Tuesday, February 15, 2011

Kadang - Kadang I Hipokrit Babe. Hipokrit Nauzubillah!

I pernah menangis kat sekolah 2 kali je. Dua kali! First time depan Tika (Psttt psttt ingat lagi tak Tika?) and the second time masa baru diberitakan bahawa I kena tukar ke sesi petang. Tak dapat tahan air mata jantan I maka dikamburkan dihadapan geng bas sekolah. Itu kalau kat sekolahlah. Kalau kat rumah I punya tahap mengada - ngada memang melampau - lampau. Sikit - sikit nangis, sikit - sikit hentak kaki. Kalah Adam. =.=" Berbalik ke topik asal. 2 kali je I gagal menahan emosi sedih. Yang lain - lain memang jenis manusia yang gembira hiphip horeyyy punya. Hati batu macam I ni mana tau elmo elmo nak nangis kan. Sekuat tenaga batin menahan airmata. Dah cepatlah puji cakap I tabah. =.="

Tapi orang tak tahu, dalam hati I pendam segala duka. Cehwah! Muka memang gembira sentiasa macam takde apa - apa yang berlaku, tapi dalam hati?Ada siapa tahu? Luaran memanglah kebal jenis manusia yang tahan maki dan keji. Tapi dalam hati? Dalam hati ada taman, babe! Bukan taman biasa - biasa tau! Ini taman bunga mudah banjir punya! Tak ramai yang dapat menyentuh hati I sampai ke tahap taman bunga tadi tu. Certain manusia je boleh. I ni jenis ego tinggi. Ego melampau nauzubillah. Manusia kalau ego manalah dia pamerkan emosi sebenar. Hipokrit kuasa kuda!

Salah ke kalau I taknak tunjukkan emosi sebenar? Itulan satu pilihan yang manusia ada. HIPOKRIT ah kan manusia macam tu. Tapi kalau I rasa dengan menjadi hipokrit maka I dapat memberikan sedikit keamanan kepada umat manusia, maka nak blame I sebagai super hipokrit juga?Kadang - kadang kita semua ni hipokrit tanpa kita sedar. Hipokrit nak jaga hati manusia - manusia yang kita sayang. Hipokrit sampaikan kita punya tahap kepura - puraan tu boleh buat orang lain rasa nak muntah. Melampau tak?Atau still boleh kita kategorikan sebagai "Takpelahhhh... I hipokrit demi orang - orang yang I sayang.."

Manusia ni, dalam hati dia sentiasa ada perasaan nak menang. Nak jadi yang paling baik, paling cantik, paling bagus, paling kurus, paling bahagia, paling alim, paling berjiwa penyayang, paling solehah, semua pun yang paling lah. Sampaikan kadang - kadang kan kita jadi pailang oleh kerana perangai kita yang macam tu. Annoying. Kalau kau annoying sorang - sorang takpe jugak, ini kalau dah menyusahkan orang lain? Bleghhhhhh!

Depan - depan memang macam ni.
Dalam hati siapa yang tahu?Ecehhh!

Hipokrit ni maknanya berbeza - beza terpulang kepada individu tu nak nilai macamana. Kalau korang, korang berani ke nak mengaku diri sendiri hipokrit? =.="

HAI I'M HYPOCRITE AND I'M OKAY!

Otak kaulah!

Dah. Babai!

4 comments:

nur easy said...

hipokrit utk bertabah.. erm...

mAmAbuDaK said...

sy x hipo...tapi saiko teros...
perasaan mmg x leh bla kalau sedih...nangis biar kasi keluar ingus2 pastu sape salah mmg sy pukol dia...
sbb semua yg sedih tu susah nk lari dr kita terinngat,,,terngiang2 orang yg buat kita sedih...rs ho aku ni hodoh ke...slekeh ke? habis cammanas nk smart nk wangi2 dia x kasi duit...teros aku rompak karang beng karang...sbb alasan aku x mo slekeh lagi...gila lah...aku mengarot sudah...huhu aku x suka hipo bila melibatkan hati...kita pendam x de sape boleh baca...bila kita hebol...kita lega...n sape slh dia akn sedar..

Cik Puan Bunga said...

@nur easyYes. Kadang - kadang hipo adalah perlu. Tepat! :)

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKWahhhhhhh anda begitu elmo sekali! Jom i belanja makan eskrem meh!!!