Monday, August 30, 2010

Tak Sangka

betul - betul tak sangka. i dengan suami menghasilkan makhluk Allah yg comellll sedunia. tak sangka, yg menendang2 dalam perut dulu rupanya begini rupa parasnya. cliche nya - tapi memanglah. until you have become a mommy, u will never know a mommy's feeling. betapa overprotective nya seorang mommy tuh towards her offspring. 

tata.

Friday, August 27, 2010

Budak Hemsem Kedekut Senyum Tibe Tibe Senyummmm!



oloh!
kacaknya anak mama!
:D

Share Sikit - Sikit Je Tak Boleh Banyak - Banyak!

Baiklah anak anak (huhihohe)
tibe tibe je dapat ilham untuk berkongsi ini dengan semua sedunia especially
untuk mummy2 yg preggy di luar sana (luar mana tah - main cakap saja!)

begini,
sebelum i disorong masuk ke labor room,
nurse ada pesan,
"puan, puan makan dulu ye,makan kenyang kenyang and minum secukupnya.
kalau puan tak makan nanti puan takde tenaga nak push.."

yg i pulak, dalam kepala otak terbayang,

'ish karang aku makan banyak banyak kalau terberak eh terbuang air besar
karang macamana?maluuuu!'

jadinya makanan yg pihak hospital sediakan i tak jamah pun (eksyen!)
instead, i makan kurma nabi 2 biji and minum air zamzam sekadar yg perlu.
tak adalah togok sampai kembung perut ke hape.
then terus ke labor room.
i berjuang kat labor room lama tahu,
dari pukul 9 pagi sampailah 4 petang.

tapi alhamdulillah,
tak rasa lapar langsung and tak rasa haus.
takdelah perut bunyi kriukkkk kriukkkk menahan lapar.
rasa bertenaga and masa nak push baby keluar pun
tak perlu push mcm nak terkeluar isi perut,
alhamdulillah 3 x push Adam yg besar dobot itu pun keluar.
:)

lepas selamat deliver Adam,
nurse bagi air milo 2 gelas and air masak segelas
and lunch set sekali,
tapi i cuma minum air milo saja sebab langsung tak lapar.

moral of the storynya,
buah kurma ni and air zamzam
memang terbukti memberikan tenaga yg optimum.
sekian.

babai! :D

Thursday, August 26, 2010

Bertabah!

sepanjang kami diporak perandakan oleh makhluk jahanam laknatullah itu,

Adam memang tak boleh duduk rapat dengan i,
mcm magnet menolak,

setiap kali i datang dekat dgn dia nak breastfeed kan dia,
Adam akan jerit jerit warrghhh wargghhh!
maybe pada pandangan mata Adam i adalah seekor makhluk gorgon yg jahat dan gemuk.
dia tak mahu menyusu. siap buat muka sombong pula.

production susu badan pula sgt mengecewakan.
padahal i dah telan Alfalfa,multivitamins and Fenugreek.
tsk.

setiap kali pump, rasa mcm nak menangis.alahaiii ciputt je dapatan...
tapi i selalu cakap dengan emak,
"takpe emak, sikit pun sikitlah.walaupun setitik kena bg juga Adam. berkat."
alahh.... sedihnya.

taktaulah ini ada kaitan atau tidak dengan masalah kami anak beranak.
ibu ibu diluar sana,
adakah nasihat mahu diberikan??

kasihanilah ibu muda beranak satu ini.

sob sob sob!

Wednesday, August 25, 2010

Dengan NamaMu Ya ALLAH

Malam tadi (24 Ogos 2010) Adam semakin dahsyat menangis - bagi susu menangis, agah sekejap dia ketawa lepas itu eh nangis semula. Nenek dengan Atuk dah hilang punca - taktahu nak buat macamana lagi. Mamanya pulak asyik sok sek sok sek (menangis juga). Adam cuma tidur sekejap masa pukul 3 petang, tidur sambil papa pangku sampailah ke waktu maghrib, lepas itu sambung semula menangis uwaaaa uwaaaaa kadang kadang eekkkk ekkkkk - eh dah macam macam pula bunyi Adam.

Emak call makcik i di parit raja - tanya kot kot makcik ada kenal mana mana ustaz yg boleh mengubat Adam. sebelum tu ramai kawan2 bloggers and FB yg cadangkan supaya berubat di Darul Syifa, tetapi mengkecewakan sebab bila husband call,mereka kata (pengubat2 Darul Syifa) bulan ramadhan mereka tak mengubat pesakit. alhamdulillah makcik i ada kenal org yg kenal orang yg boleh mengubat Adam. (faham tak?faham kan..)

pukul 10 malam kami (emak,husband,Adam dan i sekali) bertolak ke Kluang ditemani kakak sepupu, makcik and adik ipar makcik i. hujan rintik2 ombak bergelora pula, sejuk and night vision pun tak berapa cemerlang sebab hujan. dalam hati berdoa tak putus putus supaya urusan mengubati Adam dipermudahkan Allah. Adam pula masih ngerunjel dalam kereta. Hati i dah tak tentu arah dah. Kejap kejap bebelkan husband drive macam siput longkang - padahal semua tu nak tutup rasa risau dalam hati. Emak diam je kat seat belakang. i suspek emak tido. hihu!

lebih kurang pukul 11.30 malam kami sampai ke rumahUstaz Azizi Bin Haji Misbah kebetulan Ustaz takde kat rumah tapi tak lama lepas itu Ustaz balik dengan 2 orang pembantu. kami pun dijemput masuk. Emak pun describe secara ringkas masalah kami and Ustaz tu angguk2 je sambil pandang Adam. then Ustaz tu kata "Baiklah, kita periksa ibunya. Rasanya gangguan ni mengganggu ibunya..."
alahaiii kecut usus usus dalam perut i. then bila nampak pembantu2 Ustaz keluarkan tilam,kain putih and masing masing pakai sarung tangan lagilah kancing gigi i jadinya. dalam hati berdoa tak putus2 pada Allah, mintak2 janganlah i bersilat ke, terkinja-kinja ke, shuffle ke, meracau bukan bukan ke... eiiiii! 

Ustaz dan pembantu2nya ambil wudhu sebelum memulakan pengubatan. Adam pula eh elok pulak dia diam sambil tido dalam pangkuan emak.

"Ok ibunya baring sini-suaminya duduk sebelah..."
Ustaz tu pun start baca ayat2 suci Al-Quran minta pelindungan Allah dan memohon usaha mengubati ini berjaya. Bila Ustaz tu start je baca meremang bulu tengkuk, bulu roma bulu hidung segala dengar suara dia. memang takuuut! kalau i jadi jin ke hantu ke comfirm dah tak jahat dah kacau kacau org! Suara Ustaz ni jenis yg bergema, tegas and jelas. Lebih kurang 15 minit Ustaz ni tunduk sambil tangan pegang secawan air, tiba tiba dia buka mata and hulurkan air kat i.

"Baca bismillah, selawat 3 kali, minum sikit"

"Kemudian baring, pejam mata, dua tapak tangan keluarkan...cuba tidur.."

halamak halamak! i dah seram dah. manalah tau time i pejam mata tiba tiba jin tu sergah ke hape ke jelir jelir lidah ke eiiiiii ayooooooo! tapi i pejamkan juga mata. Ustaz tu start baca lagi ayat Quran (i rasa macam ayat ayat Ruqyah) and mula berdialog dengan makhluk yg ganggu kami anak beranak. time ni i rasa macam ada benda yg berbisik2 kat telinga kiri tapi bahasanya pelik. aiyooooo takut betul!

"Kau gunakan jasad manusia ini untuk berdialog dengan aku! kalau kau keluar aku mintak Allah ampunkan kau, kalau kau degil aku doakan Allah bakar kau dalam neraka jahanam sampai hari kiamat! aku pancung kau kalau kau berdegil!siapa kau?cakap dengan aku!gunakan tangan kanan dan tangan kiri jasad ni untuk berdialog dengan aku! kau kah yg mengacau Adam dan ibunya Norhayati?angkat tinggi tangan kanan tangan kiri jasad ni! bgtau aku! aku tak takut dengan kau! bawak semua kawan2 kau! aku tak takut! blaaa blaaa blaaa..." (panjang lagi i tak ingat sgt sebab kepala start rasa tingtong and tangan kebas kebas)

kemudian dalam 20 minit lepas tu, Ustaz tu arahkan jin tu keluar dari badan i, i dapat rasa orang berbisik kat telinga kiri dan hujung kaki kiri, badan i sebelah kiri rasa panas. Alhamdulillah, Ustaz tu kata jin jahat tu berjaya dikeluarkan.Ustaz tu ajarkan ayat ayat yg i perlu baca dan beri beberapa petua untuk mengelakkan gangguan jin ini. (i terpaksa censored few things ye untuk menjaga sensitiviti kami sekeluarga) Alhamdulillah Adam tidur lena sangat. kulit Adam yg sebelum ni merah2, jadi putih mulus-gebu sgt. Adam pun dah tak mengamuk bila i dekat dgn dia, cium dia atau menyusukan dia.

sebelum balik Ustaz nasihatkan supaya saka ni cepat dibuang,kalau dibiarkan lebih lama akan jadi lebih parah. Insyaallah,Ustaz. kami akan usahakan. satu yg kami respect pasal Ustaz ni, beliau sgt humble, baik hati and peramah, bayaran pun berpatutan dan Ustaz pesan kalau ada apa apa masalah jgn segan segan untuk call dia. rawatan selesai hampir pukul 1malam. tapi alhamdulillah Adam tidur lena, bangun hanya untuk menyusu. alhamdulillah... pukul 2 pagi sampai rumah. tak selera nak tidur, terus tolong emak masak lauk untuk sahur.

sampai ke saat entry ni ditulis Adam masih selesa tidur tanpa gangguan. alhamdulillah.  :)

doakan Adam ye semua. :)

Ustaz Azizi Bin Haji Misbah merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam, Pengasas Seni Bela Diri 17 dan Pengasas Buah Pukul 17. Beliau pernah muncul di Expose Mistik Astro Prima dan majalah majalah Perubatan Islam.

