Thursday, June 30, 2011

Bad Request 400 Cara Mengatasi Permasalahan Yang Sibet Ini

Hari ni aku tersangat yakin blogger di Malaysia ada yang mengalami masalah nak publish ke nak log in ke nanti dia keluar Bad Request 400. Macam haramlah sangat kan, penat type tapi hape pun tak boleh. Bila aku Google, rata - rata blogger yang guna Mozilla semua mengalamai situasi palat sama macam aku.

Tadi bila aku blogwalking, aku terjumpa tips cemana nak atasi masalah ni khas untuk blogger yang guna Mozilla. Ini aku dapat dari blog My Name Is Mar. Sungguh berguna tips ni. Teruja aku. Meh aku share dengan korang. Kredit untuk blog My Name Is Mar.

Memula pergi kat Tab Tools then select Options pastu dia akan keluar pop - out cenggini.

Then bila pop - out cenggini dah keluar, maka terus klik kat bahagian Privacy and select Never Remember History.
Quote dari blog My Name Is Mar :

Itu bermakna Cache korang akan sentiasa Clear.
Aku pun tak tahu sebenarnya apa kaitan masalah Bad request tu dengan History browser.
Tapi aku pernah terbaca yang kalau nak guna mozilla, kena rajin clear cache untuk buka Blogger.
Dan memang betul pun. Aku tak ada masalah browse blogger guna Mozilla :)

Selamat mencuba ya sekalian bloggers.

Dah. Kbhai!

Testing Testing 1,2,3!

Alhamdulillah. Bangun pagi dah rasa sihat sikit. dah takde rasa gatal walaupun kulit macam biasa masih berbintik and merah - merah bekas gegata semalam masih ada lagi. Takpelah tabahkan hati. Ujian ni kena redha dan ikhlas. Cehceh. Oh dan bila aku bangun pagi tadi aku rasa macam dapat kebolehan baru untuk mendoodle.

Super comel eh? Super Junior pun tak comel macam ni! Wakakaka!
Walaupun rambut dia kejung macam tak bershampoo tapi still nampak comel. Hahahaha perasan gila ayat aku!

Dah.KBhai!

Blog Famous Kalau Masuk Majalah

Kan? Aku rasalah. Sebab kalau masuk majalah mesti ramai  yang baca, lepas tu ramai yang tergerak hati nak tengok blog kau, lepas tu mana yang dah tertambat hati akan follow. Alahhh bestnya! Bila aku blogwalking kat sidebar mesti ada featured mana - mana blog yang pernah masuk majalah. Kau tau tak betapa jealousnya aku?

Aku telah membuat hipotesis sendiri. Tapi hipotesis cap katak jelah kan, sebab ditulis berdasarkan emosi dengan keadaan diri yang gatal - gatal nih. Hipotesis ni bertajuk Kenapa Blog Kau Tak Famous Walaupun Dah 5 Tahun Kau Berblog. Loser!

# 1 Blog Serabai Langsung Tak Berinformasi

Blog kategori picisan cum merapu macam blog aku jangan haraplah kalau korang terfikir nak menambah ilmu pengetahuan kat sini. Godeh macamana pun entri yang keluar semua yang merapu - rapu. Sabooo ajelah. Macamanalah nak femes kan. Lainlah kalau aku buat cetusan pendapat yang super extreme ke, buat pengakuan berani mati ke yang sebenarnya aku ni orang Super Saiya ke hape kan. Atau, nak lagi palat, aku buat entri troll blogger lain. Keji habis.

# 2 Tak Banyak Buat Tutorial

Macamana nak buat tutorial. Coding pun masih terkial - kial. Setiap kali nak make - over blog Google tutorial dari blogger lain. Hampehtakhampehtak!

# 3 Tak Stylo / Tak Masuk Group Fashionista / Tak Join Gathering Gempak

Kasihan deh aku. Duduk kat ceruk. Macamana nak join gathering super best kan kan? Dahlah tak reti pakai shawl lilit lilit, tak stylo pulak tu. Balik - balik sarung T- shirt bodoh dengan selipar Jepun. Masih ada hati nak tepek muka sendiri kat blog. Muka kalau photogenic takpelah jugak. Pakai sarung guni pun nampak lawa, ini muka nan hadooo jek pun sibuk nak cari publisiti murahan. Bila muka dah nan hadooo jek takkanlah aku nak join group - group fashionista kan? Mau terbelekik air liur semua orang kalau aku masih bermimpi seperti itu. Sila tengok blog - blog manusia yang pandai bergaya, kira berapa juta followers dia ada. *Main semut bawah pokok sambil kecewa*

# 4 Takde Kebolehan Lain Selain Merepek

Aku tak pandai mendoodle macam orang lain, tak pandai buat lawak dan menghasilkan vlog sendiri, tak pandai nak menjahit ke buat kek ke, tak pandai nyanyi dan menghasilkan channel youtube sendiri. Selain merepek tanpa motif aku langsung takde kelebihan yang boleh dibanggakan. Again, menyumbang kepada sindrom blog tidak femes.

# 5 Aku Buy And Blog Barangan Cap Katak

Ada ke beli ubat gigi perisa epal pun aku nak update kat blog? Compare dengan orang lain yang beli handbag LV dan publish kat blog, kau rasa mana yang lagi memberi kesan? Ubat gigi perisa epal atau handbag LV? Bercuti pun takdelah sampai ke Malibu ke, Las Vegas ke, paling jauh pun pergi Terengganu je. Siap duduk bilik tumpangan lagi, bukan duduk hotel mewah. Halo, cemana nak tarik readers der?

# 6 Blog Aku Tak Masuk Majalah

Jangankan majalah Mangga ke hape, majalah sekolah sendiri pun aku tak pernah masuk. Memang double loser ah!

Macam yang aku cakap tadi, tu semua hipotesis orang tak stabil emosi. Sebenarnya aku okay je dengan pencapaian blog aku setakat ni. Asalkan ada readers, silent readers and stalkers aku dah cukup gembira and nak update blog tiap - tiap hari. Yang lagi best, kalau entri - entri aku boleh menggembirakan manusia lain. Bahagia rasanya.

Kan dah kata. Bila ada yang happy baca blog aku, aku happy jugak!

Dah.Kbhai!

Wednesday, June 29, 2011

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga Lah Pulak

Dulu masa kecik, aku selalu beranggapan yang kalau kita sakit ke demam ke sakit apa - apalah sebab dapat bala dari Allah. Sebab aku nakal and jahat sangat maka Allah bagi aku sakit kaw - kaw punya. Tu masa aku kecik lah kan. Apa pun tak tau. Apa pun tak boleh! Huhohi! Tapi bila aku dah semakin besar ni ala - ala dah pandai berfikir ni terbalik pulak. Bila aku sakit ke demam ke apa kan, aku anggap tu semua ujian dari Allah lah. Allah sayang aku. Nak hapuskan dosa - dosa kecik aku. Nak bagi aku kuat. Makanya bila aku sakit aku pun ucapkan Alhamdulillah. Huhohi baik tak aku? Sebab aku seratus peratus yakin Allah takkan uji aku suka suka kalau dia tau aku tak boleh go through benda - benda remeh macam ni. Hewahh hewahh remeh kau kata yee, tapi masa sakit melalak - lalak jugak kau! Bwuhuhu!

Haaa tu sifat negatif aku lah. Korang jangan ikutlah eh. Aku kalau sakit memang suka melalak. Takdenya aku nak senyap duduk diam dalam bilik buat cara macam orang sakit. Aku kalau sakit makin kuat membebel. Kejap - kejap merengek lah nak makan buah lah, nak anggur lah nak air cokelat lah. Kadang - kadang orang layan. Kadang - kadang diorang pakat - pakar buat dunno jek kat aku.

Hampir dua minggu diserang Chickenpox and masih dalam stage penyembuhan, aku tak sangka pulak Allah nak uji aku dengan satu lagi penyakit. Dari semalam aku kena gegata atau orang panggil Kelopak Garam ikut sukalah korang nak panggil apa kan. Dia fleksibel je korang nak panggil apa pun. Gegata ni start dengan rasa merenyam yang kemudiannya akan bertukar menjadi super duper gatal yang buat kau keruk - keruk badan kau macam beruk. Mula - mula kena aku bantai makan ubat gatal saki baki Chickenpox hari tu. Lepas tu bubuh bedak + garam + air sapu kat satu badan. Ni petua emak bagi ni. Lama - lama aku rasa gegata ni jadi imune pulak dengan traditional ointment ni. Eh dia makin mengganas pulak tahap kegatalannya. Cis betul!

Bila dah tak tahan sangat, aku terus pergi klinik. Dengan bawa Adam yang hyper macam ulat nangka, mana nak tergaru - garu lagi, oh super duper mencabar. Nasib baik aku the only patient and doktor pulak available, tapi kena tunggu sekejap pasal dia nak solat Asar dulu ke hape kan. Aku pandai - pandai je berfikiran positif. Bwuhuhi!

