Saturday, October 23, 2010

Setakat Ini Jumaat Saya Tidak Pernah Mengecewakan!

Hai semuaaaaa! Rindu saya? (Haha perasan semua orang rindu! Kehkeh!) Baiklah baiklah kalau tidak rindu I pun tidak mengapalah, I membawa diri. (T___T) Mengada - ngada!

Datang sekolah tadi agak tak best sebab I kurang sihat sikit. Jadinya datang sekolah dengan hati yang tidak berbunga - bunga. Tapi masa turun dari punch card terasa macam selebriti sekejap sebab kena serbu dengan anak - anak murid yang comel! (Selama mengajar di sesi pagi, I tak pernah kena serbu begini okeh! Huuuu...) Semua pun nak salam nak salam! Baiklah, I terasa artis you! (T___T) Semua cakap 'Cikgu cantiklah hari ini!' Oh serious I taktau motif mereka berkata begitu ke atau saja - saja nak buat I kembang ke hape tapi I sukaaa! Haha! Terus mood bertukar ceria!

Sampai saja bilik guru, rupanya cikgu - cikgu petang buat potluck dan paksa makan.Apa jadi dengan diet I? Ok untuk hari ini diet lupakan saja! (T__T) Sedap - sedap pula tu! Ada soto, nasi goreng udang, kuih - muih, sambil makan sambil menangis dalam hati sebab sia - sia berdiet hari ini.

Habis makan I pun kembali ke habitat asal, konon - konon nak marking buku murid - murid, tetapi kosentrasi terganggu sebab atas meja ada benda comel dari kawan blogger! Kawan blogger I ni rupa - rupanya pakcik dia mengajar di sekolah I, jadi dia kirim benda comel ini kepada pakcik dia.

Jeng jeng! Suspen ada apa dalam ini! Katak? Setokin? Azmarazana?
Comel nak mati! Comel nak mati!

Yayyy! Lepas ini boleh pakai hari - hari pergi sekolah sambil buat muka eksyen! Haruslah eksyen sebab I kan sombong. (Eh apa tu ayat takda kaitan!) Kan di entry lepas I mengada - ngada mengadu - domba bising jerawat bermaharajalela kat muka mulus I ni kan (muntah) Jadinya ada seorang cikgu suggest I pakai produk nama dia NDz Cosmetics. Terima kasih, Yam. Terharu aku kau sanggup hantarkan sampai ke bilik guru. (T___T)

Yang bestnya produk ini, ia 100% buatan Muslim. Jadi ia halal. Jadi ia selamat digunakan. Harganya pun berpatutan. Fuh! Fuh! Mintak - mintak lepas ini muka I cun melecun macam Megan Fox. Eh!

Sabun dan krim pemutih. (T__T) I yang hitam ni pun ada hati nak putih tahu!
See - hari Jumaat sememangnya hari yang penuh barakah. Banyak benda best jadi hari Jumaat.Jadi kena bersyukur. Amin (=__=) <---- muka bersyukur.Baiklah sungguh tak sabar nak pakai brooch comel dan nak jadi cantik menarik dengan produk Yam tu. Terima kasih untuk semua!! (jerit kuat - kuat)

Haha! Tak sabar - sabar! Nampak sangat excited terlebih sampai terkembang lubang hidung I yang mancung tu! Haha! Muntah - muntah!
p/s : Tika, aku rindu nak buat ini dengan kau! (T__T)

4 comments:

-[DeeYA]- said...

hoho..brooch tu sgt comei esp.yg kaler grey.(grey ke?)
bile mau memulakn perusahaan yg tgendala ni?!!aku dh terexcited nih!!!lalalalalala..
windu mau buat benda2 comei itu! *____*

Cik Puan Bunga said...

haaa ala - ala grey lah tu.. (:
ah macamanakah, aku dipetang kamu dipagi... tak ada masa berbelangkas bersama... sipet!

-[DeeYA]- said...

diorg ni sume musti jeles kita jd belangkas!sibet btol!!!
sudah tau kah mana blog yg kam00 beli kain felt tu?

Cik Puan Bunga said...

(T___T) itulah. sedih betul. tsk. cinta sejati cinta sejati. belum jumpa, aku dah delete, tapi nanti aku surveykan demi untukmu, gundik ku! uhuh!