Friday, December 3, 2010

Baikkk Sesiapa Yang Belum Kawin Saja Boleh Baca Entry Ini! Hahaha!

Mentang - mentanglah tak lama lagi krismas, semua orang buat I macam santa claus. Buat wishing list lepas itu hantar kepada Santa Bunga untuk dikabulkan. Adoi! Tetapi tidak mengapa, berbekalkan semangat wonderpets sejagat, I dengan berbesar hati akan mencuba memenuhi wishlist you guys semua. *Tengokkkk! Baik hati kan??*

Selepas Puan Dot, kemudian itu Puan Deep. maka kini tibalah giliran Cik Tika pula. Wahwahhh. Mesra alam betul blog I yehhh.. Haha. Memenuhi tuntutan segenap lapisan masyarakat. (T___T)Semalam kan I pergi bridal hunting dengan Sayang Dell, so Tika dengan excitednya nak tahu hasil pencarian I selama berjam - jam semalaman.Bridal hunting memang penat nak mati tapi seronok. Seronook sebab apa?Sebab emak budak yang nakal ni boleh main - main baju pengantin, main tiara, main hand-flower, main keris, main tanjak, macam - macam lagi! (=__=) Kebetulan semua bridal houses yang I pergi ownernya sangat sporting dan sabar melayan karenah kanak - kanak nakal, berjimba sakanlah kami!

Semalam pergi 5 bridal houses. Macam - macam pengalaman I dapat. ada yang sekali masuk rasa macam tak mahu balik, ada yang baru masuk terus rasa nak balik, ada yang tak tahu nak masuk atau nak balik, ada yang lalu saja terus balik,kelakar okeh. Misi pencarian adalah baju pengantin yang cantik sedunia, up - to - date, pelamin yang lawa, bedroom+meja makan yang macam princess princess TETAPI murah. Melampau eh? Murah disini bukan bermaksud murah standard artis ataupun anak VIP ke anak Dato M.Daud Kilau ke hape eh... ini memang budget betul - betul murah. Emak I pesan jangan membazir untuk kahwin, jangan pinjam bank, jangan pinjam along, jangan pecah tabung buluh adik.Eh.

Jadi pemenang hasil survey untuk bridal house semalam ialah jeng jeng jenggggggggggg! Taraaaaaa....!!!

Butik Andaman Anjung Mustika
Masuk saja butik ni terus terasa bersemangat nak kahwin! Serious!! Aura perkahwinan terasa melonjak - lonjak! Wahh!
 I paling suka baju - baju di Anjung Mustika. Warna - warnanya begitu mewah dan ghairah (Eh?) Ada warna pink, pink belacan, pink cair, pink pekat, pink malap (wohoiii semua pun pink!) hijau epal, hijau lumut, ungu manggis, ungu keladi, oren, merah hitam, merah putih, oren hitam, turquoise, biru laut, biru korporat (cantik nak mati!) Hitam kelabu, hitam putih, kelabu silver, weyhhhhh banyakkkkkk warna! Lepas itu pattern baju - baju di sini semuanya UP-TO-DATE! okeh! I tak larat nak terang satu - satu, tapi kalau orang cerewet super duper macam I dan Dell sangat teruja, apatah lagi Tika!
Pelamin - pelamin di Anjung Mustika cantik nak mati. Senang kata, kalau di bridal house lain pelamin - pelamin gojes adalah sekitar RM3-5k, di Anjung Mustika budget sebegitu siap ada duit lebih boleh pergi honeymoon di Phuket (sumpah!)

 Muka serious ke muka seram tu??
Yang paling best layanan di Anjung Mustika adalah yang terbaikkkkk sedunia. Kak Mai kelakar nak mati! (perasan tak butik ni tema dia adalah NAK MATI, cantik NAK MATI, lawa NAK MATI, kelakar NAM MATI) Mesti bakal pengantin cepat rasa selesa dengan Kak Mai. Berborak 2,3 minit dengan beliau terus boleh buat gurau keji dengan dia. (T__T) 
 Bila tuan punya butik pergi ambil contoh baju, budak jahat terus ambil kesempatan! (+___+)

Hai nama saya cinderella!
Dan yang terpaling penting adalah make - up kan kan kan??Jangan risau, make up di Anjung Mustika adalah sangat hot dan sensasi!! Betulll! Tak tipu!! 

Okeh mari I sum up kan ciri - ciri best Anjung Mustika, baju yang cantik, warna - warna ready made yang sumpah mempesona (kalau you guys nak baju baru serta nak warna selain yg ready made, hanya tambah RM150 untuk baju lelaki dan perempuan. Gila tak murah??) pelamin yang cantik nak mati (banyak pilihan sedia ada atau mengada nak design sendiri) set bilik tidur dan meja makan yang elegant, make up yang caaaaaaaaaannnntik dan Anjung Mustika juga ada menyediakan khidmat fotografi yang sumpah cantik nak mati!Dan yang paling best, semua ini boleh didapati dengan harga tidak melebihi......emmm taknak cakaplah... siapa nak tahu, kena PM I! haha! Okaylah okaylah, pakej superb ini cuma berharga RM1700 sahaja. Murah nak mati kan?

Untuk info lanjut, sila ke page ini!

Berguna tak info ni,Tika?Kalau berguna, sila sayang I lebih! (:

Babai! (=__=)

8 comments:

nur easy said...

bestnya pakai crown :).. mcm penah lalu je kat kwsn butik ni

Cik Puan Bunga said...

ini jalan menghala ke yong peng! (:

Jini said...

nak kawin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

eh tanak. blh tak pegi butik pengantin semata2 nk try baju, nk mekap pas tu nk bergambar2 mcm model gitu? haha.. xde keja...

Cik Puan Bunga said...

sebab tu kakak ajak buka butik pengantin sesamaaaa! hahahahaha!

Jini said...

teringin jgk ni!!
tp jauhnyaaaa nk smpai ke situ..

Cik Puan Bunga said...

jauh eh?huuuuu takpe takpe ada jodoh bakal bertemu juaaaa (T__T)

Lady D said...

katne bridal house ni???...ecece..cam bminat laks kn..huhU~

Cik Puan Bunga said...

@dayahCOOLni kat Parit Yaani :)