Saturday, December 31, 2011

Ahlan Wasahlan 2012!

Assalamualaikum

(Tajuk aje macam ala ala arab sikit. Nak jugak tunjuk pandai cakap arab! HUHU!)

Sabar ajelah kan baca status dekat FB "Awas! Kalau anda masuk toilet hari ini pukul 11.59 malam anda akan keluar pada tahun depan!" ataupun "Ahh jemur baju hari nilah tahun depan baru angkat!" atau "Ahhh inilah hari Jumaat terakhir bagi tahun ini" dan banyaklah lagi status - status trivia yang merujuk kepada tahun yang akan mendatang menggantikan tahun yang sedia ada. Sabar ajelah baca status - status lame semua - semua tu. HAHA.

Untuk aku, tahun baru yang mendatang menandakan umur pun akan bertambah dan segala - galanya akan berubah. Mestilah berubah kan, ke arah yang lebih positif sebab celakalah bagi orang - orang yang hari ininya lebih buruk dari hari semalamnya. Acehhh sentap ayat! KEHKEH! Diharapkan aku pun akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. Amin InsyaALLAH! Nak memajukan diri sendiri, nak memantapkan diri sendiri, nak memperkasakan keupayaan diri sendiri. Dan dan dan sebagai seorang isteri of courselah aku nak menjaga keharmonian rumahtangga dan menjadi mama mithali kepada Adam Irfan Xaharis yang semakin hari semakin macam - macam keletahnya! ^___^

Untuk sum up kan tahun 2011 alhamdulillah tahun yang banyak mengajar aku, mendidik aku menjadi manusia yang lebih tabah dan matang walaupun tak berapa nak matang sangat, tapi pada aku kemuncak kebahagiaan tahun 2011 adalah masa awal Disember lepas bila mana aku jemput emak abah mertua balik dari menunaikan Haji di Mekah. Haaa itu touching sikitlah untuk aku. ^___^ Alhamdulillah.

Yang lain - lain macam biasa ups and downs dalam kehidupan sehari - hari, kehidupan berkerja, blablablabla. Biasalah tu. Yang penting aku belajar banyak benda dalam hidup aku sehari - hari.

Dan untuk tahun 2012 ni, azam aku adalah untuk :
  • Solat 5 waktu seawal waktu / tak berlengah - lengah. Cukup dan sempurna InsyaALLAH
  • Berkerja dengan lebih bertanggungjawab dan ikhlas tanpa rungutan InsyaALLAH
  • Memasak untuk suami / Adam dengan lebih gigih lagi
  • Kurangkan aktiviti marah - memarah / Menjadi wanita yang lebih lembut dan sopan
  • Menutup aurat dengan lebih sempurna
  • Menyimpan untuk masa hadapan / Kurangkan aktiviti shopping
  • Berblogging dengan lebih berhemah
  • Menjaga hubungan antara sesama manusia dengan lebih baik lagi
InsyaALLAH. Akan aku cuba laksanakan mana yang termampu. Bak kata adik kawasan Kluang aku jangan hangat - hangat taik tenuk aje azamnya! HAHA! Yang penting hati kena kuat, jangan cepat mengalah. Fokus utama azam aku tahun 2012 semata - mata ingin merebut redha Ilahi dan suami. InsyaALLAH.

Ini buku nota yang telah ditugaskan untuk menjadi temapat aku mencapap eh mencatat benda - benda penting dan budget bulanan sepanjang 2012! ^____^
Untuk readers tersayang, maafkanlah salah silap aku sepanjang tahun 2011 kalau ada entry - entry aku yang mengguris hati engkau orang ya. Jemputlah datang blog aku kalau engkau orang ada masa lapang ye. Memang banyak entry merepek tapi kalau nak release tension pandang ajelah muka aku lama - lama. Cahaya keimanan terpancar dengan semaraknya diwajahku. KEHKEH.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 SEMUA. TAK PAYAHLAH NAK SAMBUT - SAMBUT DEKAT DATARAN KE APA, KITA TIDUR LEBIH BAIK! ^_____^

Dah. Babai!

Pelanduk Dua Serupa

Assalamualaikum

Tengok gambar ini betul - betul
Semalam masa student aku post gambar ini dekat wall FB aku terus tergamam seketika. Belum sempat aku baca caption yang ada dekat gambar, perkara pertama yang terfikir dalam kepala "Eh bila masa pulak aku bergambar pakai spec? Bila pulak aku pakai tudung singkat gila - gila ni??" Jadi bingung seketika memikirkan bila dan di mana gambar ini diambil. Sekali bila baca caption : "Tengok muka perempuan tu, ada tak sama macam teacher. Ke saya yang perasan?" Phewwwww! Gambar tu bukan aku rupanya! HAHAHA! Pelanduk dua serupa!

Bila aku tengok betul - betul memang ada iras. Cuma beza dia aku tak pakai spec and aku gebu sikit dari dia and of course aku cantik sikittttt dari dia (GAGAGAGGA!) Student aku kata dia ni wartawan. Wartawan mana tak pulak aku tau sebab tak pernah nampak muka dia pun. HAHA!

Phew! Seram betul bila ada muka sama macam kita kan? Orang kata kan ada 7 orang yang muka sama macam kita kan? So aku dah jumpa 2 orang. Yana Samsuddin sorang, ini sorang maka ada lagi 5 orang! HAHAHAHA!

Dah. Babai!

Thursday, December 29, 2011

30. Dan Yang Selebihnya Laluilah Bersama Aku.

Assalamualaikum

Hari ni walaupun aku kena pergi sekolah untuk meeting panel, tapi aku sungguh gembira dan begitu berbahagia sekali sebab sebab sebab sebab hari ni hari lahir suami yang ke 30. 30 okay! Bukannya setiap hari kita berusia 30 kan! Every minute is precious! HEHE untuk hari lahir suami kali ini aku nak buat semuanya handmade and homemade. Dari memasak sampailah kad ke wishes ke aku nak semuanya tangan aku memainkan peranan disitu. Teruja sungguh! Bukan apa, saja nak tambah personal touch dekat situ. So that appreciation level dia lain macam sikit. ^___^

