Saturday, June 25, 2011

Induce Terjadi Bila Mama Overdue. Sakit Tak? Entah.

Nak share pengalaman induce labor dengan semua rakyat jelata. Mana yang baik dijadikan panduan mana yang tak berapa nak baik tu jadikanlah bahan kutukan. Haha kidding!

Adam sepatutnya sudah keluar melihat dunia pada tanggal 5hb Julai 2010. Kalau tak silap hari Isnin tu kengkononnya. Tapi masuk je bulan Julai takde tanda - tanda nak bersalin pun. Braxton Hicks contraction memang kerap lah jugak kan aku rasa especially time malam - malam. Aku seram betul kalau dia datang time malam. Aku takut aku tak dapat nak make up - make up masa nak pegi Hospital karang. Gila eh? Tahpape. Tapi aku ada satu impian untuk kelihatan cantik dan menawan masa tengah push baby nanti. Serious. Aku tak tipu. Aku selalu kongsikan impian ni dengan suami and skandal aku, Tika. Hahahahaha.

Masa 5hb Julai tu aku steady lagi pergi sekolah orang semua dah tanya - tanya eh tak bersalin lagi? Well, kalau aku dah bersalin takkanlah aku masih ada kat situ kan? *Tepuk dahi* Tapi dalam hati aku risau jugak kenapalah Adam takmoh keluar lagi ni kan. Aku rasa aku kira ovulation aku dengan tepat sekali. Aku dah ralatkan 3,4 hari jugak kalau ikutkan due aku ladi awal dari 5hb. Bila aku refer kat KK yang aku tak bersalin lagi  JM bagi aku 9 hari lagi. Kalau 9 hari tu aku tak bersalin jugak maka aku kena option ke plan B. Iaitu induce labor. Ngeee!

Tepat bagai dijangka 14hb Julai aku tak bersalin lagi maka bergeraklah aku ke hospital ditemani suami. Dan termakbullah doa aku nak pergi hospital bermake up - make up. Tahniah kepada diri sendiri. Sebelum pergi hospital sempat lagi makan KFC Pocketful + Pepsi. Aku dah set dalam kepala otak memang aku akan kena induce.

Apa yang dibuat masa kena induce?

Mula - mula macam biasa, doktor akan check dulu bukaan rahim kita. Diorang panggil benda ni V-Check ataupun stand untuk Vagina Chcek lah kot. Aku main hentam je. Rasa dia? Okay aku kena check dengan 3 doktor yang berlainan, perempuan Melayu, perempuan India dan lelaki Cina. Satu Malaysia tak? Kesimpulan, kalau doktor lain yang buat memang sakit nauzubillah. Tapi kalau doktor Melayu yang buat insyaAllah tak sakit. Aku rasa sebab doktor Melayu sebelum seluk dia akan baca Bismillah dulu kot. Yang lain tu main seluk mana dapat je. Ceh!

Lepas check doktor akan masukkan ubat yang mengandungi  prostaglandins dalam kita punya ehemehem untuk melembutkan serviks dan mempercepatkan contraction. Lepas masukkan ubat tu, kita kena baring jelah selama 2 jam. Kalau contraction terjadi within that two hours maka alhamdulillah lah. Kalau tak, selamba je kau tak rasa sakit apa - apa macam aku, siap boleh jenguk katil sebelah menyebelah lagi maka bersiap - sedialah untuk sesi memasukkan ubat kali kedua.

Bila tak jalan jugak masukkan ubat yang first tu, doktor masukkan ubat kali kedua (Oxytocin) ubat ni mempercepatkan lagi bukaan serviks dan melipatgandakan contraction. Ubat ni masuk guna IV pump / drip tu. Masa aku kena drip dengan ubat ni, aku dah selamat dilated sebanyak 3cm. Rasa sakit dia memang berganda - ganda dengan contraction normal. Tu doktor yang bagitau. Aku mana ada pengalaman bersalin pun kan. Doktor kata sakit lebih banding dengan normal contraction. Ah gasaklah. Janji aku dapat bersalin dengan selamat.

Induce ni bergantung jugak kepada individu. Hasil tak sama. Ada yang lepas masuk ubat wahhh cepat aje contractionnya. Ada pulak yang lambat macam aku. Yang penting banyak - banyakkan berdoa, tawakal dan redha. Sebab ada satu tahap tu kita akan berserah seluruh jiwa dan raga pada Allah. Kita akan sangat redha pada kematian, asalkan baby selamat. Percayalah, sampai macam tu sekali penyerahan diri kita pada Allah disaat kita bertarung nyawa melahirkan baby.

Tapi memang aku akuilah. Orang kata time pregnant jangan banyak buat benda - benda palat nanti Allah mudahkan time nak bersalin tu. Setiap orang ada bahagiannya. Yang tu nanti aku update lain kali kalau aku ingat. Hahahahaha.

Dah.Babai!

6 comments:

Unknown said...

ooo..seramnye....
macam susah je cik pn bunga nak bersalinkan Adam...
tapi kan..tapikan...
boleh jugak sempat makan kfc dulu....
adeh...
tabik spring la

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea :Takyah la nak seram. Nanti u pun insyaAllah lalui jugak. Hehe.
Nak bersalinkan Adam tak susah, cuma jalannya saja susah sikit. Hehe.

Ooo kena makan KFC dulu sebab pastu kena pantangkan.. haha!

nur easy said...

mama cantik nk g bsalin, anak pun comel ya..;)

nurse KK cam berebut sbb sy nk deliver d PH. siap ugut kalau x bsalin jg haritu, dia paksa ke GH. pdhal blom due pun. gigihlah kita ni bdoa minta sakit (contraction) bsalin..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyhabis cemana eize? bersalin kat mana?huhu!

miya said...

aku pun overdue,, syukur cuma 5hari. JM suruh g spital induce kalu seminggu xkuar2.. & dr cerita org2, ini lg sakit. tahniah, anda berjaya!
awak comel :)

haha.. skema aku ikut syarat tuan tanah. hahaha

Cik Puan Bunga said...

@miyaKehkehkehkeh alahhhh tu takyah ikutlahhh HAHAHAHA semua org pun mengingkari arahan suruh cakap "saya comel" tu! HAHAHAHA!

Oh terima kasih by the way! ^___^