Geleng kepala je doktor tu sebab last two weeks aku datang sebab Chickenpox, ni kena gegata pulak. Doktor tu kata maybe aku kena alahan sebab selalunya gegata ni punca daripada alahan. Entahlah aku pun tak dapat nak fikir aku makan apa sampai kena alahan. Dahsyat eh mentekedarah sampai tak ingat makan apa. Huhu!

Masa memula dia menyerang comel jek bintat kat tangan aku.
5 minit kemudian perubahan drastik mula dikesan di tangan. Dah tak comel dah weh!
Kat betis dua - dua belah pun kena jugak.
Sebelum
Selepas
Paling musibat kena kat area perut, badan, pangkal peha ni memang tempat yang paling tebal kena. Aku dah snap jugak gambar tapi nak upload suami jeling je dia kata aku buang tebiat nak upload gambar - gambar censored! Auwww! Hahahaha! Korang nak request boleh jek aku bagi nanti eh? Hahahaha!
Doktor bagi ubat sapu Beprosone, pil gatal and pil alahan dengan MC sehari. Wahhh kacak ah tak mintak MC pun dapat MC. Agaknya tengok aku dah tergaru - garu macam hape dia pun bagilah aku MC sehari. Alhamdulillah.

Fuhh dalam hati aku berdoa sangat - sangat semoga aku tabah ujian ni.Setan punya hasutan memang terbaiklah menacabar betul. Bila terasa - rasa hati nak mengamuklah, nak salahkan taqdirlah hape kan, cecepat aku istighfar banyak - banyak. Choi choi! Pegilah kau setan! *Tarik nafas - lepas* Memang full package lah aku dapat. Muka + badan berbintik + gegata yang super cute = awesome lah hidup aku!

Dah KBhai!

Rabu Tanpa Kata - Kata


KBhai!

Monday, June 27, 2011

Sekarang Di Stage Penyembuhan

The only reason aku suka pergi gov punya klinik adalah kerana aku tak perlu bayar mahal untuk servis yang sama macam private. Well, ini pendapat aku la. Kadang - kadang aku pergi private pun kalau servis diorang macam palat aku nak kata apa kan? Tapi ada jugak private yang servis memang best. And tak semua gov punya klinik servis macam haram. It's a win - win situation la. Kadang - kadang bergantung kat nasib kau jugak. Kalau dah tema hari itu adalah Hari Palat Sedunia hmphhhh. Tak perlu kata apa - apa.

Hari ni hari ke sepuluh aku diserang Chickenpox. Alhamdulillah aku beransur sembuh tapi time ni badan and muka aku penuh dengan parut - parut. Punyalah aku jaga makan, tak makan kicap, tapi kalau dah kata Allah bagi rezeki aku berparut maka berparut juga adanya. Badan aku gatal - gatal gila babun punya. Selamba je aku garu sebab tak tahan gatal. tapi ada jugak saki baki pox yang baru nak tumbuh, kat leher, perut. Apasal tah dia tumbuh terlambat. Haha ketinggalan bas kot!

So pagi tadi aku pergi check up kat KK Batu Pahat sebab aku rasa macam belum baik sepenuhnya. Masih gatal - gatal. Sampai kat KK pukul 9 pagi. Kalau ikut jam gov 9pagi ni kira lambat gila sebab kalau kau nak di serve cepat, maka silalah datang KK cepat. Nak lagi bagus, lepas Subuh hah silalah beratur siap - siap. Dapat number giliran 2202. Tahniah lah sebab number yang sedang di serve adalah 2147. Ada berapa puluh lagi sedang menunggu giliran? ha kau kira sendiri. Ini number untuk register tau. Belum lagi number untuk rawatan. Sabarr sabarrr.

Lepas register, number untuk rawatan adalah 1116. Aku kena tunggu 40 patients yang masing - masing tengah buat muka sakit kronik sehabis tenaga. Lepas menunggu dengan penuh kesabaran yang tiada tolok bandingnya maka sampailah giliran aku. Orang kata kalau kita sabar dan ikhlas, nanti Tuhan bagi balasan baik - baik. Alhamdulillah, Doktor yang merawat aku baik sungguh budi pekertinya. Dia dengarlah keluh kesah aku dok gatalll gatallll lepas tu sanggup tengok bintat - bintat kat badan aku satu satu nak pastikan dah kering sepenuhnya ataupun tak. Lepas tu sanggup jawab soalan aku dengan clear, maklumlah aku ni kalau dah tanya memang annoying jugak orang nak menjawabnya. Doktor kata aku belum baik lagi, masih ada bintat yang masih produce nanah so dapatlah MC 4 hari sampai hari Khamis. By that time dia kata insyaAllah bintat dah kering and jadi kudis, tunggu nak tanggal je kudis - kudis tu.

Balik dari KK aku lapar gila ajak suami singgah KFC. Lama aku tak makan ayam. Nak makan ayam punya pasal kan. Kalau kata gatal lepas ni maka redha sajalah. Huhu.

Dapat sticker Drive-Thru KFC. KFC ada Drive-Thru eh? Kenapa aku tak tahu? Ye. Aku katak bawah tempurung.
Snack Plate. Suami punya. Dia taknak makan KFC. Sibuk nak nasikkkkk nasikkkk.
Muka terpaksa muka terpaksa!
Orang sakit minum Milo Ais je. Yang tak sakit boleh sental carbonated drink.
A.M Twister + Cheesy Wedges. Maka dengan ini saya redha kalau gatal.
Wahwah sedap betul aku melantak. Macam dah berapa tahun je tak makan ayam. Lepas ni aku nak makan udang + ketam + sotong semua - semualah aku nak makan. Dah berapa minggu ni makan benda - benda payau je. Kesian perut aku. Macamana nak buncit kalau makan makanan berkhasiat? Alhamdulillah. Walaupun KFC tak termasuk dalam list benda - benda yang aku nak makan lepas baik Chickenpox ni, tapi belasah ajelah kan. Sedapnya ayam! Huhu!

Tadi sebelum keluar kereta puas aku cari compact powder aku mana. Segan jugak nak keluar dengan muka bintik - bintik macam ni. Tapi suami kata takpe, aku cantik je macam tu pun. Maka dengan confidentnya aku keluar tanpa make up ke lipgloss ke hape. Takde. Muka suci murni adabi.

Ehem. Inilah yang dikatakan natural beauty wahai kawan - kawan.
Tadi ada misscalls dari office sekolah. Tak sempat nak angkat, masa tu aku tengah tunggu turn kat KK. Baru tersedar dah lama rupanya aku tinggalkan sekolah. Rindu pulak tiba - tiba kat students. Diorang rindu tak kat aku eh?
Doakan aku cepat sembuh ya.

Dah.Babai!

Saturday, June 25, 2011

Dari Hong Kong. Peh! Nak Pergi Hong Kong, Please!

Hari Sabtu dan super teruja bila Pakcik Posmen datang dan seperti biasa membawa kegembiraan dalam sebuah bungkusan. Yeehahaha! Kalau sebelum ni bau kebahagiaan yang datang adalah dari Jepun, kali ni dari Hong Kong pula. Wajiblah teruja!

Ingat lagi tak aku join GA ini? Well, terpilih pulak dalam kumpulan manusia bertuah maka merasa jugak ole ole dari Hong Kong. Thanks Hani. Lain kali pergi Hong Kong bawaklah I sekali! Kehkeh!

Fridge Magnet + Keychain
Comel!
'B' tuh stand for Bunga heh? Weee! Comel!
First time menang GA kan, jadi dia super teruja sikit. Alhamdulillah. Kena bersyukur. Jangan jadi manusia yang kufur nikmat. Amin amin!

Dah.Babai!

Wishlist. Sambil Tunggu Kalau - Kalau Ada Shooting Star.

Di kala ini. Di saat poket terbarai ini, aku sangat mengharapkan benda - benda ini :

[1] Handphone baru. Handphone lama ada lagi, boleh pakai lagi. Tapi dah calar - balar kena lambung - lambung dengan Adam. Nak cas pun masalah. Kena tekan kuat - kuat sebab dah masuk air liur Adam.

[2] Handbag baru. Handbag lama ada lagi, boleh pakai lagi, Tapi dah tak sesuai dengan status aku sebagai seorang emak. Kalau dapat yang hobo ke sedap jugak. Aku kalau dapat beli Coach sebijik sumpah aku tak beli handbag baru setahun. Mintak - mintaklah suami baca entry ni. Amin.

[3] Wiper kereta. Yang ni betul - betul penting. Yang lama dah tak bersih kalau time hujan. Gila aku tak nampak satu hapepun karang.

[4] Sofa baru. Sofa lama ada lagi, boleh pakai lagi. Tapi jadi rumah habuk. Lepas tu benang dia banyak yang tercabut lepas tu dia oversize. Ruang tamu jadi kecik. Kalau dapat sofa yang kecik comel pun syukur dah. Yang murah - murah pun takpe. Aku tak demand sangat.

