Semalam aku dengan cousin bouncer aku and Embun pakat - pakat tengok cerita Karak. Filem yang dari rumah aku dah impikan berupaya membuatkan aku seram lalu takut nak pergi kencing sendiri bila malam - malam hari. Sebab masa tengok trailer dia rasa macam spooky jugak cerita ni. Hantu dia pun boleh tahan bangsat punya rupa parasnya. Jadi kesimpulan yang aku buat filem ni sumpah mesti menakutkan. Weeewooowooowweeeooo! (Ni bunyi effect cerita seram tau. Bukan bunyi aku sembelit ke apa)
Nasib baik sempat beli tiket pukul 5.30 petang. Habis mestilah lebih kurang dalam pukul 7.30 malam gitu,takdelah takut sangat nak balik drive malam - malam nanti. Aku ni muka je macam kental, dalam hati kecut jugak kalau dibuatnya nanti tiba - tiba langsuir senggayut kat tingkap kereta aku ke kan. Nauzubillah la. Lainlah kalau Edward Cullen tetiba duduk atas roof kereta aku.
Review :
- Opening cerita je aku dah sentap sebab masa part introducing tenaga kerja tu font dia bila kat huruf 'T' tu lain macam sikit. Sefahaman aku, huruf 'T' yang macam tu menggambarkan salib and biasanya cerita - cerita barat je kot yang buat style 'T' macam tu macam kat citer vampire ke kan. Sebab macam salib lah aku tengok.
- Aku menyampah tengok Shahir. Hahahaha serious ah tak boleh nak tolong ah. Tengok dia je aku teringat kat Cik Ta sayang dia tu. Adoi serious rasa nak muntah tapi tahan je. Kenapa eh?Takde kaitan betullah!
- Hantu dia tak seram. Tak menakutkan. Aku rasa Kak Limah punya make up hantu lagi real la. Sorrylah. Aku bab - bab make up hantu ni memang memilih sikit. Sebab kalau tak seram susah sikit aku nak takut.
- Banyak mesej penting yang disampaikan. Macam part yang hantu haramjadah tu kata "Kata orang beriman, kenapa lari?" Kau tak rasa sentap ke dengar ayat tu?Mendalam tu. Then part Tok Malam suruh Zura kuatkan iman, baca ayat Qursy and fahamkan maknanya, sumpah aku sentap.
- Masa Zura baca translation ayat Qursy kat kubur tu aku rasa dada aku sakit sangat - sangat. Tahan sebak. Berderau darah aku dengar ayat tu satu - satu. Tubaru aku yang dengar, kalau setan yang dengar?Patutlah terbakar.
- Overall cerita ni best. Bermesej. Tapi skala ketakutan aku? 1.5 dari 10.
Lepas tengok certa hantu, kita makan macam hantu lapar!Eh apasal aku macam gemuk?Camera trick betul!
Sepanjang perjalanan balik, aku dok terngiang - ngiang makna ayat Qursy tu. Aku rasa macam Ya Allah, selama ni banyak ayat - ayat Quran yang aku baca tapi aku tak faham langsung maknanya. Macam Surah Yaasin, aku tau makna dia tapi makna ayat demi ayat aku tak pernah bother nak ambik tau. Yang aku tau, baca Yaasin banyak fadhilatnya. Kalau rasa takut baca ayat Qursy. Balik - balik tu je. Aku rasa kalau hantu tu betul - betul muncul depan aku mau tunggang terbalik aku baca ayat - ayat tu semua. Tapi ustaz aku pernah cerita, setan kan memang pandai baca ayat Qursy. Kalau kita baca memang dia boleh ikut sebijik sebuntat silap - silap tajwid lagi betul dari kita. Cuma ayat last je dia tak boleh nak baca. Ayat last tu maksud dia"Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (Kalau tak silap eh) Setan memang tak boleh nak baca, kalau dia baca pufffff! terbako. Hambik!
Kalau setakat tengok nak mengharapkan rasa seram berpanjangan tapi takde mesej yang kau nak ambik jadikan iktibar baik kau tengok Nyi Blorong aje. Adegan yang ehem ehem pun banyak.
Allah! There is no God save Him, the Alive, the Eternal. Neither slumber nor sleep overtaketh Him. Unto Him belongeth whatsoever is in the heavens and whatsoever is in the earth. Who is he that intercedeth with Him save by His leave? He knoweth that which is in front of them and that which is behind them, while they encompass nothing of His knowledge save what He will. His throne includeth the heavens and the earth, and He is never weary of preserving them. He is the Sublime, the Tremendous.
Dah.Babai!