Saturday, March 12, 2011

Merong Mahawangsa + Wristlet Baru + Jatuh Tangga Macam Nangka Busuk!

Nampak tak kronologi kebahagiaan disitu?Yang mana kalau kita taktau bersyukur maka akan diakhiri dengan kecelakaan kifarah dari Allah. Nampak disitu?Nampak? Dimulakan dengan dating kecil - kecilan bersama Embun dan cousin I merangkap bouncer manja. Dari rumah dengan gigih tetapkan hati nak tengok Merong Mahawangsa. Ingat - ingat lupa hikayat Merong Mahawangsa ni cemana cerita dia. Arghh tu tolak number dua ratus sebab orang kata cerita ni confirm meletup. Meletup sebab orang bosan lalu baling bom tangan ke panngung wayang berhampiran ke atau sekadar metafora anak muda sekarang yang suka cakap meletupppp meletuppp tak memasal tu I tak taulah. Sokonglah filem anak Malaysia. Ini kalau cerita Harry Potter ke Sivaji The Boss ke sampai beratur panjang berbunuhan nak beli tiket. Kalau cerita Melayu? Hujan lebat pulak sepanjang perjalanan. Tapi rileks je sebab rasa kalau hujan mesti tak ramai keluar, jadi parking mesti banyak walaupun hari sabtu. Mat rempit sure takde, pasal kalau redah hujan jugak nanti awek basah. Eh!

Phewww! Nasib baik sempat beli tiket tempat duduk best! Kalau tak memang spoil nak tengok movie tempat duduk tak best. Terganggu kosentrasi I nanti. Ada lagi 1 jam sebelum movie start jadi pergi makan dulu. Sebab tabungan bulan ini kurang memuaskan, maka mampu makan KFC saja. I selalunya tak makan KFC ni, I kaya. Duit banyak, makan tempat mahal - mahal je. Tapi hari ni sebab sengkek maka makan KFC saja. Okeh lempang I sekarang. (╥_╥)Dah makan KFC sempat lagi beli Popcorn masa nak masuk panggung. Dasar apa tu?Dasar gemuk tak sadar diri. Mungkin begitulah korang jawab dalam hati. Puaka. Biar dosa!

Arghhh sedap - sedap tengok Merong Mahawangsa nak terbuang air pulak! Spoil betullah! Jap pegi toilet!

Review?BEST!! Tapi takdelah sampai nak bagi two thumbs up, bagi satu thumb up cukuplah eh?Sebab adalah certain part yang rasa macam "WTFnya!" Contohnya masa Kemawas datang pondok Puteri malam - malam hari boleh pulak cakap "Selamat malam, sayang!" Peh agak - agak korang dulu - dulu punya orang dah pandai cakap gitu ke?Lepas tu kalau nak lagi real, biarlah conversation antara Puteri dengan Ying Ying tu dalam bahasa istana orang cina, tak kisahlah Mandarin ke Kantonis ke, barulah tak nampak kartunnya, kan?And teknik pertarungan Marcus tu nampak agak moden sikit kalau nak dibandingkan dengan teknik pertarungan Rom pada zaman itu. And ada laaa dua tiga lagi tapi keseluruhan cerita, berdiri jugaklah bulu roma I tengok cerita ni, cuma si Merong cakap Melayu macam nak kena penampar sikitlah slang dia. Tak kisahlah kan. Siapa suruh pilih dia jadi hero kan?(╥_╥)

Lepas habis tengok movie ingat nak cari T-shirt untuk suami tapi tengok - tengok takde pulak yang berkenan, jadi bila tak dapat barang suami, apa kata kita cari barang untuk isteri suami I pulak! Kehkeh! Lajuuuuu je pergi woman department, cari baju takde size pulak, biasalah kan orang kurus macam I ni ingat senang ke nak cari baju. (╥_╥) So bila baju dah mendatangkan kekecewaan pada I, kita beralih ke bahagian handbag pula! Yayyy! Sambil jalan baca ayat Kursi dalam hati, biar setan lari dan tak merasuk I beli yang bukan - bukan! Yeah! Sejak - sejak selesa pakai wristlet ni, rasa nak buat koleksi wristletlah pulak. Best weh pakai wristlet, tak berat, stylo lagi! Kalau rasa malas nak bawa handbag, bawa je wristlet.Setakat ni baru ada 2 wristlet. Kalau boleh nak kumpul sampai ada sepuluh ratus wristlet. Perangai siapa tu yang I ikut kalau tak perangai setan. Cis!

