Wednesday, May 25, 2011

Aku Manusia Biasa.Ada Masa,Aku Pun Menangis Jugak.

Aku ni bukan baik sangat. Kadang - kadang aku segan pada Allah yang maha besar, sebab sentiasa melimpahkan aku dengan rahmat kasih sayang dan rezeki dariNya. Kadang - kadang ujian Allah datang menduga kesabaran dan ketabahan aku. Orang kata kalau kita selalu diuji itu tanda Allah sayangkan kita. Kadang - kadang aku rasa aku tak layak untuk bahagia. Aku tak layak untuk dilayan baik - baik, aku rasa aku tak layak untuk semua tu.

Kalau aku cerita semua benda dalam blog ni, nanti orang kata aku buka aib sendiri, aku syok sendiri. Semua benda pun aku nak tulis dalam blog. Tapi kalau aku tak cerita, macamana kisah aku nak dijadikan panduan dan tauladan?Mungkin dengan membaca kisah aku, korang dapat jadikan sempadan dalam kehidupan seharian korang. Aku benci buat entri emosi macam ni. Nampak sangat aku lemah. Nampak sangat aku cepat mengalah.
Aku rasa, hari ni Allah makbulkan doa aku. Allah beri aku pelung untuk merasa bahagia.

Hari ni suami jumpakan Adam dengan emak dan abah mertua aku. Tanpa aku of course. Diorang belum bersedia lagi nak jumpa aku. Dan aku mungkin belum terlintas untuk berjumpa dengan diorang. Aku titipkan salam kasih dan sayang aku buat mereka melalui Adam. Aku faham, diorang pun takkan nya nak jumpa aku lagi.

Pertemuan selama setengah jam cukup untuk membuatkan aku yakin yang mereka menerima Adam. Takpelah kalau diorang belum nak jumpa aku lagi. Takpe. Asalkan diorang nak jumpa Adam. Nak mengaku yang Adam cucu diorang, darah daging diorang. Kata suami, abah mertua aku peluk - peluk Adam. Dukung - dukung Adam. Abah mertua aku kata Adam comel. Aku rasa nak menitik airmata bila suami kata macam tu. And Adam pun mesra dengan atuk nenek dia. Adam taktau apa - apa. Adam takde dosa apa - apa dengan diorang. Kalau nak dihukum, dimaki, aku sedia terima semua tu. Tapi jangan pada Adam. Adam suci murni.

Aku tak harapkan emak abah mertua aku akan terima aku. Biarlah aku hidup dengan kebencian ni. Demi Allah aku redha. 

Aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan emak abah mertua aku. Nak peluk cium tangan diorang, aku rasa aku hanya boleh buat dalam mimpi. Tapi buat dalam mimpi aku pun aku dah cukup bersyukur, sebab aku tak pernah mimpikan emak abah mertua aku. Apatah lagi nak buat di alam nyata. Aku hanya mampu berdoa.

Orang yang tak faham keadaan aku, diorang hanya tahu mengata, mengeji, mencela. Biarlah. Aku doakan mereka takkan rasa apa yang aku rasa. Aku doakan anak cucu diorang takkan lalui macam apa yang aku dah lalui.

Dan untuk hari ni, aku rasa cukup bahagia.

Terima kasih emak, abah.

14 comments:

Anonymous said...

cik bunga: tersentuh hati masa baca entri awak....

Cik Puan Bunga said...

@CutieIntanI doakan u takkan rasa apa yang I rasa. Amin! :]

♣DYA AL-AIEN♣ said...

T_________T
sedihnya...

Cik Puan Bunga said...

@♣dya aien♣Jangan ah sedih. nanti akak sedih sama ;]

Nini Hartini said...

ahhh banyak nak comment. err nasehat kot? tp takut kalau tak sesuai..

apa pun, tini doakan semoga akk dpt tempuhi ujian ini dgn sabar. sentiasa berdoa moga diberi laluan dari Allah, di beri petunjuk cara bagaimana yg perlu dilakukan agar perdamaian dpt disegerakan. amin..

mieyza said...

:'(

KatekateKite said...

huhuu...

sedih.... T_T

nur easy said...

entry ni menjawab persoalan dari entry y lain.. wpun tak tau puncanya, mudah2an kasih sayang dan rahmat dariNya melimpahi hati2 semua. Semoga silaturrahim akan berkekalan

*kalaulah hasrat semasa umur 23 tahun jd kenyataan, mungkin saya jg akan melalui episod seperti ini...

Cik Puan Bunga said...

@Nini HartiniAmin! Takpe nak nasehat, bagi jek... akak suka dengar nasihat. kalau berguna kan boleh dijadikan panduan! :D

Cik Puan Bunga said...

@mieyzasob sob!

Cik Puan Bunga said...

@KatekateKiteNi nangis ke ketawa neh?huhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyJanganlah. Jangan jadi macam i. seksa. huuuu!

Naddy said...

Alhamdulillah...

Cik Puan Bunga said...

@NaddyAmin!