Tuesday, August 24, 2010

Tolong...!

ada tak - sesiapa (especially area bt pahat - johor) yg tau mana mana orang yg boleh ubatkan / buangkan saka?
tak tertanggung rasanya tengok Adam diganggu macam ni. :(

kesabaran pun ada batasnya.

hubungi i  : flowerbabebee@yahoo.com / 0127366274

thanks

Saturday, August 21, 2010

Bancaan Selapan

eh eh macam bahasa alien saja tajuk entri kita pada kali ini. okeh.apakah itu? baiklah begini ya anak anak, bancaan selapan adalah salah satu daripada adat jawa yg bermaksud meraikan ulangbulan (bukan ulang tahun yee) baby yg ke 35hari. beberapa jenis makanan special dimasak, diatur, dibacakan doa selamat sebelum dilahap dimakan secara beramai ramai ataupun perseorangan. tujuan party ini diadakan adalah untuk memohon kesejahteraan kehadrat Illahi kepada baby yg dilahirkan disamping mengenyangkan perut manusia manusia yg hadir. ehehe.

semalam (20 ogos 2010) adalah hari bancaan selapan Adam - semalam adalah Jumaat keliwon, Adam lahirkan masa Jumaat Keliwon jadi semalam adalah hari selapan Adam (35hari) faham anak anak dengan penerangan buk guru? yaaaa kita teruskan yaaaa... jadi nenek Adam udah masakin beberapa juadah ehh kenapa tukar slang neh?ehemehem... ok nenek Adam dah masak beberapa lauk untuk bancaan selapan Adam ni.

ini kami panggil 'keluban ubi' ada yg panggil 'urap ubi'-tapi jangan panggil kerepek ubi. nanti dipanggil bongok tak pasal pasal. ini makanan wajib dalam budaya orang jawa ye anak anak.

sambal goreng. pedas pedas. walah walah sedap yg teramat. empphhhh! wuhuiiiii! sedap woh sedap! (eh cukup cukuplah-bulan puasa ni...)

ayam goreng rempah. selalunya emak buat 'ayam engkung' tapi sebab semalam tak sempat buat, maka ini sajalah yg ada. emppphhh lazaaatttt!!

mee goreng kicap. kicap mesti hitam dan pekat. buat pedas pedas. cirit i makan! huhu!

kemudian lauk pauk ini diletakkan dalam satu pinggan. biar meriah. nampak lazat dan menyelarakan. tenang je lauk pauk ni bersemadi sebelum dilahap beramai ramai.

sedia untuk disental kedalam perut!!

sebelum azan buka puasa, abah bacakan doa selamat untuk kesejahteraan Adam, doa buka puasa dan doa makan. lepas tuuuu...apa lagi... MAKANNNNNN!!!! :D

oh ya, untuk informasi lanjut mengenai bancaan selapan ini, kelik disini ya! :D

Friday, August 20, 2010

Oh Anak Hemsem Mama

oh kenapalah kalau Adam menangis sebab kena urut ke kena inject ke - kembung perut ke - kena kacau setan makhluk halus ke mesti i melalak sama??

dah tak macholah begini!!

macam tadi - Adam kena urut, i yg menjejeh jejeh air mata. tsk.

Thursday, August 19, 2010

FB Clearing - Phase One

cehhh budget macam glamer je i neh siap nak buat FB clearing bagai. huhihohe. semak lah tengok friendlist yg beribu tu (elehhh baru seribu lebih je-poyolah kau!) tapi hakikatnya i tak kenal pun semua tu. org request main approve jerr! bahana nya? i jugak diperkotak katikkan dan diperdagangkan oh. trauma.

jadinya, haku delete satu satu! huhihohe! fasa satu dah siap - esok screening lagi. dah berpinar mata dah ni.

Wednesday, August 18, 2010

Dunia Ini...



akan lebih indah bila i bersama mereka. sumpah.

She-Knows-It-All / He-Knows-It-All

ehh semua benda pun dia tahu. semua benda pun dia perfect. lelaki/perempuan begini sgt meng'annoying'kan. apa nak buat?nak lempang?ke nak terajang je?

eh menyampahlah! silalah faham!!

p/s : tengok pendekar bujang lapok lagi kelakar. bwahahaha (eh gila ketawa sorang sorang)

Tuesday, August 17, 2010

Semuanya Sebab Adam

Hoyeeee Adam dah sebulan dah! Dah besar bujang anak mama - dah boleh kawen! (eh belum sunat tak boleh kawen-wahaha mama gatal!) perangai diva Adam semakin menjadi jadi ikut perangai siapalah budak bujang hemsem neh. huhihohe. Lambat bagi susu melalak - lambat mandi melalak - lambat tukar pampers melalak - sejuk sangat melalak - panas sangat melalak - eh rasa macam nak sumbat balik dalam perut. lalala.

Terbaru Adam dah buat kami macam mesin pengenjut buaian dia - Sepanjang masa nak berenjut saja - aduiiilahhh Adam tangan siapalah yg tahan - gigil2 tangan mengenjut dia. Kalau stop mulalah eeekkkkkkkkk! keluarlah suara diva dia. 

Jadi terpaksalah mama gunakan elaun handbag mama untuk belikan Adam ini...

warna biru seehhhh! comel!

babai elaun handbag! :(

wahhh! ada music lagi. clubbinglah Adam ;p

wah namanya comel. Popoooo popoooooo! huhihohe!

semoga Adam tido lebih lenaaaaaa! :)

Monday, August 16, 2010

Adam Irfan Xaharis Is One Month Already! Alhamdulillah!

Alhamdulillah. Pejam celik Adam dah berusia sebulan. Macam baru semalam je rasanya I bertarung kat bilik bersalin and rasanya macam baru semalam I pegang anugerah Allah yang paling indah untuk I dan suami. Alhamdulillah. Maknanya dah 30 hari jugak I dalam tempoh berpantang.

Adam membesar normal macam baby – baby yang lain. 2 minggu selepas lahir baru Adam sikit – sikit buka mata dia yang sepet macam anak cina tu. Kalau sebelum ni nampak segaris je mata dia. Comel betul. Alhamdulillah Adam nak menyusu badan. Banyak betul dia menyusu. Dalam sehari tu lebih 7-8 kali jugak Adam mengaruk nak susu. Kalau dia berjaga memang I bagi direct feed kat dia, and kalau dia tidur I ambik masa tu untuk pump susu and simpan dalam botol, lepas tu barulah boleh online. Hehe. Tapi tak lama sebab Adam ni bukan suka tidur sangat. Nanti kejap – kejap dia bangun minta susu.

Breastfeed ni memang satu cabaran untuk ibu baru macam I. For the first few days tu rasa nak give up pun ada, sebab nak selesakan diri, nak duduk dengan betul untuk direct feed Adam memang rasa macam nak nangis sangat – sangat. Adam pulak jenis yang cepat megamuk kalau sekali dua hisap susu belum keluar, so terpaksa tenangkan dia dulu sebelum start balik feeding session. Tapi once dia dah hisap dengan selesa, memang satu kepuasan untuk I. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa menahan pedih bila nipple melecet and berdarah tapi demi Adam, kuatkan semangat jugak!

Merasa jugak I pengalaman bengkak susu. Memang tak tidur malam. Suami pulak kerja malam, jadi harapkan emak ajelah untuk layankan I. Memang sakit bila dua – dua breast membengkak and rasa sakit nauzubillah. Bengkak tegang and rasa memang tak boleh sentuh langsung. Sakit. Sakit dia macam, entah eh. Tak tergambar. Sampaikan I demam menggigil – gigil. Masa ni belum beli breast pump lagi jadi terpaksa picit guna tangan untuk bagi susu keluar. Sakitnya Ya Allah. Tak tergambar rasa.

I berjaga sampai pukul 3,4 pagi sebab tak boleh tidur langsung. Sakit mencucuk – cucuk. Puas tuam dengan ais tapi still bengkak taknak surut jugak. Emak kata tuam dengan seluar dalam suami yag belum basuh. Tu petua orang dulu – dulu. Alhamdulillah sakit tu kurang sikit. Esok paginya bila midwife datang, dia urut barulah bengkak tu surut and tak sakit lagi. Tapi masa dia urut tu Ya Allah Tuhan ajelah yang tahu sakitnya macamana.

Dalam masa sebulan ni cabaran paling terbesar bagi I adalah breastfeeding and biological clock memang totally berubah. Waktu tidur dah tak macam dulu. Malam – malam berjaga, layankan Adam. Kalau dapat tidur tu, itulah waktu yang paling precious sekali dalam hidup. Memang kalau dapat lelap mata 5 minit dah bersyukur sangat – sangat. Adam kerap menangis. Dia akan start menangis dari pukul 4 petang sampai Subuh esoknya. Hebat tak? Kena banyak – banyak bersabar. Kadang – kadang I tak dapat nak kawal emosi, maklumlah emosi orang tegah berpantang kan mudah swing, maka dengan I sekali menangis sama. Alhamdulillah suami banyak membantu.

Untuk first month check - up Alhamdulillah takde masalah berat Adam 5.0 kg and perkembangan yang perlu ada untuk baby berusia sebulan semua ada pada Adam. Alhamdulillah.

I masih belajar sesuaikan diri untuk mejadi seorang Mama. Phew memang bukan perkara yang mudah. Banyak benda yang dituntut. Semoga I tabah menjalani cabaran ni.

Adam, happy birthday yang ke sebulan ya sayang. Mama doakan Adam membesar menjadi anak yag soleh, yang taatkan Mama dan Papa, yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Mama and Papa saaaaaayang Adam sangat – sangat.

Photobucket
Olohloh cayang Mama baru nak buka mata sepet dia!
Photobucket
Adam Irfan Xaharis
Weight : 5.0 kg (1 Month)
Dah.Babai!

Sunday, August 15, 2010

Berapa Kali Kau Jatuh Cinta

Kalau tanya i - i setiap kali nampak lelaki kacak pun i jatuh cinta. hehe. maaflah. i memang menghargai gila gila ciptaan Tuhan yg ini.kenapalah tiba tiba cakap pasal ni? eh. hehe.

jadinyakan - pantanglah ada lelaki kacak kan i mulalah jadi extra peramah, terus menyopan santun habis, yg tak boleh blah terus jadi ayu jelitawan buheekkkk! terpecah lobang di belog sendiri. lepas ini taktik dah tak menjadi. ehehe.

bila dah jadi cikgu ni setiap masa pun akan ada student kacak menyentuh jiwa menggegar rasa. rasa nak pewiiitt pewwiittt je - nasib baiklah mereka itu muda remaja lagi dan i sudah tua belum berapa nak bangka, kalau sama sama muda harus i terus pergi kepada mereka dan berkata "hai kacak! jom kawen?" eh gatal nya!

