Tuesday, April 5, 2011

Hari Ahad Lepas I Buat Apa?

Hari Ahad lepas dengan harapan boleh menggondol anugerah Guru Cemerlang (Muntah darah) 2011, dengan niat terpasang di hati semoga Pengetua dengan izin Allah nampaklah kiranya kerajinan I yang maha ikhlas ni, I datang ke sekolah. Walaupun hujan lebat disertakan dengan guruh dan petir tak lupa jugak kilat sabung – menyabung ah dah macam cerita Tamil pulak, tapi dengan semangat kental I memandu kereta cabuk datang ke sekolah. Gigih tak?

Sebenarnya datang sekolah sebab nak kemas Café Chill and nak update harga barang – barang di Café Chill. Apakah Café Chill?Nanti I update di lain keluaran. Kehkeh. Sampai je sekolah cepat – cepat buat kerja sebab hari hujan, suasana kat bilik guru gelap walaupun dah buka lampu kan tetap jugak rasa spooky, macam ada pocong je tengah sekodeng I balik pintu. Haishh seramnya! Cepat – cepat buat kerja tak sempat toleh kiri – kanan. Siap je kerja terus balik, tapi bukan balik rumah. Sempat jugak menyinggah ke BP Mall. Nak cari baby present untuk cousin I yang baruuuuu je selamat melahirkan baby comel berhidung mancung Naqiuddin Hakimi.

Ceh nama je shopping nak cari present baby cousin konon, last - last shopping jugak untuk baby sendiri. Tak banyak pun barang untuk Adam. Cari barang yang perlu je. Ehem. Dengan harapan bila keluar dengan Adam nanti Adam mampu bergaya stylo dan menjadi kegilaan baby - baby gegurl diluar sana ehem, I pun belikan Adam bekas susu yang stylo ni bagi menggantikan bekas susu Adam yang lama yang agak ehem old-school rupa parasnya. Setiap kali bawak mesti sorokkan bawah stroller sebab bentuk dia nauzubillah old - school habis, tapi sebab suami yang belikan maka sebagai isteri yang solehah (Amin) maka kita kenalah terima dengan redha.Ustazah tak?

 Comel comel comel comel!
 Baby Kiko! Suka barang - barang KIKO macam best - best je.
Ada 2 warna, merah dengan hitam. Yang merah tu lagi lagi lagi stylo tapi suami kata tak praktikal. Nanti cepat kotorlah blablabla. Jadi pilih warna paling selamat dan gangster di alam maya iaitu warna hitam gaya mutu keunggulan.Tak mahal pun beg susu ni kalau tak silap RM23.90 je. Okaylah kan dari beli beg susu harga mahal - mahal.Ehem. Barang baby cousin I pun dah selamat dibeli. Hopefully dia sukalah. I tak belikan dia hamper la hape kan, sebab ikut pengalaman masa Adam dulu dapat hamper berlambak - lambak sampaikan bedak je ada 12 botol campur dengan lotion, baby shower, baby oil semua boleh buka kedai dah. Botol susu pun banyak, tapi I tak pakai sangat sebab dari dulu lagi biasa pakaikan Adam botol susu yang BPA Free. Chewahhh. Kalau bagi susu badan memanglah lagi 100% BPA Free and Silicon Free kan ehem.

Kali ni pergi memang jimat betullah, tak makan luar pun. Cuma beli coolblog je minum dalam kereta. Fuhhh jimattt jimattt. Duit boleh simpan nak pergi haji. Amin!

Dah.Babai!

4 comments:

nur easy said...

wah makin macho la adam pas ni..;)

Naddy said...

utk aku mana???

Cik Puan Bunga said...

@nur easyNgoratttt dia pleaseeeeeee!! :)

Cik Puan Bunga said...

@NaddyKau?Erkkkkk!