Friday, September 24, 2010

Malang Mana Pernah Ada Bau.

Musim perayaan macam ni memang banyak kemalangan ngeri dan mendebarkan jantung berlaku diserata negara. eh ayat intro dah macam nak buat karangan bahasa melayu tingkatan 3. haha. baiklah, kembali kepada isi utama karangan i. haha. hah kan dah kata hati - hati di jalan raya time raya, kalau tak hati - hati ha tu yg ada eksiden sampai tayar motor bengkok jadi number 8 la, kereta kemek macam tin sardin cap mak timah laa.

bukan manusia sahaja yg perlu berhati - hati di jalan raya, haiwan ternakan dan tumbuh - tumbuhan juga perlu mengamalkan prinsip yg sama. kalau tidak, anda akan jadi seperti ini,


mangsa kemalangan di pagi syawal pertama. kesian si bebeng. tak pasal - pasal jadi cacat ketika haiwan lain bergembira di pagi syawal yg mulia. itulah, siapa suruh main bawah kereta, kan dah kena lenyek.(kaki mengalami kecacatan fizikal yg agak serious)


buat muka kesian pun tak guna. nasi sudah menjadi bubur. kesiaaannn...


terlantar di aidilfitri.sila nyanyi lagu s.jibeng sekarang.

siapa langgar dia siapa langgar dia? mari kita terjah siapakah yg telah melanggar si bebeng sehingga beliau terpaksa direhatkan sementara waktu daripada meligan ayam di kebun. haahhaaaa....

hahh! ni hah orang jahatnya! (yg pakai spek tau! bukan yg comel mengandung tu!)hahaha!

No comments: