Ewah mementang cuti sekolah ramai pulak yang mengambil keputusan nak berkahwin. Musim mengawan lah kalau dalam bahasa kongajo nya. Tak kisahlah musim mengawan ke hape ke perut aku jugak yang kenyang asyik makan freeee je manjang. Rezeki jangan di tolak. Nak - nak lagi kalau wedding jenis yang provide booth makanan 3 - 4 jenis, memang melekat lah punggung aku tak gerak - gerak. Cuti sekolah ni setiap minggu ada wedding. Start dari 28hb lepas sampai minggu nak naik sekolah nanti penuh okay dengan undangan wedding.Wedding marathon ya'll!
Start dengan wedding cousin aku. Yang belah perempuan dah selamat dah masa bulan2 hari tu, so belah cousin aku buat minggu lepas. Lauk pauk ala ala kampung cuisine. Sedap! Nak nak lagi ada sambal belacan. Terujalah aku suami isteri makan. Adam pulak tak banyak buat perangai. Kitorang dapat makan dengan penuh nikmat dan kegembiraan. Kalau time sedara sendiri buat wedding ni best! Nanti dapat jumpa sedara mara sepupu sepapat yang datang dari jauh dekat. Yang lagi best nanti compare - compare sapa yang lebih gemuk. Tahun ni pailang sikit ah sebab aku lah asyik di bahan je sebab aku yang paling membulat sekali berbanding dengan yang lain - lain. Memang kongajo pakcik - pakcik aku. Mulut memasing takde insuran takaful. Sabooo ajelah.
Kami empat beradik. Dari kiri Makngah, Maklong, Embun and aku.
Alalalalala sweetnya aku (Puji diri sendiri) dengan suami. Makcik aku sebab kacau daun maka mukanya terpaksa dihapuskan. Aku letak watermark. Kakakakakaka!
Ni cousin aku Enol dengan wife dia yang cantikkkkkk sangat. Sopan santun, lembut je wife dia. Kalau aku dengar dia cakap mesti aku rasa nak tidur. Huhu. Sembarang je kau, Nol! Kau nak potong kek ke nak potong ayam?
Esoknya 29hb memang marathon habis. Kalau nak diikutkan ada 3 tempat tapi berjaya pergi 2 tempat je sebab kekangan masa. Chewahhhh! Kekangan masa babe! Haha. First awal pagi pergi rumah Datin Rimah, anak bujang dia yang of courselah sekarang dah tak bujang punya wedding. Kitorang dapat pergi 2 tempat e sebab kat rumah datin Rimah ni melantak tak hingat. Macam makan kat restauran pulak. Lepas habis satu menu sambung menu yang lain. Sampai - sampai je makan nasi beriyani lepas tu pulun sate ayam lepas tu pulun cendul. Burpppp! Alhamdulillah! Sedap! Layanan tuan rumah yang mesra tahap dewata buat kitorang rasa nak baring - baring pulaklah lepas makan. Kehkeh.
Habis je terus pergi Muar pulak. Wedding anak sedara makcik. Sampai kat sini dah tak lalu nak makan sebab perut kenyang sangat. Makan bubur nangka tapi tu pun tak habis. Gila betul perut rasa sendat dah tak boleh nak bernafas dah. Macam ni kata diet?Muntah ramai - ramai.
Muka control cun. Happynya sekarang kalau bergambar muka dah tak yah nak edit dengan photoshop! Kehkeh!
Maklong, Tisyar dengan akulah of course. Mana tah anak bujang aku merayap time ni.
Kacak laki kau,long! Sampaikan terbeliak - beliak mata kau. Haha.
Next week sabtu dengan ahad pun penuh. Tapi rasanya tak dapat pergi kot sebab kitorang nak pergi holiday! Yayyyyyyyy!
p/s : Aku suka kalau pergi wedding dapat telur pindang. Sedap!
Dah.Babai!
4 comments:
minggu dpn baru nk start mkn nasik minyak.. sedang kosongkan perut bg laluan pada masik minyak, ayam merah, gulai daging.. bla bla bla.. nyummy
meriahnya.. sekali lg, di manakah gambar makan2nya.. hehe..
bestnya p holiday..
@Lizzie YasminHaaaa sila makan banyak2 tanpa segan silu! Haha!
@nur easyTak amik gambar. Segan nak amik gambar makanan. Kihkih!
Post a Comment