Sekian saja setakat ni. So far earning Nuffnang aku cukup buat cover wiper baru jek. Camno? Huhuhu. Nuffnang bagilah saya BE manyak - manyakkkkk! Amin!

Dah.Babai!

Induce Terjadi Bila Mama Overdue. Sakit Tak? Entah.

Nak share pengalaman induce labor dengan semua rakyat jelata. Mana yang baik dijadikan panduan mana yang tak berapa nak baik tu jadikanlah bahan kutukan. Haha kidding!

Adam sepatutnya sudah keluar melihat dunia pada tanggal 5hb Julai 2010. Kalau tak silap hari Isnin tu kengkononnya. Tapi masuk je bulan Julai takde tanda - tanda nak bersalin pun. Braxton Hicks contraction memang kerap lah jugak kan aku rasa especially time malam - malam. Aku seram betul kalau dia datang time malam. Aku takut aku tak dapat nak make up - make up masa nak pegi Hospital karang. Gila eh? Tahpape. Tapi aku ada satu impian untuk kelihatan cantik dan menawan masa tengah push baby nanti. Serious. Aku tak tipu. Aku selalu kongsikan impian ni dengan suami and skandal aku, Tika. Hahahahaha.

Masa 5hb Julai tu aku steady lagi pergi sekolah orang semua dah tanya - tanya eh tak bersalin lagi? Well, kalau aku dah bersalin takkanlah aku masih ada kat situ kan? *Tepuk dahi* Tapi dalam hati aku risau jugak kenapalah Adam takmoh keluar lagi ni kan. Aku rasa aku kira ovulation aku dengan tepat sekali. Aku dah ralatkan 3,4 hari jugak kalau ikutkan due aku ladi awal dari 5hb. Bila aku refer kat KK yang aku tak bersalin lagi  JM bagi aku 9 hari lagi. Kalau 9 hari tu aku tak bersalin jugak maka aku kena option ke plan B. Iaitu induce labor. Ngeee!

Tepat bagai dijangka 14hb Julai aku tak bersalin lagi maka bergeraklah aku ke hospital ditemani suami. Dan termakbullah doa aku nak pergi hospital bermake up - make up. Tahniah kepada diri sendiri. Sebelum pergi hospital sempat lagi makan KFC Pocketful + Pepsi. Aku dah set dalam kepala otak memang aku akan kena induce.

Apa yang dibuat masa kena induce?

Mula - mula macam biasa, doktor akan check dulu bukaan rahim kita. Diorang panggil benda ni V-Check ataupun stand untuk Vagina Chcek lah kot. Aku main hentam je. Rasa dia? Okay aku kena check dengan 3 doktor yang berlainan, perempuan Melayu, perempuan India dan lelaki Cina. Satu Malaysia tak? Kesimpulan, kalau doktor lain yang buat memang sakit nauzubillah. Tapi kalau doktor Melayu yang buat insyaAllah tak sakit. Aku rasa sebab doktor Melayu sebelum seluk dia akan baca Bismillah dulu kot. Yang lain tu main seluk mana dapat je. Ceh!

Lepas check doktor akan masukkan ubat yang mengandungi  prostaglandins dalam kita punya ehemehem untuk melembutkan serviks dan mempercepatkan contraction. Lepas masukkan ubat tu, kita kena baring jelah selama 2 jam. Kalau contraction terjadi within that two hours maka alhamdulillah lah. Kalau tak, selamba je kau tak rasa sakit apa - apa macam aku, siap boleh jenguk katil sebelah menyebelah lagi maka bersiap - sedialah untuk sesi memasukkan ubat kali kedua.

Bila tak jalan jugak masukkan ubat yang first tu, doktor masukkan ubat kali kedua (Oxytocin) ubat ni mempercepatkan lagi bukaan serviks dan melipatgandakan contraction. Ubat ni masuk guna IV pump / drip tu. Masa aku kena drip dengan ubat ni, aku dah selamat dilated sebanyak 3cm. Rasa sakit dia memang berganda - ganda dengan contraction normal. Tu doktor yang bagitau. Aku mana ada pengalaman bersalin pun kan. Doktor kata sakit lebih banding dengan normal contraction. Ah gasaklah. Janji aku dapat bersalin dengan selamat.

Induce ni bergantung jugak kepada individu. Hasil tak sama. Ada yang lepas masuk ubat wahhh cepat aje contractionnya. Ada pulak yang lambat macam aku. Yang penting banyak - banyakkan berdoa, tawakal dan redha. Sebab ada satu tahap tu kita akan berserah seluruh jiwa dan raga pada Allah. Kita akan sangat redha pada kematian, asalkan baby selamat. Percayalah, sampai macam tu sekali penyerahan diri kita pada Allah disaat kita bertarung nyawa melahirkan baby.

Tapi memang aku akuilah. Orang kata time pregnant jangan banyak buat benda - benda palat nanti Allah mudahkan time nak bersalin tu. Setiap orang ada bahagiannya. Yang tu nanti aku update lain kali kalau aku ingat. Hahahahaha.

Dah.Babai!

Thursday, June 23, 2011

Pakcik Isnin Bin Bardi Sudah 67 Tahun. Sayang Abah!

Happy birthday abah! Hari ni 23 Jun birthday abah aku. Jarang - jarang betul aku cerita pasal abah dalam blog ni. Abah taknak publisiti murahan. Abah nak masuk TV jek. Setakat masuk blog anak sendiri takde abah aku heran derr.

Aku rasa dah hampir 7 tahun jugak aku celebrate birthday abah. Sejak dah ada duit sendiri dapatlah aku sambut birthday ahli keluarga yang tinggal serumah. Beli kek sebiji, pastu beli makan best - best sikit. Simple jek. Tapi riuhnya kau jangan cakap ah. Yang penting ikatan kekeluargaan tu. Aku rasa happy kalau birthday boy / birthday girl rasa happy sama. Aku faham perasaan diorang. Rasa dihargai tu yang mengatasi segala - galanya. Yang penting hadiah setiap tahun untuk abah mesti ada. Puas fikir nak bagi hadiah apa kat abah. Last - last bagi sandal sebab abah pun takde sandal baru. Yang penting ikhlas.

Majlis start lepas Isya'. Tunggu abah balik dari masjid. Kami adik - beradik, dengan uncle / auntie / Meme dah berkumpul siap - siap tunggu abah. Emak pun dah pakai cantik - cantik tunggu suami dia balik. Cehcehceh. Ni yang tak tahan tengok adegan filem hindustan ni. Kehkeh. Abah sampai rumah, majlis terus start. Start dengan tahlil ringkas and bacaan doa. Lepas tu apa lagi sembelih pulut kuning dengan kek laaahhh!

Budak ni ligat nauzubillah. Taknak duduk. Nak merakas je. Dah pecahkan pinggan sebiji. Atuk Usu tengah makan, dia ketuk pinggan dengan senduk. Habis pecah!
Pulut kuning + rendang ayam kampung. Air tangan emak. Sedap woh!
Kek cokelat + blueberry.
Pasangan ni kahwin lambat. Anak pun baby lagi. Hahahaha!
Comel jek abah!
Aku doakan abah sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki. Aku nak sangat hantar abah dengan emak pergi haji guna duit aku sendiri. Ya Allah kau perkenankanlah doa hambaMU ini Ya Allah. Walaupun aku jarang borak - borak dengan abah banding dengan anak - anak yang lain tapi dalam hati, aku sayanggggggg abah. Kecik - kecik dulu aku selalu jek kena bantai dengan abah. Maklumlah, aku yang terpaling nakal. Setakat melambung  kena campak dengan abah setel jek aku. Haha.

Abah masa muda. Kacak woh!
 Dah.Babai!

Sebelum Nasib Kurang Baik Itu Bermula.

Ini adalah dua hari sebelum diserang chickenpox. Awal minggu naik cuti sekolah. Hari pertama. Hari Isnin. Siap pakai baju baru okay. Nampak tak betapa bersemangatnya aku datang sekolah pakai baju baru. Haha. Baju murahan je pun tapi tetap gembira memakai sebab dah namanya je pun baju baru kan. Masa ni aku dah rasa tak sedap badan dah. Kepala dah pening - pening, badan dah seram sejuk. Tapi malas nak layankan sakit tu sebab aku gila banyak kerja yang nak dibuat. Yang paling penting aku nak siapkan marking buku essay students sebab dah lama sangat aku perap. Haha.

Suka betul aku denga baju polkadots ni. Selesa + murah + comel.
Buku essay ni nak marking kena marking betul - betul. Tak boleh nak sambil lewa. Boleh je pun kalau aku nak marking based on impression tapi nanti tak best pulak sebab grammar diorang aku kena penalized jugak. First few books okay je aku tanda, tapi masuk buku yang ke enam aku dah rasa lain macam dah. Kepala sakit gila - gila, aku rasa macam terumbang - ambing. Serentak badan terasa seram sejuk. Macam baru lepas minum air ketum pun ada. Huhu!
 