Habis meeting terus balik rumah and nak prepare untuk majlis doa selamat lepas isya' nanti and nak buat handmade wish card untuk dia. Tapi badan pulak rasa sangat tak sedap. Tekak sakit, badan seram sejuk, alaaa janganlah demam. Banyak meeting nak kena pergi lagi ni. Tapi tak mengapa, demi insan tercinta gagahkan diri untuk prepare sikit - sikit sambil dibantu oleh emak dengan Auntie Wah. Bila kerja - kerja dekat dapur dah siap separuh, terus masuk bilik and prepare untuk handmade wish card pulak. Kawan baik aku suggest buat notes dalam kertas warna - warni and gulung - gulung masuk dalam bekas. Tapi aku terfikir, rajin pulak suami aku nak buka notes yang dah bergulung - gulung tadi tu. So aku end up tulis notes tu dekat colorful stick-on-notes and tampal dekat sliding door wardrobe. HEHE. Comel jugak! ^___^

Kemudian dapat last minit idea untuk menggunakan props sedia ada. Maka terhasillah gambar dibawah ini. Bukan senang nak handle budak yang suka gerak - gerak macam ulat nangka ni. Kena puji - puji dia handsome barulah dia nak duduk diam 5 saat. Haih! '-____-

Comel tak saya? HEHE!

Wishes untuk birthday boboiboy!
Balik dari kerja, suami terus masuk bilik untuk letak kot and everything. Then bila dia terpandang sliding door wardrobe, terus dia tersenyum - senyum tersipu - sipu alahhh comel sangattttttt! Tak cakap apa - apa tapi senyum memanjang sampai meleret - leret mulut. Okay adegan seterusnya takpayahlah aku tulis. Engkau orang budak - budak lagi. Tak faham! HAHA!


Kek marble warna - warni yang alhamdulillah sedap sedunia. ^___^
Lepas Isya' berkumpul dengan family Auntie Wah dan abah selaku ketua keluarga memulakan majlis doa selamat dan kesyukuran untuk suami. Memohon suami diberikan kesihatan baik yang berpanjangan dan sentiasa mendapat rahmat yang Maha Esa. Sepanjang bacaan doa anak aku memang mencabar kesabaran betul. Kejap - kejap dia berjoget, kejap nanti dia terbaring sambil goyang - goyang kaki, kacau nasi lah airlah haihhhhh kecik besar kecik besar aje aku tengok. Behave 2 nanosaat aje. Lepas itu jadi ulat nangka semula! Teringat masa birthday suami tahun lepas, budak ulat ni cuma pandai mengesot - ngesot aje!

Lepas habis bacaan doa, suami potong kek yang dibuat dengan penuh kasih - sayang tu tadi. Suami memang pemalu, puas aku suruh dia posing sambil senyum tengok kamera. Tapi taknak jugak. Pemalu. Macam aku jugak. HAHA.

Feat. Adam dan Kitty Kepamnya!
Close up sikit wajah kesayangan hamba. -____-"
Sumpah kek ni sedap! Milky habis rasa dia! Nyumnyum!
Menu malam ni adalah Nasi Ambeng. Memang terbaik dari ladang. Ayam masak kicap, sambal goreng, serunding, keluban (Ada yang panggil urap pucuk ubi) Mee hoon goreng dengan ikan kering bulu ayam goreng. Uihhhhhh sedapnyaaaaaaaa! Emak dah siap - siap bungkus dalam kertas pembungkus nasi. Tak payah susah - susah nak basuh pinggan lepas itu. HEHE. Okay sebenarnya emak sedia maklum anak dia terlalu pemalas juga untuk membasuh pinggan. '-____-

Nasi Ambeng. Nyumnyum!
Alhamdulillah. Lepas makan semua pun kenyang dan penuh kegembiraan. Adam sampai comot satu badan sebab makan dan minum  dalam masa yang sama. Sabarlahh sabar. Budak kecil memang macam itu. Sabarlah banyak - banyak emaknya. HAHA. Lepas makan nasi, makan kek birthday dengan buah tembikai merah pula. Sumbat 2,3 keping sampai rasa betul - betul kenyang. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki Allah.

Oh hadiah untuk birthday suami kali ini aku dah beri awal - awal dulu. ^___^ Advance birthday present. HEHE. 


Suamiku,

Selamat hari lahir yang ke 30, sayang. Teruslah menjadi imamku. Berikanlah aku dan anak - anakmu hidup yang baik. Tidak mewah pun tidak mengapa asalkan engkau sentiasa mahu berusaha. Teruslah menjadi imam kepadaku dan kepada anak - anakmu. Terima kasih suami, kerana engkau memilih untuk menghabiskan hidupmu yang seterusnya bersamaku.

Yang tulus ikhlas menyintaimu,
Isterimu yang tercantik sedunia.

Dah. Babai!

Wednesday, December 28, 2011

Cubaan Untuk Menjadi NSYNC

Assalamualaikum

Siapa pernah gilakan NSYNC suatu ketika dulu? Pada aku diorang memang awesome tahap superiorlah! Semua lagu diorang jadi hits! Neck to neck rival dengan boybands yang ada pada masa itu i.e Backstreetboys, Old Town, 98 Degrees. Ah aaahhhhh ingat lagi zaman kegemilangan diorang!






Aku ni manusia yang sporting. Berani jugak mencuba something yang orang lain tak berani nak cuba walaupun kadang - kadang kalau dah datang angin malu - malu aku, memang menyampah jugak orang nak layan. HAHA.

Oh video tu, Nsync It's Gonna Be Me. Dahsyat kan diorang menari? Aku selalu drool over JT sampailah sekarang. And for me, that's how man should dancelah. Manly gitu. Bukan macam.. err taknak cakap dekat sini nanti kena troll dengan kipas - susah - mati dia orang yang fanatik gila babes. Tatottttt! HAHAHA! Oh kenapa aku tepek video tu? Sebab aku teringat, masa form 5 aku dengan seorang lagi kawan aku Puan Haiza, were performing the exact song masa minggu Bahasa Inggeris. In front of students and teachers yang tak pernah langsung tahu yang kami boleh perform.Walaupun ia bukanlah sebuah persembahan yang boleh buat engkau tak tidur malam, tapi kitorang rasa sangat cool kentang at that time. Second place. Dapatlah tupperware sorang sebiji. KEHKEHKEH. I miss that moment. ^____^

Malu? Well masa tu adalah jugak rasa malu tapi sikit - sikit aje! HAHAHAHAHAHA! Korang pernah buat macam ni? HEHE!

