Ehem ingat lagi tak entry ni kan aku dah cakap nak cerita pasal Café Chill kan? (Walaupun korang bukan excited sangat nak tau Café Chill tu pebenda pun) baiklah kalau tak nak tahu tutup telinga sambil julingkan mata. Lekas!
Setiap sekolah mesti ada Kelab Bilik Guru kan kan?Ataupun kalau nak glamer sikit kita panggil KEBIRU. So KEBIRU sekolah aku, untuk menjana dana dan pendapatan sampingan bagi mensupport aktiviti – aktiviti yang berlaku kat sekolah, kami pun sepakat membawa berkat menubuhkan Café Chill. Café Chill ni adalah satu corner di pantry ye bukan panty tau tau yang menjual air minuman serta jajan – jajan yang langsung tak berkhasiat. Objektif penubuhan adalah untuk mengumpul wang disamping memberi rasa kenyang sementara kepada guru – guru sekolah I yang boleh tahan pelahap semuanya.
Drinks
Jajan - jajan dengan harga besar terpampang. Mintak - mintak diorang nampak tanda harga tu.
Di awal penubuhan, sambutan yang diberikan adalah melampau menggalakkan. Guru – guru berluma – lumba mengunjungi pantry yang selama ni memang kalau ada Bangla mati kat situ pun takde orang tau punyalah. Sebab ia sangat deserted and tak selalu dikunjungi. Kitorang pun sukalah sebab jualan mendapat sambutan, tengok tabung duit pun wah boleh tahan banyaknya. Kira kalau dalam sehari bolehlah dapar jualan kasar RM30, lepas tolak RM10 sebagai simpanan yang lagi RM20 boleh buat rolling modal.
Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Kutipan duit tabung yang selama ni penuh makin lama makin berkurangan. Aku rasa ada makhluk yang makan minum tapi tak bayar. Aku bukan serkap jarang tapi dah beberapa kali jugaklah terserempak dengan manusia – manusia macam ni yang main ambik banyak – banyak lepas tu aku tak tahulah diorang bayar ataupun tak. Kalau bersangka positif maka aku assumes diorang dah bayar lah eh. Kalau tak bayar, hmmm pandai – pandailah kan fikir. Takkan itu pun nak aku fikirkan. Semakin lama semakin menjadi – jadi pulak gejala ambik tak bayar ni. Panas hati je kan tengok barang yang kitorang jual memang licin lesap habis dah tapi takde pun duitnya. Mana pergi entah. Takkan duit tu tumbuh kaki pergi jalan – jalan kat Pasar Rabu pulak. Hairan.Hairan. Masih bersangka baik, aku rasa cikgu – cikgu ni lupa nak bayar agaknya. Nanti – nanti mesti diorang bayar.Kot?
Dah tampal macam - macam reminder. Tapi?
Cafe Chill
Bayar eh korang?
Dah.Babai!
2 comments:
kakak, saya nak air kotak 1, appollo 2.. hehe
@nur easyCis! haha!
Post a Comment