Mungkin pagi tadi adalah crowning moment aku. Mungkin adalah pagi yang paling bahagia untuk tahun ini. Dan mungkin satu suprise yang setakat ni belum ada tandingan lagi. Tapi yang pasti aku memang bahagia dan gembira. Buat seketika aku rasa yakin yang Doremon kucing gemuk ajaib itu ada. Sebab dia selalu buat Nobita bahagia. Dan akulah Nobita itu. Dan si dialah Doremon yang aku maksudkan tadi. Aku tak boleh nak sebut nama dia sebab nanti skandal - skandal dia yang lain tau bahawa dia curang. Jadi aku anonymouskan saja. Yang penting dalam hati aku, dia istimewa. Cehhhhwahhhhhh!
Bayangkan dengan muka bangsat baru bangun tidur, ada pakcik posmen yang seperti biasa ditugaskan membawa kegirangan dalam hidup aku sejak sekian lama muncul di depan pintu. Aku rasa sedikit peliklah kan sebab macam takde order apa - apa secara online. Baru nak order BB Cream dari Ynadona si gebus tu tapi belum bank in lagi takkan lah dia dengan baik hati nak pos dulu barang kan, mustahil. Dia kedekut. Jadi siapakah?
"Siapa ada pakwe dari Jepun ni??" Tanya suami sebab dia yang pergi ambil parcel dari pakcik posmen tadi. Dengar je perkataan Jepun mata aku terus bulat besar macam bola sepak. Tersenyum lebar macam nak mintak penampar bila aku dengan rakusnya bukak bungkusan tu dan benda - benda ajaib satu - satu terkeluar dari kotak! Arghhhhhhh! Macam pondan aku jerit sampai satu rumah rasa annoying. Gila kau tak excited kalau depan mata kau ada benda yang sekian lama kau nak sangat sangat sangat tapi takde siapa pun yang prihatin nak bagi benda - benda tu semua kat kau! Arghhhhh arghhhhhhhhhhh!
Dua kitty tu aku punya aku punya aku punya! Anpanman tu menurut kata skandal adalah Adam punya! Hehe. Baru nak sebat jugak tadi.
Aku nak bawak tidur. Suami dah taknak peluk lagi dah. Nak peluk ini je!
Merasa aku jajan - jajan dari Jepun. Yang biskut - biskut tu sedap gila!
Adam macam tau je kan nak baca tag Anpanman dia tu.
Syurga dunia!
Buat anda, terima kasih yang tak terhingga. Serious rasa terharu sampai nak nangis tapi control macho tak jadi ah nangis kan. Hanya menjerit - jerit macam pondan. Lupa sekejap umur dah 28. Cis cis! Dah bangka dah aku! Sepanjang hari aku senyum. Walaupun terpaksa pergi kursus kat PPD tadi tapi aku happy je sebab aku tau malam ni aku tidur aku dapat peluk Kitty idaman! Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyy!
Dah.Babai!
4 comments:
best nyaaaa~
mahu jugaaaa ~
hantar lah ke rumah ~~~~
hahaahhaha!
@Cik ElizaSila jeles ah! Hahahaha!
apsal doremon tak ikut skali ya? hahaha
@nur easyDoremon busy kot?muahahaha!
Post a Comment