Okeh stalker Facebook beratur line sini, yang stalker blog beratur line sini, and kalau anda stalker untuk kedua - duanya maka beratur sini. Sebab sini special sikit. Fuh! Penat nak line up kan stalkers mengikut kelompok masing - masing.
Best kan bila ada stalker?Facebook ada stalker, blog ada stalker. Apa tujuan stalker ni meng'stalk' kita? Tidak lain tidak bukan kerana beliau menyayangi dan prihatin dengan kisah hidup kita. Oh terharunya. Sebenarnya, selain kawan - kawan kita stalker adalah makhluk Tuhan yang paling dekat di hati kita.Rasa ingin tahu yang berpucuk pangkal dari perasaan kasih dan sayangnya beliau kepada kita menyebabkan mereka begitu ingin sekali menjadi sebahagian dari hidup kita. Mungkin kerana mereka ini berpegang kepada prinsip "Aku bahagia bila orang yang aku sayang bahagia." Bercakap mengenai stalker membuatkan airmata I bergenang menahan perasaan terharu.
Lagi menyentuh perasaan kalau yang menstalk status dan blog kita adalah daripada golongan atasan seperti bos - bos kita, supervisor kita, jiran mak mertua dan juga ketua kampung ataupun ahli jawatan kuasa keceriaan desa, kita patut berbangga. Impak maksima yang diberikan terhadap mereka sungguh berkesan sekali sehingga mejadikan mereka begitu teruja dan mahu sentiasa ada dengan kita.
Musuh / haters juga tidak kurang prihatinnya. Luaran saja kelihatan seperti mereka mencaci dan mengkeji kita sehabis daya sedangkan hati mereka sakit menahan rindu dendam dan perasaan kasih yang mendalam dalam jiwa.Kita dah makan ke belum, kita beli baju apa, keluar ke mana, ah semualah mereka ingin tahu. Bukan kerana mereka busy body, tetapi kerana mereka inginnnnnnn sekali hadir dalam hidup kita, menjadi sebahagian daripada orang - orang yang kita sayang. Terharu betul.
Buat stalkers yang I kasihi :
You guys semua bertakta dalam hati. Stalk lah selagi korang belum mati lagi. Babai.
10 comments:
ahaks! memang best lah kak ade stalker kan? rase diri sangat dihargai bila ada yang mengambil berat tentang kita sampai sebegitu sekali, seperti mahu tahu, kemana kita pergi? dengan siapa? apa kita makan? hahahaa...
**ade ke org stalk blog kite?hik3....
-----------------------------------
Terbaru ! Terhegeh Hegeh Lah Korang Nih Kan?!
awwwwwwwwww same2 (peng bontot dia...)
nak beratur!hahhaha.
best apa ada stalker..tp tak best kalo ada stalker yg busuk hati..
eh background kte sama...ngeee:=)
entry terbaekk!!!!
bukan peminat jer..kdg2 yang dok benci kita pun dok stalk kita juga, kan, haha
@KatekateKiteSetiap blog kompom ada stalker memasing! huhu!
@mAmAbuDaKHhihi!
@mamashikinStalker busuk hati lagi best! auwww! haha!
@Naddymacam biasa! huhu!
@~najwa~Betul! :)
Post a Comment