Bila dah jadi emak ni, benda – benda kecil tapi buat kita tertunggu – tunggu adalah nak tengok anak kita berjalan tatih – tatih untuk kali pertama dan jugak nak tunggu tumbuhnya gigi – gigi kecil dalam mulut mereka. Bagi emak – emak yang breastfeed maka kejadian penumbuhan gigi dalam mulut anak – anak mereka akan menambahkan cabaran dalam sesi penyusuan. Gasaklah bila puting digigit – gigit macam nak putus. Kehkeh.
Adam agak lambat nak tumbuh gigi. Kawan – kawan sebaya dia, ada pulak yang lagi kecit dari dia gigi semua dah bersepah – sepah tapi Adam rileks betul, umur dekat nak 10 bulan baru ada 2 batang gigi rabbit kat bawah. And sekarang ni gusi dia tengah gatal – gatal nak tumbuh dua batang lagi gigi rabbit kat bahagian atas. Comel ke pemandangan tu? Comel! Menjejeh – jejeh air liur dia lepas tu semua benda yang dia Nampak, dia nak gigit.
Onyohnyohnyohhh comelnya gigi rabbit dia!
Berus gigi apasal macam berus jamban?Cis!
Nampak je gigi Adam dah ada dua batang, cuba teka siapa yang paling paranoid takut gigi Adam rosak?? Cer teka cerr teka! Nak tau sapa? Tuh tuhhh...Suami lah orang yang paling sangking sangat dengan gigi Adam sejak Adam ada gigi. Hari – hari dia ajak aku pergi kedai nak belikan berus gigi untuk Adam. Aku macam alahhh rilekslah belum nak rosak lagi pun gigi dia. Sekali dia bagi aku ceramah kesihatan kepentingan penjagaan gigi. Yang aku sakit hati siap petik gigi aku kata gigi aku adalah contoh penjagaan gigi yang tak dimulakan dari awal lagi. Kuajaq. Mementang gigi aku banyak dah cabut sebab rosak. Hampeh.
Sebab dah tak tahan selalu sangat kena psiko, hari tu aku ajak dia pergi kedai and belikan Adam berus gigi. Wahhhh bukan main suka lagi suami melebih – lebihkan Adam pulak. Aku pun tak pasti macamana nak start ajarkan Adam berus gigi. Tapi yang pasti asal time mandi jek aku bagi dia main – mainkan berus gigi dalam mulut dia. Buat masa ni aku tak letak lagi ubat gigi. Nanti – nantilah bila dia dah besar sikit. Fuh fuh mintak – mintaklah Adam tak susah nak diajar untuk suka berus gigi.
Sebab aku dulu masa kecik payah bangat nak gosok gigi! Kehkeh!
Dah. Babai!
6 comments:
hye sis!mmg seronok bila tgk anak tumbuh gigi tau!hepi dpt pilih pelbagai berus gigi dan ubatnya sekali.tapi tulah asal tumbuh gigi je demam..tumbuh je demam.kdg2 berharap agar sekelip mata wink...wink...dah tumbuh semua gigi sekelip mata ngehhh.....
ahh~ nasib baik ikut cakap suami. hehehe...sorang anak buah tini gigi dia tumbuh mmg jenis karat. padahal dr start tumbuh gigi dia sgt hebat menggosok gigi. tp makin besar ni nmpk dah makin putih.
kak...adam kalah dgn anak tini.anak tini Mika, baru sebulan dah tumbuh 2btg gigi, baru lahir dah pandai jalan. hehehehehe
@||aLeaSaRa||Adam masa yg first dua batang tu demam, ni yang dua batang lagi tak demam tapi air liur menjejeh2 ah. haha comot pulak!
@Nini HartiniAhh Tini tak aci! huhu! anak Tini membesar dengan dahsyatnya! huhuhuhu! anak sedara akak pun ada sorang gigi macam troll! hahaha! tak suka gosok gigi padahnya.
nanti birthday adam aku nak bagi die berus gigi ada lampu2 lah. nak cuba cari kat supermarket :P lalalalala..
@Miss TasantekWah! mama nak jugak!
Post a Comment