Korang rasa ada kaitan ke?
Kalau korang ni suka baca buku - buku/ majalah / akhbar tabloid tak berguna maka menunjukkan korang ni mempunyai mentaliti kelas bawahan yang tahap lantai.
Kalau korang ni terpelajar, ada degree, master, PhD segala tapi kalau masih suka baca buku - buku/ majalah / akhbar tabloid tak berguna maka menunjukkan korang ni mempunyai mentaliti kelas bawahan yang tahap lantai jugak adanya pun.
Kalau korang ni terpelajar, ada degree, master, PhD segala maka bahan bacaan korang sudah semestinya dari jenis - jenis yang berkelasss jugak macam The Times ke, Financial Times ke, Readers Digest ke, paling cikai pun baca News Strait Times laaaa bagi menunjukkan bahawasanya korang punya mentaliti berada di tahap yang dahsyat punya laa.
Kalau korang ni tak terpelajar, tak ada degree, tak ada master, apatah lagi PhD segala tetapi bahan bacaan korang adalah dari jenis - jenis yang berkelasss jugak macam The Times ke, Financial Times ke, Readers Digest ke, paling cikai pun baca News Strait Times laaaa maka bahawasanya korang punya mentaliti juga berada di tahap yang dahsyat punya padahal korang bukan dapat make sense pun apa benda yang korang baca tu.
Mentaliti tu kan maknanya cara korang berfikir dan cara korang bertindak melalui apa yang korang fikirkan tu. Ni aku tak quote mana - mana ni. Ni maksud mentaliti berdasarkan definisi sukasukahati Prof Madya Norhayati Isnin (InsyaAllah). Dan aku dengan segala hormatnya berpendapat bahan bacaan takde kaitan langsung dengan tahap mentaliti manusia yang membacanya. Kalau sesetengah kes tu maybe lah, tapi tu belum cukup nak menjatuhkan hukum bahawa antara dua kemungkinan tu ia berkait. Peh. Ayat aku. Banyak sangat tengok drama korporat aku ni.
Macam aku, aku suka baca Doremon dengan Shin Chan. Tapi aku rasa tahap aku berfikir dan bertindak takdelah melampau sangat childishnya kan. Tak semestinya kalau aku suka baca Majalah Mangga maka aku pun sama bangsatnya perangai macam artis - artis yang bergambar separuh bogdotdot macam dalam majalah tu. Tak semestinya aku baca Harakah maka aku anti-kerajaan. Tak semestinya aku baca The Times maka aku super korporat. Faham tak?
Kau bacalah apapun. Kalau dah otak kau macam tu, maka macam tu jugaklah kau. Tapi macam yang aku cakap, bagi sesetengah kes benda ni memang berkait. Contohnya, budak - budak suka baca majalah porno kan, jadi otak asyik fikir benda - benda lucah je. Cakap pun benda - benda kuninggggg je. Sebab otak dah disajikan dengan benda - benda macam tu. Eh tapi aku ingat lagi lecturer aku ada cakap, sesetengah artikel dalam Majalah Playboy bagus je pun untuk bacaan. Takde masalah.
Aku pernah je pun jumpa manusia yang baca banyak buku - buku ilmiah segala, tapi perangai dia sumpah macam musibat lahanat jugak. So?
Pada aku, it's totally irrelevant!
Dah. Babai!
10 comments:
setuju dgn pendapat Prof Yati. Tini suka baca novel cinta. takde lah pulak asyik nk bercinta memanjang. ada je masa nk layan blog ke, fb ke. kehkeh..
tp kn, ilhan mgkn kategori yg mentaliti tahap dahsyat tu sbb suka sgt baca smthn yg utk org2 korporat. smpi bila tini mntk smthn, dia akn nasihat berdasarkan apa yg ahli2 falsafah @ tokoh2 dunia yg dia baca tu. grrr kena banyak sabar kan? sbb kita x kn terlawan bila di contohkan dgn kata2 dr org2 hebat tu. huhu
rasanya ada kot..takde la totally tak relevan..tapi pemikiran kita ni takde la influence by pembacaan semata2..dengan siapa kita bergaul, cerita apa kita tengok pun akan mempengaruhi jugak..
fandai je..kata prof madya rai..hihik..
kadang2 berkait, kadang2..ermm.. hehe cuma y penting, membaca jambatan ilmu dan ilmu suluh hidup.. eh eh ni cam moto sek rendah dulu je..;)
@RaiHaaaa betul tu rai.. nak lagi tepat, bak kta org kalau nak tau siapa kita, tengok kawan2 kita... eceh! tapi tu pun for certain cases jek boleh diguna pakai. yg penting hati! ;]
@nur easyIlmu suluh hidup! Lama tak dengar benda macam tu! hihi nostalgia!
@Nini HartiniIlhan memang pelik tahap gaban. Mungkin tempat sebenar ia adalah dikalangan ahli korporat... ewah! untunglah Tini, nanti jadi Datin ke hape.. eh lari tajuk!
assalamualaikum..
salam kenal,blog LM tak best pun..cuma blog peribadi kisah perantauan kami di qatar...
psl bhn bacaan,kdg2 saya suka baca komik utk legakan kusutnya otak ni..itu mgkn baik utk minda kan?
@Lydia Miza(Aidyl Azim)Waalaikumsalam! Blog peribadi best apa, i suka jek baca personal blog. sebab best! oh dan baca komik cool juga! :D
@Cik Puan Bunga
hahaha. org ke berapa eh cakap mcm tu. Lama2 jadi Datin bebetul lah tini erk. huhu
@Nini HartiniNak ke taknak?Nanti dah jadi datin jangan lupa melawat kawasan! :D Hihi! Aminnnnn!
Post a Comment