Wednesday, July 28, 2010

Berpantang Maut Sebelum... (eh) - Berpantang Selepas Bersalin

salam ;)

hari ni adalah hari ke 13 berpantang. esok dah masuk 2 minggu dah. wuuuhoOoo! syiOk ah! pejam celik pejam celik (walaupun sejak adam lahir jangkamasa pejam adalah kurang daripada jangkamasa celik) adam dah nak 2 minggu dah :) adam sekarang pOn dah semakin bOlat and mOntel - banyak minum susu mama lah yeee! :)

dalam masa 2 minggu ni jugak alhamdulillah berat badan dah susut berbanding masa pregnant dulu. gila ah dulu mmg macam mama barney kehulu kehilir bawak perut yg besar. huhu. okeh nak cerita sikit pasal confinement set yg i pakai masa bersalin neh. husband yg suggest pakai set ni - and alhamdulillah set ni okeh sangat ;) i dah turun approximately about 14 kilos since my last weighing session. masa before deliver i adalah 80.9kg and sekarang (lepas 2 minggu deliver) berat dah jadi 66 kg sajo! :) weeeeee... ! !

Set Bersalin Herbanika NR (Nona Roguy)

Set ni ada 6 barang semuanya and yg paling i suka adalah PhytoNatal Tablet dia - seriously mmg berkesan gilos untuk mengatasi masalah sembelit. biasanya mama2 semua kan macam seram2 ayam nak buang air besar lepas bersalin esp. yg bersalin normal and trauma dengan jahitan perineum takut sakit dsb kan - samalah macam i - siap takut nak pergi buang air besar (pfttt!) tapi alhamdulillah lah i makan tablet ni hari ke tiga lepas deliver and lepas tu mmg takde langsung rasa sakit nak buang air besar atau rasa sembelit ke hape - pembuangan sisa toksik pun berjalan dengan lancar eh. haaa ! ! :)

Krim herbanika dia pun best untuk meng-kempiskan perut2 anda after deliver. seriouslah sgt hodoh ye puan puan perut i selepas deliver. so sapu je krim ni before pakai bengkung and hasilnya sgtlah memberangsangkan. ia turut membuang angin berlebihan dalam perut and menghilangkan stretch marks secara efektif. wOowww!

info lanjut berkenaan produk ini boleh klik kat sini and kat sini :)

alhamdulillah sepanjang pantang takde mslah - masalah yg ada cuma geram dengan perangai husband yg suka minum air twister oren + ais depan mata. eh sakitnya hati aku! nasib baiklah sayang kalau tak nak je bagi tendangan padu gaban sekali. dush! eh . berdosa. huhu.

emaklah yg jaga sepanjang tempoh pantang - ikut amalan2 orang jawa macam berparam , berpilis lepas mandi - berbengkung (macam kuih lepat daaa...) and menu makanan tengahari and malam yg sangat syahdu.. uh ! (makan ayam pun kadang2 je - sepanjang masa pulun sayur sebab nak banyakkan air susu. urghhhh! ikhlas ~ ikhlas) tapi alhamdulillah lah semua ni membantu ke arah proses mengecutkan rahim dengan cepat and cepat kurus! :) cuma kalau boleh jgn minum air banyak sgt - nanti badan kembang, tapi i terpaksa togok air masak banyak sebab batuk dari before deliver sampai sekarang tak elok lagi :(

sekarang ni ngah tunggu emak siapkan lauk untuk makan tengahari. hero tengah tido jadi ada banyak masa untuk bersuka suki-blog hopping - online shopping - fb-ing ! aaahhhhh heavennnnn! :)

dah.tata!

11 comments:

Naddy said...

=) bestnya da kurus..kalau aku makan set ni agak2 ble x?haahah nk kurus jugak n...

SyamsilaKadir said...

1st of all congrats for a new born adam..

2ndly, kalau x keberatan, akak nk tny berapa harga set nona roguy tu?? tgh survey harga ni which one is the best.. thanks yatt!

3rdly, semoga sentiasa happy2 selaly bersama hero2 tersyg.. ;)

Cik Puan Bunga said...

naddy - boleh... kau makan phytonatal dia... besttttt!~ :D

cahaya - akak harga dia RM360++ tapi yat dapat beli harga RM340 + param + pilis... ;) beli kat Raihanna Butik kat Parit Raja ;)

Nadiah Suhaidi said...

haa inilah jawapan yg kucari2. td tgh tgk2 kat internet pasal set bersalin NR ni sbb tgh survey pasal set bersalin. thx for sharing! eh2 tapi nak tanya berparam & berpilis tu apekah? penting x? hehe. thx again :P

-[DeeYA]- said...

owh!napa ko dh kuwus!??aku mau gak!bleh ke anak dara mkn set ni?

Cik Puan Bunga said...

nad - berparam dengan pilis tu mcm pakai lulur satu badan - lepas mandi nanti midwife akan lulur badan kita dengan ramuan2 herba untuk buang angin and pecahkan lemak then dia akan tepek satu campuran kat dahi kita untuk buang angin + migrain + cerahkan penglihatan ;)

tika - kau makan phytonatal je - memang untuk turunkan berat badan. serious shit berkesan ;)

eifa said...

alaaa ader param pilis ker....baru hingt nk carik yg tkde keturunan param pilis haaa...adehhhhh

nwey setau i..ade ritu kt pg2 nyer program tv3 tuh...katenyer mnm air byk tk kembang pon..membantu mengalakkan susu ader laa....klo org dulu2 laie laa..segelas jek air sehari...mmg ler susah nk dpt kan susu...tp derang dulu direct jek ngan ank2....

Cik Puan Bunga said...

nona roguy neh xder param+pilis pun... i beli asing... taknak beli pun xper... cuma org jawa mcm i neh suka param + pilis ;) besttttttt!

Nadiah Suhaidi said...

ooo mcm tu ke..patutlah cepat kurus! hehe

SyamsilaKadir said...

thanks yatt for sharing.. raihanna butik tu kat area mane eh? hilang ingatan ler.. tp xpe, leh je cari.. emm harga pun mcm ok.. boleh dipertimbangkan.. neway thanks again! selamat berpantang..

p/s: best giler berparam + pilis.. pernah try masa miscarriage huhu..

Cik Puan Bunga said...

kat belakang wellward baru kak (kalau tak silap) huhuhu!~ tapi butik tuh senang cari sebab dia besar gedabak senang nak nampak... ;)