Pada aku, emak aku perempuan paling cantik dalam dunia.
No offense. Kau pun boleh kata emak kau perempuan paling cantik dalam dunia. Tapi dalam blog kau sendirilah.
Back to the main topic. Emak aku perempuan paling cantik dalam dunia.
Sebab tu kami adik beradik cantik – cantik macam emak aku. Emak perempuan bijak. Tapi sebab emak tak dapat peluang bersekolah, emak tak dapat nak menyalurkan kebijaksanaan emak ke tempat yang sepatutnya. Masa aku kecik – kecik, aku malas baca buku. Aku malas nak belajar. Aku sekolah kat asrama penuh tempat orang pandai – pandai pun tak guna sebab aku tak jadi pandai pun. Sebab aku malas belajar. Hari aku keluar dari asrama, aku tengok muka emak memang penuh dengan kekecewaan. Emak tak kata apapun. Cuma hari pertama aku nak pergi sekolah kat sekolah harian biasa, ayat emak cukup simple, tapi sekali aku dengar terus terkesan dalam hati aku sampai sekarang.
“Kalau malas belajar, jadilah bodoh macam emak”
Walaupun aku masih malas belajar lagi lepas tu, tapi kadang – kadang malam sebelum tidur aku buat sikit revision untuk pelajaran hari tu punya.
Aku belajar macam – macam dari emak. Emak orangnya simple. Tak meminta – minta. Emak tak hadap kemewahan dunia. Emak hidup cukup puas hati dengan apa yang emak ada. Emak orangnya cool kentang. Emak selalu buat baik dengan orang yang menjahati dia. Aku rasa, perangai emak yang ni sikit sebanyak ada dalam diri aku kot. Betul. Aku selalu menerima baik orang yang jahat dengan aku. Walaupun aku marah, benci, sakit hati, aku masih menerima baik orang yang buat jahat kat aku. Aku baik hati, kan? Terima kasih.
Cara emak mendidik kami cukup simple. Emak tak pernah lah nak rotan ke pukul – pukul ke, emak gunakan psikologi. Emak kalau bagi nasihat memang nampak macam acuh tak acuh, tapi apa yang emak cakap tu memang buat hati keruan tak tentu hala. Masa aku nak kahwin dulu, emak tak pernah pun halang. Emak kata fikir masak – masak, emak doakan apa yang terbaik untuk aku. Emak terima baik pilihan hati aku. Ini memang betul – betul buat aku terharu. Orang buat emak macam – macam. Orang jatuhkan maruah emak, orang keji emak macam – macam, sampaikan sedara mara emak sendiri buat onar dengan emak, tapi emak layan baik semua orang yang buat hina dengan emak. And for that, aku salute emak dengan tabik spring!
Aku dah besar panjang ni pun, kalau pergi sekolah, emak masih sediakan bekal untuk aku. Emak jahitkan baju untuk aku pakai pergi sekolah hari – hari. Seluruh hidup aku, aku nak dambakan untuk emak.Aku nak jaga emak. Aku nak selalu ada dengan emak. Aku nak tidur dengan emak. Aku nak bagi emak apa yang emak nak. Emak tak pernah sikit pun memintak – mintak. Tapi aku happy dapat bahagiakan emak.
Kalau aku dapat transferkan semua pahala – pahala yang aku ada untuk emak, and aku dapat pikulkan dosa – dosa emak sepanjang hayat, cukup untuk buat emak masuk syurga Allah, aku sanggup. Aku sanggup tanpa sebarang kompromi. Sebab emak sayang aku selama ni pun tanpa sebarang kompromi. Tanpa syarat. Unconditional love. Aku nak emak sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang yang Esa. Emak orang baik – baik. Kalau aku ada sifat baik – baik dalam diri aku, itu adalah sifat baik emak yang emak tanamkan dalam diri aku. Dan sifat – sifat jahat aku, adalah memang aku yang jahat. Bukan sebab emak ajar aku jadi jahat ke apa. Itu aku.
Bila aku sendiri dah jadi emak, aku tau kenapa sampai mati pun aku takkan dapat balas jasa emak. Untuk membawa aku melihat dunia, emak pertaruhkan nyawa dia sendiri. Emak tau emak mungkin akan mati, tapi emak redha dan rela, emak lahirkan aku ke dunia, nyawa jadi taruhan. Dan aku rasa aku sangat terlaknat, kalau aku buat mak menitiskan air mata kelukaan kerana aku.
Aku tau sampai mati pun aku takkan dapat balas jasa emak. Emak terlalu agung untuk aku. Kasih sayang emak, aku tak taulah macamana nak cakap. Aku tau, takde bandingan.
Emak, Selamat Hari Ibu.
Lina sayang emak.
Emak cantik. Errr emak aku yang sebelah kanan. Yang kiri tu emak mertua Tasa. Haha.
Emak aku cantik macam aku.
Dah.Babai!
2 comments:
bergenang2 airmata ingatkan emak sendiri...
@nur easySobbbb sobbb... (T__T)
Post a Comment