Dulu masa mula - mula tahu yang I sedang mempregnantkan seorang bayi lelaki di dalam perut, selalu kecewa sebab dalam otak fikir yang tak boleh nak hias anak dengan baju gaun yang cantik - cantik, tak boleh nak pakaikan dia crown princess, tak boleh nak pakaikan dia sesungut atau kepak artificial. Tak boleh nak gayakan dia dengan baju yang pinky sedunia, tak boleh nak ajarkan dia makeup, tak boleh nak sama - sama beli kasut pink untuk dia. Arghhh terlalu banyaklah kekecewaannya.
Sepanjang mengandungkan Adam I benci betul dengan warna pink, siap tukar bedsheet sedia ada warna pink bunga - bunga kepada cadar warna kuning gambar siput, beli dengan Tika. Kau ingat tak weh, Tika? Apa ke bedsheet gambar siput barbie warna kuning? Wadehel? Tak suka tengok bunga - bunga, tak suka benda yang comel - comel. Disaat itu I mula takut kalau - kalau kecintaan I terhadap warna pink akan semakin memudar. Oh cinta sejati!
Tapi lepas Adam lahir, baru I rasa terujanya shopping untuk Adam sama terujanya macam I rasa untuk shopping baby girl punya barang - barang. Barang - barang baby lelaki pun banyak yang comel - comel sedunia! Baju tidur mereka yang terpaling comel. Alahhhhh macam nak beli semua! Lepas tu jatuh cinta untuk shopping baju Adam. Tertunggu - tunggu time gaji, mesti beli untuk Adam. Adam cepat membesar jadi baju - baju Adam semua untuk size budak setahun dan ke atas, makin banyaklah pilihan, comel - comel sedunia! =.="
Semalam sempat shopping sikit untuk Adam. Sebenarnya nak cari kasut untuk dia. Sebab kasut dia sempit sudah, warna kasut pulak dah kotor gila weh. Malu pulak nak pakaikan bawa pergi jalan - jalan. Macam baru datang dari dalam lumpur ke hape kan. Redhalah. =.=" Kali ni sengaja nak shopping kat Kluang, mengada - ngada betul. Kalau dekat takpelah jugak. Wohoiiiii kasut - kasut baby lelaki comel nauzubillah! Macam nak beli sepasang untuk buat keychain gantung kat handbeg! Kihkih!
Kasut hemsem untuk budak hemsem sedunia. Beli warna hitam biar tak nampak sangat kalau kotor. Wahaha!
Bukan setakat kasut aje Adam dapat siap dengan baju semua dapat. Comel nak mati baju - baju kat Parkson Kluang. Tengah sale pulak lagi. Manjang je pulak sale kan? =.=" Rambang mata pulak I tengok semua pun rasa macam cantik menarik. Nak semua! Nak semua!
Rompers comel. Murah lagi pulak! Pembeli bijak!
Singlet. Time panas boleh bergaya seksi. Boleh tayang muscle weh.
Khakis. Alah dah bujang ye dah pakai khakis yeee. Dah nak kahwin dah anak mama! =.=" Sobsob.
Bila dah kena rasuk macam tu takkan nak diamkan aje kan. Mama dengan papa pun dah kena rasuk sekali lah, tapi sempat dipulihkan cepat. Jadi takdelah merepek sangat benda - benda yang kitorang beli. Beli benda - benda yang murah tapi nampak cantik dan kualiti best. Serahkan kepada suami. Dia memang terer bab - bab macam ni.
Ini suami punya. Brands Outlet macam biasa. Tempat menjual Statement T - Shirt paling best di abad ini! Yeah!
Ini mama punya. Cool tak sneakers kuning tu? Perghhh cool kentang betul!
Tak rasa comel ke kau pakai baju gambar lembu dengan ayam bergabung macam tu? Comel tu wehhhhhhhh! Sebab tu I terus beli! Wahahaha!
Takdelah belikan Adam barang - barang branded yang mahal - mahal sedunia tu, belikan apa yang elok dan selesa, alhamdulillah lah untuk Adam. Provide yang terbaik untuk dia, tapi takdelah sampai membazir. Amacam? Macam ustazah tak I cakap?Kihkih! =.="
Adam pulak baik sedunia tak buat perangai langsung! Cuma masa makan jelah dia buat konsert unplugged kat Secret Recipe dengan sudu garfu jatuh ketung ketang jerit - jerit lagi pulak adoi wehhh anak siapa tu wehhhh anak siapaaaaaa! =.=" Masa on the way balik pun dia tidur je dengan comelnya. Alahaiii kalau perangai baik macam tu perangai I lah dia ikut tu. Hahaha! =.="
Dah. Babai! =.="
10 comments:
kite ade wallpaper yang gambar lembu dengan ayam tu..
cool giler.
;D
wah baju lembo gemok tu comel...rs cam dah bertukar baju anak bukan main cam dewasa baju mak..cam nak jadi budak balik...+_+ hohohoho...cian adam dewasa sebelom masa...hohoho kawin la cepat2 ye...sy x de ank dara so pi cari mak2 yang ada ank dara...nanti sy ada ank dara sy mis kol mak adam keh...hohoho
hensem la kasut tu. mmg sesuai la dgn y empunya diri..;)
kak bunge sedang menunjukkan kecintaannya kepada seorang lelaki bernama adam. ok baby lelaki.
@saya_ariefNak nak nakkkkkk! pleaseee pleaseeee! *Buat muka simpati dengan penuh comel sekali*
@mAmAbuDaKMana boleh tahannnnn baju baju semuanya comellllll sedunia! wahahahaha!
@nur easyThanks auntieeee! :)
@Miss TasantekI love adam irfan xaharis! uhuhu!
comel jaa barang adam nie
geram geram geram hehehe
@cik nurBudak tecik punya barang2 comel sedunia! :)
Post a Comment