Tak guna betul pasang azam nak kuruslah hapelah sekali keluar jumpa Tika pakat - pakat makan pizza siap ada Spaghetti meatball eh? (T__T) Azam apa tu namanya?? Yang tak puas hati apasal Encik Razi nampak kurus kacak bergaya?Jumpa bomoh ke hapa?Sila bagi penjelasan sikit!I punyalah taram yogurt perut je kempis sikit (Sikit jelah, tak banyak pun) tapi gagal melawan emosi dan nafsu serakah bila nampak makanan sedap! Pehpehpeh!!
Oh Adam super duper nakal hari ini, bila I bagitahu nak pergi jalan terus taknak tidur. Bulattt je mata tengok TV. Kecik - kecik dah pandai nak pergi jalan eh? Hari ni I jadi driver sebab kereta suami roadtax mati. Yeah kebetulan Farrel baru lepas mandi, kilat wiwittwiwitt! Kacak betullah! Sampai BP Mall Tika dengan Encik Razi dah terpacak depan Big Apple, nak tunjuk sangat rakus terus ajak diorang makan sebab dah lapar gila babun! Adam mula buat perangai manja minta dukunglah hapelah, siap buat mata comel mintak simpati. Oh Adam! (T__T) Nasiblah Encik Razi kena dukung Adam sepanjang masa. Bagus Adam, pilih yang gagah perkasa sebagai bibik! Huuu!
Practice makes perfect! Err bab jaga babylah practice, bukan buat baby! Eh!
Sakit hati betul dengan budak Pizza, dahlah tak comel boleh pulak buat lawak nak mintak penampar. Eh kau tau tak makhluk - makhluk depan kau ni semuanya lapar - lapar? Kau nak kena gigit kat pusat ke hape? Boleh pulak bila I mintak Pizza Super Supreme Cheesy Lava dia kata takde?Dia kata cheesy lava tu tak boleh buat untuk Pizza Super Supreme. Eh macam bodoh sangat je I jadinya. Lepas tu bila kitorang bising - bising dia buat muka nak kena tendang. Sabooo jeklah! Then bila suami minta upgrade air dia boleh kata "Tak boleh bang, ni untuk add-on je" Argggg! Stressnya! Terus I cakap "Dik, kau jangan main - main dik. Hari tu hari tu boleh je order? Ni dah macam akak yang kerja sini ni" Selamba tonyok je muka budak Pizza ni nasib baik I tak ingat nama dia, kalau tak I buat satu group khas kat FB! Cehh! Ada satu lagi budak Pizza ni kacak sedunia, lalu - lalang depan meja. Menyesal! Kenapalah dia tak serve kami?Kihkih! Gatal!
Lapar sangatlah tu sampai buat muka seram macam tu!
Elehelehhhhh suami I yang pemalu ni. Kacak pulak pakai baju biru. Kehkeh. Anon jangan marah eh?
Makan dengan penuh fokus sampai lupa nak camwhore sangat. Tapi lepas perut kenyang apa lagi????
Kau kenapa Tika? Menyayangi I secara mendalam barangkali?
Lepas tu ketawa buat - buat. sampai tersembul double - chin I. Ceh!
Comel tak comel tak?
Kaum lelaki pula malu - malu. Kesian Encik Razi. Nak buat macamana, suami I takde hidung. Eh. dia pemalu tahap supermodel. Maluuu sedunia nak borak - borak ke hape. Kalau isteri dia ni pulak tak tahu senyap. Tapi I pemalu jugak tahu! Jadi bila I suruh masing - masing bergambar, kebanyakkan gambar pun semua main dengan straw. Kecewa! (T__T)
Ini bukan gambar mereka tak kawan tahu?Ni gambar mereka berkomunikasi secara telepathy. Kihkih!
Lepas makan cepat - cepat nak balik sebab Adam punya mood macam swing - swing je. Diva tau budak kecik ni. Sabooo jeklah. Sebelum dia mengamuk dengan rakusnya, I bawa dia pergi beli botol susu dulu. Botol susu kat rumah semua dah nak expired. So cari yang BPA free, tahan lama sikit.Dapat jumpa Tika sekejap je. Dah tak macam dulu - dulu. (T__T) Takpelah Tika, lain kali kita dating lagi. Lepas ni rindukan dia sebab dia tak confirm lagi dapat sambung berkhidmat kat sekolah I ataupun tidak. Tapi I doakan dia better dapat KPLI tu, tak payahlah dia susah - susahkan hati nak tengok muka - muka yang dibenci kat sekolah I. Oupppssss! Hahahaha! Love you Tika!!
p/s : Masih tak puas hati kenapa Encik Razi kurus! Siot!
2 comments:
hahaha..napa dia kurus?
aku pn xtau..dia selalu xmkn kot.tp bila aku xmkn kena bebel.jd aku yg maintain comel,dia jd kurus.
*jeles ok!jeles!*
owh,kita harus bdating lg!make sure kalo bleh geng bas sekolah cukup korum.
adam sgt comel+hemsem+dobot!geramnyeee!!!
sayang ko!
^____^
Nampak sgt dia kurus! (:
menyampah!
oh adam memang mengada - ngada tau. kalau dengan aku mengamuk je keje. kehkeh! nyampah ah!
weh nanti dating lagi yaaaa! (:
sayang kau juga!
Post a Comment