Hari ke tiga sebelum balik kitorang sempat lagi nak melawat Taman Tamadun Islam. Setelah sesat beberapa kali (Plus minus carutan bersahsiah semasa di dalam kereta) Akhirnya kitorang sampai jugak ke TTI. Sampai – sampai je nampak dah abah lambai – lambai. Rindunya 2 hari tak jumpa abah! (Ceh mengada – ngada) Cuaca panas nauzubillah. Panas rasa macam matahari sejengkal je atas kepala lau. Tu baru kat dunia tu, kalau kat Padang Mahsyar seksok tak taulah. Gasak kau lah! Adam kalau panas nanti dia bermutasi menjadi cacing yang kepanasan. Taknak duduk diam. Kerja nak menggeletik jek.
Tiket masuk RM45 (Dewasa 3 orang + Adam free tak payah bayar) lepas tu kami sorang – sorang dapat passport antarabangsa sebab yelah kan nak melawat masjid – masjid seantero dunia kenalah ada passport. Bagi yang tak bayar PTPTN jangan risau sebab kat sini kalau kau tak bayar pinjaman pun kau masih tetap boleh melepas imegresen kat sini. (Imegresen kau! Kehkeh kampung.com betul!)
Disebabkan cuaca panas nak mapuh ehem maka kitorang sewa tutu train yang akan bawak orang round the world denagn selesanya. Wah Adam gembira naik train. First time lah katakan. Risau jugak dengan cuaca panas yang lain macam, takut Adam demam. Nasib baik ada beberapa tempat yang train ni akan stop and kita boleh masuk lawat showroom dia and ada tayangan video means ada aircond di situ. Tapi tak boleh nak tengok tayangan dengan khusyuknya sebab Adam mesti akan jerit – jerit buat show sendiri. Baru je cik adik cantik manis yang jaga tempat tayangan tu nak cakap “Assalamualaikum tuan – tuan dan puan – puan, kita akan...” Adam mesti dah “Warghhwarghhhwarghhhhh!” Pastu gelak – gelak sendiri. Aku dah pandang lain buat – buat tak kenal. Nasib baik suami dukung Adam. Boleh buat – buat lain kerabat sikit.
Tapi sebab panas sangat, aku dah tak larat nak pergi tengok beberapa replika masjid. Kitorang end up duduk dekat stall air and makanan. Nak tau satu cucuk nugget diorang jual sampai RM3!! Pehpeh! Telan air liur aje! Tengok abah pun macam dah lain macam je, nak pengsan ke hape. Bagi abah duduk dulu minum air. Emak lah manusia paling energetic sekali. Semua tempat dia pergi. Semua tempat dia bergambar. Eceh emakkkkk!
Kitorang tak sempat nak pergi tengok Masjid Kristal sebab dah pukul 1 petang, kitorang nak singgah Pasar Payang lagi sekali. Kali ni bawak emak sekali sebab emak nak pergi cari periuk dengan pencetak kuih muih. Layan! Abah terpaksa layankan ajelah kan dah isteri dengan anak – anak dia gila shopping. Huhu!
Embun kata pose macam ni comel. Aku tengok dah macam orang cacat je adalah.
Mesti aku takde dalam gambar sebab aku photog. Nyampah.
Kalau dengan papa dia, kelakuan sehabis baik!
Geng tembam maybe?
Taj Mahal.
Makngah dengan Emak.
Budak cacat lagi.
Aku mana aku?
Passport antarabangsa you!
Show off cap katak sikit!
Second round kat payang borong keropok sira pedas 1 bundle, beli jeruk 4 peket, beli asam kering, beli serunding ayam pulak, kerepek malinja and makanan – makanan sikit. Emak beli periuk, cetak kuih goyang dengan cetak kuih cara. Puas hati emak. Nak beli kukus je tak dapat. Mahal dia tak bagi kurang. Hampeh!
Habis je shopping terus gerak balik. On the way balik singgah Marang beli keropok lekor. Borong habis kat sini sebab banyak orang yang nak diagihkan. Sikit sama merasa. Ecehwahhhh! Tu kira pit stop last untuk bershopping kat Terengganu ni. After this no more lah! Babai Terengganu! Ada jodoh kita jumpa lagi! Masa ni hujan lebat. Adam tidur dengan aku sekali tertidur.
