Berapa banyak kali nak bagitahu kalau ada aktiviti yang melibatkan alam sekeliling, secara automatik medan magnet menolak dalam badan I akan berfungsi. Memang cannot-go betul kalau terpaksa melibatkan diri dengan aktiviti riadah dan bermesra dengan tumbuhan hijau.Tapi pihak pentadbir suka betul petik nama I untuk melibatkan diri dalam kegiatan - kegiatan macam ni. Jadi of courselah hasilnya nanti tak memuaskan. Haa time tu jangan keji I pulak ye! I dah cuba sehabis baik dah!
Macam tadi, I hantar budak - budak Kadet Remaja Sekolah pergi pertandingan kawad kaki di Kem Pengakap Tanjung Labuh. Dalam hati dah mula terbayang ketidakseronokan yang bakal ditempuhi sepanjang berada kat sana. Bukan bukan bukan tak seronok bertugas hantar budak - budak tapi risaukan fasiliti kat sana yang mungkin ermm ehem tidak sebest yang di inginkan? Yang paling utama toilet dia nanti comel tak?Sebab t**i ni jenis memilih macam tuan dia jugak. Kalau jamban tak comel nanti dia taknak poo poo. Ouch!
Memang betul, bila sampai sana tengok keadaan kem and toilet dia terus rasa nak nangis time - time tu jugak.Kem dia boleh tahan besar tapi toilet dia and kem dia buat tekak I kembang kuncup tahan nak muntah. Terus teringat pengalaman horror masa pergi Kem Kaizen dulu tu. Seriouslah. Ke I sorang yang mengada - ngada tapi seriouslah wehh walaupun I bukan anak raja tapi memang kembang tekak nak buang air ke nak hape ke. Lepas daftarkan budak - budak terus pergi cari toilet yang comel sikit kat luar kem. Phewww!
Buat peace walaupun dalam hati tak langsung rasa peace Fikir nak cari toilet jek.Kehkeh.
Congrats sayang - sayang semua. Walaupun tak menang tapi dah buat yang terbaik. Teacher bangga dengan awak semua!
Sampai rumah pukul 5.30 petang.Badan memang rasa letih gila dengan melekit - lekit plus lapar sebab tak makan lunch yang proper. Sampai - sampai rumah je terbau satu bau yang wangiiiiii sedunia! Rupanya Embun dengan Emak pakat - pakat main masak - masak and menghasilkan roti yang gebu,mulus, montok pehpehpeh sedappp betul! Emak buat roti kacang, Embun buat roti cokelat. Sedap! Nyumnyum! Nak - nak lagi perut tengah lapar! Peh memang best sangatlah tu!
Roti montok sebiji 50 sen!
Masuk bilik, tersenyum I sekejap sebab bilik tidur I kemas and bersih sedunia. Pandai pun suami kemas bilik tidur selalu tu kalau pergi kerje main tinggal gitu je. Puas berkubang dengan Adam memang sepah - sepah dengan comforter, toys sepah - sepah, tu belum campur dengan baju - baju yang hero - hero I kambur tu. Sabar ajelah! Eh tapi hari ni cehcehceh cantik betul bilik I! Ada bau wangi pulak tu! Malam kang bagi upah eh?Ngehngeh! Apa apa apa???Upah roti la petang tadi Emak masak. Choyyy!
Nasib baik Adam tak buat perangai, pukul 9.30malam dah tidur dah. Boleh mama dia guling - guling atas katil merehatkan badan. Yeahhhh!!! ZZzzzzzzzzzz!
Dah.Babai!
8 comments:
fuhh cantik betol roti tu! =D
Emak buat roti kacang, Embun buat roti cokelat...ni esok musti mama adam buat roti strawberry kan kan kan
@KatekateKiteLazat! :D
Easy : roti strawberry menda, tau makan jek! haha!
roti gebu dan mulus makan panas2 uish mmg sedap la..huish
kadang2 jamban x bersih pun terpaksa terjah juga..huhuhuhu
@cik nurpeh memang sodap! haha!
@Kay Masingankan?terpaksa! huhu!
Post a Comment