Saturday, November 6, 2010

Ini Tak Boleh Jadi Ni! Suami Perlu Kawalan Ketat!

Tadi suami update facebook beliau, I pandang sajalah dari atas katil sebab malas nak masuk campur hal - hal orang tua (okay budget muda sebab suami tua dua tahun dari I) lagipun I tengah khusyuk main game dalam handphone (apakah) Tiba - tiba I terpandang suami buka profile seorang wanita seksi pakai skirt. Amboi! Jerit I dalam hati. Relaks lagi. Kemudian dia buka profile yang lain pula, juga wanita seksi berskirt pendek. Eh! Eh! Apakah! Baiklah hati sudah mula nak panas ni, dah tak concerntrate okay main game. Sabar, sabar! Kemudian dia buka lagi beberapa profile kesemuanya menampilkan imej seksi meksi wanita (dahlah kurus tendang baru tahu!) Maka I pun ibarat mendapat kerasukan Ablasa terus berdiri cekak pinggang atas katil.

"Wahwah encik! Siapa semua - semua tu?"

Suami buat muka kanak - kanak ribena.

"Ni semua staff - staff dekat hotel la.. semua baru add abang dekat FB ni.."

Danggg! (ibarat sebiji kelapa jatuh atas kepala kau) Huwargggghhhh! Mereka semua cantik - cantik, kurus dan seksi dan begitu mesra sekali dengan staff hotel yang lain. yang kebanyakannya adalah LELAKI Suami I dahlah auditor, selalu bertugas malam, didampingi pula wanita - wanita begitu ehhhh ehhhhh!

"Abang sukalah dapat selalu sama - sama dengan perempuan cantikkkk.."

Suami ketawa.

"Abang sayang awak seorang saja... Buat apa nak susah - susahkan diri cari orang lain... Ini kan dah cukup comel untuk abang.."

Aik! Comel saja? Wahhhh ini tak boleh dibiarkan! I kena bertindak!! (terus sorok stok coki - coki bawah bantal) Diet babe, diet! Nanti laki kau cari perempuan lain! Kata setan dalam kepala I. Baiklah setan! (eh boleh pula dengar cakap setan) I akan berdiet dengan gigihnya mulai hari ini. Nak seksi kembali seperti zaman muda - mudi agogo dulu. Baiklah!! Tapi sebelum itu, untuk kali terakhirnya, I nak habiskan dulu stock cokelat pemberian anak - anak murid I! hieyaaahhhhh!!!

p/s : paranoid sungguh sekarang kalau suami kelihatan gembira pergi kerja (T__T)

p/s/s: siapa ada petua cepat kurus SILA berkongsi dengan I!

8 comments:

Naddy said...

hahahah adoiii sengal.....jom diet sama2..i pn nk seksi mcm dulu...hahaahahahah adoiiiiyaii

Cik Puan Bunga said...

uuu tergugat akuuuuuuuu! aku kena sentiasa menjaga segala2nya wehhhh!

Unknown said...

hehe comelnyee story nii...chaiyookk :DD

Unknown said...

hehe comelnyee story nii...chaiyookk :DD

Cik Puan Bunga said...

apakah comel???I sedang dalam kerisauannn! huhu!

feeqa said...

salam dear..sisfeeqa here..sis dh reply email but nver heard bout u since that..so mao proceed kah tdk order itu

meRah jaMBu~ said...

memandangkan aku telah brjaya jadi kurus & langsing..bila terbaca blog ni,terasa nak share my penglman & tips yg aku wat..

1.Setiap hari saya akan spend masa 30 minit untuk menari.Dgr kat mp3..lgu OH!dr girls generation.Best sgt..smpai x sedar kita menari hgga keluarkan peluh.

2.bykkan minum air.Ia meningkatkan metabolisme tubuh.

3.Daripada minum air teh biasa,bertukarlah ke teh hijau.Dahlah perut kita jadi bersih..pastu lau asyik makan banyak..pas minum teh hijau ni,rasa macam nak pi tandas jer(Paham2 lah kan..)ok lah,tak lah lemak tu terkumpul.

4.saya suka makan buah dan sayur!!sebab tuh saya susah nak naik berat badan lagi.,Ianya sedap!

5.Kurang2 makan ayam..daging.Ikan takper.(ini diet menu aku,seminggu..sekali jer makan ayam).hehe..

6.Nasi makan gak..Tapi satu senduk jer.Senduk besar,k?

7.Cukup tidur.Lau x cukup tidur,kita akan terasa nak makan ajer..tak caya udah.
buat masa ni..ini jer yang dapat aku share..Chayou2!

Cik Puan Bunga said...

wahhh terima kasih atas tips tersebut! (: