Tak Romantik
Dari zaman bercinta lagilah dah tahu yang suami I tak romantik. Ehem. Tapi kadang - kadang kalau dah datang elemen romantik dalam diri beliau, boleh tersengih - sengih jugak I di buatnya. Terus diserang mood gatal. Hakhak. Pada beliau romantik itu sangat minoriti peratusannya yang diperlukan dalam hidup berumahtangga. Cukuplah kalau I yang manja sorang - sorang, begitulah mengikut firasat beliau. Romantik jangan selalu - selalu, nanti nampak palsu. Chewahh. Tahpape. Kalau I, I memang romantik tahap polis angkasa Gaban. Jiwanggg memanjang. Seumur hidup dari zaman couple sampailah dah jadi emak orang ni, tak sampai 10 kali suami belikan I bunga. I pun takdelah nak meminta - minta, lagipun tepi rumah banyak bunga. Nak, petik aje.(Ayat manusia pasrah) (╥_╥)
Tapi janganlah cepat gabra bila suami tak romantik, jangan pulak paksa - paksa dia jadi romantik, jangan terlebih ajar dia jadi romantik, takut dia ooops terlebih sudah romantik dengan perempuan lain, tak ke naya?Ehem. Rileks je. Teruskan hidup macam biasa. Tak perlu hantuk kepala di dinding gara - gara selepas malam pertama mengetahui suami sendiri tak romantik. Eh apa ke aku merepek ni! Bagi I, takde hal je punnn kalau suami I tak romantik, asalkan dia bertanggungjawab dah syukur Alhamdulillah. Setakat romantik tapi kerja malas, tak ingat anak bini nak buat hape kan?Buat tukun.
Pendiam
Yang ini memang kena redha ajelah dan jangan lupa panjatkan doa semoga suami lebih ringan mulutnya untuk berkata - kata.(╥_╥) Tapi baguslah. Orang kata suami isteri ni saling melengkapi, suami I pendiam, isteri suami I pulak tak reti diam. Secocok bukan?Tahap pendiam suami I adalah ibarat anak gadis yang mana bakal mak mertua dia datang meminang dan si gadis tersipu - sipu malu hanya main angguk geleng je ketika ditanya. Ya. Diam yang tahap tu. Purata perkataan yang dituturkan sehari adalah kurang dari seratus patah perkataan dan kebanyakan perkataan yang digunakan adalah perkataan berulang. Annoying tak? Tidak bagi I. Sebab orang pendiam sebenarnya adalah pendengar yang super hebat. Bila I ada masalah and emak tak nak layan perangai anak dia yang suku ni maka suamilah tempat I mencurah rasa. Tak kira macamana hebat pun I menggunakan kata kesat ketika mencarut, suami hanya buat wajah tenang. Dan diakhir carutan, beliau hanya akan berkata "Sabar". Itulah suami I. Sabar sabar dan sabar.(╥_╥)
Kadang - kadang bila I rancak bergosip, suami senyap je. Bila I tanya kenapa dia senyap, nanti dia akan cakap,
"Takpelah, abang suka dengar Lina cakap" Apa maknanya?Tersurat dan tersirat kan?Sama ada dia memang suka dengar I cakap atau dia nak suruh I diam. Cis!
Bukan Kamera Friendly
Ha yang ini I annoying sangat - sangat sebab I sukaaaa sangat dengan kamera. I suka I suka I suka sangat ambil gambar dan diambil gambar. Suami lain. Dia tak suka diambil gambar sebab dia kata nanti cepat mati. Dang! Apakah?Annoying kan alasan. Puas pujuk, kadang - kadang sampai merajuk - rajuk guling - guling atas tanah macam tenggiling baru dapat pujuk suami ambil gambar. Tapi selalunya nanti dia tutup mukalah, buat muka hodoh lah, memang sakit hati. The only moment yang dia betul - betul all out untuk diambil gambar adalah masa I nikah and sanding. Time tu memang rasa nak nangis sebab I takut kalau gambar kawen jadi buruk, tapi tak sebab suami pada ketika itusangat merelakan gambarnya diambil. Tapi kalau waktu lain sorry naik lori memang susah!
Nasib baik Adam sangat kamera friendly (Ehem genetik mama nih!) Malas nak layan perangai suami yang susah sangat nak mabil gambar.Ceh.
Itulah suami I. Reserve sangat orangnya. Tapi I tetap sayang. Ecehceh!
Hujung minggu lepas, kebetulan hari hujan. Adam pulak tengah tidur. Suami bentang comforter atas lantai bilik tidur sambil bawa selimut tebal, ajak I baring sama - sama. Suspen tak?Kihkih. I pun suspen jugak nih. Tiba - tiba suami keluarkan cokelat Toblerone dari poket dia.
"Jom makan cokelat, sambil borak - borak. Baring sini sebelah abang. Nah makan cokelat" Sambil selimutkan I.
Terkesima I sekejap.
Mungkin ini pada suami dah romantik habis dah kot.
Ehem.
Tak kisahlah suami I macamana sekalipun, I tetap sayangggggggggg dia cintaaaaaaaa dia. Buat apapun untuk dia confirm dapat pahala. Tu yang syok bila dah kahwin ni. Kecil macamanapun confirm dapat imbuhan. Sila jealous ye.
Dah.Babai!
8 comments:
nak kawen lah ! hahahaha!
oooo u all mkn ceklat sambil baring2 ya.. hehe..;)
haha..tomey je... oh.. syed pon tak romantik... sepanjang 4 thun.. 2x jerk dapat bunga.. hohoho...
@Cik ElizaHaipppp habiskan belajar dulu! hahaha!~
@nur easyRomantik tak?haha!
@。 ゚o。. Puan Dot . 。o ゚。Tkape, as I said asalkan dia sayang kita and bertanggungjawab sudahhhh... ;) amin!
ahaaa...............
jealous giler!!!
cepat cepatlah dapat suami, tak romantik pon tak apelah!
hik3....... (ketawe gatal nih)
=p
@KatekateKiteAmin amin amin! Nah akak aminkan 3 kali! :)
Post a Comment