Wednesday, January 5, 2011

Kan Dah Kata Kalau Stress Mesti Cari Makanan Berlemak! Yieha!

First - first nak cakap jangan mengkeji sebab kualiti gambar macam handphone dua posen. Takkan sepanjang masa I nak bawa DSLR gantung di leher. Nanti orang keji I. Cakap I gila kamera. Wahahaa bakal terguris hati ku. Petang tadi ada orang sakit mental yang melukakan hati I. Malas nak cerita banyak - banyak nanti 'kambing' tu gembira sebab namanya berulang kali disebut kat blog I yang konon - konon famous ni. Terjahlah Forsmpring I kalau nak tahu. (T__T)

Nasib baik suami I memahami isteri beliau yang boros, pemalas dan cakap tak sopan ni (well, 'kambing' tu alang - alang dah kata I begini, layannnnn saja) tengok saja muncung isteri panjang dua depa terus ajak makan luar. Biasalah, boros kan?Mestilah kena habiskan duit dalam bank. (Macamlah haku guna duit kau!) Hahaharampunyaorang. I yang pemalas ni pun demandlah kan, takkan nak makan kedai mamak buncit tepi jalan kan?Nak makan tempat - tempat high-end, taknak kalah. Tapi memandangkan BP kekurangan tempat makan begitu (restoran mewah banyak, tapi chinese foodlah. Nak makan tutttt panggang?) so makan kat Old Town jelah. Budget memang high class habislah! Haha kasihannnn.

Tengok suami I rajin membaca. Menu pun dia baca sampai page last.
Kehkeh muntah darah anons tengok muka annoying I. Nanti tuduh I pakai susuk pula sebab selalu kelihatan ayu dan jelita.
Suami siap komen gambar makanan dengan minuman. Potpetpotpet sabooo jeklah.
Nasib baik makanan cepat sampai. Agaknya dah memang kebulur (Biasalah orang kalau tengah marah nafsu makan dia lain macam) sampai je makanan terus sumbat masuk dalam mulut secara terus menerus tanpa henti. Haa lepas ni silalah cakap I gelojoh pulak. Baru complete set ciri - ciri menantu rejected.

Hai! Annoying kan?
Khusyuknya beliau. Tak sampai hati nak kacau.
Olohloh comelnya makan. Cium baru tahu!
Spicy Chicken Chop Rice. Entah celah mana spicynya! Emosi betul!
Sambil makan potpetpotpet I bercerita pasal anons yang selalu hantar surat layang kat Forsmpring. Cool je suami dengar perangai - perangai manusia yang macam tutttt tu semua. Memang lately hari - hari ada je soalan mintak penampar kat Formspring tu. Kawan - kawan I kata delete je Formspring tu. Menyusahkan. Nanti I pertimbangkan. Kalau dah tahap memang nak kena santau, I delete je menatang tu. Tapi kesian bloggers yang lain kalau diorang ada nak tanya ke hape kan... (T__T) Jahatlah anons ni selalu menyusahkan orang. Sedap je kitorang borak - borak, suami buka cerita pasal Karam Singh Walia. Apakah? (T__T) Redha redha.

Dua tiga hari ni anons selalu buat pailang kat Formspring I. Kalau ikutkan instinct hati I, I macam tahu siapa yang buat. Allah bagi gerak hati kot?Biasalah, dah jadi emak ni, gerak hati lain sikit. Tapi macam tak percaya dia yang buat.Tapi dari gaya dia tulis tu eh...macam dia.Tak baik tuduh. Takpe, kita doakan sama - sama. Truth alone lie! Yeahhhhhhhh!

Dah. Babai!

4 comments:

Fieda_shairazi said...

mama adam... p makan tinggal adam ek?
wehehe..... windu si dobot la

Miss Tasantek said...

abg ijal makan roti tu kan, macam dadam je...
tapi ni dadam versi ada gigi lar kan :P

Cik Puan Bunga said...

Puan Dot hahahaha balik sekolah terus mentekedarah! kihkih!~

windu budak dobot eh?alaa tiannn tiannnn! nanti i post gambar dobot khas untuk anda! (:

Cik Puan Bunga said...

Tasa kehkeh kemana tumpahnya kuahhh...