dulu kan, masa i praktikal kat satu sekolah kat Melaka, menyampah gila nak pegi sekolah hari hari menghadap muka muka yg tak digemari. pelik pelik je perangai cikgu cikgu kat sana. hadoiiii - sehinggalah i bertemu seorang jejaka kacak (kacak ke?) yang mensebabkan i begitu rajin datang ke sekolah. hari hari rasa bersemangat sampaikan pukul 5 dah bangun terpacak bersiap siap nak pegi sekolah -sembur perfume waaaaaangi satu rumah. uhuhh!

tak senonoh perangai cikgu neh! mengorat student sendiri! wahahhh! kacak betul beliau menunggang motorsikal bergaya-uhuh! lupa terus etika perguruan GURU TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERCINTA DENGAN PAKCIK KANTIN eh ANAK MURID! terus lupa.

tsk. terkenang sungguh saat ini. beliau yg kiri sekali. kacak kan?kacak kan?hehehe!

suka sangat pic ni. pic dating sama sama masa hari last praktikal. eh eh kerja gila.

sebab itu i tak boleh lupa kalau datang Melaka - mesti teringat kekasih gelap i. eheh. jangan risau. husband i tau. kena jujur. kalau tak berdosa. lagipun ini kan cerita lama. eh merasa jugak i berskandal. wehehe.

beliau di masa kini. eh masih kacak lagi. terbaru beliau beritahu dah ada gf. uh. semoga berbahagia yeeee. eh mcm tak ikhlas je doakan. hahaha. kanak kanak lah hakuuuuu!

lagi satu sem je sebelum beliau bergelar jururawat lelaki. auwww sexy! kalaulah masa i deliver dulu nurse2nya kacak begini mesti i terasa seperti di syorgaaaa. wahahaha. berhentilah berangan bungaaaaa! :D

selamat berbahagia Fauzi. kita dulu sama sama gila. Tapi best. eh? :D

Mencintai Crystal Sepenuh Hati

Crystal bukan yg sekumpulan anak muda main rock band tu - itu nak buat hape? :p compared to gold - i prefer crystals (yelah i bukan berduit pun nak beli emas yg ribu riban tu.. wuhuuu) crystals kan kaler kaler lepas itu bentuk beliau sgt pelbagai ada bulat bulat, bersegi, lonjong lonjong eh dah macam kuih yg comel. toko kesukaan (wah toko gitu!) adalah satu kedai di The Summit Batu Pahat, level 2 sebelah kedai komik. uncle yg jaga toko crystal itu sgt baik hati dan suka bercerita. setiap kali i datang mesti rasa macam seorang cucu melayu yg melawat atuknya dari Beijing. haha. serious uncle ni sgt baik hati dan mesra rakyat. u surely akan spend more than one hour semata mata nak beli satu crystal bangle. hah! kan dah mcm i cakap tadi - cucu melawat atuk. tsk.

apa yg i tau - sebelum u beli crystal ni u kena tau apa yg u perlukan because each crystal ni ada purpose dia sendiri. and biasanya aliran darah u will make sure the crystal works. meh i kasi contoh2 bangle crystal yg i ada. 

ini crystal pertama i. i beli masa tahun 2003. guna duit PTPTN yg pertama. wahaha. gila. org bg duit soh belajar aku guna untuk shopping! chett!ini dari group Rose Quartz. etcehh biasalah kalau dah pink pink begini apa lagi kalau tidak berkait dengan cinta. auwww! haaa sesapa yg berbintang Taurus and Libra (macam i..uhuhuh!) sesuai banget kalau try pakai bangle dari crystal ni. mesti lepas ni digilai ramai. macam i lah jugak. wahh! huhihohe! kalau bentuk tak semenggah macam ni murah saja. i beli ni dengan harga RM108. kalau dia lagi bulat dia lagi mahal.

ini nama dia Aventurine beliau adalah crystal yg diyakini boleh mengundang kekayaan (almost all crystal does) - membantu u menjadi lebih tenang. oh ya, klik saja di link haaa nanti penerangan panjang lebar akan diberikan. Aventurine pattern ini tidaklah begitu mahal. lagi hijau warna beliau lagi mahal harganya. untuk bentuk ini harga adalah sekitar RM188-RM288 sahaja. tapi kadang kadang kalau time sale maybe dapat lebih kurang harga beliau. haa pergilah time sales. yayy!

ini pulak adalah Tiger Eye. it's for self discipline. uncle atuk juga beritahu kalau u guys ada panas baran, pakailah crystal dari group ini. Insyaallah emosi amarah tu terkawal sikit. i kan kaki pukul. thats y pakai ni. hahuhihohe! oh ya i ada 3 pattern bangle dari group tiger eye. tengok. betapa panas baran nya dan betapa tak berdisiplinnya i - kehkeh.