Dah. Babai!

Tangan Yang Memberi.

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Duit bonus telah pun selamat diterima dan telahpun dilaburkan dengan penuh riang gembira. Aku ni memang tak pandai menyimpan duit. Sebab itu selalu mintak tips - tips berjimat cermat dari Cik Zira eh sekarang dah jadi Puan Zira. Ada duit aje teruslah habiskan time itu juga. Memang bukan salah satu sifat terpuji yang aku ada (Macamlah aku banyak sangat sifat terpuji. Bhahah!)

Berpegang kepada prinsip, sebahagian daripada duit gaji kita bukanlah hak milik kita sepenuhnya maka aku mengambil peluang ini untuk membelanja emak sehabis tenaga. Penuhi apa yang emak nak dan misi secara total adalah untuk membahagiakan emak. Bila lagi kan? Sesekali ada peluang macam ini, memang aku takkan lepaskan. Seronok rasanya bila emak pilih - pilih barang yang dia nak lepas itu aku tinggal bayar saja. Aku tak pernah minta duit suami untuk hal - hal yang melibatkan family aku. Aku berkerja, jadi apa - apahal pun aku akan gunakan duit sendiri. Lainlah kalau untuk aku kan, ada certain things yang memang aku minta suami belikan. EH tapi selalunya pun aku beli aje sendiri. Ada duit sendiri, tak payahlah nak minta - minta. Kan nak bantu suami, nak jadi isteri mithali. ^____^

Insyaallah duit bonus yang berbaki akan aku gunakan sebaiknya. Beri pada yang memerlukan, yang penting kena ikhlas. Aku ni berhempas - pulas nak pupuk sifat ikhlas dalam hati. InsyaALLAH. Susah macamanapun kenalah latih juga. Jadinya nanti bila dah beri itu ini tak adalah aku mengungkit - ungkit. Beri sedikit, mengungkitnya 7 - 8 tahun pun tak habis! Haih! Yang penting emak dah dapat apa yang emak suka. Baiknya emak, taknak susahkan anak - anak. Puas aku heret emak pergi section Bonia, Carlo Rino, Guess tapi emak minta aku bawa dia tempat yang biasa - biasa aje. Emak kata, kalau dah cantik pakai apapun cantik! KEHKEH memang emak akulah Puan Latifah ni!

Handbag Polo. Kasut emak nak sandal BATA aje. Emak kata kelas habis BATA nih!
Aku pulak dah lama mengidam nak pakai flat pump. Tergoda tengok Naddy pakai flat pump merah dia tu jadi aku pun teruja sama nak beli. Pakai dengan baju kurung untuk ke sekolah pun macam comel jugak aku tengok! ^___^

COLORIS. Banyak flat pump dia yang cantik - cantik. Nak warna selamat aku ambil yang brown ni. Padahal yang lilac tu seksi habis! (Jenama apatah COLORIS ni. Entah apa - apalah Parkson ni!)
Memang dah berniat dari awal lagi nak tukarkan langsir emak untuk hari raya tahun depan ni. Jadi bawa emak ke Prima Moda and suruh emak pilih corak yang dia berkenan. Akhirnya emak pilih langsir combination warna gold dengan merah ni. Comel juga! Aku nak cat rumah jadi warna merahlah tahun depan! HAHA! Sambil - sambil itu aku beli sekali langsir untul feature wall bedroom. Senang aje jahitnya. Jahit kanan kiri dan pasang ruang untuk besi dekat atas. Mudah! ^____^ Nasib baik Prima Moda ada sales. Tapi menyesal jugak tak pergi tengok dekat Nagoya. Nagoya langsirnya cantik - cantik dan murah 3 - 4 ringgit dari dekat Prima Moda. Haih!

Langsir emak.
Langsir aku.
And last sekali shopping sikit - sikit untuk barang - barang nak naik sekolah. Budak - budak sekolah beli alat tulis, aku pun belilah jugak. Pen merah wajiblah ada kan nak conteng muka budak. Pen hitam untuk urusan rasmi. Oh sejak berkerja ni aku tak pernah pegang lagi pen biru, apatah lagi pen ungu ke pink ke kuning ke macam zaman belajar dulu. Semuanya merah hitam aje. Expenses yang ini tidak termasuk dalam projek mengkekah duit bonus. Ini guna duit gaji. HEHE. Oh beli juga buku English untuk Form 3. Tahun ini aku mengajar kelas PMR. First time mengajar kelas PMR. Kenalah cemerlangkan diri sebelum sibuk suruh anak murid cemerlangkan diri! ^___^

Apakah barang yang paling menonjol disini? HEHE!
Sakan bershopping tapi happylah sebab emak happy. Aku pun happylah sebab emak happy. Sekarang ini tinggal nak beri bahagian Adam dan suami tercinta. Juga untuk insan yang memerlukan. Insyaallah ada bahagiannya. Tak mengharapkan balasan, cuma mengharapkan keberkatan gaji dan dapat membayar hutang - hutang. InsyaALLAH. ^____^

Dah. Babai! ^____^

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Kembali Cikgu!

Assalamualaikum

Hari ini secara rasminya aku telah kembali bertugas sebagai seorang guru setelah berminggu - minggu membesarkan badan dan menambahkan lemak sambil makan jajan di rumah. Sebagai membuka tirai persekolahan 2012, aku bangun lambat pagi tadi. Hebat tak? Pukul 6.30 pagi baru terkedek - kedek bergolek - golek nak pergi mandi. Nasib baik baju dah siap iron, handbag dah siap kemas semua. Kalau tidak? Meeting guru kali pertama untuk sesi 2012 start pukul 8 pagi tapi rileks aje sampai sekolah 5 minit sebelum pukul 8. Tak salah kan? Masih kategori cemerlang kan kan kan?

