Monday, October 25, 2010

Saya Ini Kategori Rajinlah Juga.

Siapa tahu I rajin sila angkat tangan! You guys tak tahu ye I memang rajin? Eh betul lah ini bukan cerita dongeng atau rekaan semata - mata. I sejak dari dalam perut emak memang dah rajin mengemas tahu. Okeh usus emak taruk sini, tahi dengan air kencing emak kemas - kemas dan bersihkan, usus kecil sini, jantung emak jangan buat main, gitulah I dalam perut. Rajin! Cuma bila sudah keluar perut saja rajin I jadi kurang sikit. faktor persekitaran namanya. (T___T)

Sepatutnya hujung minggu semalam ni pergi mandi - manda dengan Mel, Tika, En.Katak dan suami. Tapi kensel sebab eh apesal nak tahu?Busybody! Haha. Eh jangan marah jangan marah. Sebab di Johor berjerebu, tidak elok buat aktiviti luar. Jadinya, I taknaklah bazirkan hujung minggu I dengan kegiatan yang tidak berfaedah. Orang optimistik macam I kena fikirkan cara untuk menjadi produktif. Ya, produktif!

Apa orang produktif buat? Maka I pun buat anak mengemas almari + drawers + bilik tidur! Yieehaaaahhh!

Bilik tidur takdelah ekslusif segala cadar ropol - ropol ke, carpet bulu - bulu ke. Tapi sebab nak eksyen juga, tuhh tengok tuhh, I ada comforter kambing tuh! Kau ada?
 Baju siap color coding tu. Menyampah je kan? I takdelah baju harga ratus - ratus, berlabuci segala. (T___T)
 Baju suami paling senang nak color coding kan. Sebab baju dia tak banyak. Pejam mata pun boleh teka baju warna apa, kalau tak hitam, cokelat, kalau tak putih, baby blue. Kacang gorenglah!
Tudung main sental saja. Bubuh dalam container, tutup! Habis cerita. Lalala.(Tudung pun takde yang mahal - mahal. paling mahal RM45. Itupun bayar dua kali. Tolak gaji bulan) (T__T)
Tengok. Rajin kan? Ada orang lagilah, pakai baju lawa - lawa macam si Naddy tu dressing macam hapa je, make up lagi pula, tapi rumah tunggang terbalik, bilik tidur macam safari, almari jangan cakaplah. Main humban saja. I ni kira cantik diluar cantik di dalamlah. (Eh perasan!) Naddy Naddy apalah nak jadi dengan kau!

Sambil mengemas, makan hati saja tengok baju lama. Sedih betul. Kenapa I tak kurus??Why??!Why?!

 Baju tunang. 2008. Gila kecik kau! Macam nak tendang saja baju ini.Frust sebab tak boleh pakai lagi.
 Ini dua baju kesayangan. Sebab harga semeter RM40. Kenapa? Tak percaya? Tak percaya sudah sebab I pun tipu je.(Suka sebab bila pakai rasa muda sepuluh tahun)

 Baju nikah. 2008. Siapa kata I tak muat pakai baju ni?Muat, babe! Cuma tak boleh zip lah. (T___T)


See? Produktif bukan? (:

p/s : Rasa nak makan McD lah. Hmmm, bulan depanlah start diet! Janji!

7 comments:

No name said...

cantik lar, cadar hitam pink tue.. tergoda i....

Cik Puan Bunga said...

kehkeh! kanak - kanak punya cadar! (T___T)

Naddy said...

cisssskurag asamboi btl..!! mgutuk aku secara terang2an...malu aiiii!! hahahahah eh mcm mana awkbletahu ni..adoii kantoi...hahaahah weh bagi aku jela bajupolkadot tu...aku da kurus...miahahahhaha nk belagak ni =p

Cik Puan Bunga said...

kehkeh. well baju polkados tu im still can wear it lah. kempunanlah hang! (:

Zana Zingaa. said...

kak bungaaa, bantal luv tuh sama la ngan zana. hehehe. tapi dah macam belacan sikit. dah setgh tahun tak basuh. asik kena lanyak. kak bunga punya bantal, whoahhh striking weh. ;p

Cik Puan Bunga said...

Akak beli bantal tu dah lamaaaa dah dari masa sebelum kahwin. hahaha adalah dah 5 tahun huhu. akak rajin basuh!kihkih!~

Zana Zingaa. said...

haha rajinnya. zana nye bantal baru 3 tahun. ;p