Tuesday, May 24, 2011

Cikgu Korang Gilakan DOMOKUN Pulak.

Domokun tu comel kan?Pada aku la. Aku rasa dia macam comel sangat. Kotak - kotak pastu ada gigi tajam. Aku start demam menatang ni masa birthday Embun hari tu, dia dapat Domo ni, kawan dia bagi. Aku terus rasa macam eh comel kau menatang!

Hello Kitty tetap mendahului senarai menatang paling comel di alam maya. Cuma cinta beralih arah sekejap.Kehkeh.

[Warghhhhhhhh!]
 Comel kuasa dua.
Tadi dalam bilik guru, ada sekumpulan budak form 5 datang jumpa my skandal, Tika. Diorang nak tempah felt toys dari Tika sebab Tika ada ambik tempahan untuk buat bendalah tu, then ada sorang budak ni dia punya tempat simpan duit berupa seekor Domo yang comel. Wah comel betul, kemas je buatannya. Nampak macam handmade lah. Aku terus rasa terangsang nak memiliki benda yang sama, terus aku copet benda tu dari dia. Haha. Jahat tak?

"Mana awak dapat ni?"

"Kawan saya teacher, dia buat. Beli dengan dia RM12."

"Teacher nak!"

Wah! Macam komunis punya perangai. Terus aku buat harta benda, siap terus masukkan handphone cap katak aku dalam dia. Terkebil - kebil mata budak tu. Nak melawan karang dikata derhaka pulak.

"Nah nah. Teacher bayar RM13 kat awak ye. Awak pergi tempah yang baru ye. Nah lebih seringgit sebagai wang pampasan. Kesian teacher, teacher takde pouch bag untuk handphone teacher."

"Okey teacher."

"Redha tak ni?"

"Redha. Redha teacher."

Haha. Macam tak redha jek. Siot perangai teacher kau nih. Bukan aku rampas pun ke copet ke apa, aku bagi wang pampasan lagi. Kehkehkeh. Menyumpah dalam hati agaknya budak tu. Chill! Kita kawan kan? (Kelip - kelipkan mata)

Domo yang berjaya dicopet.
Tak sabar nak dapat Domo yang tempah dengan Tika. Eh sesiapa yang tak tahu Domokun ni adalah menatang apa, maka boleh tengok kat SINI.

Dah.Babai.

12 comments:

nur easy said...

hahaha sampai mcm tu sekali ke?? ;)

eira yasin said...

ouhh teacherr ! thats my domo . HAHAHA . takpe takpe , dah redhaa dah . dah beli kopok leko dgn wet pampasan teacher tadii . HAHAH . balik teros jumpa pembuatnya teros tempah satu set lagii . hehehe :D

Cik Puan Bunga said...

@nur easyCikgu terlampau! ;]

Cik Puan Bunga said...

@eira yasinAhahhhh! Teacher sayang awak sangat2! Thanks kerana sudi melayan perempuan gila ni! ;]

noie said...

jom tgk koloeksi domo saya teacher... dari harga rm2.50 jer :)

Cik Puan Bunga said...

@noiewah! wajib terjah!

aqilarubaai said...

huhuhu...cp bunga kalau nk lagi leh contact2 sye ehh ehh. domo keluaran sye tu ;p

Cik Puan Bunga said...

@Cik AqilaOh awak yang buat rupanya! hahahaha comel!

aqilarubaai said...

wink! wink! nak hias kereta cikgu dgn serbaserbi domo pon bolehhhh

Cik Puan Bunga said...

@Cik AqilaAwak silalah taja teacher. Haha!

Mai said...

Cik puan bungan..jom pergi site maii..crochet domo-kun XD

Fabulicious Shoppe said...

salam,peminat DOMOKUN ehh?
mehh la singah ke pages facebook sy di link bwh ni yek :)

http://www.facebook.com/pages/Fabulicious-ShoppeAngryBird-Domo-Kun/218341638226640