Siapa yang berkerja sebagai pendidik especially guru - guru sekolah ni tahulah kan yang meeting guru kali pertama setiap kali sesi sekolah nak buka, adalah meeting dimana kita ambil Buku Persediaan Mengajar, lepas itu ambil buku Takwim dan Pengurusan yang dalam dia tu terkandung segala tugas - tugas kita sepanjang tahun 2012. Jangan terkejutlah kalau seorang guru tu sepanjang tahun selamba - selamba aje kaut 7 - 8 tugas sepanjang tahun. Lagi bonus kalau dia jadi guru kelas. Lagi bonus double - double kalau dia mengajar kelas exam i.e PMR / SPM dan lagi bonus bonus bonus kalau dia mengajar kelas exam yang nakal / kelas belakang. Cukup tak tekanan ni cikgu - cikgu? Tak cukup? Boleh tambah lagi! ^____^

Walaupun sekolah start 4hb Januari 2012 nanti, mulai hari ini setiap hari sampailah hari pertama bersekolah cikgu - cikgu akan datang ke sekolah dan menghadiri meeting - meeting yang kadang - kadang nampak macam remeh aje alahai. Kalau tak datang pun takpe! (Tapi still kena datang jugak!) Kemudian ada pulak hari pendaftaran pelajar, meeting panel, meeting koko meeting hitu meeting hini. Hidup dipenuhi meeting - meeting. Dan dan dan, bila persekolahan bermula maka bermulalah rutin harian kami yang berkisarkan mengajar, buat kertas kerja, buat soalan, menanda, berkursus, latihan sukan, hari sukan tahunan, hari kokurikulum, hari bertemu pelanggan, peperiksaan, key in markah, menyiapkan TOV dan headcount, memasukkan data pelajar dan kedatangan, menguruskan biasiswa, menguruskan pelajar ponteng, merotan, meligan pelajar ponteng, dokumentasi, memimpin persatuan, memimpin kelab, memimpin badan beruniform dan bermacam - macam lagi.

Senang kan kerja kami? Goyang kaki, kerja separuh hari, cuti sekolah banyak, gaji besar. ^___^ Heaven betul!

Maafkanlah muka aku yang terlebih mengkontrol ayu sampaikan rasa menyampah!

Dan hidup guru ini akan lebih bermakna, jika dihargai oleh pelajar sampai tahap begini. Kan? Selamat bertugas buat guru - guru di seluruh Malaysia. Kita orang hebat sebenarnya.

Berkerjalah dengan lebih bertanggungjawab demi mencari rezeki yang barokah. Amin!

Dah. Babai!

Monday, December 26, 2011

Kembali Berkerja. Semoga Lebih Barokah

Assalamualaikum

Wah esok sudah mula harus kembali berkerja selepas bercuti panjang.Perasaan? Mestilah malas. Siapalah yang rajin bila time nak pergi kerja kan kan kan? HAHA. Dah lama sangat duduk dekat rumah bermanja - manja dengan suami dan Adam. Sekarang kena menjalani rutin harian work and sleep macam biasa. Okay start malam ini kena praktis tidur awal sebab sepanjang cuti sekolah bila malam aje jadi burung hantu!

2012 ni banyak resolution yang sudah dilist downkan. Kebanyakannya more to work and life. Bak kata suami, keberkatan hidup datangnya dari rezeki yang barokah. Macamana nak dapatkan rezeki yang barokah? Of courselah dengan berkerja super efficient dan bersungguh - sungguh. Memang aku nak kerja dengan bersungguh - sungguh tahun ni. Nak menaikkan taraf efficiency diri sendiri. Sampai bila nak bagi peluang dekat orang mencemuh kita tak berhenti - henti kan? So kalau kita buat kerja kita dengan baik, kalau orang nak mencemuh jugak maka itu urusan dia dengan Allah. Biasalah manusia. Macamana nak puaskan hati manusia yang macam - macam tu kan?

Tahun ini juga aku nak jadi lebih terancang dan sistematik. Kerja - kerja akan didokumentasikan dengan begitu kemas sekali. So takadalah kelam - kabut macam tahun lepas. Tercari - cari mana paperworks dan kerja - kerja lepas. Berguna tu. Tapi tak adalah sampai semak sesak tempat kerja. Buat orang rasa serabut dengan persekitaran yang macam tempat tikus beranak. HEHE. Tapi selama aku berkerja ni meja akulah yang terpaling kemas sekali dekat Bilik Guru. *Tangan ke bahu mata ke atas* Bukan sebab efficient sangat tapi sebab tak buat kerjalah maka meja aku sungguh kemas dan bersih sedunia! HAHA!

Tahun ini ada nametag baru weh!
Insyaallah. Bukan setakat omong kosong. Keberkatan dalam mencari rezeki memang fokus aku untuk tahun depan ni. Taknaklah lagi malas - malas dan separuh hati setiap kali nak pergi kerja. Tak mahu lagi buang masa dan menyesakkan emosi dengan memikirkan hal - hal orang yang tak sukakan aku (Kau tak suka aku, itu masalah kau.) dengan orang - orang yang kerjanya asyik nak jadi batu api dan mengapi - apikan orang lain. Juga tak ada masa nak mengumpat sana sini, juga tidak ada masa nak menjadi manusia yang tidak produktif. Kesimpulannya, 2012 ni nak lebih cemerlang dalam kerja. InsyaALLAH.

Wah kenapa aku cakap macam bagus sangat nih! HAHAHA!

Dah. Babai!

Sunday, December 25, 2011

Miss Lacey : Project Square Scarf Georgette

Assalamualaikum

Hai semua! Emak kita dah balik dari rumah Makngah! HEHE! (Tiba - tiba aje bagitahu. Tak ada kaitan!) Weekend semalam ni tak buat apapun, just duduk melepak - lepak. Sambil - sambil tu siapkan projek tudung 4 segi yang tertangguh - tangguh. Skirt sedang dalam proses pembikinan. Tengah belajar dengan emak macamana nak jahit pinggang skirt dengan kemas. Taknaklah jahit pinggang dia senget benget. Nanti macamana nak ambik tempahan kan? HAHA berangan!

Merata - rata jugak aku cari kain renda untuk tudung ni. Last - last jumpa jugak akhirnya walaupun dia cuma ada tiga warna. Hitam, pink and krim. Warna putih tak ada pulak. Ke aku yang tak perasan tak tahulah kan. Tapi tak apalah sebab hajat nak cari yang warna hitam dengan pink saja. Jumpa sudah. Soweekend semalam siapkan 2 helai tudung georgette. Warna yellow mustard dengan hijau turquoise. Masa beli renda kain tu aku beli sekali beads warna hitam dengan pink untuk hiasan belakang tudung.

Bukanlah susah sangat nak buat tudung ni, cuma masa nak pasang beads aje yang mencabar sikit. Dahlah beads tu kecik - kecik kan, berpinar mata aku nak tampal. Tangan habis lekat - lekat dengan gam UHU. Buat kerja ni kena lah masa hero handsome aku tengah nyenyak tidur. Kalau tidak, nanti dia membuat kekacauan sejagat! HAHA! 

