Tuesday, February 22, 2011

Jangan Tegakkan Benang Yang Basah

Ye. Sebab benang kalau basah tegakkan berapa kali pun memang takkan tegak punya. Kerja sia - sia. Orang yang tengok semakin kelakar sebab nampak BODOH bila kita bersungguh - sungguh nak tegakkan benang tu. Orang mula mengkeji. Orang mula mencaci. Sudah - sudahlah tegakkan benang basah weh!!

Tapi.

Apa jadi bila benang tu dah kering? Bila dah tak ada air yang membasahi benang tu? Mungkin ke benang tu still tak boleh berdiri? Still ke benang tu tak boleh tegak?Fikir.

Mungkin ketika ini kita gembira sebab kita berjaya buktikan kesalahan orang lain. Kita tutup cerita yang busuk - busuk. Kita cerita yang best - best je. Kita anjingkan orang tu jahat, orang tu busuk, orang tu pailang. Kita sorokkan jahatnya kita, busuknya kita, pailangnya kita. Kita biarkan sisi jahat kita duduk diam - diam dalam ruang yang paling gelap sedunia. Orang takkan nampak kita jahat. Orang nampak kita baik. Innocent. Tak bersalah. Orang tu yang jahat. Orang tu yang celaka. Baiklah.
Tapi kita kena ingat. Tuhan dah janji. Akhir zaman penuh dengan tipu daya manusia. Allah dah janji, Dia akan bagi manusia - manusia yang mungkar bergembira dengan kejayaan mereka mengadu - domba. Kebenaran diputar - belitkan. Masa ni manusia lebih sukakan cerita bohong dari cerita yang betul. Manusia lebih percayakan penipuan. Manusia lebih suka digula - gulakan dengan sesuatu yang tidak benar. Cuba tengok. Manusia lebih sukakan gosip, fitnah dan penipuan. Kan?Baiklah.

Kita hidup bukan untuk hari ini saja. Esok, di Padang Mahsyar, Allah akan tayang satu - satu apa yang kita buat kat dunia. Tanpa sebarang penapisan dari FINAS. Masa tu, kita dah tak mampu menipu. Kita dah tak mampu nak gunakan kepakaran kita membohong untuk menutup kesalahan diri. Aib kita Allah buka seluas - luasnya. Sebab tu Allah kata, barangsiapa yang menyimpan aib manusia yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak. Kan?

Ini satu ingatan untuk diri sendiri juga. Supaya lain kali lebih berhati - hati dengan manusia. Supaya lain kali tak membuat dosa, tak membuka aib orang dan sebagainya. Memang kadang - kadang kesabaran kita akan diuji. Allah akan uji hambanya yang terpilih. Yang bertuah untuk merasa kasih sayang Allah.

Ya Allah. Aku redha dengan ujian MU Ya Allah kerana aku tahu Kau menyayangiku. Aku redha Ya Allah.

p/s : Semoga I akan lebih kuat seperti Power Rangers PINK selepas ini.

Dah. Babai!

5 comments:

^nanie^ said...

moning kakak bunge..yep!strongly agreed..slagi kite idup di muke bumi ni,perasaan PHD manusia tu mmg xkan hilang..;-)

mAmAbuDaK said...

x sempat nak berlawan dah tersungkur gamaknya..terompah stage ko bawak berlawan...hadoi....

Cik Puan Bunga said...

@^nanie^Hidup ceria tanpa hasad! ;)

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKWehehhhh stylo wehhhh styloooo! kehkehkeheh!

Anonymous said...

Terbaikkk