Muntah - muntah nak marking. Dahlah tulisan macam orang mabuk!
Stop marking and jalan - jalan dok menyibukkan hal cikgu - cikgu lain. Hehe. Sambil - sambil borak tu memang orang kata dah rezeki, Kak Emi bagi foundation ZA ni free je. Dia kata shade ni tak sesuai dengan kulit dia. Alhamdulillah!

Baru lagi. Tah luak berapa titik tah.
Rupanya balik rumah terus demam. Esoknya MC sebab dah tak larat sangat.2 hari pastu terus kena Chickenpox. Alhamdulillah.
Suka - suka dulu, menangis kemudian. Sekian 

Terima kasih.

Dah.Babai!

Bintik Bintik Go Away Come Again Another Day!

Hai. Ini hari ke 7 aku diserang chickenpox (See, I spelled it correctly! Haha!) keadaan bintik di muka Alhamdulillah dah semakin kering dan berubah menjadi kehitam - hitaman. Tapi kat area badan and lain - lain masih lagi aktif. Aktif disini bermaksud gatal dan masih berair. Ada yang dah jadi nanah. Tapi cabaran terbesar adalah menahan rasa gatal yang nauzubillah. Seriously aku rasa hampir nak stress melawan gatal - gatal ni. Teramat!

Selain sapu ubat pink cair yang klinik bagi, aku bubuh juga ubat emak buat guna daun cermai. Sedap je rasa dia bila kena kat kulit. Sejuk and ease kan sikit rasa gatal tu. Tapi once dia kering kau akan rasa kejung keras kat kulit. Plus, warna dia adalah hijau jadi kau akan nampak macam The Green Lantern. Huhu. Ke toyol ke. Suami selamba panggil aku "Budak Hijau" bila aku lalu lalang dalam rumah. Kurang asam, tak?

Aku letak jugak Gel Gamat. Orang kata bagus kan untuk hilangkan parut Chickenpox. Aku bubuh je apa yang orang cakap bagus. Asalkan tak memudaratkan aku. Tapi memang muka aku dah tak rupa orang lagi. Aku rasa muka aku teruk jugak kena selain badan. Embun sikit je kena kat muka. Macam jerawat biasa - biasa je. Takpelah. Sabar.

Aku harap sangat aku cepat sembuh. Doktor kata aku ni paling kurang 3 minggu baru baik sepenuhnya. Insyaallah.

Doakan aku ye.

Baca tentang Chickenpox di SINI

Dah.Babai!

Tuesday, June 21, 2011

Adam Irfan Xaharis Anak Siapa? : Hafizal Elias Is Gonna Be A Great Father

Hah cepat cepat! Muka Adam macam siapa? Cepat - Cepat!

Yang pasti muka  - muka pelik macam tu belajar dengan Mama. Haha.
Sempena Hari Bapa, aku tujukan entri ni khas untuk suami tercinta ehem Hafizal Elias.

Saat kali pertama abang pegang Adam, abang azankan dan iqamahkan dia, Lina tau yang nanti abang bakal menjadi seorang Papa yang Adam akan adore. Abang pegang dia dengan penuh kasih sayang. Sesuatu moment yang tak boleh nak digambarkan dengan kata - kata. Moment tu terlalu indah.

Masa dalam berpantang, abang yang banyak jaga Adam. Abang pandai tukarkan lampin Adam, abang pandai diamkan kalau dia nangis. Abang pandai layan dia main,abang memang betul - betul penyabar kalau dengan Adam.

Seiring dengan Adam yang semakin membesar, betul apa yang Lina cakap kan, Adam memang adore sangat - sangat kat abang. Kalau abang balik kerja terlompat - lompat dia mintak abang dukung dia. Kalau abang dukung dia, dia letak kepala dia kat bahu abang sambil tangan lagi sebelah tepuk - tepuk bahu abang. Lina tau dia kenal siapa abang and dia sayang abang.

Dalam hati Lina selalu doakan supaya sifat - sifat baik dalam diri abang semua jatuh kat Adam. Lina nak Adam membesar jadi lelaki baik macam abang. Bertanggungjawab, penyayang. Insyaallah.

Sempena Hari Bapa ni, Lina nak ucapkan tahniah untuk abang kerana sebelas bulan Adam hadir dalam hidup kita, abang memang berusaha yang terbaik menjadi seorang Papa yang hebat untuk Adam. Lina bangga dengan abang.

Semoga Allah merahmati kita, sayang.

I love you.

Dah.Babai!

Pendekar Bintik Bertarung Dengan Raksaksa Merah Kaki Banyak!

Sejak aku dengan Embun jadi Princess Bintik ni aku memang kalau tidur malam memang port depan TV kat ruang tamu je sebab dalam bilik macam sejuk sangat, nak tidur dapur dengan emak karang menjangkit dengan Adam pulak. Tidur depan TV macam lebih kondusif, sekali boleh tengok TV. So berkubanglah kami adik - beradik setiap malam. Aku je pengkubang tegar sebab aku demam and tak boleh langsung nak angkat badan (Samada betul - betul sakit atau ngengada. Debatable) maka aku forever bentang toto depan TV sambil berselimut tebal macam orang Eskimo padahal tengah - tengahari buta.

Satu malam tu hujan turun dengan agak lebat. Taklah malam sangat pun, dah nak pagi dah dalam pukul 4.20pagi gitu. Aku terjaga dari tidur sebab aku rasa macam ada tangan tengah usap - usap rambut aku. Takkan suami pulak sebab dia kerja. Ah sudah! Aku dah rasa seram, takkanlah pulak saka lahanat tu masuk dalam rumah pulak. Rumah dah kena 'pagar' cemana dia boleh masuk? Aku membatukan diri buat sementara waktu sebab tengah fikir nak buat apa pasni. Cis! Idea taknak datang pulak! Haram betul. Tetibe aku rasa ada jari - jari kecik merayap - rayap dalam rambut, alih - alih pastu ada satu benda merah and panjang lebih kurang sejengkal setengah merayap atas muka aku. Gila ke apa!!

Peh peh peh pehhhh!
Sepantas kilat aku bangun dari tidur and tepis menatang tu jatuh. Terus lupa yang diri sendiri tengah sakit and tak larat bangun. Aku tengok lipan tu dah masuk bawah toto. Aku kibas toto, dia lari pulak masuk bawah kabinet TV. Cipet betul kau lipan! Kau telah melancarkan perang! Aku tengok kanan kiri takde pulak senjata yang boleh digunakan selain toto aku dengan selimut aku. Takkan aku nak tekup muka lipan tu pakai selimut aku sampai pengsan pulak?

Bila dia dah masuk bawah TV memang payah sikit sebab jenuh pulak nak tunggu dia keluar, maka aku kejutkan Embun suruh dia ambik Shieldtox dengan benda yang boleh buat ketuk. Melompat Embun sebab terkejut sangat. Kehkeh. Dia cuma ambik Shieldtox je. Ceh! Aku pun sembur bawah kabinet TV supaya lipan tu mamai - mamai sikit terkena semburan beracun hikmat aku! Wahahahahahaha! *Sambil cekak pinggang*

Aku sembur banyak gila tak sampai seminit lepas tu dia keluar sambil terhuyung - hayang. Aku ketuk tapi kena sipi je kat perut dia. Dia berjaya lari ke ruang tamu tengah and masuk bawah sofa. Cis! Cipet lagi sekali. Dengan kekuatan dalaman yang masih bersisa, dengan tangan yang penuh bintil berair yang menyakitkan, aku angkat sofa tu dan ahahhh! Betul tekaan aku! Lipan tu dok diam bawah sofa. Mungkin dah sedikit mamai. Dengan sekuat tenaga aku ketuk - ketuk lipan tu tapi asik miss je sebab aku tersipi pukul. Bintil tumbuh kat mata, menganggu vision aku sikit. Tapi akhirnya berjaya jugak aku potong dua lipan tu. Tu pun ada hati lipan tu nak lari lagi tinggalkan bahagian bawah dia. Memang tak guna. Bila aku tengok lipan tu masih bersemangat lagi nak lari, maka perhitungan terakhir harus aku lakukan. Dengan sekuat hati aku hentak kepalanya. Tamat riwayatnya disitu setelah beberapa kali menggeletik.

Lepas tu baru aku rasa sakit - sakit satu badan. Dalam hati aku menyumpah - nyumpah lipan tu dan bersyukur sebab Allah selamatkan aku tanpa sebarang kecederaan. Bayangkanlah kalau Allah tak sayang aku. Dahlah kena Cikenpok, kena sengat lipan lagi. Adehh!

Lepas tu aku terus lipat toto and sambung tidur dalam bilik. Esok paginya Adam nak buat main pulak bangkai lipan yang aku tak sempat buang hasil pertarungan di Subuh hari. Nasib baik cuma lipan yang masuk dalam rumah, kalau babi hutan? Tak ke naya.

Dah.Babai!

11 Bulan Dan Dunia Lebih Indah

Mungkin, aku pernah berbuat baik dalam hidup aku sebab tu Allah kurniakan aku hadiah yang paling indah dalam hidup aku.

