Thursday, June 2, 2011

Super Mama Tu Belum Lagilah, Tapi Orang Putih Kata Almost There Lah.

Semalam taktaulah apesal aku flat sangat. Pagi ada English course kat sekolah. Macam biasa, aku adalah emcee tetap dan berpencen. Tu tak boleh nak argue lah. Aku pun heran, banyak - banyak cikgu kat sekolah aku jugak yang jadi emcee. Mungkin sebab aku lawa dan macho terlebih ehem. Maybe sebab cuaca boleh tahan panas, aku pulak puasa so nampak macam melebih - lebih pulak gediknya tahap kepenatan aku.

Dalam pada penat - penat tu balik rumah sempat jugak aku pergi shopping barang - barang dapur sikit dengan Adam yang meleleh hingus cair sebab selesema, banyak meragam jugaklah si kacak tu. Tapi nasib baik tidur malam tadi tak meragam, kalau tak dengan aku - aku sekali meleleh hingus cair.

Balik rumah terus terbaring atas katil, tapi sempat lagi buat perangai mengada - ngada dengan suami. Suruh dia picitkan kepala and temankan aku tidur. Sudahnya dua - dua sekali buat taik mata sampai pukul 5 petang. Bangun je suami terus keluar untuk belikan something buat aku buka puasa nanti. Aku bangun - bangun je terus mamai sebab weh macam noneng sikitlah bila tidur petang ni + sakit kepala. Sabar ajelah kan.

Malam dengan gigihnya aku kemas dapur. Sebenarnya boring sebab suami kena kerja malam. Takde kawan nak memanja. Emak pulak taknak layan aku. Semua orang taknak layan aku. Semua orang berkepit dengan lappy masing - masing. Aku macam terpinggir sorang - sorang. Sebab bosan sangat aku pun kemas dapur + laundry. Sambil - sambil tunggu laundry siap, aku kemas sekali peti sejuk yang sumpah kalau korang bukak, ada Bangla mati dalam tu pun takkan perasan punya.

Bila semua dah siap, aku rasa masih bertenaga untuk membuat satu lagi kerja amal iaitu membasuh soft toys Adam yang dah kepam warna serta baunya.

Sebelum disental, kita rendam dulu makhluk - makhluk ni semua dalam besen. Membasuh dengan penuh kelembutan dan kasih sayang!
Banana bogel ni ada baju sebenarnya. Tapi aku lupa mana aku letak. Dah macam toyol kuning dah banana ni.
Dulu sebelum ada Bunny Hop, Cookie Monster nilah pujaan hati Adam. Sekarang? Dipijak - pijak je pun.
Soft toys kena rajin basuh, kalau tak nanti penuh kuman. Adam dahlah semua benda pun dia nak masukkan dalam mulut. Haih.

Oh semalam balik sekolah, tengok - tengok hero - hero aku tengah syok je bergumpal dengan sesuatu. Sekali aku tengok - tengok rupanya soft toy baru yang aku order dari Nad dah sampai! Comel betul!

Rembat dari blog Nad. Tak sempat nak ambik gambar dah digumpal dengan Adam.
Dah.Babai!

2 comments:

nur easy said...

rajinnya mama.. owh itu anpanman sudah mandi beramai2 dgn kwn2nya ya..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTerpaksa. Haha dah super kotor dan anpanman tuh! huhu!