Tengoklah. Setiap kali buat entry baru kenapa mesti letak tajuk entry yang boleh buat orang lain muntah?Nasiblah kan. Haha. Nak buat macamanalah kan. (T__T) Sebelum I update entry berbasah - basahan weekend lepas (Ehem) Serious kedengaran macam entry porn. Scratch that! Sebelum I update entry bermandi - manda di TBR last weekend, mari I update dulu dengan entry ini. Yeahhh. Drumroll pleaseeeeeeeee! *Dengan nada gedik*
Semua orang tahu yang I ni si tua yang tak pernah nak mengaku tua. Kalau orang tanya "Awak umur berapa?" Laju je mulut ni jawab "Dua belas". Nampak sangat tipu kan, tapi tulah memang langsung taknak mengaku yang usia dah tua. Memang I dah tua. Mata dah rabun, badan dah sakit - sakit. Kalau berjalan bongkok - bongkok. Orang tualah katakan. (T__T) Tapi kalau bab mengaku muda heheyyy I lah number satu!
Kegilaan terhadap teddybear bukan sahaja dirumah tapi turut dibawa ke tempat kerja. Syukur so far boss tak pernah keluarkan notis "GURU - GURU DILARANG MEMBAWA BARANG PERMAINAN KE SEKOLAH" Sebab kalau boss buat nanti spot-check beg CIKGU BUNGA dalam dia ada teddy bear, rattler, soft toys dan macam - macam! Seriouslylah kan, siapa yang tak suka teddybear?Ke ada?Eh ruginya! Bila I bawa teddybear ke sekolah, ia dapat menghilangkan perasaan homesick tau. Kalau sedang berduka nestapa insyaAllah boleh hilangkan rasa tu. Kalau stress pulak, memang barailah Teddybear tu kena gigit di kepala. Mengada - ngada tak perangai?Terus tak jadi nak jadi samseng bila tengok atas meja kerja ada teddybears dengan soft toys yang ramai.
Hai! Bersihnya meja kerja awak! - Well biasalah! *Nada sombong*
Sudut ni dipanggil sudut jiwang sebabbbb... Haha kalau jiwang memang dok menepek kat area ni sambil nyanyi - nyanyi lagu jiwang. Gitar kapok je takde. Kalau ada, memang sah buat konsert Scoin haku tak memasal. Wahahaha. Jangan mimpi nak curi ye, I letak CCTV kat situ.
Wahhhh! Rapinya!
Meja kerja I selalu dicemburui rakan - rakan yang lain. Diorang kata I tak buat kerja sebab tu meja kemas je dan tersusun. Selalu kena perli sebab takde buku melambak atas meja macam meja yang lain - lain. Well, I kan well-managed. That's whylah meja I sangat bersihhhhhh! Haha riaknya ayat. Nanti Tuhan balas! Haiyooo takut! Sebenarnya bukan apa, kalau meja kita bersih dan comel (Macam tuannya) nanti otak kita pun tak serabut. Nak cari dokumen pun senang, and tak buang masa punggah semua kertas - kertas yang ada atas meja. Sekarang ni sedang gigih aplikasikan sistem personal filling. Macam best! Ouhhh sistematiknya sayaaaa!
p/s : Ada rakan - rakan I sedang berduka kini. Tumpang bersedih! (T__T)
Dah. Babai!
Dah. Babai!
10 comments:
hahahha...
akhir komen - anda chumel ;p
@cik aletheea :Ecehhhhh malu - malu I jadinyaaaaa! :D
nak jadi pengemas jg la, cam cik kak bunga ni..
@nur easyMariiiiii! (:
hahhhaha kalau la tiada %S..tentu aku [punye meja lagi cun dr ko...sulu aku bw smua makhluk comey sperti elmo srta teddy yg ko pernah bg mase skolah...tapi sygnya disebabkn %S smu atu xde da... aku tak faham knp 5S perlu complicated sgt... purpose da ok tapi makin tak rasional! we r teachers msti la byk kerja dgn kertas n buku2...xkan meja nk bersih 24jam..nk letak gambr pun bising! wth!
mmg tabik spring kt puan bunga.semua kemas jer tau..meja kemas, kete kemas, bilik tido kemas..adeh..blog kemas..
wahh cpb...mesti sebelum amek gambo tue dah kemas dulu kn? heheheh =D
@NaddyKertas and buku - buku aku letak kat rak, thas y meja aku bersihhhh sentiasa! hahahahaha!~
@**sHiKinn**Tabik diterima! (:
@lalink7Hahahahahaha adoiii!
Post a Comment