Onyx (gift from someone)

yg ini rembat org punya.hihuhohe!


yg ini hadiah dari kakak. dari group Smokey Quartz


yg ini special sikit sebab beli ini masa pregnantkan adam. entah kenapa tiba tiba mengidam sangat sangat nakkan Jade so berhempas pulas mintak husband belikan Jade. Jade ni kalau among chinese diorang memang suka pakai Jade sebab banyak benefits nya. mcm longevity, calming aura, for good luck and macam macam lagi. masa i bersalin i pakai Jade ni. huhihohe. tahpape. selagi tak dapat Jade ni selagi tulah muka ketat habis muncung boleh sangkut dengan hanger. muehehehe. Jade yg hijau giler giler boleh mencecah belasan ribu, yang ni murah saja uh uh dalam RM4++. warna dia akan berubah mengikut jangkamasa kita pakai and mengikut tahap kesihatan kita. semakin hijau semakin bagus. yieeehaaa!


nak cuci pun tak susah - kita boleh cuci crystal ni kat kedai2 jual crystal ni tapi kalau malas, nak cuci sendiri pun boleh. rendam saja dalam air mineral (bukan air paip yeee...) selama 15 minit. lepas itu dah boleh pakai mcm biasa. kena ingat - crystal ni tak boleh kongsi kongsi pakai , satu bangle seorang pemakai sahaja coz ia melibatkan aliran darah dalam badan kita. kalau bercampur2 dah tak syiok ah. ceeehhhh! macam baguss saja. hahaha!~

haaa mcmna?ada yg berminat dengan crystal? :)

eh terselit pulak menatang ni.hehe. hiburan selingan.

tata! :)

Thursday, August 12, 2010

Romantik Romantik Pulak Eh!

i ni kan entah hape2 entah. selalukan akan berfikir yg bukan bukan lepas tu susah hati sendiri. pfft! kemudian bising bising pening la stress la sepak karang! masa lepas deliver adam that day, selalu fikir eh sayang lagi tak husband kat i lepas ni? kalau i merajuk dia nak pujuk lagi tak? blaa..blaaa... lepas itu nangis sorang sorang sebab rasa yg husband dah tak sayang la apa laa.. tapi itu semua perasaan setan je semua tu. husband i tetap layan i mcm dulu - malah dia kata makin sayang lah sebab i dah melakukan perkara yg hebat untuk dia - gila mana ada manusia keluarkan manusia melalui lubang paling sempit dan kecil di dunia kecuali seorang wanita? dah pegi amik pembaris dan ukur 10cm tu besar mana?ha?ha?

heee - tadi kan puas i manja manja dengan husband (lepas ni ada la anon kutuk i berbakul bakul) adam pulak nenek yg jaga. miahahaha. apa i buat? eppp! mana boleh tauuu! hohihuheiii!

p/s : jgn fikir bukan2 eh. i berpantang pun tak habis lagi. kami main sudoku lah! percaya lah!

Wednesday, August 11, 2010

Penat Tau! Penat Tau!

ceh lah cakap penat berkali-kali macamlah nanti ada orang kesian. kehkeh. tak kesian tak apalah. yang penting puas hati. seharian okeh modified belog lagi. kali ini kalau jembalang tanah tu copy lagi ini belog memang i akan habis habisan melancarkan gerakan menjejaki makhluk kongasam purple (ptuihhhh!) neh. siap kau!

sori ye sekalian yg ada, tadi private blog sekejap. maklumlah, under construction. huehuihooi!

by the way - atas dasar mendengar nasihat seorang senior masa i study dulu i dah maafkan dah dia ni. her life story is too pitiful. she lives in delusion. 



Dah.Bhai!


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak Dengan Adam

Bulan ramadhan kali ni special sikit - special bukan sebab i banyak buat baju raya sebab dah gemuk ke hape.. tapi sebab i sudah ada adam! :D oloholoh - adammmm! nak gigit gigit je pipi bambam adam! geram!


oh ya - sempena ramadhan yg bakal menjelma ni i nak mintak maaf zahir batin kepada semua. maafkan salah silap i eh?i kadang kadang i kan mulut berpuaka eh mulut nakal sikit. ampun! semoga ramadhan kali ni membawa sinar buat semua. :)


i sajikan mata semua dengan pic terbaru bf i ya. ;)
alaaaa...hemsem!

Monday, August 9, 2010

Emak Gojes Sambut Birthday!

9 ogos adalah birthday emak. eh dah mcm ayat penyata belajar masa darjah satu pulak. hoho. baiklah. jadi sebagai anak kesayangan emak (ehem ehem) walaupun masih didalam confinement period i, husband and adik busuk telah berjaya menganjurkan (eh menganjurkan?) satu sambutan kecil kecilan untuk emak. heeee. kami lah sekumpulan anak anak soleh dan solehah! yeahhahaha! :D

kek yg nyumnyum.tapi tak boleh makan.kan masih dalam pantang ;(

satay daging.eh alamak.terliur lah pulopp!


ayam percik yg telah memercikkan air liur sekalian yg ada.


kuah kacang (err tak sedap sgt.emak buat lagi sedap!eh)

 nasi ayam.
 emak cantik walaupun dah 54 tahun :)


kenapa potong kek pun muka serius mak?

 eh kenapa ada gmbr budak tibet??


eh ada gmbr budak gemuk annoying interframe! heehe!
(ya Allah bilalah nak kurus ni)

kami semua doakan emak panjang usia, diberkati Allah, dikurniakan kesihatan yg baik - terima kasih emak tolong i jaga adam. tolong mandikan adam - jaga adam time malam malam buta. i doakan Allah tempatkan emak dikalangan orang orang yg Allah sayang. belum dapat balas jasa emak jaga i, emak dah buat jasa baru dengan jaga adam. i saaaaayaaangggg emak sangat2... sayang sgt2!!!! :D

Saturday, August 7, 2010

Pftttttt!!

wohooooo... privatekan blog heeehhh?delete i dari u punya friendlist yeeeee?siap filter message lagi! chittpooodaahhhh!!! kau nak lari mana? mmg dasar pompuan copycat! dah dua kali buat benda yg sama kat i - tak reti reti nak insaf ke hapa?? goblok!

