Gila apa! Bayangkan dari Yong Peng dalam keadaan yang hujan lebat, sanggup ni drive macam orang gila semata - mata nak mempertemukan dua jiwa yang terpisah sejak 2 hari yang lepas. Sabar ajelah kan terpaksa melayan orang bercinta ni! =.="
Sudahlah suami demam, panas betul badan dia hari tu. Sebelum bertolak bagi suami tidur dulu, ruapanya dia tak larat nak drive, maka pilot rempit kereta cabuk ini pun mengambil alih tugas beliau untuk memandu. Wehhh kereta auto sangat hampeh! Sukar wehhh! Sukarrrr! Terkial - kial I. Dahlah hujan lebat. Memandu kat high way dengan kereta Singapore bawak laju macam nak mati terjun gaung. Menyumpah betul dalam hati ni! Dengan tak tahu jalan, tanya arah jalan dengan Naddy terus tak jawab sms. Wehey aku sumpah kau wehhh!
Membawa cinta dari Yong Peng. Cinta si budak dobot Adam dengan neneknya. Makngah pinjam nenek 2 hari untuk jaga Kakak Una dengan Abang Fateh sebab Makngah pergi kursus kat Kelebang Beach Resort dari hari Jumaat sampai hari Ahad. 2 malam jugalah Adam tak tidur merajuk cari nenek sambil nangis - nangis macam buat drama swasta. Sayunya hati tengok Adam macam tu sambil mulut kata "Uueemmmaakkk ueemmaakkkk..." Alahai luluh jantung! Bila call emak, bagi emak bercakap dengan Adam makin lebat air mata dia gugur, Adam tepis handphone I jatuh bedebuk adoilahhhhh. Satu rumah pun tak tenteram bila Adam nangis - nangis cari nenek. Kesian Atuk Usu dukung Adam sambil berdiri sampai Adam tertidur. =.="
Peace konon! Padahal lutut ketar - ketar sebab terpaksa drive kereta auto. MPV - like pulak tu! Mana tak gigil!
Sumpah I taktau jalan nak ke Kelebang. Pernah pergi tapi tak ingat weh =.=" Main harung je jalan. Dahlah sakit hati Melaka banyak benau traffic light wehhhhh! Adam pulak tak mahu tidur. Mengamuk - ngamuk dalam kereta. Loncat sana loncat sini. Tidur sekejap itupun dengan papa. Dengan orang lain dia tak nak!Last - last jumpa jugak jalan ke Pantai Kelebang and sekali larung je jumpa dengan resort Makngah. Yesssss! *Lompat bintang* Maka bermulalah episod jejak kasih yang maha syahdu. Nampak je muka nenek terus mata dia bersinar - sinar. Macam tak jumpa awek dah sepuluh tahun!
Ceh! Tengok dua - dua tu!
Ohooooo buat muka eksyen dengan mama ye!
Menguap. Ngantuk sebab 2 hari tak tidur.
Co - pilot satu lagi. Tapi tak berapa ada fungsi sangat.
Baru berhajat nak pergi zoo Melaka. Nak tengok monyet Kapuchin. Tapi hujan lebat sangat - sangat. Terpaksa batalkan hasrat. Kecewa betul! =.=" Babai monyet! Bukan main suka lagi Adam. Sepanjang perjalanan balik asyik berpeluk je dengan emak. Sabar ajelah.Orang lain dia buat dekkkk je pandang sebelah mata pun tidak. Ohooooo kerek ye! Takpe takpe. Tidur tak bangun dalam pelukan emak. Aduhlah sayu je tengok. Demi Adam, mama sanggup drive tau jauh - jauh dalam hujan lebat lagi. Ini kalau besar nanti nakal, memang mama ikat kat pokok ada kerengga.
Dah.Babai.
8 comments:
hahaha...
ooo..adam dera mama ye!
sgt sweet kan...!
ayat tak tahan..
'nak ikat kat pokok ada kerengga'
mak pun selalu guna ayat tu kalau nak gertak kami adik beradik!
pengorbanan seorang ibu , comel je adam dpt jumpe nenek ye ;D
cinta mengatasi segala rintangan.. ;)
alar sian nenek (mak) xbawak dia ea jg kakak ngan abg. anak ko dh mcm anak kak yanie dulu. sket2 nenek dia jek.
@nurulazhamTu mmg ayat wajib emak emak zaman dulu kot! hahahahaha!
@Honey DaaHahahaha happy jer dia! (:
@nur easyIndeed! (:
@ms.haiManja dengan nenek! Uhuhuhu!
Post a Comment