Sunday, January 16, 2011

Happy 6 Months Birthday Sayang Mama Adam Irfan Xaharis!

(16 Julai 2010 - 16 Januari 2011) Sekejap je Adam dah 6 bulan kan? Baby 6 bulan dah pandai apa eh? Macam hari tu je perut ni terboyot - boyot bawa Adam dalam perut. Macam hari tu je I muntah belahak sebab mabuk, morning sickness yang melampau, taknak masuk dalam bilik, taknak bau suami, tak boleh bau emak memasak. Macam hari tu je I kena paksa minum air gula sampai 5x semata - mata buat MGTT. Benci betul! Macam hari itu je I sakit nak bersalin. Cepatnya masa berjalan. Tak terkejar rasanya. Kadang - kala lupa sebenarnya diri sendiri dah jadi Mama. Ehehhh haaa jangan mengkeji heh, tak baik. (T__T) Perasan single wehhh. Buruk perangai! Maafkan I!

You know what?Adam sudah 6 bulan. 6 bulan okay! Pencapaian? Mungkin bayi paling bijak dalam dunia? Kihkih! Oh Adam. Adam dah pandai merangkak, pegang barang, kalau letak dalam walker and panggil nama dia, dia akan datang dengan pantasnya. Kalau kita kata "Adam comellll Adam hemsemmm!" Dia akan ketawa dengan gembiranya. Pandai pegang botol susu sendiri. Adam tak sukakan toys kecuali handphone, laptop and remote control. Adam tidur sambil berdakap, Adam sangatttt baik kalau dengan Papa tapi sangattttt notty kalau dengan Mama. Bila kita cakap something yang inspiring (Macam beri nasihat ke hape kan) mata Adam bercahaya. Nanti dia pandang muka kita sambil belai pipi kita.

Hemsem dah anak Mama!
Oh Adam suka menggigit. Habis dia gigit jari - jari, pipi mana - manalah yang dia boleh gigit. Adam peramah. Suka ketawa. Kalau ketawa macam dunia ni dia punya. I tahu Adam bayi yang cerdik. Cepat belajar.Cepat kenal orang. Tapiiiiii Adam super duper drama king! Diva okey! Taknak panas, taknak sejuk, tak suka bau busuk, tak suka tempat sesak, tidur nak kena dodoi sentiasa. Suka kalau kita pakaikan dia baju baru! Excited dia! Perangai siapa tu?Kihkih!

Oloholoh senyum pulak anak Mama!
I dan suami berazam untuk sentiasa sediakan yang terbaik untuk Adam

Bukan memewahkan dia. Bukan. Tidak sama sekali. I dan suami dah berbincang, kami takkan manjakan Adam dengan kemewahan. Taknak. Biar dia belajar hidup susah. Biar dia jadi orang. Biar dia tahu kasih sayang lebih penting dari kemewahan. Biar Adam tahu hidup ni tak selalunya indah. Biar Adam jadi manusia. Setakat ni, I belum sepenuhnya jadi Mama yang baik untuk Adam. Masih kekok, masih belejar, semua keperluan Adam, emak yang banyak bantu. Suami juga banyak membantu. Terus - terang, suami lebih cekap menjaga Adam. Mama Adam? Kalut!
Apapun sayang, Mama sayang Adam dengan seluruh jiwa raga Mama. Orang lain mungkin sayang Adam lebih dari sayangnya Mama pada Adam, tapi sayang, ingat ya, Mama pernah bertarung nyawa untuk Adam. Mama menahan sakit yang maha sakit untuk bawa Adam lihat dunia. Mama tahan semua itu untuk Adam, sayang. Jadi mana mungkin ada orang lain yang lebih sayangkan Adam, lebih daripada Mama. (^__^)

Semoga Adam jadi manusia yang berguna. Warisi sifat - sifat mulia Papa ye sayang. And Mama tau dahhhh, perangai - perangai nakal Adam, semua tu Mama punya! Sabooo jelah! (T__T)

Mama sayang Adam!

4 comments:

nur easy said...

moga adam membesar dgn sihat, jadi anak y soleh.. acik pun nak syg adam jugaklah.. nanti2 boleh kawan2 dgn ammar ;)

Fieda_shairazi said...

adam comel!!! - missed adam so much!!
eh mcm pernah jumpe adam shj lagak aku ni..

semoga anak ku comel mcm adam.. hik3..
ok touching dgn entry..- cry

adekah.. perempuan mengandung over sntap.. tahla..

apepon adam comel!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyThanks easy! (: ammarrrrr meh geng ngan adam mehhhhhh! (:

Cik Puan Bunga said...

@Puan D0TNanti kalau balik Medan mehlah jumpa Adammmmm! (:

semoga baby u nanti comelllll sedunia jugak yeee puan dot! (: