Andai kau bersedia untuk susah bersama aku, ketika aku tak punya apa - apa, ketika aku tidak punya harta dan hanya berharap kepadamu,maka nikahilah aku.
Andai kau bersedia untuk mengeluh kerana kecantikan yang aku punyai kini, suatu hari nanti hilang dan memudar, dan kau masih menganggap aku yang tercantik,maka nikahilah aku.
Andai kau bersedia untuk mendidikku dan bersabar dengan setiap keburukanku dan meyakini bahawa kau bisa melihat sesuatu yang indah ada padaku,maka nikahilah aku.
Andai kau bersedia untuk kecewa kerana kelebihan yang aku miliki kini,suatu hari nanti tidak dapat membanggakanmu, malah menyusahkanmu,maka nikahilah aku.
Andai kau bersedia untuk mendidik, menyayangi dan mencintai anak yang bakal aku lahirkan dari rahimku, berbahagia dan berduka atas apa juga sifat sikapnya, maka nikahilah aku.
Andai kau bersedia untuk mencintai aku walaupun cintaku padamu tidak sehebat yang kau harapkan, maka nikahilah aku.
Aku ingin dinikahimu, menjadi yang halal buatmu. Aku ingin merebut semua pahala Allah dengan mentaatimu, menjadi ketua bidadari syurga untuk melayanimu dan mencintaimu seumurnya hidupku di Jannah Allah, aku ingin dicemburui kerana keikhlasanku mempersuamikanmu, maka nikahilah aku.
p/s : "Aku cinta padamu" sounds too cliche. You know it better. Ingat lagi puisi ni,sayang?
7 comments:
waah;D
♥ ♥ ♥
sy terharu.sungguh!!!
♥ ♥ ♥
tacing lar n3 ni..
sadis ketika membacanya..dan terasa menusuk di sanubari..
terharu sungguh ayat2 ni,mmg romantis n waaaa rase nk nak nangis pon ade :D
biasalah, kalau teringat kisah lampau, terus jadi jiwang karat kuasa sepuluh! wahahaha! (T__T) *menangis dalam diam* fuhhh!~
nangis sy bc status ini..siapakah sbnrnya pemilik hati ini.. T__T
@nadyaInsyaallah. Nanti. ada yang layak memiliki! :)
Post a Comment