Saturday, December 25, 2010

Bawa Seguni Duit Pun Boleh Habis Kalau Macam Ni!

Sila kata I hebat sebab berjaya mencari jalan ke jalan TAR! (=__=)" Terima kasih rakan - rakan yang sudi membantu, Tasa especially sebab tanpa bantuan korang yang macam Wonderpets ni maka kurang berjayalah misi membawa emak ke syurga dunia ini. You guys rawks! Bertolak dari Sungai Besi dalam pukul 10 dengan harapan jalan raya akan lengang dan aman damai maka tak perlulah berasak - asak dan stress sendiri di dalam kereta. Tetapi jangkaan meleset sebab kereta macam sardin dalam tin kau! Tensennya aku! All the way dari Sungai Besi masing - masing buat muka lepat penyek sebab kereta macam harammmm ditambah dengan sikap pemandu Malaysia yang terbaik sedunia! Ptuih! Nasib baik pakai kereta flat wilayah jadi kalau memailang dijalanraya tak nampak sangat sibetnya.Wahaha!

Lebih kurang pukul 12 (sesatttt okayyyyy sesatttttt!) sampai di Sogo, terus parking (skiplah aktiviti tukar diapers adam sebab dia poo poo dan kalut - kalut cari parking bla bla bla) and terus cari ATM machine sebab suami belum withdraw lagi. Kalau tak withdraw macamana nak membazir. (T__T) Nak lagi best dan menambahkan tekanan semua ATM machine telah mereject kad suami tak tahu kenapa. Ouhhh dugaan. So terpaksa menapak ke CIMB dan berjaya wihdraw disitu. Kalau tak dapat withdraw memang bersilat I di depan khalayak ramai. Dah dapat duit, apa lagi!! SHOPPINGGGGG!

Terus meluru sambil mata rambang semua pun nak beli. Terpaksa istighfar banyak - banyak sambil fikirkan masa depan yang banyak berhutang dan boleh menjadi muflis kalau terlalu ikutkan nafsu serakah. Baiklah bertenang.

Shawl murah nak mati! Kat blogshop jual sampaiRM20-RM30. Pergi Jalan TAR menangis sebab harga yang dijual jauhhhhhhhhhhhhh beza yang amat sangat wehhhhh!
Emak punya.Embun Punya.I punya.
Emak paling berdaya sainglah sebab emak pandai pilih kain, pandai tengok kain jenis cepat koyak ke tak. Kalau harapkan I memang semua pun I belilah! Kena pandai tawar - menawarlah sebab peniaga kat sini semua pun main harga. Mulut kena manis. Yang pasti kalau beli borong memang super duper jimat dan murah sedunia. Kalau sesiapa yang nak meniaga tu haaaa memang kena sangatlah sebab harga memang pengsan dua kali.
Kaftan RM10 sepasang.
Cotton sulam Embun punya dengan emak punya. I punya mana?Tiada (T__T)

Hanger shawl kat sini jual cuma RM10. I beli 2 okay sebab murah. Kat blogshop I pernah nampak orang jual sampai RM28! Wehhhhh kalau nak untung pun agak - agaklah wehhhhh. Marahnya!*emosi* Stroller Adam jadi trolley barang - barang. Maafkan mama,Adam! (T__T) Tak sempat nak pusing sampai ke ceruk sangat sebab Adam dah mengamuk - ngamuk, dia marah kot sebab orang dok cubit pipi dia, cium - cium dia. Amarah jadinya. So terus patah balik Sogo and lunch kat Food Court dia. Hajat nak bawa emak makan Nando's terpaksa dilupakan sebab waktu lunch penuhhhhhh gilaaaaaa! Lagi best sebab jumpa kawan lama masa di UPM nanti I update kat entry lain. Kena buat entry khas (:

Puas hati okayyyyy puas hati sangat shopping kat sini. Lain kali kalau datang kena bawa lori pindah barang baru best! (:

Dah. Babai!

9 comments:

FR said...

wahhh.byknye beli ~ ngee.utk ana tade ke ? :D

n a d e a said...

best kan jln TAR? mmg murah2. i pun cam dah stop beli on9 sebab price jauh sgt.. rugi !!

Qaseh Dalia said...

cantek nye kain cotton tu

~ SueHarriz ~ said...

X mnyesal kan..????? berbaloi2 jd sewel sekejap kt jalan TAR.. HEHEHHEE

Anonymous said...

eh...kita smlm berada di lokasi yg sama?

haha

Jini said...

tahniah kerana telah sampai ke jln TAR!! jini belum lg.. huhu..

Cik Puan Bunga said...

fathiah raihana - alamak! malangnya tiada! untuk diri sendiri pun tiada! haha! menangis! (T__T)

nadea - BEST GILER! kalaulah jalan tar tu belakang rumah i!

qaseh - canntikkkk sedunia! (:

sue - tak menyesal. lagi2 jumpa kau! heaven !(:

jini - takpe. nanti2 sampai la tuh! (:

cik seroja - wahhhhh! naseb baik tak terserempakkk! (:

Miss Tasantek said...

oit...nnti dtg sorang je..tinggal adam dengan cikpah and minta abg ijal krim duit je kat kau..
aku bawak kau gi jln TAR..tiada charge pengangkutan di kenakan..

Cik Puan Bunga said...

Datang time kerja la orang tak pack sangat, kalau tak, boleh mengaruk aku! huhu!