je yg tahu, aku panggil nama emak , panggil nama  suami. Suami tenang aje. Tak kalut sama macam aku. Lebih fokus berbanding aku (Yelah kan, yang sakitnya aku. Bukan dia.)Aku pandang muka dia dalam dalam. Dalam hati sempat cakap "Aihh hensemnya laki aku" HAHA


Sakit makin berterusan.Makin lama makin kuat. Rasa tak tahan sangat - sangat. Aku dok fikir macamanalah yang anak 4,5 orang tu. Sungguh gagah mereka itu. Dalam hati fikir nak baby selamat saja and tak putus  - putus berdoa. Macam - macam yang aku flashback dalam kepala, tapi mostly flashback pasal betapa annoyingnya perangai aku dengan emak dan jugak suami. Padan muka aku! 

Suami tak berhenti - henti bagi aku semangat. Lembut sangat suara suami tenangkan aku sambil - sambil urut belakang, usap kepala aku. Kejap - kejap dia cium dahi aku. Ya Allah, aku rasa nak meraung kuat - kuat tengok dia buat macam tu dekat aku. Bertuah dikurniakan suami yang begini.Syukur!


2.30 petang 

Agaknya kerana suara aku terlampau kuat dan mengganggu kosentrasi ibu - ibu yang lain, aku ditolak masuk ke bilik lain. Aku sorang je dalam bilik tu. Ada sorang doktor, sorang staff nurse and 5 nurse  pelatih tunggu aku dalam bilik tu. Macam dayang - dayang istana. Masa ni aku dah feeling - feeling puteri bunian. Happy aje sebab dapat layanan yang sungguh memberangsangkan!

Oh the pain! Time ni rasa sakit memang sangat kemuncak. Kejap - kejap aku suruh nurse check kan berapa dah bukaan aku. Baru 7cm. Ada 3cm lagi. Boleh tak rasa macam nak belah perut? HAHA. Suami tak putus - putus berdoa and tolong urutkan belakang aku. Nurse - nurse pelatih tolong urutkan dan banyak kali pesan jangan sesekali aku cuba nak meneran untuk mengelakkan bengkak ditempat yang tidak diingini. Baiklah. Aku angguk aje. Tapi dalam perut ni rasa macam nak terkeluar pun ada. Macam nak teran time tu jugak. Puas aku tahan, kapit, kepit taknak bagi baby keluar sebelum lengkap bukaan 10cm. Besi katil tu aku pegang kuat - kuat. Kalau patah, mintak maaflah kerajaan Malaysia!


3.45 petang 

Aku bgtau nurse yang rasa sakit dah lain macam. Macam nak bersalin sangat - sangatdah. Tapi nurse kata akubelum bukak 10cm lagi. Diorang suruh jangan teran and bersabar. Aku pulak yang hilang sabar sebab aku rasa sangat - sangat yang memang dah sampai masa aku nak bersalin. Aku cakap dengan suami aku nak teran SEKARANG!

Bila nurse senior datang and check bukaan memang aku dah 10cm dialated dah. So dia suruh  aku mengangkang, tarik nafas dalam - dalam and teran dengan bersungguh - sungguh tapi jangan buka mulut, jangan menjerit. Oh dengar macam sungguh mudah! Baiklah! This is it! Aku  pandang muka  suami and dengan 3 kali teran (Tepat jam 4.15 petang Jumaat 16 Julai 2010 4 Syaaban1431H) maka lahirlah seorang lagi umat Muhammad ke dunia dengan berat 3.76kg.

Bayi lelaki yang masih merah dan bertali pusat tu doktor letakkan atas dada aku. Untuk 30 minit yang pertama. It's very crucial. For us to bond. Sesi bonding lah bak kata orang.  Aku pandang muka dia dalam - dalam. Aku pegang tangan dia, jari - jemari dia yang masih kecil - kecil lagi. Matanya masih tertutup rapat. Tapi suara dia memang hebat sedunia. Kuat. Penuh bersemangat. 

Spontan aku menangis sambil pandang  suami sambil cakap berulang kali "Abang.. Adam.... Adam..."  Aku rasa bangga dan bahagia sangat - sangat. Mata  suami merah. Aku tau dia pun gembira. "Abang sayang lina"  ucap suami sambil dia cium dahi aku. Alhamdulillah lega dan syukur sangat - sangat.  Memang hilang rasa sakit yang tadi - tadi tu. Aku rasa bertenaga, gembira. Happy yang teramat sangat. Comelnya baby aku. Montok sangat. Cerah. Comellah! Alhamdulillah.

Doktor keluarkan uri and jahit perineum tear.  Sempat lagi bergurau - gurau dengan nurse yang tolong jahitkan macam tak ada apa - apa yang berlaku. Sambil tu, suami terus azan dan iqamatkan baby.Selesai azan dan iqamahkan baby, suami tahnikkan si kecil sebelum keluar dari wad untuk uruskan urusan lain and call emak abah and family yang lain.



Nurse ambilkan aku makanan and 3 gelas air milo kosong. 3 gelas okay! HAHA! Terima kasih wahai nurse - nurse GHBP yang baik hati sedunia!
 

7.00 malam

Suami datang untuk ambil uri and nak terus balik rumah sebab aku tak boleh keluar lagi dari wad bersalin. Normally dalam 2-3jam dah boleh disorong keluar tapi aku tak boleh lagi sebab doktor kata pulse aku sangat laju gila - gila and aku diletakkan dibawah pemerhatian. Mungkin nervous and trauma tadi tak hilang lagi. 

Kesempatan ni aku ambil untuk konon - konon lelapkan mata sekejap.Tapi tak nyenyak sangat sebab tak sabar nak cuddle baby and breastfeed dia for the first time ^____^ I am a momma! Finally! It's a total celebration lah.Alhamdulillah semuanya selamat. Baby cukup sifat, tangan kaki jari semua cukup. Alhamdulillah.



Perasaan aku sangat bercampur - baur. Bahagia terutamanya. Baby comel aku, aku beri nama Adam Irfan Xaharis bin Hafizal. Terasa diri sendiri hebat sebab mampu lahirkan Adam yang boleh tahan dobotnya secara normal tanpa epidural atau ubat tahan sakit. Aku pandang muka Adam lama - lama. Ya Allah. Bukti cinta kami. Comelnya Adam. Sempurna fizikal. Ya Allah, Allahu Akhbar! 

Hilang rasa sakit yang aku rasa. Terus tak teringat sakit tu macamana. Rasa sakit tu tadi sekarang dah bertukar menjadi satu perasaan yang sangat aneh. Yang buat engkau rasa nak melonjak - lonjak, nak lompat - lompat. Nak tersengih sepanjang masa. Redha seredha redhanya dengan kelahiran Adam. Perasaan yang indah susah aku nak gambarkan macamana.Dalam hati aku tak putus berdoa.Semoga adam membesar menjadi insan yg cemerlang dari segi sahsiah, intelek dan soleh.^___^ Amin ya rabbal alamin.

Aku bersyukur kerana  sepanjang aku melalui proses melahirkan sokongan suami sangat hebat. Sabar sangat melayan aku yang mungkin waktu tu dah hilang separuh daripada kewarasan manusia normal. Aku bersyukur yang tak terhingga. Juga kepada staff GHBP yang sangat friendly, servis yang sungguh terbaik, makanan yang sedap, layanan yang super awesome dan kesungguhan mereka dalam membantu aku yang pertama kali menjadi seorang emak ni. Terima kasih sangat - sangat. Terima kasih.

 Adam Irfan Xaharis Bin Hafizal

All and all. Aku rasa sungguh awesome sekali! 

Dah. Babai!

Monday, July 19, 2010

Jatuh Cinta Lagi...

Alhamdulillah. telah selamat melahirkan Adam Irfan Xaharis tepat jam 4.15 petang Jumaat 16 Julai 2010 / 4 Syaaban - 3.76 kg secara normal. :)



thanks sayang sebab temankan i sepanjang masa sampailah saat Adam keluar dari rahim i. serious lah, sesungguhnya syurga seorang isteri adalah disisi suaminya. kalau suami redha dengan kita InsyaALLAH kita akan diberkati. saat2 i bertarung nyawa selama 8 jam dalam wad bersalin tu- husbandlah yg banyak bagi dorongan-kata2 semangat and rasa terharu giler2 sebab selama ni i banyak bebelkan dia tapi disaat Adam keluar je dia kata "abang sayang lina sangat2..." huhuhhh!~

inilah ADAM IRFAN XAHARIS :)

nanti story lagi yahhhh! :)

Thursday, July 8, 2010

Not Yet...

belum lagi deliver.
still waiting... ;)
oooh penantian memang sesuatu yg menyeksakan.
semalam mimpi dapat baby twin.
eh...