Alhamdulillah. Siap jugak akhirnya. Menepati spesifikasi. ^____^
Rasa puas hati sangat - sangat.
Yellow Mustard
Hijau Turquoise

Okay sekarang kena cari baju untuk tudung - tudung ni! HAHA padan muka aku, beli tudung tak fikir warna baju! KEHKEH!

Dah. Babai!

Saturday, December 24, 2011

Nak Di Lempang, Anak Orang.

Assalamualaikum

Ramai orang kata jadi cikgu itu senang. Gaji besar. Masa terluang banyak. Cuti sekolah cikgu boleh goyang kaki. Haih. Alangkah seronoknya kalau benar bagai di kata.

Yang lagi seronok, kalau anak murid engkau buat engkau begini :


Print screen ni macam tak in order sangat. Engkau pandai - pandailah susun ye! HAHA!
p/s : Nama dia aku delete tapi default profile picture dia aku biarkan ajelah. Alah bukan engkau boleh nampak pun kan. Lainlah Cik Epal ke, Fatin Liyana ke, Amar Amirah ke, sebatu pun orang dah boleh tahu itu gambar engkau! ^___^

Puncanya apa? Sebab dia post gambar ini dekat FB. Mana tak terkejut beruk aku kan. Dahlah aku mengajar dekat bekas sekolah dia (Walaupun last - last buat tak mengaku sekolah dekat sekolah itu!) wajiblah aku sentap bila ada bekas student yang buat perangai pengikut Darwin.

Sorry Spongebob!
Okay. Asal Parit Raja, Batu Pahat. What to expect? Asal dari kampung yang kaya dengan adab dan sopan. Dulu pergi sekolah pun confirm bertudung. Area luar bandar kan, pelajarnya majoriti bertudung kesekolah bagi pelajar perempuan Muslim. Sekarang, sudah berhijrah. Dia bukan pergi berhijrah dekat mana pun. Dekat KL aje pun. Bukan pergi UK ke US ke pun! Culture shock sesungguhnya. Mengapa? Mengapa? *Letak tangan ke dahi* Lepas itu bila kena tegur, dia tanya apa masalah aku. Panggil aku syaitan bertudunglah, makcik hipokritlah. Nasib baik budak ini bukan adik aku. Kalau tidak. Akulah orang pertama yang ikat dia dekat pokok penuh berkerengga.

Aku menegur bukan nak cari salah dia ataupun sengaja nak memalukan dia (Aku doubt dia ada rasa malu. Sebab kalau dia malu, dia tidak akan berperangai begitu. Benar?) Aku menegur sebab aku sebahagian daripada guru - guru dia (Walaupun aku tidak mengajar dia. Anak - anak didik aku alhamdulillah semuanya sopan, berakhlak mulia dan terpelihara Insyaallah) Sebagai seorang perempuan, aku yang melihat pun rasa malu, kenapa dia nak rasa berbangga pulak?

1) Pertama yang terbayang dalam kepala aku adalah ibu ayahnya. Berbanggakah mereka dengan perangai engkau? Dihantar ke kota untuk belajar tapi? Itu satu. Soal dosanya siapa nak tanggung? Jawablah sendiri. Aku tak salahkan ibu ayahnya.

2) Aku rasa gagal sangat sebagai guru. Aku percaya ustazahnya semasa bersekolah dan guru - guru yang lain telah mendidik dia sehabis daya untuk menjadi insan yang cemerlang akhlaknya.

Lepas itu bila dia sudah bengang dengan aku dia komen - komen pulak dekat gambar - gambar profile aku. Ah sadisnya! '-___-


 Ohoh. Mungkin engkau nak kata aku nak tayang buah dadakah? Malangnya bagi engkau, tiada imej buah dada dekat situ. Yang ada hanya buah halkum aku. Kecewa?

Maka perasaan sedih aku menjadi berganda - ganda. Budak ini memang mengalami mental disorder yang sungguh parah.
Tak lama selepas itu, dia mula tagging - tagging picture profile aku, aku ignore saja. Malas nak layan manusia yang tak tahu bersyukur kerana masih punya insan lain yang mengambil berat. Lepas ini engkau nak jatuh masuk longkang ke apa ke, lantak engkaulah. Bak kata engkau, jaga tepi kain sendiri. Kasihan betul. Sempitnya akal dan fikiran.Dan tak berapa minit selepas itu, profile FB dia jadi begini :

Bagus juga. Tak payah aku buang masa remove dia. HUHU.
Aku geleng kepala. Tak guna berdebat dengan orang begini. Nasihat pun akan memantul. Bila aku nasihat, terus dia sentap. Tuding jari pulak dekat aku. Haih. Astaghfirullah.Jadi biarlah dia belajar dari kesilapan dia. Aku cuma doakan satu hari nanti dia akan berubah. Dia cuma seorang remaja yang lupa sebentar di mana dia berpijak.

p/s : Didik wanita, terdidik masyarakat.

Rasulullah saw bersabda : “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.” (HR Ibn Hibban - Para perawi yang dipercayai lagi sahih demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77)

Dah. Babai!

Mohon Doanya Kawan - Kawan

Assalamualaikum

Mohon doanya kawan - kawan. Cousin aku sedang berjuang untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad di dunia ini. Dari malam tadi dia dah ada mild contraction dan tengahari tadi dia start rasa contraction yang agak kuat tapi belum ada opening apa - apa. Sampai ke saat entry ini ditulis, belum ada lagi sebarang opening. Aku risau.

Ya Allah aku doakan engkau baik - baik aja dan selamat semuanya, Tasa!

Dah. Babai!

Thursday, December 22, 2011

Hari Khamis Malam Jumaat Kena Bagi Suami Makan Sedap - Sedap!

Assalamualaikum

Suspen aje tajuk entry. Dahlah update malam - malam. Apakah? HAHA. Tidak tidak jangan cepat salah faham jangan label blog aku ni blog yang bukan - bukan pulak. HAHA. Hari ini lambat update pasal apa yang aku masak untuk mengisi perut lelaki - lelaki kacak dalam rumah aku. Maklumlah bangun pagi terus kelentang kelentung memasak + mandikan Adam kemudian pukul 12 tengahari terus keluar berjimba dengan skandal - skandal. Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Puaslah kena bebel dengan suami. '-___- Okay next time kalau pergi berjimba kena bawa suami dengan anak sekali. Kalau anak ada dua belas orang maka semua dua belas orang kena bawa.

Sebab hari tu suami belikan sayur kobis yang banyak, maka sepanjang minggu ini sayur - sayuran adalah terdiri daripada kobis sahaja ye. Jangan nak cakap jemu! Nanti aku mogok tak mahu masak baru tahu. HAHA. Kalau engkau orang perasan dah dua hari asyik kobis aje ni! Ngehngeh! Hari ini teringin nak buat sambal tumbuk. Suami suka sangat dengan sambal tumbuk, selalu kalau emak buat sambal ni tak sempat nak sampai ke petang mesti sudah licin di tengah jalan. Suami pulun sambal macam makan cikedis. Selamba aje! Tak cirit ke?

Buat sambal tumbuk ni pulak kesabaran kena tinggi. Sebab sebelum nak buat sambal ni, cili dan segala bawang - bawang kena digoreng dulu. Habislah aku macam bersilat dekat dapur sebab dia punya minyak percik - percik oi! Kenalah guna perisai tutup periuk yang bersize besar untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. HOHO! Lepas itu dah namanya sambal tumbuk, engkau kenalah tumbuk. Tumbuk ni pulak kenalah bersabar, sebab kena tumbuk dia sampai lumat. Susah pulak dia nak lumat! Ikutkan hati nak aje aku pakai blender! HAHA! Akhirnya lumat jugak walaupun nampak macam sesuatu yang mengalami kecederaan aje gayanya. Pecah sana sini. HAHA.

Akhirnya siap jugak menu simple untuk hari ini. Ayam goreng kunyit, sayur bening kobis, sayur tumis rebung dengan sambal tumbuk. Lepas itu ikan kering semalam ada lebih. Uhhhh sedaplahhhh! ^____^

Nyumnyum! ^____^
Close up sikit. Jangan hina rupa dia, dia punya rasa memang terbaeeekkkkk!
Makin lama makin syok pulak memasak ni. Syok sendiri pun ada jugak. Seriously. Bila tengok abah dengan suami makan bertambah - tambah aku rasa macam nak nyanyi lagu negaraku sambil kibarkan bendera Malaysia. Menyentuh hati sangatlah! '-____- Macam ini agaknya perasaan emak kalau anak - anak dia tibai lauk sampai habis. Bangga sedunia!

Emak jangan risau lah emak, lepas ni kalau emak nak tiba - tiba emergency leave dari memasak, ini anak perempuan emak ni dah boleh kasi makan abah dengan suami dengan orang kampung dah!

HAHAHAH. Berangan betul aku ni.

Dah. Babai!

Sikit - Sikit Lama - Lama Jadi Bukit

Assalamualaikum!

Semalam tengahari aku cari suami tapi dia tak ada entah dekat mana - mana. Nervous jugak takut kalau - kalau suami kena culik orang. HAHA. Panggil - panggil dia dia aje tak menyahut. Mana pergi ni sayang? Tengok - tengok rupanya tengah duduk dalam bilik. Tak sangka betul! Sebab selalunya port dia mesti depan TV. Kalau tak depan TV mesti tepi peti sejuk. Serious aje nampak air muka. '-___- Ingatkan tengah buat apa, rupa - rupanya tengah kira duit syiling! ^____^

Wah! Banyak betul! Tak pernah pulak sangka duit syiling yang suami kumpul ada sebanyak ni kan! WOW! HAHA! Suami memang rajin kumpul duit syiling dari zaman bercinta - cintun lagi. Kadang - kadang pergi dating sebelum tu sempat dulu tukarkan duit syiling berbungkal - bungkal untuk dibelanjakan time dating. Wuwuwuwuwuw! Suami asingkan 50 sen dengan syiling - syiling yang lain. Suami kata 50 sen tu sayang nak tukarkan. Jadi selain 50 sen tu semuanya bakal ditukarkan menjadi duit kertas. Duit kertas tu nanti pulak bolehlah kami belanjakan untuk beli sayur ataupun ikan, udang, sotong blablabla untuk lauk kami sehari - hari. ^___^

Tak pernah terfikir pun nak menabung macam suami. Selalunya duit syiling aku biar bertabur - tabur. Biasanya yang tolong kutipkan adalah emak dengan suami. Rajin masukkan dalam tabung. Untuk kes suami pulak, dia simpan dalam kotak kasut. Old school betul! HEHE!

Khusyuk betul! HEHE!

Lepas ni nak rajin - rajin kumpul syiling jugaklah. Boleh jadi duit selit time emergency kan? Manalah tahu, satu hari nanti aku kekurangan duit boleh jugak pecahkan tabung ayam. Tapi jangan pecahkan tabung ayam orang pulak! HAHAHA!

p/s : Satu benda yang aku respect dengan suami, dia sungguh menghargai duit yang dia ada. Walaupun sepuluh sen cuma. Aku patut mencontohi ini. Bukan time ada duit, shopping spree pulak. Sampai terlupa nak bayar hutang - hutang. Hutang tu kan wajib dibayar! '-____-

Dah. Babai!

Wednesday, December 21, 2011

Bukan Menunjuk - Nunjuk Tapi Nak Tunjuk Aje. KEHKEH!

Assalamualaikum

Bertabahlah wahai kawan - kawan sekalian kalau semenjak akhir - akhir ni aku selalu update pasal makanan dalam blog ni. Mungkin ada yang dah start rasa menyampah. Poyo! Masak benda remeh pun nak update hari - hari! Mungkin begitulah kan dialognya. Tapi seriously aku tak kisah sebab I'm happy doing it! KEHKEH! Aku terasa sungguh berbangga dapat memasak untuk suami, abah and Adam sepanjang ketiadaan emak, sumber inspirasi makanan kami sekeluarga. Walaupun agak sukar untuk Maklong digest dalam kepala otak dia bahawa aku memang boleh memasak (Ceh sentap betul aku!) aktiviti memasak tetap diteruskan seperti biasa. Silalah kagum.

