Sunday, August 15, 2010

Mencintai Crystal Sepenuh Hati

Crystal bukan yg sekumpulan anak muda main rock band tu - itu nak buat hape? :p compared to gold - i prefer crystals (yelah i bukan berduit pun nak beli emas yg ribu riban tu.. wuhuuu) crystals kan kaler kaler lepas itu bentuk beliau sgt pelbagai ada bulat bulat, bersegi, lonjong lonjong eh dah macam kuih yg comel. toko kesukaan (wah toko gitu!) adalah satu kedai di The Summit Batu Pahat, level 2 sebelah kedai komik. uncle yg jaga toko crystal itu sgt baik hati dan suka bercerita. setiap kali i datang mesti rasa macam seorang cucu melayu yg melawat atuknya dari Beijing. haha. serious uncle ni sgt baik hati dan mesra rakyat. u surely akan spend more than one hour semata mata nak beli satu crystal bangle. hah! kan dah mcm i cakap tadi - cucu melawat atuk. tsk.

apa yg i tau - sebelum u beli crystal ni u kena tau apa yg u perlukan because each crystal ni ada purpose dia sendiri. and biasanya aliran darah u will make sure the crystal works. meh i kasi contoh2 bangle crystal yg i ada. 

ini crystal pertama i. i beli masa tahun 2003. guna duit PTPTN yg pertama. wahaha. gila. org bg duit soh belajar aku guna untuk shopping! chett!ini dari group Rose Quartz. etcehh biasalah kalau dah pink pink begini apa lagi kalau tidak berkait dengan cinta. auwww! haaa sesapa yg berbintang Taurus and Libra (macam i..uhuhuh!) sesuai banget kalau try pakai bangle dari crystal ni. mesti lepas ni digilai ramai. macam i lah jugak. wahh! huhihohe! kalau bentuk tak semenggah macam ni murah saja. i beli ni dengan harga RM108. kalau dia lagi bulat dia lagi mahal.

ini nama dia Aventurine beliau adalah crystal yg diyakini boleh mengundang kekayaan (almost all crystal does) - membantu u menjadi lebih tenang. oh ya, klik saja di link haaa nanti penerangan panjang lebar akan diberikan. Aventurine pattern ini tidaklah begitu mahal. lagi hijau warna beliau lagi mahal harganya. untuk bentuk ini harga adalah sekitar RM188-RM288 sahaja. tapi kadang kadang kalau time sale maybe dapat lebih kurang harga beliau. haa pergilah time sales. yayy!

ini pulak adalah Tiger Eye. it's for self discipline. uncle atuk juga beritahu kalau u guys ada panas baran, pakailah crystal dari group ini. Insyaallah emosi amarah tu terkawal sikit. i kan kaki pukul. thats y pakai ni. hahuhihohe! oh ya i ada 3 pattern bangle dari group tiger eye. tengok. betapa panas baran nya dan betapa tak berdisiplinnya i - kehkeh.

Onyx (gift from someone)

yg ini rembat org punya.hihuhohe!


yg ini hadiah dari kakak. dari group Smokey Quartz


yg ini special sikit sebab beli ini masa pregnantkan adam. entah kenapa tiba tiba mengidam sangat sangat nakkan Jade so berhempas pulas mintak husband belikan Jade. Jade ni kalau among chinese diorang memang suka pakai Jade sebab banyak benefits nya. mcm longevity, calming aura, for good luck and macam macam lagi. masa i bersalin i pakai Jade ni. huhihohe. tahpape. selagi tak dapat Jade ni selagi tulah muka ketat habis muncung boleh sangkut dengan hanger. muehehehe. Jade yg hijau giler giler boleh mencecah belasan ribu, yang ni murah saja uh uh dalam RM4++. warna dia akan berubah mengikut jangkamasa kita pakai and mengikut tahap kesihatan kita. semakin hijau semakin bagus. yieeehaaa!


nak cuci pun tak susah - kita boleh cuci crystal ni kat kedai2 jual crystal ni tapi kalau malas, nak cuci sendiri pun boleh. rendam saja dalam air mineral (bukan air paip yeee...) selama 15 minit. lepas itu dah boleh pakai mcm biasa. kena ingat - crystal ni tak boleh kongsi kongsi pakai , satu bangle seorang pemakai sahaja coz ia melibatkan aliran darah dalam badan kita. kalau bercampur2 dah tak syiok ah. ceeehhhh! macam baguss saja. hahaha!~

haaa mcmna?ada yg berminat dengan crystal? :)

eh terselit pulak menatang ni.hehe. hiburan selingan.

tata! :)

No comments: