Atau dalam Bahasanya kita panggil sebagai Hak Cipta / Hak Milik and tambah perkataan reserved kat belakang (terpelihara) Penting eh benda ni. Lagi - lagi dalam era multimedia dan pengkomputeran ni. Perghh ayat dah macam nak buat karangan Bahasa Melayu SPM. Kihkih. Jangan buat main - main sebab boleh kena saman. Mana ada duit nak bayar saman, duit Nuffnang kasi pun sekangkang kera jadian saja. Jadi janganlah sampai kena saman. Dahlah saman Majlis banyak, belum kira saman traffic. Arhhhh saya pemandu tidak berhemah! Eh lari topik. Baik baik kembali ke topik asal.
Dulu, masa zaman I jahil, semua benda I sebat sebagai sendiri punya. Ini bercakap pasal benda dalam talian ya. Bukan kasut kakak sendiri lepas tu sebat jadi sendiri punya ke hape, alah korang fahamlah kan korang kan bijak macam Sang Kancil. Template blog ke hape ke, pics di internet ke kalau I guna mesti I tak pernah kredit pemilik asal atau tak minta izin copyright. Salah tu. Memang salah. Kau argue lah macamana sekalipun memang salah. Cyber criminal kalau kita paparkan pics atau ambil template atau apa - apa sajalah yang dicipta oleh orang lain dan diguna untuk kegunaan sendiri atau commercial purpose tanpa izin. Yang baiknya kalau kita nak guna pics atau artikel atau apa saja, kita rujuk pada pemilik asal dan kreditkan pada beliau. Kalau kena bayar, maka bayarlah.
Macam I, bila buat template atau watermark yang gunakan pics dari sumber dalam talian kalau boleh dijejak pemilik asal maka jejaklah. Dan selalunya memang bayaran dikenakan untuk release permission, tengoklah macamana bergantung pada keadaan jugak. Selalunya kalau pics bayaran dalam anggaran RM15-RM100. Tak tentu. Haa dengan cara ini pemilik akan beri kita permission untuk guna, melalui emel ke, verbal ke, written ke. Barulah kita tak gunakan hak dia secara illegal. Lainlah kalau kat situ tulis free template ke, free picture ke, free widgets ke, haaa kalau ada kata macam tu maka free. Tak payah kau nak bayar - bayar, kalau nak bayar jugak meh bayar kat I meh.
Bagi sesiapa yang kurang arif tentang Pengurusan Hak Digital maka boleh pergi ke SINI
Lebih - lebih lagi kepada si pemilik asal, patternkan atau hak milikkan hak digital anda. Jadi kalau ada orang kelepet tak pasal - pasal maka saman orang tu! Err dulu I buat juga semua ni, tapi sekarang dah insaf. Dah tahu dah jangan gunakan milik orang secara membabi - buta. Kalau nak publish pics di blog dinasihatkan kalau boleh letak watermark supaya tidak disalahgunakan. Especially photogs2 yang gambar cantik - cantik atau mana - mana individu yang rajin buat digital illustration macam Kak Emila, Ezhan Artwork and lain - lain lagi. Jadi kalau tiba - tiba ada orang gunakan pics kau yang dah di watermarked kan tanpa kebenaran maka tindakan lanjut boleh dikenakan tanpa segan - silunya. Sila sila.
Jadi kesimpulannya jangan ambil orang lain punya sesuka jiwa dan raga. Setiap benda kan ada pemiliknya. Maka mintak izinlah. takdenya diorang tu nak gigit kepala korang kalau korang minta izin baik - baik. (^__^)"
p/s : Tak sabar tunggu Dolly dari Kak Emila. Ouh sesiapa nak tempah Dolly boleh tempah dengan Kak Emila. Dolly beliau sumpah kreatif nak mati. Cantik - cantikkkkkkkkk! And yang penting MURAH!
6 comments:
if i'm not mistaken, by law, owner xda right nak saman kalau item tu x registered under copyright. xsure sbb sy bkn student law, hee. tp mmg x beretika la kalau plagiat hak milik org tanpa credit :)
Yeah bebeh. Betul la tu. Kena registered dulu baru boleh saman. wahhhh bagusnya conversation kita! ilmiah gitu! huhu!
baik cikgu. saya faham..:)
Bagus anak murid! (:
cik puan bunga..sila reply laju2 ya if free to help me.. =(
pity me..
tQ cik Puan bunga
muka cik puan bunga mcm familiar lol~
Alahai malunya... bukan apa, takut tak menepati kehendak peminat ehhh perasan! haha! boleh aje... tapi maluuu nanti kalau u tak suka, maluuuuu! huhuhu!
familiar eh?i kan artis! kihkih!
Post a Comment