Aku tengok abah pun berselera besar makan apa yang aku masak. Sejuk hati. KEHKEH. Hari ni pukul  9.45 pagi dah start masak. Lauk yang aku dah fikirkan sejak dari malam tadi sebelum tidur. Penuh perasaan aku pesan dekat suami yang dah mamai - mamai tu suruh dia belikan aku telur puyuh esok pagi. Penuh keazaman betul ni! HAHA! Mula - mula ingat nak buat nasi lemak, tapi kensellah. Nanti gemuk. KEHKEH. Geli betul!

Akhirnya dalam masa lebih kurang 1 jam setengah, siaplah lauk makan untuk tengahari. Sayur lemak kobis, sambal tumis telur puyuh dengan ikan kering bulu ayam. Orang Jawa kata Gereh Jentir. Eksotik kan nama dia? HAHA. Suami pukul 11 lebih aje dah sibuk ajak makan. Sedap dia kata sambal tumis aku. Pheww! Tak sia - sia tangan pijar bila rendam cili kering tadi! HAHA!

Macam biasa. Serve atas dulang. Baru datang aura perempuan Melayu terakhir. HAHA!
The Famous Javanese Sambal Tumis featuring telur puyuh. Yummy!
Sayur lemak kobis. Yang ni kan sedap betul! HAHA! Tak percaya first time masak boleh sedap!

Walaupun blog akhir - akhir ni dah jadi macam Kakak Sepsi Suraya Sulatin punya blog sebab asyik update pasal makan aje, tapi tak niat pun nak ambik alih takhta blog makanan paling geram dia. HAHA. Excited kan bila memasak untuk someone lepas tu dia makan dengan penuh berselera sekali. Alhamdulillah. Tekak suami pulak bukannya tekak yang mencabar. Semua yang aku masak dia kata sedap. Ambil hati semata - mata atau apa, tak tahulah kan. Yang pasti, setiap kali memasak aku sungguh gembira sedunia. Lalu menghasilkan hasil makanan yang menterujakan! ^___^
Sabar eh sabar eh. Lagi 2 hari aje emak balik. Lepas tu engkau orang tak payahlah lagi terseksa menyampah aku update pasal makanan aje kan. Nanti emak dah balik, aku kembali malas memasak macam biasa! HAHA. Bolehlah fokus kepada projek jarum dan benang pulak! ^___^

p/s : Kalau nak rasa masakan aku, meh datang rumah. Tapi janganlah demand nak rendang rusa ke tenggiling masak gulai kawah ke apa. Bilis goreng campur belacan bolehlah! Hihi!

Dah. Babai!

Tuesday, December 20, 2011

Tab EX Soap + Tab High Definition (HD) Lelong! Lelong! SOLD

Assalamualaikum

Hari ini tanpa berlengah lagi aku nak straight to the point. Ecehcehceh! Cakap macam nak budget serious eh! HAHA. Okay okay aku nak serious. Ehem. Baiklah, wahai rakan - rakan sekalian. Aku nak letgo set Tab EX Soap dengan Tab High Definition. Kalau beli harga dia RM70 and RM80 respectively. Tapi sebab aku dah pakai dua - dua benda tu sikit, yang sabun tu aku dah kerat sebanyak 2 ketul kecil (Refer gambar) and yang Tab HD tu aku rasa dah pakai dalam 10ml (Ada lagi baki +- 40ml). Banyak lagi. Tapi aku dah tak berapa nak jodoh pakai set Tab.

Kenapa nak letgo? Jangan salah sangka, bukan sebab benda ni tak elok. Tapi benda ni tak berjodohan dengan aku. Muka aku macam tak ada effect pulak bila pakai. Macam tuuuuu jugak. Effect magiknya tak ada. Aku dah pakai dalam 2 minggu, but still there's no different at all. So aku rasa nak let go murah - murah aje dengan engkau orang yang berminat. Jangan risau. It's authenticity and originality is guaranteed. Aku dapat dari pengedar Tab EX yang sah iaitu Kak Rose Masri. Untuk info yang lebih lanjut boleh pergi dekat main blog untuk Tab EX ni dekat SINI.





Untuk harga dua barang ni aku nak letgo RM40 for each (Berbaloi - baloi!) tapi kalau engkau nak ambil dua - dua sekaligus, aku bagi RM70 dengan postage. Berbaloi - baloi kan?

Sesiapa yang berminat boleh drop by email dekat flowerbabebee@yahoo.com ataupun SMS / Call aku di 0127366274.

Okay. Itu saja. HAHA!

Dah. Babai!

STATUS SOLD!

Air Tangan Wanita Solehah

Assalamualaikum

Hari ini, walaupun aku macam nak demam - demam sikit (Semalam petang berhujan. Seronok! KEHKEH!) tapi bangun pagi bersemangat kental sekali selepas suami puji masakan aku semalam. Bangun dari short nap tengahari semalam sebelum pergi kerja terus dia makan dengan penuh berselera. Tiba - tiba dalam hati jadi taman bunga. Berkembang pesat dengan penuh warna - warna. (Maafkan aku. Aku selalu merepek kalau terlampau bahagia!) Tiba - tiba hati rasa bersalah sedunia sebab selama 3 tahun berkahwin, boleh dikira dengan jari berapa kali aku memasak untuk suami. Selebihnya, emak yang mengenyangkan perut aku dan suami pula yang memasak untuk aku. Sob sob sob.

"Abang suka kalau emak tak ada." Kata suami.
"Kenapa?"
"Sebab nanti Lina masak. Abang suka makan Lina masak.Sedap!"

Eh. Eh. Eh. Terkesima aku sekejap. Sekejap ajelah lepas itu back to normal. Bila suami dah cakap macam itu, aku rasa macam selama ni aku abaikan tanggungjawab nak mengenyangkan perut suami. Orang kata, air tangan isteri / wanita solehah yang memasak untuk suami dan anak - anaknya dengan ikhlas dan riang (Riang = memasak sambil menyanyi dengan penuh gembira?) jauh mana pun suami pergi / anak - anak pergi hatinya tetap pada isteri / ibu. Betul tak? Aku rasa ada betulnya juga. Emak aku suka sangat memasak untuk kami adik - beradik. Buktinya, sampai ke hari ini aku masih menumpang bawah ketiak emak.(Bukti apa? Bukti dah kahwin beranak pinak masih berangan nak menyusahkan emak! Baiklah! '-__- Haih!)

