Tuesday, April 19, 2011

Ye. Saya Orang Tua Yang Kaki Sakit Dan Obesiti Pula

Ye. Itulah aku sekarang. Gemuk tetap gemuk tapi dah kurang sikit kot beberapa kilo sebab gigih minum air masak sejak beberapa minggu yang lepas. Dah tak berapa nak buncit dah perut aku ehem walaupun ada buncit sikit - sikit. Standardlah kan. Perut orang dah beranak satu. Cehceh.Oh ya dan aku sekarang dah tak boleh mencapap nak pakai heels macam dulu - dulu. Heels terakhir yang aku beli adalah yang pattern leopard tuh yang kalau aku pakai confirm ah aku akan lebih tinggi dari suami sebab heels tuh memang tinggi! Itu pun jarang aku nak pakai sebab bila Adam dah semakin membesar, aku rasa tak praktikal nak pakai heels lagi, wedges pun dah tak beli lagi dah. Bahaya kalau dukung Adam. Kalau tergolek?Fine lah kan kalau tergolek sorang - sorang depan lelaki kacak, mungkinlah beliau akan membantu kan, tapi kalau aku terbongkang masa aku dukung Adam???Camno tuh?

Terpaksalah aku fikirkan solution yang paling afdhal untuk mensetelkan masalah yang mengganggu fikiran sejak sekian lama ni. Dalam kepala otak fikir aku nak go for something yang comfy dan dalam masa yang sama takkan menjatuhkan martabat aku sebagai manusia yang bergaya. Ehem. Muntahlah sila sila. 

Mula - mula ingat nak beli Crocs, tapi aku dah kecewa dengan Crocs yang crap sebab banyak yang cetak rompak punya kan sekarang, Hush Puppies pulak takde kat Batu Pahat ni, suami kata beli aje kasut Bata. Aku pun macam wadefak lah nak beli kasut Bata (Walaupun aku banyak kasut Bata.Kehkeh) Okey okey Bata memang comfy tapi dia tak tahan lama lah, pada aku lah. Ke aku yang pakai kasut macam hape sampai jahanam kasut tu ke aku tak taulah. Tapi kalau pada aku Bata memang out lah untuk jangkamasa panjang. So last kopek punya option, aku ingat nak try Scholl. Dulu masa aku kecik - kecik aku rasa kalau pakai kasut Scholl ni gila tak stylo ah gitu. Mak - mak jek kot yang pakai Scholl ni kan. Kahkah.

Kat Square One, Batu Pahat kebetulan ada satu butik Scholl kat sini so weekend lepas aku pun pergilah konon - konon nak cuci mata, tengok kot - kot adalah yang berkenan dalam hati. Masuk je kat Butik tu, aku dah macam manusia yang tak tentu arah dah. Mak aihh cantik - cantik betullah kasut - kasut dia, dari sandal yang bare-back sampailah yang bertali, heels, wedges pun dia ada. Selipar pun dia ada! Semuanya comfy gila - gila! Pattern dia pun sangat cantik - cantik dan kau langsung takkan nampak macam makcik - makcik nak pergi pasar. Sumpah ah ia sangat gojes!

Dalam banyak - banyak tu aku ada berkenan kat lima pasang kasut semuanya. Tapi bila tengok - tengok price tag dia mak aihh tercekik air liur aku wehhh! Berkali - kali - kali ganda lagi mahal dari Bata! Sepasang jek dah nak cecah RM200! Kalau aku beli 5 pasang tak pasal - pasal je aku makan megi bulan ni. Mengenangkan cek Nuffnang yang aku cash out kan pun lambat lagi nak sampai, jadi aku buat loan dululah dengan suami. Nanti cek tu sampai aku bayarlah kan. Hehe. Sharing is caring. Hahahahatakguna. So lepas belek - belek dan sesi menimbang tara pun berakhir, maka aku pilih pattern yang paling selamat sekali iaitu Bernice Dark Brown Wedges. Cehhh nama kasut pun dah sama panjang dengan nama anak aku.

Paper bag kena tunjuk. Kang korang kata aku beli kasut Bata.Kehkeh hina!
Kat mata aku ini cukup menawan. Siapa tak setuju dengan aku, aku taknak kawan.Haha childish tak?
Care for your feet,please! Ceh poyo padahal baru sekali pakai kasut macam ni. Hahahahahampeh.
Wedges ni adalah pure leather jadi ia sangat long-lastinglah kot kan? Tidak berbau, tidak mendatangkan kecelakaan sebab ia super comfy, tak tetas jahitan, takkan tercabut sebab gam dia sangat bagus (Ni aku taktaulah kan, promoter tu yang cakap macam ni) Menjaga kaki kita terutama di sole part untuk lebih selesa, sihat dan tidak menyakitkan. Memang terpedaya habislah aku dengan kata - kata manis promter tersebut. Tapi I tell you, kalau korang pakai memang rasa macam pijak atas cushion, sebijik macam iklan yang diorang pernah buat dulu - dulu. Peh!

Arghhh aku tau aku keji sebab aku buy and blog! Arghhh arghhhh arghhhhhh!

Dah.Babai!

11 comments:

Eliza Sulaiman said...

nak jugak !

haha!

:P

Cik Puan Bunga said...

@Cik ElizaAwak budak kecik tak payah pki kasut cenggini! hahahah!

nur easy said...

nak wat loan jgk boleh? hehe

cik nur said...

yang penting diri sendiri selesa tp ttp kekal vogue gitu hahah

Jini said...

haha.. xpe kak bunga.. buy and blog at least kitorang dpt info free.. kekeke..

Cik Puan Bunga said...

@nur easyBoleh! Tapi dengan suami awaklah! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@cik nurBetul! SELESA! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@JiniTapi keji kan?kan?hahaha!

Jini said...

hahaha.. xde keji lah.. best je.. kekeke.. tp giler mahal la school punya.. penah la jgk masuk jusco nk beli.. skali tgk rege, harammm.. tau kat mak gua, mmg dipandang sinis la.. haha..

Cik Puan Bunga said...

@JiniHahahahahaha terpaksalah Jini. kaki orang gemuk mudah tersa sakit jika memakai heels. huhu!

sharkcreep said...

i follow u.. follow me back k?