Clichenya ayat aku. Tapi tulah hakikatnya. Bila kau jatuh cinta, maka kau akan subjekkan orang yang kau cinta mati tu sebagai anugerah terindah dalam hidup kau. Same goes to me. Untuk kes aku, aku bertuah. Sebab aku ada dua.

Hari ni tahun lepas, aku masih kandung dia dalam perut aku. Terboyot - boyot mengusung perut, dah start nak rasa tak selesa, dah start mengah melampau, dah start nak rasa takut - takut untuk melalui detik - detik melahirkan. Tapi setiap kali bila dia menendang, mengeliat, respon setiap kali aku panggil nama dia, aku rasa tak sabar nak lahirkan dia and main - main dengan dia setiap masa. Aku tau moment tu akan jadi super indah. 
Aku tau. Dan aku tak silap pasal itu.

Hari ini,
Dia ada depan mata aku. Sihat. Comel. Bijak. Alhamdulillah.

 Eleh sukanya dia!
Adam Irfan Xaharis buah hati Papa and Mama
11 Bulan :
  • Adam dah ada 6 batang gigi. 4 atas dan 2 bawah.
  • Dah pandai jalan sepenuhnya. Alhamdulillah.
  • Dah boleh kenal shapes. Dia dah pandai masukkan shapes ikut lubang dia.
  • Sangat aktif. Super ulat nangka.
  • Sangat alert dengan bunyi.
  • Faham arahan mudah macam "Sit", "Come", "Give Mama", "Sayang". Bila kita cakap "Sayanggggg.." Nanti dia peluk orang tu. Comel!
And banyak minor achievements yang so far dia dah achieved. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab Adam sihat, biasalah kalau demam batuk selesema, tapi alhamdulillah takde penyakit serious. Adam pun tak banyak ragam cuma dia super aktif jadi penat terkejarkan dia sana sini and kemas rumah sebab memang satu rumah dia akan kambur.

Makin hari aku tengok perangai dia memang sebijik perangai aku. Tak dapat nak dinafikan. Ehem. Aku tak nampak lagi perangai papa dia kecuali yang super ligat tu. Haaa itu kompom papa punya trait sebab dulu aku masa kekecik emak kata aku budak baik. Takde main panjat - panjat. Papa biasalah, anak askar tu yang lasaknya nauzubillah. Turun kat Adam. Adam selamba panjat grill dapur dengan kaki terkitai - kitai. Dapat bayangkan tak? Comel kau!

Tapi bab makan susah sikitlah, Adam taknak makan sangat. Tapi dia suka makan buah. Kalau bagi buah, nanti dia duduk dengan penuh khusyuk nyonyot jus buah tu sampai kering. Bagus Adam! Nanti kulit cantik! Kehkeh!

Sejak dah banyak gigi kenalah berus gigi. So sekarang ni kalau mandi praktiskan dia gosok gigi. Karang rosak pulak gigi kalau tak gosok. Dahlah gigi Adam tumbuh besar - besar! Kelakar betul!

Adam sayang,
Mama dan Papa doakan Adam membesar jadi anak yang baik, yang pintar yang soleh yang taatkan ibubapa dan Tuhan ye sayang.


Mama sayang Adam sangat - sangat.


Mama sayang Adam!

Dah.Babai!

Monday, June 20, 2011

Macaroons Dan Suraya Sulatin

Tak. Diorang bukan adik beradik ke hape letak nama sebelah sebelah. Tapi kisah yang bakal diceritakan nanti ada kaitanlah dengan benda yang dua ini.

Semuanya bermula bila perempuan gemuk ni tulis status kat FB tanya area Batu pahat mana ada jual macaroons sebab tekak mengada - ngada ni nak sangat makan macaroons. Chef Diraja pula diberitakan sedang belajar cara - cara membuat macaroons. Sedikit mendukacitakan tapi aku tetap tak berputus asa. Manalah tau kan, ada kedai - kedai yang jual macaroons kat Batu Pahat ni.

Tapi rupa - rupanya harapan tinggal harapan.

Tidak lama selepas itu, muncul seorang manusia bernama Suraya Sulatin yang begitu baik hati ingin mengirimkan macaroons dari Kerajaan Langit sebab kat sana banyak kedai - kedai pelik yang kat Batu Pahat takde. Suraya Sulatin adalah seorang Tooth Fairy yang suka menunaikan impian kanak - kanak setiap kali gigi kanak - kanak dicabut / tercabut. Dengan syarat, gigi tersebut harus disimpan dibawah bantal. Kebetulan aku kan baru lepas cabut gigi. Yesss!

Tapi Tooth Fairy banyak kerja. Dia kena terbang ke banyakkkkk tempat untuk menunaikan hasrat manusia yang lain.

Setelah sebulan....


TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! MACAROONS! YAYYYYY!

Aku memang mintak dia belikan macaroons hancur. Jangan salah faham eh.
Saya sayang Kak Su!
Kak Su kata "Harrods okay! Orang kaya punya macaroons ni! Tapi sebab akak sayang kau akak tak kisah je punnnnn! kau nak apa lagi pasni?Blackberry torch?Boleh aje!" Okey dialog dua akhir tu tambah sendiri.
This is my Tooth Fairy. Suraya Sulatin. Yang ada reben tepek atas kepala tu. Comel je dia.

Kak Su,
Akak ni banyak dah buat saya terharu. Dah dah toksah buat lagi. Dari start kita kenal sampai sekarang akak tetap Kak Su yang sama. Yang mulut cam hampeh, budget artis mementang kawan ngan artis, mementang cantik, tinggi pandai joget dengan pandai main netball, Kak Su tak berubah!

Kak Su,

Saya doakan akak kalau ada anak nanti kalau pompuan comel macam Surie Cruise nak nak? Kalau lelaki pulak kacak macam Adam Irfan Xaharis nak nak??

Saya sayang Kak Su tau!

Dah. Babai. Nanti nangis.

Sunday, June 19, 2011

Setelah Saya Sembuh...

Saya mahu makan makanan ini semuaaaaa! (Buat ekspresi macam iklan kanak - kanak Astro Ceria)

Nasi Lemak + Sambal Tumis Udang
Grilled Chicken Burger McD
Masak Lemak Ketam
Sardine Roll
Mee Bandung

Yiebaaa Aribbbbbaaaaaaaaaaaa!

Dah.Babai!

Hai Nama Saya Puteri Bintik!

Kalau ada yang kata entry aku ni entry budget cun nak kontrol ayu tepek gambar sendiri je kat entry blog memang aku lempang dia sampai dia muntah lipas. Lama dah aku tak update. Mungkin aku akan lebih tak update lepas ni sampailah aku betul - betul sembuh. Amin!

Oh ya, pada yang belum tau, aku kena serangan Cikenpok. Ah dah jangan tanya cemana nak eja Cikenpok betul - betul. Bukan dapat markah pun kan kalau aku tau cemana nak eja betul - betul.Kehkeh. Aku ingat aku demam hari tu rashes biasa je. Rupanya betul - betul kena Cikenpok. Adeh.

Masuk hari ni disaat entry ini dihasilkan, keadaan bintik dibadan dan muka dan ditempat - tempat yang sungguh kurang sopan kalau aku sebutkan disini, amatlah mendukacitakan. Bayangkan badan dan muka kau penuh dengan bintik - bintik hodoh berair yang nanti akan menjadi nanah dan gatal dan merenyam dan kau tak mampu berbuat apa - apa. Nak garu pun tak boleh! Gila kau nak garu! Nanti bertebaran satu badan virus macamana? Apapun tak bleh! Apapun tak bleh!

Hari pertama kena aku rileks je, boleh nyanyi - nyanyi lagi sambil berangan berapa hari MC bakal aku dapat, dalam kepala dah berangan macam - macam cerita yang aku nak tengok kalau dapat MC. Wah heaven nya! Malam hari pertama kena badan aku dah macam ketuhar gelombang mikrowave. Panas sejuk ikut suka. Kejap aku menggigil - gigil, kejap karang aku campak semua selimut baju, kepanasan. Esok paginya, bangun tidur tadaaaaaaaaaaaaaaaaa aku nampak hantu bintik dalam cermin bilik mandi. Seram bangang aku sorang - sorang.

Pergi klinik, doktor bagi MC 2 hari. Doktor kata nextweek baru bagi MC panjang sebab aku pergi klinik pun hari Khamis. Sabtu, Ahad takyahlah kan nak bagi MC. Time ni aku rasa dah macam beruk pun ada. Sikit - sikit tergaru. Dia punya merenyam toksah cakap lah wehhhhhh. Aku macam nak garu dengan kertas pasir je rasa. Doktor pesan jaga makan betul - betul sebab kalau manusia tua yang kena Cikenpok ni memang lambat sikit nak baik. Ada kes sampai 3 minggu. Kalau budak yang kena dalam seminggu dah baik.

Setiap kali bintik ni nak tumbuh setiap kali tu jugak aku demam. Panas melampau. Pernah suami ambik suhu aku cecah 40.7c. Kalau aku kepit telur bawah ketiak, boleh terus makan dengan madu. Kebah je demam tu diaaaaaa sekelompok bintik baru menjajah kawasan badan. Tahniah!

Hari pertama. Bintik belum berapa nak banyak.
Hari ketiga. Time ni dah larat nak ambik gambar jangkasuhu. Sebelum ni macam mayat hidup pun ada.
Sepanjang demam aku baring depan TV ruang tamu. Bau memang dah macam bangkai. Mandi cuma 2 kali sehari, sabun tak pakai, mana tak bau. Makan taknak, asyik togok air kelapa. Dah macam monyet. Uniform macam biasa aku pakai TShirt putih je. Warna lain taknak. Taktaulah kenapa. Mengingatkan diri sendiri pada mati gaknya.
Sepanjang sakit, suami yang sapukan ubat, masak air (Kadang - kadang emak aku masak) teman aku tengok TV.  Banyak ah aku susahkan dia. Aku kalau demam divanya extra melampau sikit.Tak geli langsung dia dengan keadaan aku yang dah macam mutan ni. Terima kasih, suami. Aku dah nazar dah, aku baik je dari sakit ni aku nak masakkan untuk dia. Amin!

Gambar terbaru. Baru ambik 1 jam yang lepas. Cantik tak aku?
Nah aku bagi close up sikit!
Paling rindu dengan Adam. Dah 5 hari aku tak dukung, peluk, tidur dengan dia. Dia nampak aku dari jauh sambil nangis je. Sedihnya. Maghrib tadi dia rindu sangat agaknya, emak tidurkan dia taknak tidur. Bila aku datang dekat and hulurkan botol susu kat dia, terus dia baring. Aku tepuk - tepuk badan dia sampai dia tidur. Dah rindu sangat. Mintak - mintak dia tak kena. Aku rela tanggung semua sakit ni untuk dia. Alaalalala mama rindu kat Adam lah sayang...(Dah taknak tulis pasal Adam banyak - banyak. Nanti sedih. Sob sob!)

Nanti update lagi ya. Aku dah rasa merenyam dah ni.

Errrr doakan aku cepat sembuh ye?Tak syok ah jadi puteri bintik!

Dah.Babai!

Ini Untuk Abah Yang OHSEM Dan Untuk Papa Adam Yang OHSEM Juga!



Lama nya tak update! SELAMAT HARI BAPA untuk semua bapa di Malaysia dan di planet Bumi!

Dah.Babai!

Wednesday, June 15, 2011

Barang Yang Lama Jangan Di Kenang

Kalau di kenang merosak badan. Cewahh! Eh, ye ke? Betul ke sambungan dia tu? Aku main sental aje tu. Bukan fikir pun betul ke tak. Kehkeh. Aku macam dah lama gila tak ambik gambar yang cantik - cantik. Balik - balik ambik gambar sendiri. Muka pun dah kurang ah interframe kat gambar - gambar yang aku ambik, sebab aku jek ambik gambar orang gambar aku entah bila pulak diorang nak ambik. Agak terasa dipinggirkan disini. Kecewa.

Dah hampir 3 tahun aku beli DSLR aku yang pertama. Eh bukan aku beli, suami aku belikan. Lense sempat upgrade dua kali je. First time beli yang macro, second time beli yang up sikit. Siap dengan flash. Takmoh ah cerita pasal lense + flash ni nanti aku terkenang - kenang benda yang aku tak patut kenang. So, diam ajelah. *Mata pandang ke atas, tangan masuk dalam mulut

Beg DSLR aku dah jahanam. Zip dah rosak, dua - dua zip macam dah sepakat membawa berkat pulak nak rosak sama - sama. So aku ingat nak beli beg baru. Beli yang murah - murah ajelah kot. Yang mahal - mahal rasa macam tak sanggup pulak. Baik aku beli Pampers Adam.


Amek desin yang ke dua. Macam semenggah sikit, ye tak? Yang first tu macam ala ala cap ayam sikit. Kehkeh. Ada hati nak demand benda murah.

Aku shooping kat Mudah.my je.

Dah.Babai!

Tuesday, June 14, 2011

Hani Nak Nak Nak!!

Hohoi! Kata tadi nak tidur? Tapi tak jadi tidur awal sebab terbaca satu post kat blog Hani. Terus rasa teruja nak join! Kehkeh! 

Hani ni kawan blog aku yang terawal dulu. Masa aku start - start buat blog dulu, Hani kira yang rajin komen. And sejak - sejak jadi dealer Premium Beautiful ni makin berseri - seri jadinya!

Terjah blog Hani!

p/s : Mintak - mintaklah bertuah! Fuhfuh!

Dah.Babai!

Sakit.

Semalam dan hari ni aku demam. Di saat aku mentaip entry ni badan aku panas and aku baru lepas makan ubat. Kejap lagi confirm aku dah tak sedarkan diri. So sebelum itu terjadi, aku buat quick update sikit.

Alhamdulillah. Aku sakit. Maknanya adalah dosa - dosa kecik aku yang aku buat selama ni gugur kalau aku redha dengan sakit ni. Aku pernah baca kat somewhere, kalau kita sakit, jangan asyik mintak sembuh cepat. Sebab sakit ni ujian Allah, nak bagi remove dosa - dosa yang kecik.

Embun kena cikenpox. Panggil dia 'Bintik' sekarang ni. Aku dah seram jugak kalau - kalau aku sekali kena, suami dah kena 2 tahun lepas. Tu yang dia rileks je. Badan aku dah ada bintat - bintat merah tapi tadi aku pegi klinik dia kata bukan cikenpox, cuma rashes je. Haih. Seriau aku dengar. Paling takut kalau kena kat muka. Muka aku baru nak elok. Huhu.

Okay okay, aku dah start rasa tak best dah badan ni. 

Dah.Babai!

Sunday, June 12, 2011

Mengeluh. Mengeluh.Mengeluh. Baik Terus Transform Diri Sendiri Jadi Lembu.Lembu Kan Suka Mengeluh!

Bapak panjang tajuk ingat dapat markah ke tulis panjang - panjang? Baiklah - baiklah. Esok dah mula bersekolah. Perasaan dalam hati? Seronok nak mamp. Baiklah tak jadi nak letak ending word tu sebab tak sopan kau gadis jelita macam aku cakap word - word begitu.

Siapalah yang suka kalau dah start nak habis cuti sekolah kan kan kan?Kau suka ke? Jujurrr jujurrr! Siapa rasa bosan angkat tangan!! Ye. Semua pun bosan.

And my daily routine starts at 12.00pm and ends at 12.00 am sejurus selepas Adam tidur and aku dah siapkan semua - semua perkara yang perlu untuk the next day. Penat. Lagi - lagi bila maghrib kau terpaksa nak kejarkan masa solat dengan take turn dengan emak tengok - tengokkan Adam sebab since sekarang dia dah laju berjalan and dah pandai panjat - panjat memang kena extra cautious. Urghhh kenapakah Adam punya development macam sedikit laju dari kanak - kanak sebaya! The other day aku nampak dia panjat grill dapur. Aku hanya mandi bila dah pukul 9.00pm ke atas. Masa tu semua macam dah terkawal. Tapi kalau nasib baik, aku balik sekolah terus mandi and wangi and comel and jadilah mama mithali.

Luckily masa school break aku dengan gigihnya dah siap marking and dah siap key in markah kat sekolah so esok aku tak payah nak berebut macam nak main ragbi dengan cikgu - cikgu lain. Main cop - cop semata - mata nak key in markah. Oh aku sungguh cemerlang!

Dah siap iron baju and kemas handbag and aku dah siap kemas wardrobe and kemas bilik and kemas semua - semuanya untuk memastikan diri sendiri tidak dihinggapi virus Monday blues. Taknak ah mengeluh - ngeluh macam lembu sebab stress macam - macam. Namo namo!

Semoga esok semuanya baik - baik saja. Oh dan sambung ganti puasa.

Dah. Babai!

Saturday, June 11, 2011

Dalam Diri Kita Semua Ada Soft Spot Yang Kadang - Kadang Kita Sumpah Abaikan.

Sebab kita ego, babe. Bukan sebab lain. Bukan sebab kita kejam ke, bukan sebab kita eksyen ke, bukan sebab apa - apa sekalipun. Semuanya sebab kita ego. Ego besar bapak macam gunung. Gunung pun kalau ditarah InsyaAllah boleh jahanam, tapi ego manusia ni macam setan. Makin kau ego makin besar kepala kau jadinya dan makin bangsatlah perangai kau.

Dulu. Dulu la, ada sorang hamba Allah ni bagitau kau aku, kalau kau clash dengan someone tu, kenapa kau nak buang semua memori - memori best yang kau pernah share sama - sama? kau redha dengan taqdir Allah kau dah tak panjang jodoh dengan dia, tapi kenapa mesti kau cakap kau dah taknak ingat dia lagi, nak buang semua benda yang best - best jauh dari ingatan kau? Kalau kau kau redha kau dah takda jodoh dengan dia, kenapa kau kata kau menyesal kenal dia? Bukan ke itu kerja Allah?Allah knows best? Kenapa kau nak argue kerja mastermind agung?

Tapi dulu aku gila ego. Cakap manusia tu aku buat dek tak dek je. Menyampahlah bila orang nasihat benda yang macam eh kau ni good - good jek pahal. Nak nak lagi manusia tulah yang aku tak panjang jodoh pun. Boleh pulak nasihat aku macam - macam masa tu. Serious aku tak boleh terima. Itu dah lama dah. Agak - agak 7 tahun lepas. And you know what, baru malam ni kata - kata tu terkesan kat aku. Sampai bila aku nak ego? Sampai bila aku nak pertahankan yang sampai mati pun aku takkan mengaku yang aku hargai apa yang best yang pernah datang dalam hidup aku. Macam dia kata, benda ni semua Tuhan punya kerja.

Itu satu. Baru - baru ni aku sentap dengan satu kejadian. Aku nak tahan airmata dari keluar bukan senang, babe. Aku terpaksa berlakon depan suami, depan adik aku semata - mata nak tahan ego. Ego lagi. Kau bayangkan orang yang pernah buat kau rasa best dalam hidup (Bukan berlawanan jantina. Tak semestinya. This could be about friends ke apa kan.) yang kau dah lama gila tak jumpa, yang kau memang harap if only la, if only satu hari nanti kau dapat jumpa dia in person. Sebab kau rindu, kau rindu semua benda - benda best and kau rindu nak having fun dengan dia.

And satu hari, kau nampak dia depan mata kau. Macam mimpi. Macam kau nak turun dari kereta dan sepak dia atau tumbuk dia kat perut semata - mata nak pastikan yang kau tak mimpi. Jantung kau stop dari functioning masa tu. Kau nak senyum, kau nak lambai and say hi kat dia. Kau nak kenalkan suami dan anak kau, family kau, and the moment between kau nak senyum dan moment mata kau pandang mata dia, in a split nano second, dia pandang tempat lain. Taknak pandang kau, buat - buat tak kenal kau. Langsung taknak tengok muka kau.Apa kau rasa?

Kalau kau tanya aku, apa aku rasa, aku rasa macam mati. Walaupun aku tak pernah rasa mati tu macamana, tapi sakitnya waktu tu aku rasa aku memang dah mati. Masa ni memang terkena batang hidung aku sendiri. Dulu, aku buat orang. Bila orang buat baik dengan aku walaupun aku dengan dia dah takde apa - apa, aku menyombong. Aku siap dengan bongkaknya kata "Aku taknak ingat apa - apa lagi pasal kau!" And sumpah aku ignore dia sepanjang waktu tu. Masa aku dekat nak nikah, dia ada wish aku, masa bulan Ramadhan entah tahun bila, dia ada mintak maaf dengan aku. Atas apa yang jadi. Tapi aku ego, babe.

Dan sekarang aku rasa macam apa yang dia rasa. Mungkin.

Kau nak argue lagi Tuhan tak adil? Tuhan Maha Adil, babe. Dia bagi kau rasa apa yang kau patut dapat.

Kadang - kadang, bila teragak aku nak keras dengan orang, aku fikir - fikir balik, orang - orang yang selama ni keras dengan aku, apa aku rasa?Kalau aku macam nak hambur orang dengan amarah aku, aku terus teringat macamana orang hambur aku. Benda - benda ni jadi fikiran aku lately. Aku tak tau kenapa. Tapi suami aku kata, itulah aku yang sedang mempolish soft spot aku. Aku nak berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Aku dah mula nak jadi orang, kata dia. Ye. Macamlah selama ni aku bukan orang.

Aku keras. Kata suami.

Kontra dengan suami yang jauh jauh jauh lagi budiman dari aku.

Mungkin sebab aku dah jadi emak. Atau mungkin ini kasih sayang Allah untuk aku. Aku dapat hidayah dari Dia. Alhamdulillah.

Allah, kau sesungguhnya Maha Tahu apa yang baik untuk aku.

Aku harap satu je sebelum aku mati. Supaya aku jadi isteri yang berharga untuk suami aku. Aku bukan nak kejar jadi guru paling terbilang ke apa, kejar pangkat, harta, atau keredhaan mana - mana manusia pun selain emak abah aku, aku nak jadi isteri yang paling 'berharga' untuk suami aku. Berharga merangkumi solehah, taat, berbakti ahh segala - galanya.

Sedikit sebanyak kata - kata dia buat aku berfikir. Kalau betul aku redha dengan apa yang jadi dalam hidup aku selama ni, maka sesungguhnya aku tak layak mengeluh. Aku keji kalau asyik mengeluh. Ya Allah. Kau bantulah aku, Ya Allah.

Eh kau, terima kasih sebab pernah buat hidup aku jadi best dulu.

Mana Adam belajar buat muka kerek nih!
Dah.Babai!

Friday, June 10, 2011

Cerita Pasal Gigi.

Bila dah jadi emak ni, benda – benda kecil tapi buat kita tertunggu – tunggu adalah nak tengok anak kita berjalan tatih – tatih untuk kali pertama dan jugak nak tunggu tumbuhnya gigi – gigi kecil dalam mulut mereka. Bagi emak – emak yang breastfeed maka kejadian penumbuhan gigi dalam mulut anak – anak mereka akan menambahkan cabaran dalam sesi penyusuan. Gasaklah bila puting digigit – gigit macam nak putus. Kehkeh.

Adam agak lambat nak tumbuh gigi. Kawan – kawan sebaya dia, ada pulak yang lagi kecit dari dia gigi semua dah bersepah – sepah tapi Adam rileks betul, umur dekat nak 10 bulan baru ada 2 batang gigi rabbit kat bawah. And sekarang ni gusi dia tengah gatal – gatal nak tumbuh dua batang lagi gigi rabbit kat bahagian atas. Comel ke pemandangan tu? Comel! Menjejeh – jejeh air liur dia lepas tu semua benda yang dia Nampak, dia nak gigit.

Onyohnyohnyohhh comelnya gigi rabbit dia!
Berus gigi apasal macam berus jamban?Cis!
Nampak je gigi Adam dah ada dua batang, cuba teka siapa yang paling paranoid takut gigi Adam rosak?? Cer teka cerr teka! Nak tau sapa? Tuh tuhhh...Suami lah orang yang paling sangking sangat dengan gigi Adam sejak Adam ada gigi. Hari – hari dia ajak aku pergi kedai nak belikan berus gigi untuk Adam. Aku macam alahhh rilekslah belum nak rosak lagi pun gigi dia. Sekali dia bagi aku ceramah kesihatan kepentingan penjagaan gigi. Yang aku sakit hati siap petik gigi aku kata gigi aku adalah contoh penjagaan gigi yang tak dimulakan dari awal lagi. Kuajaq. Mementang gigi aku banyak dah cabut sebab rosak. Hampeh.

Sebab dah tak tahan selalu sangat kena psiko, hari tu aku ajak dia pergi kedai and belikan Adam berus gigi. Wahhhh bukan main suka lagi suami melebih – lebihkan Adam pulak. Aku pun tak pasti macamana nak start ajarkan Adam berus gigi. Tapi yang pasti asal time mandi jek aku bagi dia main – mainkan berus gigi dalam mulut dia. Buat masa ni aku tak letak lagi ubat gigi. Nanti – nantilah bila dia dah besar sikit. Fuh fuh mintak – mintaklah Adam tak susah nak diajar untuk suka berus gigi.


Sebab aku dulu masa kecik payah bangat nak gosok gigi! Kehkeh!

Dah. Babai!

Dah Bertunang Buat Cara Dah Bertunang,

Tak baik kot buat orang lain macam tu. Tak baik kot melukakan hati orang. 
Beri harapan palsu tak memasal.

Lelaki ni untung kan? Muka baik, buat perangai baik sikit, islamik sikit, pastu kalau buat palat pun orang tak syak. Arghhhhh! Emosi aku ah!

Entry takde kena mengena dengan Ashraff Muslim.

Dah.Babai!

Kenapa Semua Orang pandai Men-Doodle Tapi Aku Tak! Hahhhh Kenapaaa Kenapaaaa!

Terima kasih Mel, untuk doodle yang super comel. Awak sungguh talented dan berbakat. Sengalnya. Bukankah talented dan berbakat membawa erti yang sama? Oh ya kakak puji kamu dalam dua bahasa supaya kita akan lebih bersifat internationale bak kata Mamat Khalid. Arghhhh merapu! Merapu!

Comel. Anugerah Allah bagi kat dia.
Semua doodle dia comel - comel. Masuk blog dia terasa di awangan sebab semua benda pun comel! Keep up your good work, Mel! Cheycheycheyyy! Cakap omputih pulak! *Tepuk kepala dua kali!*

Dah.Babai!

Thursday, June 9, 2011

Puting : Comel. Kecil. Bulat - Bulat Dan Kenyal.

