Tuesday, March 8, 2011

Saya Mimpi Saya Adalah Artis Indie!

Betulaaaaahhhh! Entah hape punya mimpi la... paling banyak mimpi, mimpi nilah yang terpaling mengaibkan sekali. Aib weh sebab dalam mimpi tu I jadi artis indie yang famous!Kahkah. Rasa nak ludah tak?Mungkin sebelum tidur dengar lagu - lagu Yuna jadi terus masuk dalam mimpi. =.=" Ni nak rasa bangga ke hape ni? Bangun tidur tersengih - sengih macam nak mintak penampar sebab rasa childish dengan mimpi sendiri. Sebab setahu I lah kan mimpi - mimpi nak jadi artis ni hanya berlaku dikalangan kanak - kanak yang belum Mummayyiz lagi! Anda sudah Mummayyiz ke belum?Kalau belum tak boleh kahwin tau!Kehkeh!

Walaupun durasi mimpi tak panjang tapi memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa sanubari I. Mungkin kalau lepas ni I dah taknak jadi cikgu lagi, mungkin I akan beralih arah menjadi artis pula?Who knows? I boleh cipta lagu. Setakat lagu - lagu jiwang takde masa depan yang sering berkumandang di corong - corong radio sekarang, ahh pejam mata je boleh beat. Berbakat besar I neh!Cuma yang jadi masalah, I nak main alat muzik apa?Gitar?Oh no no! Kita dah ada 2 artis wanita yang main gitar sambil menyanyi.

Takkan I nak jadi yang ke tiga?Kehkeh!
Ah sudahlah orang perasan! I taktahu main satu alat muzik pun! Gitar?Silap - silap I pegang gitar terbalik. Wahkaka.Aib! Tulah siapa suruh mimpi pelik - pelik! Cuba mimpi jumpa jejaka kacak seksi ke, berfaedah jugak! Ahaha. Lepas ni kena keji kata dah ada suami pun masih nak puji lelaki lain. Ouhhh puhleaseeeeee! 

Dahlah. Nak mandilah. Hari ni pergi sekolah nak pakai baju pink! Yayyyyyyy!
Dah.Babai!

p/s : Eh kalau main alat muzik kompang sambil nyanyi lagu cinta pun ngetop jugak kan??Jangan lupa beli album sayaaaaaaaaaaaaa!

14 comments:

KatekateKite said...

hahahaaa... leh lak mimpi jadik penyanyi! best jugaklah! daripada mimpi hantu! uwaaaarrrghhhhhh!!!!!! =.='

sicKo^ said...

ini petanda untuk ko ceburi bidang tu kot?

nur easy said...

ni sebelum tdo tengok apa gaknya ni.. hehe

Asyraf Arif said...

Haiyo, masalah berat nie. kasik penampar satu. panggg ! ;p

mAmAbuDaK said...

kompang? baik guna rebana ubi...peh..gila sylooo...nak angkat pi show pitam...muhahahaha

cik nur said...

hehehehe..nur teringin la nk mimpi jadi penyayi sbb suka berangan berdiri on stage hehehe..

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteMimpi hantu thrill sikit! silap2 kencing dalam selimut!kehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@sicKo^Kan?Jangan lupa support ye,beli album original! haha!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyHahahahaha!

Cik Puan Bunga said...

@Asyraf ArifAh nyampah ah!

Cik Puan Bunga said...

@mAmAbuDaKRebana ubi terlalu bersifat etnik. kena pakai kalung petai kat leher! haha!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurJom ujibakat bintang kecil! haha!

Fihan said...

Kak dulu2 penah mimpi pergi konsert zahid, fihan terkinja2 le bajet menghayati ghopenyee radio lupe nak totop petu lagu zahid ku milikmu sedang berkumandang. chesss. tertipuu. HAHAHA

eh mcm tak kena plak ngn tajuk indie ni (-_-")

Cik Puan Bunga said...

@FihanNih lagi dahsyat mimpi ni! begitu menjiwai! kahkah!