Tuesday, February 1, 2011

Makin Dia Besar, Makin Menjadi - Jadi Perangai Diva Dia!

Lagi - lagi bila dia dah pandai merangkak! Tak terkejar! Sekajap bawah dapur, sekejap bawah meja. Kejap kang dah tarik alas meja, alih - alih dah main wayar.And nak tahu tak apa yang best dan magiknya?Penat kejar Adam tapi tak kurus - kurus jugak! Hahahahaharam!Baiklah. Inilah tahap yang I perlu redha. Lemak dah sebati dan gembira duduk dalam badan. =.=" Sibet kau lemak!

Lagi 2 minggu Adam dah nak 7 bulan. Super cepat masa berlalu. Adam sekarang nauzubillah menjadi - jadi perangai artis dia. Mengalahkan Tomok dia punya mengada - ngada. Eh kenapa Tomok ada dalam ini cerita? =.=" Dia dah pandai duduk dan merangkak sekarang. Laju! Berdesup macam lipas kudung. Terkial - kial mama papa nak kejar. Nenek dah jadi multitasker weh sekarang. Adam pulak manja nauzubillah dengan nenek. Mentang - mentang nenek sayang dia, nenek manjakan dia. Pergh kalau dengan nenek, menggedik - gedik perangai dia! Adam dah mula kenal orang, dia pilih - pilih siapa orang yang dia nak hulur tangan mintak dokong. Kalau orang tu wangi confirm Adam nak. =.="

Samalah kalau dengan papa. Anak soleh betul kalau dengan papa. Duduk diam sambil mata plip plop plip plop khusyuk sungguh dengar papa nyanyi off key. Tekun je muka dengan papa nyanyi baby lullabies walaupun lirik kadang - kadang suka hati dia cipta sendiri. Syabas papa!

Tapi kalau dengan mama, Adam masih tak berubah. Dia cakar - cakar muka mama, kalau I marah dia sebab nakal, nanti dia jerit - jerit sambil ketawa - ketawa. Dia sembur - sembur air liur dia sambil bergelak ketawa dengan gembiranya. Bila dah kena cubit, baru melalak - lalak macam kena tomoi. Sabar ajelah! =.="

Sekejap je konon - konon main dengan Cookie Monster ni. Tak lama lepas tu dia buang.
Dulu kan selalu tertanya - tanya nanti Adam ikut perangai siapa. Entahlah eh. Tak tahu nak kata dia ikut perangai siapa :

  • Kuat merajuk. Makin dipujuk makin kuat mengamuk.
  • Kalau nak sesuatu tu tak boleh tidak. Kalau tak dapat terus melalak.
  • Manjaaaaaaaaa yang amat. Lagi - lagi dengan nenek.
  • Kalau tidur nak peluk leher orang.
  • Takut hujan.
  • Tak takut nak cuba benda baru. Makin kita marah makin dia galak nak buat benda yang kita tak bagi tu.
  • Kalau nampak perempuan cantik tak berkelip mata dia =.="
Olohloh comelnyaaaaaaaa! Mama gigit baru tahu!
Sekarang ni dia eksyen nak berdiri Semua benda dia capai nak ampu berat dia untuk berdiri. Baru 6 bulan lebih berangan nak berdiri. Sabar ajelah. Kalau kita marah nanti dia terus merajuk. Sudahnya I biarkan je dia buat macam tu, kalau tergolek ke hape nanti biar dia belajar sakit. Oh I dah start beri dia makan Nestume dengan nasi kisar. Lauk sup telur atau kentang lecek. Nestume dia taknak sangat. Kadang - kadang cebik - cebik kalau kita bagi Nestume. Sabar ajelah. Lagi satu Adam pantang kalau ada orang goreng ikan atau ikan kering kat dapur, mulalah dia terbelekik muntah tak pasal - pasal. Mengada okay!

Intan payung mama!
Mana mungkin I tak sayang anak. I yang bertarung nyawa lahirkan dia, mengandungkan dia sepuluh bulan (40 minggu) Selama tu I tanggung macam - macam untuk pastikan dia selamat dalam perut, dapat yang terbaik dari kami suami isteri. Jadi bila ada yang kata I sambil lewa jaga anak, banyak beri anak pada emak untuk dijaga, memang puaka lah mulut - mulut macam tu. Siapa yang tak sayu bila perkataan pertama yang Adam pandai sebut adalah "Emmmmm maak" instead of "Mama" kan?Adam memang rapat dengan nenek berbanding dengan I. Dia lebih manja dengan nenek.So? Adoi. Mulut manusia. Sampai bila pun tak boleh nak kita tutup. Yang penting Adam comel sedunia! =.="

Babai weh!

13 comments:

Huda Rahman said...

comeynye adam! geram gler. rasa nak cupit2 je. hehehe

mieyza said...

haha. Chomellll!!

mAmAbuDaK said...

sedonia comel..nk test wat ekon nih..(: hoi nakal tol sepak jugak kang....(ekon tu la) (: (: (: (: uih ...comel.dush!!dush!!dush!!

Cik Puan Bunga said...

@cik hudaBolehhhh nak cubit bayar RM5! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaTerima kasih! =.="

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKHahahahahaha!~

nur easy said...

cam sama je ciri2 tu. ni nanti 2 bln lg ammar ada potensi ikut gaya adam gaknya ni.. mama adam, kta tgk adam lama2 sikit ya, wat ubat rindu anak sdr :(

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAlaaaaa kesian. Tak dapat bayang kalau terpaksa jauh dari anak sendiri =.="

Fieda_shairazi said...

comel nye adam... rase nak culik jerk..
nak culik adam.. nnti anak i dah kuar.. br pulang balik.. boleh??

Cik Puan Bunga said...

@Puan D0TBoleh boleh! notty betul dia sekarang nauzubillah! Haha! dah nak berdiri dah dia. eksyen betul!

cik nur said...

adam nk kish ckit boleh tak hahaha
comel jaa

cik nur said...

adam nk kish ckit boleh tak hahaha
comel jaa

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBolehhhhhh! (: