Sunday, July 31, 2011

Dari Dia, Aku Belajar Erti Sebuah Kehilangan

Tak ramai yang faham situasi aku andaikata aku kata, di saat aku peluk tubuh separa kejung Pupin yang dah tak bernyawa, aku meraung sekuat hati. Aku lupa yang umur aku dah 28 tahun. Aku lupa yang Pupin hanyalah seekor kucing. Aku bukan kematian suami, aku bukan kematian anak. Tak ramai yang akan faham.

Bermula dari sekecil tapak tangan, hampir setahun setengah Pupin membesar dengan family aku. Tanpa ibu, dia membesar bersama abang seibu dia, Black Black. Dua beradik ni selalu je together - together main kat kebun ke, main kat dalam parit tepi rumah ke. Black black tau macamana nak jaga adik dia yang sekor ni.

Malam sebelum Pupin pergi, tak pasal - pasal dia datang mengiau kat kaki aku. Aku menyesal sebab bersikap tak endah pada malam terakhir dia bernafas di bumi Allah ni. Aku sibuk sangat berfacebook, aku tak sedar yang sepsang mata memerhatikan aku dengan penuh seribu rasa. (Ni aku agak - agak ajelah. Mana pulak aku nak tau apa yang Pupin rasa)

Masa nak tidur, Pupin datang gesel - gesel kat kaki. Tak pernah - pernah Pupin kesah nak tidur dengan aku. Aku tak layan sangat dia, tapi aku biarkan dia tidur kat kaki aku. Kalaulah aku tahu, bahawa itu adalah kali terakhir aku dapat tidur dengan Pupin.

Esoknya, sebelum aku keluar rumah, aku nampak dia main tepi jalanraya dengan Black Black. Hati aku tak sedap. Tapi aku kuatkan jugak hati, aku yakin Black Black mampu jaga dia dengan baik. Aku tinggalkan rumah, tanpa mengetahui bahawa itulah kali terakhir aku lihat Pupin bernyawa.

Bila aku balik, Makcik aku bagitau aku yang Pupin dah tak ada. Ayatnya mudah. "Ada berita sedih. Pupin dah mati. Kena langgar dengan Noor." Masa tu aku tak menangis pun. "Dia belum ditanam lagi. Ada dalam kotak tepi tu..." Perlahan - lahan aku berjalan menuju kotak yang dimaksudkan. Saat aku menjengukkan kepala ke dalam kotak, terasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dada aku sempit sangat. Semerta, sebak datang menyerang. Tanpa sedar, aku meraung sekuat hati.

Pupin aku angkat, aku peluk, aku cium berkali - kali sambil rasa menyesal datang bertubi - tubi. Bermacam - macam kalau menyerang otak. Kalaulah aku layan Pupin malam tadi, kalaulah aku halang dia dari main tepi jalanraya, kalaulah itu, kalaulah ini. Semua tu takkan dapat kembalikan Pupin. Airmata mengalir laju. Pupin takde cedera apapun. Takde darah, takda luka. Pupin macam tengah syok - syok tidur macam selalu, macam biasa. Aku meraung lagi. Aku meraung dan meraung dan meraung.

Suami tenangkan aku. Tapi aku dah tak mampu nak bertenang. Satu satu kenangan dengan Pupin datang, flashback dalam otak aku. Ya Allah. Ya  Allah.

Dia baring, macam dia tengah tidur.
Bungkus pakai kain batik. Terakhir sebelum berpisah selamanya.
......
Disini bersemadinya jasad seekor kucing comel yang lebih daripada hanya seekor kucing. Dia sebahagian daripada keluarga Isnin. Disayangi dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Disini bersemadinya Pupin, kesayangan kami semua.

Hancur luluh hati aku bila Black Black berlegar - legar di tempat kejadian sambil tercari - cari adiknya yang sebenarnya telah tiada.

Bagi orang lain, Pupin hanya seekor kucing. Bagi aku, dia adalah keluarga.

Dah.

16 comments:

sailaaf said...

takziah di atas kehilang Pupin. even dia seekor kucing, dia pon macam ada instinct macam manusia gak kan. seolah2 dia macam dah tau ajal nya.

Cik Puan Bunga said...

@sukasukiThanks. Sedih. Tahun ni tk dapat beraya sama. :(

Cik Oren said...

aww~jgn sdey2 okay?
cian pupin, nnti tgok ckgu sdey2..
sye paham perasaan cikgu..
:')

Cik Puan Bunga said...

@aleen meowThanks! ye ye ye cuba untuk tak sedih lagi.. :)

Naddy said...

aku benci bila baca entry emo..nti aku tak nampk ganas lagi... btw bertabahlah...

A said...

sedihnya T.T

Cik Puan Bunga said...

@Naddy(T__T)

Cik Puan Bunga said...

@alfi kasranSob sob!

mieyza said...

ya Allah sedihnya.....dah la sebijik mcm kucing sy yg accident dulu...:'(

Cik Puan Bunga said...

@mieyzaSedih betul. Tak suka bela kucing sebab macam nilah. Nanti sedih melampau! hukhuk!

INNANIE ARIFFIN said...

sometimes bonding between human and animal is much precious and as hamba Allah, CPB shoud accept this as fate. May Pupin helps you and your family in padang mashar! =,( takziah!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinThanks sayam! Masih dalam mode berkabung ni :(

ddjfr said...

sedihnya sebab dd dulu pn sampai nangis2 kebumikan kucing.sayangnya kucing tu.

Cik Puan Bunga said...

@dd.hasnidarSayang sangat2 kan? macam kebumikan org pulak. apapun dia makhluk bernyawa jugak. uhhh.. :(

-[DeeYA]- said...

sedih weh baca entri ni.
*kantoi mata merah ngn razi.malu sudah!*
bertabah!

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Sedihlah aku weh. Kucing kesayangan tu. :(