Kalau boleh kau jangan ah sebut - sebut pasal MC ni depan rakan - rakan sekerja. Boleh mengundang bencana. Silap - silap boleh dibahan kau dek kerana ambik MC. Sedangkan Cuti Rehat Khas yang memang hak milik kita kalau kita ambik pun boleh mengundang peperangan, apatah lagi MC! Kau jangan buat main! Tapi nak buat cemana kan, kalau kita dah memang kurang upaya nak bekerja.
Bangun pagi dah memang terasa badan lain macam. Sampaikan suami pergi kerja pun aku dah tak larat nak angkat kelopak mata. Derhaka betul. Nasib baik Adam bangun lambat, jadi aku sambung tidur balik sampai pukul 9pagi. Bangun - bangun je, emak ajak pergi berubat. Berubat sampai dekat nak pukul 11 pagi, sampai je rumah terus badan menggigil - gigil macam nak demam. Ditambah pulak dengan cuaca dunia yang panas, aku rasa macam nak bogel dan baring dalam besen.
Petang, aku rasa dah rasa lain macam dah. Nak pergi klinik memang aku rasa macam membahayakan keselamatan jugak nak drive sorang - sorang, terpaksa tunggu suami balik kerja. Suami pulak lepas kerja nak pergi Kangaroo Courier dulu, ambik parcel aku, pukul 6 petang baru sampai rumah, fine aku rasa macam dah kehabisan nyawa nak hidup dah. Lepas maghrib terus pergi klinik dengan suami, bawak Adam hemsem sebab dah janji dengan dia kalau dia behave and tidur petang, aku nak bawak dia jalan - jalan.
Dahsyat jugaklah ubat - ubat yang aku dapat, aku budget dapat dua jenis ubat je, rupanya dapat 3 jenis. Tahniahlah kepada diri sendiri. Padan muka. Semalam aku eksyen je mintak demam dengan Tuhan. Hari ni aku dapat.Padan muka padan muka. Tapi okay jugaklah aku dapat MC 2 hari. Sejak kejadian tahun lepas, aku sekarang ni kalau dapat MC (Tak kiralah dari kerajaan atau klinik swasta) or aku keluar sekolah hantar pertandingan ke, pergi berkursus ke, pergi bertugas kat luar ke, mesti aku buat copy MC / surat tugas and tampal dalam buku rekod mengajar. So kalau ada mulut - mulut sumbing kata macam - macam, aku hempuk je eh aku tunjuk je buku rekod aku kat dia. Sekarang ni semua - semua pun kena ada bukti.
Ubat aku. Dah macam sakit kronik pulak ubat besar - besar. Meriah kaler dia!
Surat MC aku. Tu ada number phone. Kalau ada apa - apa kemusykilan, call terus doktor yang berkenaan. Emosi aku.
Dapat MC 2 hari ni dapatlah aku siapkan kertas soalan Bahasa Inggeris dengan buat minit mesyuarat panel lepas. Bukan aku suka - suka goyang kaki eh MC ni. Gigih aku ni. MC pun bertugas dari rumah. Tahap dedikasi aku ni.
Dah.Babai.
p/s : Taknak doa cepat sembuh sebab kalau sakit ni kan menghapus dosa kecil.Amin!
4 comments:
fuh tudia ubat die! len macam!
kalau dah mmg gigih, waktu berehat pun mesti mau gigih kan? ;)
@KatekateKiteUbat dia sungguh menggemparkan.Haha!
@nur easyAmin!Amin! Haha!
Post a Comment