Friday, August 6, 2010

Arghhhhh! Argghhhhh!

dulu i pernah buat entry merapu pasal ini - untuk yg dah hilang ingatan, ni entry i mensumpah sibetkan makhluk itu kelik di sini. ingatkan jembalang tanah tu dah insaf taubat nasuha taknak buat lagi - sekali ada sorang blogger prihatin PM i and cakap yg jembalang tanah itu sudah buat hal lagi. huwaaaahhhhh - marah ni!! jadi i pun pergi terjah blog itu sekali lagi dan harkkkkkk! terkejut i babe!


sila klik pada gambar untuk tumbesaran mantap
header tuuuuu header tuuuuuu... !


tuh widget widget tuhhhhh... catch-phrase tuhhhhhh ! tu semua klonnnnn!!


i penjenayah pink - dia pun nak penjenayah jugaaakkkkkk!

ufff! ini memang menaikkan darah i. takkanlah kebetulan. hooooo tidak mungkin! dulu dia copy sikit sikit je tapi sekarang haaaaa hambikk - habis semua dia copy... weheeiiii takde idea sendiri keeee???? (tak kuasa i nak blurkan gambar dia-biarlah seluruh warga bloggers tau.geram.geram) dulu mmglah i layan layan budak ni bertegur sapalah konon tapi sejak dia buat perangai pailang mcm ni ufff tak kuasa i nak berbaik baik dengan dia. sakit hati i lahhh! taulah i ni idola dia (agaknyalah) tapi janganlah sampai semua pun dia nak tiru! wohooooiii get a life lahhh! eh geramnya!

i ni tahaaaaaannnn je mulut nak carutkan dia.. taaaahaaannnn jeeeee!!!!

kue ki ora payah dhadhi uwonglah - dhadhi celeng wae lah! (waahahhh dah termencarut dalam bahasa ibunda!)

p/s : sebelum i 'bagi' u kaw kaw baik u tukar semua semua tuh!

Thursday, August 5, 2010

Kucing Jahat Untuk Dijual!

ada siapa siapa nak beli ke? sempena jualan murah awal ramadhan ni i bagi harga special saja. jantina lelaki. umur (tak ingat...errr dalam 5-6bulan...or less.entah.haha) kebolehan istimewa : makan sisa makanan sehingga licin. nama dalam mykid : UPIN

ohhh pura pura menyerah kalah ya??!

kucing parsi celup perut labuh sampai ke tanah.

kuat makan.nasi kosong tanpa lauk pun dia sental.jadi tidak susah mahu membelanya.

kenapa i kata dia jahat?sebab dia cakar hidung i - terus jadi tak seksi lagi. hy6d8e9xdghftYTjj!!!

sekian bebelan di petang hari.

Hell Hath No Fury Like A Woman Scorned

yeah. if a woman being rejected contemptuously in love - well lets just say that you can find the greatest anger here on earth. dan menjadikan anda seorang yg pendendam. bukan sahaja kepada org yg telah mereject anda - tetapi juga kepada gf beliau - keluarga beliau - malah keturunan beliau or sesiapa sahaja yg bersangkutan. gila. jadi kesimpulannya : perempuan yg cintanya ditolak (ouhhh ouhhh) maka beliau sgt berdangerous. eh pencemaran bahasa.

agree?

jangan main main aaaa...

p/s : info : the origin of this saying is originally comes from William Congreve's poem The Mourning Bride =) *ouhhh berilmiahnya haku!*

Wednesday, August 4, 2010

Saka... (Weeewooowuuuu <---Bunyi Effect Cerita Seram)

Bukan sucker eh. Sucker itu seperti perangai Pak Mat Tempe (bukan nama sebenar) yg telah i ceraikan lama dahulu kerana berkelakuan seperti sehtan. eh apa merepek pula. haaa nak cerita adam dah 2-3 malam tak tidur malam. merengek rengek, bila time menetek bf je mesti mengamuk-ngamuk, tido tak lenalah nanti nangisss saja. mata i dah macam panda china dah akibat tak tidur malam eh tipulah mata nenek sebenarnya yg macam panda china sbb nenek yg terpaling banyak tak tidur malam. semua gara-gara adamlah. semalam adam menangis sehabis gagah satu hari. bayangkan - nangis tanpa henti selama satu hari. oh.

rupanya hari ini bila emak bawa dia pergi berubat, adam sayang telah dikacau oleh sang saka tuttt (nama terpaksa dirahsiakan) takut mengundang peperangan. makhluk brengsek itu telah menumpang diketiak dan didada adam. kesian adam kecil lagi mana reti nak mengadu. makhluk itu sejak i pregnant lagi mmg misi dia nak kacau i and baby dalam perut ni tapi tak berjaya. sampai sudahnya bila baby dah keluar dia kacau pulak sampaikan adam menangis tak henti henti. lagi geram bila diketahui ahli keluarga sendiri yg bela mendalah ni. uhh panas hati betul bila dengar keturunan sendiri ada bela belaan ni.kenapa tak bela hamster atau tupai terbang saja?kan lagi kiut??

patutlah emak kata 2-3 hari ni rumah terasa seram seperti ada suster ngesot sembunyi dalam gerobok nasi rupanya ada gangguan dari makhluk halus cap api neraka itu. alhamdulillah adam dah beransur okeh. tidur dengan nyenyaknya sekarang ini. cuma lepas ini kena lebih berhati-hati, mengaji selalu tak boleh leka and baca Yaasin sebanyak mungkin semampu boleh.

celaka betul makhluk lahanat ni!

