Wednesday, December 29, 2010

29. Dan Dia Semakin Indah Semakin Indah.

Menyintai tanpa pernah mengharap apa - apa yang lebih hebat dari apa yang diberikan. Itulah suami I. Satu - satunya manusia yang sentiasa jadi pompom I walau betapa sibetnya I di waktu itu. Mungkin satu - satunya manusia yang tetap cakap I baik walaupun I dah melakukan pembunuhan besar - besaran ke hape kan, rompak bank ke, still he will say "Baikkkkk isteri abang..." Betapa hodohnya I tetap akan cakap I cantik. Dialah manusia yang selaluuuuuuu okay, selaluuuuuu cari baiknya orang tu walaupun dah terang - terangan manusia tu jahat nak mati. Dialah suami I.

Nasib baik I mengorat dia awal - awal 11 tahun lepas. Nasib baik okayyy! Nasib baik! Phewww! Kalaulah dibuatnya dia dapat kat orang lain, rugi besar I! Menyesal tak sudah! Syabas diucapkan kepada diri sendiri kerana telah berjaya menekel beliau dengan begitu bergaya sekali. Yayyyy! Sudahlah kacak, pandai masak, penyayang, arghhhh I jatuh cinta setiap hari. Setiap hari!

Suami I anak yang baik. Sumpah anak yang baik.Menantu yang baik, adik ipar yang baik, abang ipar yang baik, Pak Uda yang baik, dia suami yang super duper baik. Ya Allah, hari - hari I doakan syurga untuk dia. Biar dia sedaaapppp je bidadari layan dia. Dia layak. I tahu dia layak. Dia papa yang lembut, penyayang. Adam sangat mengkagumi papanya. Kalau dengan I, Adam akan menunjukkan kenakalan yang maksimum,okay! Tapi kalau dengan suami, Adam jadi pendengar cakap dan anak yang terbaik dari ladang. I cemburu dengan suami di situ.

Satu sifat suami yang paling I respect, suami sangat penyabar. SANGAT.Ya Allah, orang penyabar balasannya syurga.Amin. Suami tak pernah tinggi suara, tak pernah memukul, tak pernah panggil I dengan panggilan tak elok, kalau I buat perangai degil, dia nasihat dengan suara yang paling lembut, kalau I terkurang ajar, suami tegur I dengan cara yang sumpah berhemah sangat - sangat. Dia penyabar. Beza macam langit dan bumi dengan I.

Hari ini, 29 Disember, hari istimewa dia. Alhamdulillah. Allah beri dia peluang untuk bernafas lagi. Untuk menyintai I lagi. Untuk membahagiakan hari - hari I lagi (T__T)

29 Disember 1981.

Selamat hari lahir, Hafizal Elias. I need to say no more.
May Allah bless you.
Hanya kau yang cukup indah.
(=__=)"

You have been a great husband, and a great daddy too.I love you, more than my heart allows. I love you. I love you!


Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to you, Hafizal!
Happy birthday to youuuuuuuuu!

No comments: