Cehcehceh. Tajuk entri macam nak mengundang malapetaka saja.
Selepas membaca entri ini dan ini aku macam terpinga - pinga sikit melayan emosi yang bercampur baur. Dalam hati ni jangan cakaplah rasa macamana. Nak nangis, nak marah, nak makan (Eh puasalah nok!) macam - macam lagilah. Lalu memori ini bertebaran membawa aku pada hari pertama Adam Irfan Xaharis melihat dunia. (Mode flashback)
"Sebaik saja Adam selamat dilahirkan nurse meletakkan Adam betul - betul disebelah breast kiri aku. Muka Adam masih merah, lekit and mata pun belum bukak lagi. Adam mengulit - ngulit dan semerta naluri keibuan aku memberitahu bahawa Adam inginkan susu. Tak payah nak selak baju sebab masa nak bersalin aku dah siap - siap dipakaikan baju yang terbelah kat depan. Aku suakan puting susu ke mulut Adam. Adam bijak macam aku, first - timer macam dia kira bijak lah kan sebab dengan pantas mulut dia melekap di areola aku. Tapi tak lama lepas tu Adam merengek. Eh kenapa pulak? Tak sedap ke susu aku?Padahal masa pregnant aku minum coolblog double choc,mesti susu aku rasa cokelat. Adam merengek makin kuat. Rupa - rupanya, breast aku langsung tak menghasilkan sebarang cecair. LANGSUNG TAK MENGHASILKAN SEBARANG CECAIR.
Nurse - nurse yang ada pakat - pakat tolong aku untuk keluarkan susu. Redha ajelah bila breast kau diorang uli macam tepung nak buat cekodok. Apa nak dikata lagi?Malu?Yang tadi aku terkangkang depan orang, malu aku letak mana?Langsung tak malu sebab masa tu dalam otak cuma nak Adam merasa susu yang terbaik sedunia. Sakit jangan cakaplah, nipple aku dipicit - picit, dikapit, diperah, aku rasa macam - macam jugak teknik yang makcik - makcik nurse + nurse pelatih buat kat breast + nipple aku. Still. Takde sebarang cairan yang keluar. Maka dengan ini, sahlah pada hari pertama Adam lahir ke dunia, susu pertama yang masuk ke dalam mulutnya bukan susu aku.
Keesokkan harinya aku dibenarkan balik. Susu masih jugak tak keluar.Aku hairan dengan orang yang kata ibu - ibu yang mengatakan bahawa susu mereka tak keluar adalah alasan semata - mata. Aku rasa macam nak panggil diorang and tolong sini keluarkan susu dari breast aku. Sebab memang dia tak keluar. Aku nak tebuk bagi dia keluar tapi aku taktau nak tebuk kat mana. Nak tebuk kat bintil - bintil sekitar areola ke? Serious aku taktau.
Esoknya, midwife datang untuk urut. Emak aku bagitahu yang susu aku tak keluar. Midwife tu urut breast aku setiap breast jek dekat 1 jam setengah. 1 jam setengah kalau dua breast jadi berapa jam??3 jam! Sampaikan aku dah tak rasa apa - apa dekat breast. Numb. Hasilnya? Keluarlah seciput cairan kekuningan yang orang panggil kolestrum tu. Alhamdulillah, walaupun bukan susu pertama yang masuk mulut Adam, tapi merasa jugak Adam susu pertama dari badan aku.
Bersemangat aku nak fully breastfeedkan Adam. Aku beli breast pump, container, then menyedari yang diri sendiri tak suka makan sayur, aku beli supplement yang pelbagai untuk memastikan pengeluaran susu aku cukup. Aku makan Alfalfa, Fenugreek, herbal tea, you name it, I've tried it all. Bayangkan bila aku pump susu, mencanak - canak susu masuk dalam container aku rasa macam nak buat summersault berpusing! Happy tak terkata walaupun masa first time pump, nan hado je kuantiti susu badan aku. Tapi tak patah semangat ni. Tiap 2 jam sekali atau 3 jam sekali aku pump. Lagi seronok bila suami sama - sama tolong pump kan. Aku rasa heaven sangat. Bertambah sedap susu aku agaknya.
Tapi orang kata time kita berseronok sangat - sangat tulah Allah bagi kita ujian. Untuk ibu muda yang gabra macam aku ni, memang aku stress sangat - sangat. Masa dalam confinement period, mood aku memang swing habis - habisan. Demi Adam, aku kuatkan hati kuatkan semangat. Bukan senang. Berat mata yang memandang, rasa tak terpikul bahu yang merasa ni. Dan akhirnya membawa kepada pencampuran susu formula dalam rutin susuan Adam."
Perasaan aku?
Cuba korang teka.
Bila orang kata aku tak susukan Adam sebab aku nak kurus, well - kau nampak aku kurus ke sekarang?
Bila orang kata aku tak susukan Adam sebab aku taknak breast melayut - well tegang ke breast aku sekarang?
Orang kata aku tak berusaha untuk susukan Adam. Aku diam. Paling koman pun aku nangis - nangis depan suami atau mengadu dengan skandal - skandal aku yang memahami. Hakikat sebenar dalam hati?
Aku dah berusaha. Sedaya upaya aku. Jadi memang ibu - ibu yang dapat menyusukan baby diorang secara ekslusif diluar sana adalah ibu - ibu yang bertuah. Allah bagi korang peluang berbakti dengan baby - baby korang.
Bukan sorang dua ibu - ibu (Muda) yang aku jumpa yang terlalu taksub dengan breastfeeding ni. Aku memang respect. Diorang cekal, tabah, berinisiatif. Aku cemburu. Sebab aku tak macam diorang. Aku hanya mendengar cerita diorang. Sempat merasai sekejap semua pengalaman - pengalaman manis tu. Sekejap. Tapi memadai bagi aku. Daripada tak merasa langsung.Tapi bila dah datang pulak riak, mengagungkan penyusuan secara ekslusif then menyelar ibu - ibu yang tak dapat nak breastfeedkan baby diorang, aku rasa macam... rasa macam... aku nak lempang muka diorang sekali boleh tak?
Banyak je blog - blog dan orang - orang perseorangan yang mengutuk ibu - ibu yang tidak menyusukan badan untuk baby diorang. Diorang kata ALASAN semata - mata.
Banyak je blog - blog dan orang - orang perseorangan yang mengutuk ibu - ibu yang tidak menyusukan badan untuk baby diorang. Diorang kata ALASAN semata - mata.
Untuk ibu - ibu lain yang taknak breastfeed kan baby diorang, aku taknak komen. Tapi bagi aku, hanya orang - orang yang senasib dengan aku je yang faham apa yang aku rasa. Tu belum lagi masuk kes, ibu sambung belajar anak tinggal dengan parents. Korang nak kata kenapa ibu tu tak bawak anak dia sama - sama dengan dia untuk menyusu?Nak kata dia hendak seribu daya tak hendak seribu dalih? Kita masing - masng dalam kasut yang berbeza.
Setiap kali aku pandang Adam, aku nak nangis. Aku tak dapat nak berikan pada dia apa yang dia berhak. Aku dapat berikan sekejap sangat untuk dia. Sayu hati aku. Macam - macam yang aku rasa.
Memberikan yang terbaik untuk anak kita bukan hanya setakat memberikan susu badan secara ekslusif untuk dia. Macam - macam lagi yang kita boleh buat untuk berbakti pada baby kita. Bagi aku, yang paling penting adalah macamana kita nak didik anak kita. Yelah, dahlah tak dapat bagi dia susu badan kita, takkan kita nak abaikan pulak didikan dia. Untuk yang itu, aku berikan yang terbaik untuk Adam, insyaAllah.
Kita tak dapat nak jangka esok - esok anak hasil breastfeeding kita tu turn out jadi apa kan?And anak - anak yang tak di breastfeedkan ni nanti akhirnya jadi apa kan?Kita tak tau. Kita just dapat sediakan yang terbaik untuk dia. IQ tinggi semata - mata tak menjaminkan apa - apa. Otak pandai kalau tak jadi manusia,apa nak kata? Kalau nak kata hubungan antara ibu dan baby tak kan rapat, eh aku ni antara baby yang tak breastfeed dengan emak aku. Dapat merasa 3 bulan je, tapi aku rapat je dengan emak aku?Sebab cara didikan emak aku kot.Hal ni banyak isu - su bersandar. Yang kita pandang remeh je. Sebab?Bak kata aku tadi. Taksub.
Untuk anak - anak aku selepas ni (Insyaallah) aku berjanji pada diri sendiri akan breastfeedkan selama mana yang mampu. Selama mana yang Allah izinkan. Itu je yang aku berani nak jamin. Semuanya kan atas ketentuan Allah.
Sekian saja sesi luahan hati dan perasaan dari saya, CIK PUAN BUNGA. Huhu.
p/s : RAI no heart feelings eh? Ni luahan hati insan malang je. Sob sob sob!
p/s : RAI no heart feelings eh? Ni luahan hati insan malang je. Sob sob sob!
Dah.Babai!
17 comments:
puan bunga,
takde2..saya takde hard feeling..sorry kalau ada apa2 yg saya tulis dalam blog tu membuatkan cik puan bunga terasa hati..saya takde terniat atau terdetik langsung dalam hati nak merendah2kan ibu2 yang kurang berjaya dalam breastfeed ni. kita berusaha. Allah yang tentukan. orang lain takde hak nak tentukan adakah usaha kita cukup kuat ke tidak.termasuk la saya.
saya betul2 minta maaf kalau cik puan bunga berkecil hati dengan mana2 post saya dalam tu.org lain pun saya..saya takde niat nak perkecilkan sesiapa..after all. saya sendiri bukan seorang ibu yg sangat berjaya..takde saya layak nak hukum ibu2 lain kalau diorg kurang berjaya dalam bf..
waaa..sori!!!!!!!! seriously.. sorry!!!! jangan la sedey...nanti saya sedey jugak...
sama la..try gak nk fully brestfeed tp nk wat cmne rezeki masing2..
sedih gak kdg2 ade org kate ibu yg tak susu kan ank ngn susu badan nie cacat..
sabar je la..nk wat camne..sape la tak nk yg terbaik utk ank..
:]
kau takutkan aku ke ni?? argh...emosi ah. breast kecik cam aku ni ada potensi ke nak breastfeed?? jawab.jawab.takot!!!
rasa bersalah makin bertambah dgn perkara ini juga.. apakan daya, walaupun ada tapi jarak mengatasi segala.. apapun kita dah cuba buat y terbaik & moga y baik2 jugalah utk anak2 itu...;)
xpe aku fahamm...aku pun xde kuar lagi..huhuhu
tapi siyes...jgn dgr kata2 org...nanti kite sakit n stress...biar ah asal kn adam sihat =)
@RaiRai, bukan sedih sebab post awak, tapi baca post awak terus sedih tetibe (eh ayat belit2) awak bertuah dapat bf kan baby dengan bestnya. cemburu betul cuma kdg2 jadi stress dan beremosi sebab org kata bukan2... adehh terkesan sungguh dalam hati.
awak, jangan fikir yg bukan2 eh... :) Kita baru kawan2 nih... hihihi!
Jom high five!
@aEn aReaL=RyanBetul. sokong 400% sapalah yg taknak terbaik untuk anak kan.
@Miss TasantekSize breast takde kena mengena langsung dengan produktiviti susu okay! haha!
@nur easyAMIN! :D
@NaddyMemula nak lempang kau. Lepas tu nak peluk kau. Huhu!
hurm sbg perempuan yang belum kawin yes i learn something dekat entry sis nie thank yaa :)
@Cik Puan Bunga
jangan pedulikan sangat kata org. yg penting cik puan bunga da usaha kan.dan yang paling penting!! adam sihat.
sangat2 setuju dengan entry CPB ni.. hanya ibu2 yang mengalami situasi yang sama je faham masalah kita ni.
Kadang2 malas nak layan orang yg kutuk ibu2 yang tak fully bf anak dia, itu semua qada qadar tuhan. kita dah berusaha, fahamilah seadanya.
@cik nurCik Nur, ada eh yang cik nur boleh belajar?Sama -sama! :D
@RaiTHANKS RAI! :D
@Mrs. AdnanAwak pun macam i eh? Kesiankankita? sakit hati lagi.huuuu.meh sama - sama kita sabar eh?:D
cik puan bunga saya fhm perasaan awk sb sy pn xfull bf baby sy..myb sb dia taw kot sy akn tinggalkan dia ngn atok nenek dia..lg 2 mgu sy nk naik keje baby sy xnk bf..sakit hati sy rs ms tue..yela org2 sume ckp susu sy ckit sb baby da xnk susu..well sy rs tok baby sy bla sy pump sy akn dpt lebh kurg 4 or 5 oz..tok baby 2-3 bulan rs nye cukup kenyang kot..tp ALLAH lebih taw segalanya..baby sy tiba2 xnk susu..every day sy pump n masuk botol n simpan smpai la sy da xleh nk produce susu lg..alhamdulillah baby sy sihat..instinct sy merasakan baby sy taw dia kena dok ngn atok n nenek for temporary sblm sy cri babysitter..now baby da dok ngn sy..walaupun xdpt nk bf dia lg at least dia da dok ngn sy..actually sy separate ngn baby almost 2 until 3 month..n setiap 3 hari sekali sy akn balik kg tgk baby..pengorbanan y terpaksa sy buat..uolls bayangkan if dlm ms 3 hari tue cmne breast sy membengkak sb baby sy xminum walaupun sy pump..its very hurts..ape pun hnya sy n suami taw apa y sudah jd n myb baby sy xnk mama dia sakit breast sb susu penuh
Post a Comment