Kalau sebut pasal bagi puting kat baby mesti emak emak yang concern terlebih akan menggelupur say NOOOOOOOOooOOoo NoOOOOooO! Okay. Boleh faham tak situasi emak – emak concern ni? Dulu masa aku belum ada baby, aku pandang sebelah mata je pun isu – isu macam ni. Gasaklah kau nak bagi anak kau puting ke nak bagi kasut ke sumbat mulut dia. Reason emak emak buat cenggitu pada firasat aku waktu tu : NAK BAGI ANAK DIAM. Diam dalam erti kata tak nangis menggembar – gembor ke bak kata orang Jawa atau diam khusyuk tak merakas tak kacau emak nak masak atau jangan bagi anak – anak gigit benda – benda yang tak sepatutnya. Anak bertindak diluar kawalan maka sumbat kan saja puting ke mulut mereka. Eh puting yang dibincangkan kat sini puting artificial tau! Bukan puting yang melekap kat badan tu. Haish!

Pendapat radikal juga menyatakan member puting kepada anak – anak mampu membuatkan gigi anak – anak anda terserlah ke depan (Baca : Jongang) Sebab tu makbapak Halimah Jongang berduka nestapa sekarang ni. Dulu kecik – kecik selalu bagi Halimah puting tulah pasal. Okay ah tak funny.

Tapi bila dah ada baby ni aku rasa macam bertingkah sikitlah pendapat aku dengan pendapat sedia ada. Aku tak rasa pun bagi puting kat baby beri effect gila – gila besar kat baby kita. Memanglah kalau kau Google kat mana – mana pun berderet website ataupun blog ataupun personal opinion yang membantah penggunaan puting dikalangan baby – baby ni. Tapi korang ada pengalaman sendiri tak? Anak – anak kan lain – lain. Mana sama dengan anak orang lain.

Aku pun tak ingat bila aku start bagi Adam puting. Aku rasa dari baby sangat – sangat kot. Sebab Adam suka nangis. Jadi nak bagi dia diam, aku sumbatlah puting dalam mulut dia. Masa tu aku rasa pilihan tu tersangatlah bijak sebab tak lama lepas tu Adam diam nyonyot puting dia. Alah comelnya!

Start dari tu aku rasa almost every time Adam nak start nangis je cepat – cepat aku sumbat puting kat mulut dia. And the urge nak nangis tu terbantut macam tu je. Aku gelarkan puting Adam “Puting Ajaibbbbb!” *Sambil ada latar belakang lagu Doremon* Tapi kadang – kadang kalau dah merajuk sangat – sangat tu Adam taknak pun puting, dia campak je jauh – jauh. Tengok meter kedahsyatan Adam punya nangis la.

Sebab terpengaruh dengan momokan kalau bagi anak puting nanti gigi jongang, dan jugak takut saham kehemseman Adam jatuh merudum maka masa first time nak beli puting tu aku dengan suami mengadakan sesi brainstorm yang melampau jugaklah. Siap outline pro and kontra nak beli puting. 3 hari buat perbincangan tertutup. Siap buat simulasi kalau hisap puting cenggini nanti gigi jadi macamana, kalau hisap yang tu pulak nanti jadi macamana. Maka akhirnya kami pun sepakat membawa berkat belikan Adam puting Dr. Browns. Tak ngalah. Nak beli puting memahal jek. Cikai – cikai punya brand taknak. Dasar!

Adam punya sebijik macam ni.
Bentuk dia memang lain dari bentuk puting yang sedia ada. Aku rasa sekarang ni hampir semua puting yang dijual di pasaran (Mana yang branded sikit) semua pun dah start design bentuk yang lagi mesra gigi dan gusi. Tak menghalang pertumbuhan gigi, tak menolak gusi keluar lantas menjadikan gigi jongang dan tak mengandungi bahan plastic yang super bahaya. Bila semua checklist tu okay, aku rasa okay je nak bagi anak kita puting. No biggie. Tapi still emak emak concern mereka seboleh – bolehnya akan menolak semua reasons ni. Bagi mereka, kalau anak mereka memuting tiruan, maka mereka adalah ibu yang gagal. Haih. Dunia belum berakhir lagi puan – puan.

Tapi still, janganlah eksyen sangat kata “Takpelah anak aku pakai puting pun takde benda je punnn!” Yelah benda belum jadi kan. Beringatlah selalu. [KLIK SINI] Jangan sampai jadi benda yang bukan – bukan karang menyesal tak sudah. Kalau korang jenis mak bapak yang bagi anak puting maka berwaspadalah dengan tips – tips ini :

• Gunalah puting ortodontik – ortodontik ni ada perkaitan dengan gigi la.
• Pastikan ia sentiasa bersih - sterilkan sama seperti puting botol;
• Ganti puting kosong bayi secara kerap - sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru secepat mungkin;
• Jangan salut puting kosong dengan makanan manis seperti madu atau jus oren untuk membuat bayi berhenti  menangis - ini akan menyebabkan kerosakan gigi yang cepat;
• Cuba hadkan puting kosong untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangkan -- penggunaan puting kosong untuk jangka masa yang panjang telah dikaitkan dengan infeksi telinga tengah dan masalah lain (lihat Keburukan di atas);
• Tunggu sehingga bayi anda memerlukan puting kosong dan tidak memberikannya secara automatik;
• Cuba"ceraikan" anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun (lebih senang melakukannya pada masa ini daripada masa dia dua atau tiga tahun) dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar (selalunya pada usia enam tahun);
• Jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.
Sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/baby/daily-care/puting-kosong/

Kesimpulannya, aku ni parents yang pelik sikit. Kalau orang kata tak elok, takdenya aku membabi buta nak percaya bulat – bulat. Majoriti tak semestinya betul kan. Mungkin ada kes – kes khas yang tak diketengahkan. Ewah!

Sebagai mengakhiri ceramah kita pada hari ini terimalah sekeping gambar Adam dengan Puting Ajaibnya. Sekian.


Masih kacak kan?

Dah Babai!

Aku Dulu Masa 14 Tahun Apa Pun Tak Tau! Boyfriend Pun Takdak!

Tapi budak - budak sekarang mak datukkkkkk advance terlebih - lebih. Dia punya tahap bengap pun macam terlebih - lebih sikit. Korang mesti dah tau pasal Adinda Evans yang sekarang dah tukar nama kepada Datin Lee Milano (Muntah). Lambatnya aku nak catch up benda - benda ni. Sebenarnya baru tergerak hati nak post pasal ni. Nasib baik budak ni bukan student aku, kalau tak, memang aku dah bogelkan ikat kat pokok ada kerengga.

Past few weeks heboh pasal dia confessed yang dia dah takde dara (Gulp!) yang mana kalau parents dia baca blog dia aku rasa menggelupur jugak orang tua tu. Mana taknya anak buat pendedahan berani mati yang lebih menggemparkan daripada pendedahan Mamat Saya Gay Saya Okay tu.

Terbaru, dia kata dah jumpa dah mamat yang ambik dara dia tu. Serious selamba ayat dia sampaikan aku rasa macam nak pitam. Gila budak ni. Kalau adik aku memang aku jahit anu dia silang pangkah! Sekarang post dia semua dah disable comment dah. dah takleh nak mencarut kat komen box dia. hanya mampu tengok dan memandang dan keji di blog masing - masing. Mana ada istilah AMBIK DARA melainkan kau kena rogol, tu namanya sedekah amal jariah dara kau kat dia kalau kau dah suka sama suka meh rasa sama - sama. Macam mental sikitlah budak ni. Dia ni betul - betul sexually active (Kot?)

Aku sedar zaman sekarang kalau anak - anak muda ni ditegah - tegah nanti pakat ramai - ramai cakap "Apa pun tak blehhhhh!" sambil hentak - hentak kaki. Well again, didikan tu penting. Emak bapak lah patut main peranan. Memang kalau ada salah silap emak bapak yang akan kena dulu. Aku pun seram memikirkan 10, 20 tahun lagi lelaki yang macamana Adam akan jadi (Hopefully jadi yang soleh baik - baik aja macam papa dia.Amin!) Anak ni tanggungjawab emak bapak. Bukan tanggungjawab cikgu - cikgu, masyarakat atau Ketua Kampung Pak Jabit sekalipun. Sebab anak - anak amanah Tuhan. Kita yang mencorakkan dia.

Kadang - kadang aku nak je hantar Adam masuk sekolah pondok. Zaman sekarang ni, hanya agama yang dapat selamatkan kita. Bukan benda lain. Nehi nehi. Agama. Percayalah Tuan Puan sekalian.

Aku harap budak ni nanti - nanti akan sedar dan dapat petunjuk hidayah Allah. Kita jangan kecam diaselar dia dengan kata - kata negatif. Standardlah budak, makin kita kasar makin dia membengkeng. Kita doakan yang baik - baik. Mana tau, sikit hari nanti budak ni yang kita keji - keji jadi Qariah terbilang? Tak mustahil. Kalau Allah berkehendakkan.

Dah. Babai!