There is no god but He,
The Living, the Everlasting,
Slumber seizes Him not, neither sleep,
To Him belongs all that is in the heavens and the earth.
Who is there that can intercede with His, except by His leave?
He knows what lies before them and what is after them,
And they comprehend not anything of His Knowledge save as He wills.
His throne comprises the heavens and the earth,
The preserving of them fatigues Him not,
And He is the All-High, All-Glorious.

[Al-Quran: Surat al-Baqarah, Ayah 255]

Tuesday, August 3, 2010

Modified Blog

berapa kali nak modified blog hah?

mata dah berpinauuuuu... macam ni ---> @_@

hah.hambik!

Monday, August 2, 2010

Kalau Dah Jodoh.


eheh. tiba tiba upload gambar nikah sendiri berwajah sememeh woot wooot. (abaikanlah makeup yg macam hape tu.ngehngehngeh.) saja aje pose manja manja gedik begitu sebab dah halal kan?sukahatilah. sepuluh tahunlah tunggu nak peluk cenggitu - dah dapat chance kenapa nak malu malu pulak. ehehhh terlebey sudaaa!

kenapa tiba tiba post entry tajuk begitu?(jangan ingat i dalam pantang maka mood horny memuncak lalu nak post entry menggatal..ooo no no no) sebenarnya baru lepas baca satu shoutout kat fb someone.kalau i sebut kat sini nanti semua org pun tahu jadi taknak glamerkan dia secara meluas lalu simpan saja nama dia (pffft!) shoutout dia sedih je sebab colleagues dia macam backmouth dia hakikat cinta terlaranglah ni. well - frankly speaking dulu i join sekaki kutuk dia sekali (eh berdosanya nanti sebelum start ramadhan mintak ampun dengan dia) yelah geramlah bila hakikat cinta terlarang dia jadi bahan umpatan dan cacian - tapi bila lama lama i jadi macam hey,so what - who are we to judge?kan kan kan?

org kata - kalau dah jodoh takkan ke mana. jadi kita sbg audience ni tgk sajalah. ada jodoh adalah... kalau takda... maka takdalah. jangan gaduh gaduh. tak syiok. eh. so sekarang ni i nak ambik pendekatan (ceh pendekatan kauuu!) yg baru iaitu berdiam diri dan doakan yg terbaik untuk mereka (ikhlas nyah!) Allah lebih tahu apa yg kita tak tahu. kan?betullll! i pandai!

contoh terdekat?? kamilah. tengok saja cabaran dan dugaan BESAR untuk kami bersama. last last kahwin jugak. dapat souvenir lagik kau! :D


p/s : semoga berbahagia ye.

Sunday, August 1, 2010

Usaha Escalator Kejayaan.Hieyahhhh!

yayy! breastpump dah sampai semalam. sekali dengan storage bottles (gila ke hape aku beli sampai 12 botol - husband kata first timer macam i neh beli half a dozen pun dah cukup. tapi dasar pompuan degil! beli jugak banyak2! degil - degil!) frozen bag pun ada jugak beli - terlupa nak beli warmer (padan muko! sudahnya tiap kali nak feed adam tiap kali tuh jugak rendam susu dalam air panas.pfft!) fabulousmom ada bagi kupon diskaun free, degradable tote bag dengan sticker kereta yg howwttt gilos ! tak sabar nak letak kat kereta.miahahaha!

semalam funny gilos masa first time try breastpump tuh - dahlah collection ebm tiap kali pump pun asyik 1oz je.. hampir2 nak give up je rasa macam eh ada baiknya aku minum sendiri susu nih - tapi tiap kali pump and pandang muka adam yg innocent tuh hati rasa bersemangat waja nak pump dengan lebih gigihnya! yeahhh! husband pun tumpang sekaki - tolong pump and bagi kata2 semangat (dah mcm pompom boy dah gayanya - sayang husband lebeyyy!muahhh!)

alhamdulillah walaupun sikit je collection tapi adam macam kenyang je and tak merengek2 dengan susu yg sedikit itu. muka dia tenang je.memahami keadaan mamanya yg ketandusan susu badan. huhu.

so malam tadi pulun minum air masak banyak2 and makan sayur (dah mcm popeye dah makan bayam banyak gilos!) and tadi masa pump sessi petang oh sangat bangga dan bersyukur bila collection dah meningkat menjadi 2 oz! yuuhhhooooOoo! seronok ah! husband pun gembira gilos siap buat muka excited melampau bila tengok susu dah banyak dari semalam. alaaaahhhh rasa best yg tak terhingga bila adam minum susu dengan comelnya. sejuppppppp perut mama mengandungkan adam lah sayang! :)

yayyyyy!


lepas ni nak pump lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan laaaaaaaaaaaaagiiiiiiiiiiiiii! :D

p/s : tunggu vitamin sampai pulak esok! :D