Jadinya bila suami riang begitu, keinginan memasak didalam hati sungguh tinggi. Sampaikan bangun pagi terus fikir, hari ini nak masak apa? (Sebab selama ini tak pernah begitu. Bangun pagi terus tanya diri sendiri "Nak tidur lagi pukul berapa?" Errr..) Sangat tak guna! Tapi hari ini berbeza. Mental sudah membuat peta minda secara automatik. Hebat bukan? Tak payah belajar tinggi - tinggi untuk memasak hidangan makan tengahari penuh berkasih sayang. Baiklah, hari ini nak masak telur! Jerit aku dalam hati. Untuk orang yang dah pandai / hebat / terer memasak, memasak telur adalah seperti membuat lawak bodoh di Maharaja Lawak Mega. Kemudian dikutuk juri. Begitu. Tapi tak apa, untuk aku yang very the beginner ini, memasak telur juga satu cabaran mental. Ah kau apa tahu!

Berkat memasak selama satu jam (More or less) di dapar sambil kelentang kelentung berperang dengan Adam yang secara tiba - tiba sudah duduk diam - diam di dalam pengukus emak (Posisi macam ayam mahu bertelur!) maka siaplah 3 hidangan untuk seisi keluarga. Kobis panjang (Baru hari ini tahu ada kobis panjang! Itupun tanya suami. Dan aku ingat suami tipu! HAHA!) masak tumis sos tiram campur ayam potong dadu, scrambled egg cili dan sup telur untuk Adam. Hoh! Lap peluh. Sungguh membakar lemak acara memasak! (Membakar lemak ketika meligan Adam!) Benarlah memasak mengeratkan kasih sayang sesama suami isteri. Aku memasak, suami tolong potong ayam. Bahagianya! (Dan juga tolong membebel itu ini. Hasilnya, aku halau dia tengok TV dekat depan! HAHA!)

Kobis panjang + ayam
Scrambled Egg Cili yang di war - warkan. Tengok rupa telur ini macam lepas kena pukul teruk pun ada!

Lepas memasak, sambil tidurkan Adam dengan aku sekali TERtidur. Cuaca sungguh mendamaikan. Mata pun terpejam sambil berdengkur secara berirama. Sedar - sedar saja suami kejut minta makan. Comelnya perangai. Asal nak makan aja cari aku, asal nak makan aja cari aku. HAHA. Bangun terkulat - kulat tengok jam sudah pukul 12 lebih. Patutlah aku lapar bersungguh - sungguh. 

Disebabkan masih mamai - mamai sedikit suami yang pergi cedokkan nasi. Aku duduk dekat meja sambil buat muka tak ada arah tujuan = blur. Suami cedok lauk dengan banyak sekali. 

"Eh kenapa cedok lauk banyak - banyak? Kalau tak sedap macamana? Ambiklah sikit dulu."

Suami senyum aje. Tengok dia suap masuk lauk sekali, dua kali, tiga kali dan berkali - kali ke dalam mulut buat hati aku berbunga - bunga.

"Sedap tak?" Aku tanya. Wajiblah kan. Jangan kata engkau tak pernah buat ye! HAHA!

"Sedap! Sedap! Tak payah nak modify apa - apa. Cukup masin pedas semua!" Wah! Bangga tak? Jawab sendirilah soalan tu. Aku bagi klu. Lubang hidung aku dah besar macam terowong SMART dekat KL. HAHA.

"Esok masak lagi ye!" Eh eh sempat pulak ada pesana panaja. Scrambled egg cili tu sampai bertambah - tambah suami makan. Nasi dah habis dalam pingga pun dia masih cedok lagi telur masuk dalam mulut. Sedap sangat ke sayang? HAHA. Makin bersemangat aku nak masak untuk esok, lusa dan seterusnya.

Teringat ustaz aku pernah kata dulu "Air tangan wanita solehah sangat ajaib. Mampu membahagiakan dunia rumahtangga di dunia dan di akhirat." 
(Manalah Ustaz Maskur sekarang ye!)

Itu saja untuk hari ini. Nak cerita pasal lauk pun panjang berjela - jela. HAHA.

Dah. Babai!

Sementara Masih Ghairah

Assalamualaikum (Tak jawab dosa, jawab sayangggggg!)

Tetiba terpinjam tagline Maria Elena. Tak memasal. Tak apalah. Lupakanlah itu sebab itu cuma iklan untuk orang - orang yang nak pergi buang air kecil. (Eh masih tak ada kaitan! HAHA!)

Tajuk entry mesti nak merepek kan? Well. Betullah. Sementara masih ghairah. Ghairah nak menjahit! HAHA!

Eh nak minta tolong (Sebab aku dah habis pusing dah tak jumpa - jumpa jugak!) kalau engkau orang baik hati bolehlah tolong aku yang dalam memerlukan ini. Baiklah baiklah. Terus kepada berita utama! Okay, aku nak mintak tolong, engkau orang tahu tidak mana nak dapatkan renda lace macam gambar dekat bawah ni?  Atau kalau tak dapat yang sama sebijik sebuntat, dapat yang hampir - hampir sama pun boleh. Please! I'm so desperately in need with those ribbons / laces. Tahu tidak mana nak dapatkan dia?


I'm going to need this for my upcoming project. (Mengada - ngadanya aku! Upcoming projectlah hapelah kan!) See, I have few things in mind right now, macam nak colaboratekan beads and laces dengan chiffon, then make it into stunning hijab or dress or top or skirt. Either one. Macam cool and sweet, kan? Warna - warna yang sekarang ni tengah bermain - main dalam minda adalah yellow mustard, turquoise and shocking pink. Tapi tapi tapi macamana nak start kalau raw materialnya aku masih tak jumpa! Arghhhh! Tension!

Aku belum lagi round Ayer Hitam, serbu kedai pengantin untuk cari laces macam ni, manalah tahu kan ada onlineshop yang jual. Aku malas sesangat nak keluar cari benda - benda ni. Hujanlah. Malas! HAHA! Aku cuma nak snuggle dalam selimut minum Milo panas sambil baca Shin Chan. KEHKEH.

So please ye blogger out there yang tahu mana nak dapatkan lace hitam ni, silalah bagitahu aku dengan kadar segera. Nanti aku buatkan satu hijab best terbaik dari ladang untuk engkau. Best kan? HEHE.

Aku rasa combination of green + pinkish ni sangat cool kentang dan sungguh superman! Kan?

Dah. Babai!