Wednesday, February 16, 2011

Happy 7 Months Birthday Adam Irfan Xaharis! Oh Semakin Seperti Mama!

HAPPY BIRTHDAY ADAM IRFAN XAHARIS!!!! Yang ke 7 bulan! =.="  Baby 7 bulan sudah pandai apa? Hehe! Bangun pagi terus cium - cium pipi bushuk masam dia, gigit - gigit pipi dia. Alah comel nauzubillah! Adam tak pernah bad mood kalau bangun pagi. Mesti dia terus ketawa - ketawa sambil membebel entah hape - hape. Sempena birthday Adam I belikan dia toys baru. Haha comel gila tengok benda ni kat kedai hari tu. Terus beli. Sebenarnya mama yang rasa teruja nak naik benda ni tapi brader kedai tu kata ini untuk 5 tahun ke bawah. Kecewa.

Apa benda la binatang ni. Hybrid kot?
Excited Adam dapat binatang peliharaan ni. Membebel - bebel mulut dia, mungkin untuk menunjukkan betapa dia teruja kot? Haha perangai siapa kalau dapat barang baru excited sampai nak lompat bintang? Siap nak bawak tidur?Perangai siapa?Perangai siapa?Angkat tangan!

Sampai tersentil lidah.
 Tengok. Kan dah kata. Adam excited sampai nak bawak binatang ni masuk tidur. Perangai siapa??
Alhamdulillah, umur dah 7 bulan ni macam - macam perkembangan fizikal Adam. Taknak comparekan dia dengan baby lain sebab semua baby kan berbeza perkembangan fizikal masing - masing. Nurture vs nature lah kan. Nasib baik dulu pernah belajar benda - benda ni semua. Perkembangan kognitif baby, umur berapa dia boleh absorb language, umur berapa dia start gunakan psycho-motor dia. So tak payah macam blur - blur nak research semua tu. Just geledah stor, cari buku lama. Bukak. Baca. Haha. =.="
 
 Hai! Nama saya comel!
Alhamdulillah. Adam dah pandai merangkak masa umur dia 6 bulan. Serentak dengan tu dia dah pandai duduk cuma belum stabil lagi. Sekarang umur dia 7 bulan dia dah laju giler merangkak, dah pandai duduk dengan eksyennya. Sekarang ni dia dah pandai berdiri, merambat dari satu tempat ke tempat yang lain. Adam dah pandai duduk atas sofa / kereta mainan dia. Favourite lagu dia kalau kita pasang lagu - lagu nasyid. Khusyuk ni duduk dengan tekun dan patuh sekali. Comelnya perangai! =.="

 Cairnya hati mama tengok Adam gelak macam ni!
Macam biasa, kalau merajuk pun pandai dan hebat jugak. Drama king habis - habisan budak ni. Kalau nak tidur mesti kena berdakap. Lepas tu nak usap - usap kepala dia selalu. Kalau kita marah dia nanti dia bantai gelak kuat - kuat. Sabar ajelah. Dah pandai pukul muka kita kalau kita jelirkan lidah kat dia. Hobi dia kalau lepas mandi petang suruh nenek bawak dia jalan - jalan pergi rumah jiran.

 Suka duduk dalam air - cond!
 Toys kegemaran dia.
 Bermalas - malasan sambil lidah tersentil. Sangat seksinya.
Kalau tengah marah, tengok muka Adam jadi hilang marah tu. Kalau tengah merajuk dengan suami, suami pujuk I guna Adamlah. Hilang rasa merajuk, terus rasa sayang gila babun kat suami. Nak - nak lagi muka diorang seiras saling tak tumpah. =.=" Kalau pandang suami nampak Adam, pandang Adam nampak suami. Hari tu masa jiwa kacau sebab hal - hal remeh yang bodoh, banyak kali suami ingatkan yang I ada Adam and we are wayyyy better than them. Bukan nak eksyen menyombong ke hape, tapi memang rasa dalam hati kebahagiaan kami yang ultimate adalah Adam. Harta kami yang paling superior adalah Adam. Semua pun Adam.Sayangnya kat Adam! =.="

Sejuk hati bila tengok suami sayangkan Adam, selalu cakap lembut - lembut dengan Adam. Dodoikan Adam waktu tidur, manjakan Adam.Alahhh...! Tak sangka, yang hati manusia ni mampu untuk sayangkan manusia yang lain sebegitu punya kuat dan mendalam. I sanggup berkorban apa je untuk Adam, insyaallah. I ingat, I takkan mampu cintakan mana - mana lelaki lain selain suami, tapi rupanya salah eh. I cintakan Adam sama macam I cintakan suami. Sayang dua - dua boyfriend I! =.="

Sayang,
Mama and papa sayang Adam sangat - sangat.
Mama and papa maybe tak dapat berikan Adam kemewahan macam kawan - kawan Adam yang lain dapat.
Tapi Adam jangan risau ye sayang,
Adam dapat kasih sayang cinta sejati yang super duper dahsyat dari mama and papa yang mungkin tak semua kawan - kawan Adam dapat! =.="
Jadi anak yang soleh ye sayang.
Dunia ni penuh dugaan.
Adam anak mama yang kuat dan hebat!
Mama sayang Adam Irfan Xaharis!
Happy 7 months birthday sayang!
Muah!


Dah. Babai!

12 comments:

~ SueHarriz ~ said...

hahaahahahaaaa yg part tersentil lidah tu kelaka ok. tergelak aku tgk.

prinCess.prinCess said...

comey jer adam..cam anak cino..putih melepak!..:)

prinCess.prinCess said...

comey giler adam..cm anak cino..:)..putih melepak!..:)

mAmAbuDaK said...

ok...semua gmbar ada rusa polkadot mengada2 ada..alahai rs nk pijak sbb comel tp x boleh i pon pencita haiwan tiruan ceh...haiwan betol kne pikir 40 kali nak bercinta sbb x sanggup menduakan suami...

Naddy said...

mcm mamam die suka nsyid...
tpi hrp2 bkn macm mama die nges psl nsyid..hahahah

Cik Puan Bunga said...

@~ SueHarriz ~Kahkah! haha adam memang suka sentilkan lidah. ntah tiru siapa entah. huhu!

Cik Puan Bunga said...

@prinCessLiYaNaHahaha emak dia cino ah. dari beijing! kihkih!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKHaha interframe kan rusa gemuk macam binatang mati dalam parit tu?hahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@NaddyHahahahahaha kau memang penghuni neraka lah weh! kihkih!~

nur easy said...

halahai.. anak kesayangan, buah hati pengarang jantung.. moga terus dlm limpahan ksh syg.. terribly missed my lil one too

Cik Puan Bunga said...

@nur easyInsyaallah! =.=" Ammar skang duduk kat mana? meh i tengok - tengok kan dia meh! :)

nur easy said...

ada kat desa temu.. cuba g cari n tengok2 kan dia.. hehe leh main pok amai2 dgn adam