Dah satu kerja pulak nak mengharung jalan dari Terengganu – Yong Peng. Masa masih siang okay lagi tapi bila dah start sampai Kuantan hari dah malam pulak. Masuk bandar Kuantan singgah solat kat masjid apatah depan CIMB dengan BSN tu sebelum teruskan perjalanan balik ke Yong Peng. Bila tiba kat Bandar Muadzam suami macam dah tak boleh focus nak drive maka co – pilot haruslah mengambil alih. Co – pilot pulak jenis rabun ayam. Malam tak nampak. Maka perjalanan yang tadinya 120 kmj bertukar jadi 80 kmj. Bertabahlah wahai penumpang – penumpang ku. Kereta Makngah dah macam pelesit dah tak nampak bayang. Kereta kitorang yang masih rileks meranduk kegelapan malam di jalan usang Muadzam yang penuh dengan pelbagai cerita angker. Phewwww! Dalam hati berdoa janganlah aku nampak toyol takde kepala ke, langsuir senggayut kat tingkap ke hape. Choy! Choy!
Bila dah sampai Segamat masing – masing dah tunjuk muka lega dah. Dah sampai negeri sendiri terasa macam bertahun – tahun pergi padahal baru tiga hari. Pukul 2.30 pagi sampai ke rumah dengan jayanya. Masa suami loading barang – barang bawak masuk rumah, time ni aku dah sedap membuta. Tak boleh tahan weh, sampai rumah letak kepala kat bantal terus mata terpejam sebelum suami kejut suruh bangun. Jalan jauh tak baik ah tak mandi. Mana tau kot – kot ada benda yang mengikut. Choy choy lagi sekali!
Semua orang dah penat. Tak larat nak unpack barang – barang semua tidur. Esok paginya semua pun bangun lambat. Haha!
Kesimpulan : Terengganu best! Cuma makanan je tak masuk dengan tekak aku.
Dah.Babai!
12 comments:
wah..ni marathon cuti2 tganu ke? hehe best ah g jejalan camni.. owhhh lupakan lupakan
@nur easyAla ala marathon jugak lah! hahaha! takpe takpe! sabarrrrr! kihkih!
waahh ! sis dtg kmpung saya :) eh jap , sis mkn ape tu yg tak msuk dgn tekak tu ?? :)
@✿ gadisMerahJambu ✿Waaaa patutlah awak cantik! Pompuan Tganu cantik2 kan? oh akak makan ikan tongkol masak macam sayur bening (sayur air) adoihhh!
akhir tahun ni aku nak g!!!
kak, kopok lekornye jangan abiskan. aku nak sikit. nak rasa je. dengan sambalnyer eh.
dulu masa aku gi antar enor gi kawin, aku lalu tengganu. kami merentasi terengganu sebelum sampai ke Machang. sangat jauh ok. dan aku sempat singgah kat tepi laut tu kat kedai kopok lekor beli kopok. sedap weh. heheh..tinggalkan sikit eh.
Ha, makan tk masuk tekak tu biase, sbb lain tmpt lain makanan dia kan, cam kite aritu pegi sabah, mak ai.. semua jenis makanan dia masak takbleh nak telan, dengan air teh dia skali takbleh sbb rs cm pelik. agaknye sbb tmpt berbeza dan keluar dari norma kehidupan agaknye (tiba2 ayat skem) haha.
@NaddyNak pegi, pegi jelah takyah la jerit2 kat blog aku! hahaha!
@Miss TasantekInsyaallah. Balik cepat sikit ah. habis aku taktau.kehkeh!
@fa-rho-ha-alif-nunmaybe lah kot kan?dah biasa makan makanan pedas, sampai sana semua macam tak berapa nak kick pedasnya. adoi! huhu!
hehehehe
Baru je cik adik cantik manis yang jaga tempat tayangan tu nak cakap “Assalamualaikum tuan – tuan dan puan – puan, kita akan...” Adam mesti dah “Warghhwarghhhwarghhhhh!”
dia jawab salam tuh kot hehehe
comel jaaa
@cik nurhahahahaha setiap masa, asal budak tu nak start cakap je mualah Adam jerit2. Haha!
Post a Comment