Eh Guess ada wristlet?First time I tau yang Guess ada wristlet. Cantiknya yang pink tuuuuuuu!
Mula - mula taknak beli tapi bila tengok ada less 20% terus mata jadi bulat dan bercahaya!
Kalau beli yang pink confirm ah akan jahanam dalam masa terdekat. Jahanam dek air liur beracun Adam dan juga jahanam kerana faktor alam sekeliling. Payah nak jaga sikit kot kan?Karang kotor karang.(╥_╥) Ah dalam dilemanya, promoter tu suggest warna Seige tu tapi macam dull je, macamana nak tampil anggun dan menyerlah kan?So in the end, go for the safest one. Apa lagi. Warna hitam la.(╥_╥) Walaupun tak sekacak yang pink, redha ajelah. Anggap sendiri ini adalah reward kepada diri sendiri kerana berkelakuan baik sepanjang minggu lepas. Hoyeh!

Fuh fuh fuh!

 Kenapa I buy and blog?Kenapa berperangai hina ni!
Bila dah suka - suka beli barang idaman kan, mesti rasa riak dalam hati kan. Kau ada?? Tanpa menyedari bahawasanya setiap langkah kita akan diperhatikan oleh Yang Maha Esa. Sambil kembang dada ni sampai ke escalator ceh escalator tak hidup pulak! Tapi sebab nak cepat, I turun je guna escalator tu anddddd bedebupppppppppp! Nasib baik jatuh tak tergolek! Jatuh terduduk secara anggun je! Tapi jangan panik! Control cun macam biasa, bangun sepantas yang mungkin, senyum dengan penuh yakin and teruskan berjalan. Sebelum tu sempat sound orang yang lalu sebelah "Apa tengok - tengok tak pernah nampak orang jatuh?" Then teruskan berjalan dan jangan pandang belakang!(╥_╥) Nasib baik tak sakit! Woowuuuwoooowuuuuuu!

Muka baru lepas jatuh tangga. Sempat lagi pergi beli coolblog.Apakah!

 Jari I montel! Comel betul!

Jadi jangan sebut - sebut ah pasal Merong Mahawangsa depan I nanti I teringat kisah duka I jatuh tangga. Walaupun tak sakit tapi tercalar tu kredibiliti I sebagai blogger picisan. Dibuatnya ada readers I nampak, gila boleh masuk paper tau! Tak suka! Apa?Okeylah boleh lempang I untuk kali kedua!(╥_╥)

Dah.Babai!

7 comments:

Unknown said...

hahaha..
kamu nie... lawak lar..
rajinnye shopping..rase mcm tiap2 kali baca entri cik bunga,
mesti entry TERbeli.
hahahah
jeles ;p

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :hahahahaha jangan jeles sebab lepas beli duit tinggal 50sen jek dalam wallet.kehkeh!

Unknown said...

owh...
x pe.. janji ader beg yang chantek..
org bukan tau pun ader brape sen dlm beg shantek tu..
ekekekke

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Ahahahahahahahaha!

nur easy said...

ha kn da dpt wristlet y baru..adam mesti teruja gak tu;)

Miss Pija said...

sory kak, time baca ni, mmg saya nak tergelak...lawak tol gaya penceritaan kak bunga ni...psst...sy pun pernah gak alami mcm tu...time jalan2 kat fakulti...bedebup...jatuh mcm nangka bergolek nasib sy tak bergolek...huhu...;)

Cik Puan Bunga said...

@FiZohohhhh! ketawa yaaa! durhaka betul anda! hahahaha! siot eh jatuh depan org ramai?bengang bengang! huhuhu malu sebulan! ;p