Thursday, April 7, 2011

Papaku Pulang Dari Kerja, Papaku Sorongkan Kereta!

Setiap pagi, kalau tak hujan memang dah jadi rutin suami untuk bawak anak bujang I pergi runway. Eh tak tak. Pergi jalan - jalan keliling kampung sambil mulut Adam menceceh - ceceh tatatatatatatatata. Kalau mana - mana orang Banyumas yang dengar bunyi macam tu pagi - pagi tu janganlah terkejut ke terus capai parang ke hape kan, tu anak I tu. Dengan papa dia.

Comel je kan manusia dobot dua orang ni jalan sama - sama. Sejukkkk je hati I pandang. Boyfriend - boyfriend I ni ramah mesra antara sesama mereka walaupun hidup bermadu dan berkongsi kasih sayang dengan I. Aman rumah tangga.

Ketibaan Tuan Besar dan Tuan Muda dari melawat tanah jajahan.
Sama je ekspresi muka.
Okeh ni Adam tak puas jalanlah ni!
Sama je dengan muka Mama kalau tak puas jalan - jalan. Haha.
Sahih. Muka muncung tanda protes. Anak siapa anak siapaaaaa???!
Lepas jalan - jalan nanti Adam minum susu dulu sebelum sambung jalan rumah sebelah main dengan Acik Icam. Tu jelah kerja Adam hari - hari. Asyik nak jalan je. Sekarang dah pandai nak mintak jalan - jalan naik motor. Hobi Adam main stereng kereta, kalau dapat main stereng kereta wahwah happy memanjang je dia!

Kualiti video henset cap kelapa memang macam ni lah. Bertabah!

Dah.Babai!

4 comments:

nur easy said...

haha adam tatatata... tn muda i hari2 naik 3 buah keta. tol sblm pakcik, makcik n atuknya boleh g keja...

KatekateKite said...

haha...

same je cam anak buah kite, Adam gak nama die...

pagi 2 mama and papa die pi keje, mesti nenek or atok kene bawak jalan tengok bird! =D

hihih... monyok betol muke anak akak tuh! =D

*xdpt tengok video tuh. =(

Cik Puan Bunga said...

@nur easySamalah, atok nenek dia layankan aje! :)

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteTak puas jalan terus monyok! hahahaha!